Dah Lengkap Vaksin COVID-19? Jom Ke Grand Lexis Port Dickson

Dah Lengkap Vaksin COVID-19? Jom Ke Grand Lexis Port Dickson. | Assalammualaikum semua! Berita gembira untuk kita yang sudah lengkap menerima vaksin COVID-19! Alhamdulillah sekarang hotel-hotel dan resort Lexis telah dibuka untuk para tetamu yang telah lengkap divaksin. Ini adalah melalui pengumuman Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 2 baru-baru ini. Ruby di antara rakyat Malaysia yang gembira apabila mengetahui berita ini dan terus mencari informasi percutian ke Grand Lexis Port Dickson! Ruby sebenarnya dah lama plan ke sini sejak tahun 2018, kami sekeluarga tunggu anak-anak besar sedikit. Al-maklumlah masa tahun 2014, bersalin Adam. Dia bayi pra-matang, jadi, kena tangguh percutian sehingga kami bersedia bawa dia berjalan. Pada usia Adam 2 tahun, Ruby hamil dan bersalin Alif pada 2016. Hahahaha. Nak bercuti dengan mereka yang masih kecil agak haru biru juga kami suami isteri nanti. Hahahaha. Tunggu 2018 atau 2019. Namun, ujian pandemik wabak COVID-19 pula menjelma. Ruby sekeluarga redha demi kesihatan seisi keluarga. 

Dah Lengkap Vaksin COVID-19? Jom Ke Grand Lexis Port Dickson.

Jadi, jangan bersedih lagi, jom bercuti! Dah lengkap vaksin kan? Ruby dah lengkap 2 dos. Suami Ruby 31 Ogos nanti baru lengkap dos kedua. Kena tunggu 14 hari baru boleh bercuti! Yeehaaa! Jom kita cuci mata buat pesanan percutian. Hohoho!

Lexis Hotel Group teruja untuk mengalu-alukan para tetamu yang lengkap divaksin di hotel-hotel dan resort di Port Dickson, sempena pengumuman terbaru dari Kerajaan Persekutuan, tentang kelonggaran SOP untuk rakyat Malaysia yang lengkap divaksin, untuk merentas di negeri yang sama, dalam fasa kedua Pelan Pemulihan Negara (PPN) untuk Negeri Sembilan, dari 26 Ogos 2021. Ini berikutan pembukaan Lexis Suites Penang, kepada residen Pulau Pinang yang lengkap divaksin, bersempena dengan fasa kedua PPN di Pulau Pinang, sejak 10 Ogos 2021.

Dah Lengkap Vaksin COVID-19? Jom Ke Grand Lexis Port Dickson

Semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), hotel-hotel dan resort Lexis terbuka kepada pekerja essential. Dari 26 Ogos 2021, hotel-hotel dan resort Lexis akan terbuka kepada semua tetamu di Negeri Sembilan dan Pulau Pinang, yang telah lengkap divaksin yang memenuhi syarat mengikut kriteria berikut:

  • Semua petugas barisan hadapan (frontliner)
  • Pekerja essential dengan surat kelulusan MITI
  • Warganegara Malaysia dan warganegara asing yang lengkap divaksin (Fasa 2)
Individu-individu yang telah lengkap divaksin adalah individu yang telah memenuhi kriteria-kriteria berikut:

  • Bagi jenis vaksin yang memerlukan dua dos suntikan (seperti Cormirnaty (Pfizer-BioNTech), Vaxzevria (Oxford-AstraZeneca) dan CoronaVac (Sinovac) - individu berkenaan mestilah telah melepasi hari ke-14 dari tarikh suntikan dos kedua; atau
  • Bagi jenis vaksin yang hanya memerlukan satu dos suntikan (seperti COVID-19 Janssen (Johnson&Johnson) dan Convidecia (CanSino) - individu berkenaan mestilah telah melepasi hari ke-28 dari tarikh suntikan.
  • Kad/Sijil Digital Vaksinasi COVID-19 dikemukaan sebagai pembuktian.

Individu yang telah menerima vaksinasi lengkap dibenarkan membawa anak-anak berusia 17 tahun dan ke bawah, di hotel-hotel dan resort Lexis, dengan mematuhi protokol kesihatan umum. Para tetamu juga dapat menikmati percutian mereka di persekitaran yang selamat di hotel-hotel dan resort Lexis.

Berikut adalah SOP yang ketat diamalkan di semua hotel dan resort Lexis untuk menjaga kesihatan dan kesejahteraan semua tetamu yang dilengkap vaksin:

  • Pemeriksaan suhu badan dan polisi wajib memakai pelitup muka sebagai protokol standard.
  • Borang pengisytiharan kesihatan, log masuk tanpa sentuhan (termasuk pengimbasan aplikasi MySejahtera) dan pemeriksaan Sijil Vaksinasi Digital semasa ketibaan.
  • Peningkatan kekerapan pembersihan ke semua permukaan sentuhan tinggi dan kawasan umum yang digunakan oleh para tetamu di seluruh hotel-hotel dan resort oleh kakitangan pembersihan profesional.
  • Penggunaan pembersih dan pembasmi kuman kelas perubatan di seluruh hotel-hotel dan resort.
  • Kolam renang peribadi di dalam bilik sentiasa dibasmi kuman dan dijaga dengan baik sepanjang masa.
  • Pengamalan jarak sosial dan dine-in yang selamat, serta merta amalan keselamatan makanan yang dipertingkatkan

Promosi Merdeka Staycation

Penduduk tempatan di Negeri Sembilan dan Pulau Pinang yang lengkap divaksin, boleh menikmati percutian penginapan di Lexis Hibiscus Port Dickson, Grand Lexis Port Dickson atau Lexis Suites Penang, dengan harga yang berpatutan dengan promosi Merdeka Staycation sehingga 30 September tahun ini. 

“Keluarga dan individu-individu yang lengkap divaksin boleh meraih kegembiraan percutian bersama orang yang disayangi, sambil menikmati kolam renang peribadi mereka sendiri, di hotel-hotel dan resort kami. Tawaran terbaru kami adalah cara kami mengucapkan beribu-ribuan terima kasih kepada rakyat Malaysia yang bertanggungjawab dalam mendapatkan vaksin”, kata Mandy Chew Siok Cheng, Presiden, Lexis Hotel Group.

Grand Lexis Port Dickson dan Lexis Hibiscus Port Dickson akan menerima kunjungan para tetamu yang lengkap divaksin bermula 26 Ogos 2021. Manakala, Lexis Suites Penang akan menerima kunjungan para tetamu yang lengkap divaksin bermula 10 Ogos 2021.

Dah Lengkap Vaksin COVID-19? Jom Ke Grand Lexis Port Dickson
Dah Lengkap Vaksin COVID-19? Jom Ke Grand Lexis Port Dickson
Dah Lengkap Vaksin COVID-19? Jom Ke Grand Lexis Port Dickson

Grand Lexis Port Dickson

Dah Lengkap Vaksin COVID-19? Jom Ke Grand Lexis Port Dickson

Bilik Deluxe Suite

Dah Lengkap Vaksin COVID-19? Jom Ke Grand Lexis Port Dickson

Dah Lengkap Vaksin COVID-19? Jom Ke Grand Lexis Port Dickson

Dah Lengkap Vaksin COVID-19? Jom Ke Grand Lexis Port Dickson

Executive Pool Villa

Sky Pool Villa

Dah Lengkap Vaksin COVID-19? Jom Ke Grand Lexis Port Dickson

Dah Lengkap Vaksin COVID-19? Jom Ke Grand Lexis Port Dickson

Dah Lengkap Vaksin COVID-19? Jom Ke Grand Lexis Port Dickson

Lexis Hibiscus Port Dickson

Premium Pool Villa

Lexis Suites Penang

Dah Lengkap Vaksin COVID-19? Jom Ke Grand Lexis Port Dickson

Executive Pool Suite

Dah Lengkap Vaksin COVID-19? Jom Ke Grand Lexis Port Dickson

Dah Lengkap Vaksin COVID-19? Jom Ke Grand Lexis Port Dickson

Dah Lengkap Vaksin COVID-19? Jom Ke Grand Lexis Port Dickson

Tentang Lexis Hotel Group

Lexis Hotel Group memberikan tetamu-tetamu leisure dan bisnes dengan hotel penginapan yang praktical dan mewah di Malaysia. Ia menawarkan pengurusan profesional servis untuk hotel dan resort, dan telah berjaya membina jenama hospitaliti yang kukuh dan beruntung, terutama dalam pengurusan chalet-chalet air yang unik dan vila-vila kolam. Jenama kini menguruskan empat properti, iaitu Lexis, Grand Lexis and Lexis Hibiscus, terletak di Port Dickson, serta Lexis Suites Penang, yang terletak di Pulau Pinang, Malaysia. Hala tuju masa depan untuk Lexis Hotel Group termasuk Imperial Lexis Kuala Lumpur, sebuah hotel mewah lima bintang yang terletak di sekitar rangkuman KLCC dan Lexis Hibiscus 2, sebuah resort mewah yang akan datang di Port Dickson.

Promosi ini tertakluk dengan terma dan syarat. Untuk maklumat terlanjut, sila kunjungi laman web hotel-hotel dan resort berikut:

Lexis Hibiscus Port Dickson: 

reservations@lexis.my / 011-31376550 (WhatsApp)

Grand Lexis Port Dickson: 

reservations@grandlexispd.com / +06-653 2200

Lexis Suites Penang: 

reservations@lexis.my / 011-31376550 (WhatsApp)

Post a Comment

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

Terbaru Lebih lama