Dos Kedua Penerima Vaksin AstraZeneca Dipercepatkan 9 Minggu, Terima Kasih Jepun!

Dos Kedua Penerima Vaksin AstraZeneca Dipercepatkan 9 Minggu, Terima Kasih Jepun!

Ruby
0
Dos Kedua Penerima Vaksin AstraZeneca Dipercepatkan 9 Minggu, Terima Kasih Jepun! | Assalammualaikum semua! Alhamdulillah pada hari Jumaat yang penuh barokah. Penghulu segala hari dan pada 2 Julai 2021. Ramai rakyat Malaysia menerima berita gembira melalui SMS dan kemaskini dari MySejahtera. Ia menjadi kerisauan dan debaran untuk menanti tarikh dos vaksin kedua. Sebab kita sedia maklum bahawa jarak selepas dos pertama adalah 21 hari. Oleh kerana bekalan vaksin tidak mencukupi, kerajaan terpaksa membuat jarak dos kedua selama 12 minggu bersamaan 3 bulan atau lebih kurang 90 hari. Banyak perbezaannya kan? Jadi, suara rakyat didengari oleh kerajaan dan dunia di luar sana. Ruby ada terbaca sumbangan vaksin dari Jepun dan Amerika Syarikat. Cuma, tidak sangka cepat betul JKJAV buat kerja. Lagi Ruby tidak percaya yang Ruby akan menerima SMS seawal jam 6.16 pagi. Lepas Subuh terus sujud syukur. Ruby faham perasaan menanti giliran. Ruby yang dapat pun dah gembira, anda yang masih menunggu dos pertama juga akan gembira. Ruby doakan anda semua akan dapat tarikh suntikan vaksin. Ruby nak kita semua sihat dan kita boleh hidup bebas bernafas tanpa face mask seperti dahulu. InsyaAllah. 

Dos Kedua Penerima Vaksin AstraZeneca Dipercepatkan 9 Minggu, Terima Kasih Jepun!


Apabila sudah dapat notifikasi tarikh dos kedua vaksin dan Ruby sudak mengesahkan tarikh. Barulah Ruby berani berkongsi berita gembira ini. Malah, Ruby siap ambil petikan berita Astro Awani yang lebih mutakhir. 

"Pesawat penerbangan Japan Airlines JL073 yang membawa vaksin AstraZeneca (AZ) sumbangan kerajaan Jepun selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 5.20 petang.
Pesawat Boeing 787 yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Narita, Chiba pada pukul 10.20 pagi waktu Malaysia itu membawa satu juta dos vaksin AZ.

Antara yang hadir menyambut ketibaan vaksin tersebut ialah Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 (PICK), Khairy Jamaluddin; Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Hussein; dan Duta Jepun ke Malaysia, Hiroshi Oka.

Difahamkan, sebaik selesai proses pemindahan, trak syarikat logistik diiringi Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk ke lokasi Pusat Simpanan Vaksin (PSV) yang ditetapkan sebagai langkah keselamatan.

Terdahulu, Khairy yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi berkata, sumbangan tersebut melambangkan keprihatinan kerajaan Jepun serta kepercayaan mereka terhadap Malaysia dalam memerangi COVID-19, selain menyokong program imunisasi global bagi membendung wabak COVID-19

Bekalan vaksin tersebut juga, kata beliau, dapat memperhebatkan lagi PICK dan membantu negara mencapai nilai ambang seperti dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN).
Vaksin tersebut akan diedarkan segera ke PPV seluruh negara untuk kegunaan PICK dalam masa terdekat.

Sebelum ini, Jepun turut menyumbangkan sebanyak 1.24 juta dos vaksin kepada Taiwan.
Selain vaksin yang disumbangkan Jepun, sebanyak satu juta dos vaksin lagi keluaran Pfizer-BioNTech akan diperoleh pada Jumaat sumbangan daripada kerajaan Amerika Syarikat (AS).


Terima Kasih Kerajaan Jepun


ありがとうございました
Arigatou gozaimashita
Terima Kasih!
Thank You!
🇯🇵🇯🇵🇯🇵🇯🇵🇯🇵🇯🇵🇯🇵

Tahniah Kerajaan Malaysia


Tidak dilupakan usaha murni demi rakyat Malaysia dan kami terharu. Hubungan diplomatik yang baik di antara Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Jepun amat memberi sinar kepada rakyat Malaysia. Sekurang-kurangnya ada khabar gembira untuk kami melalui hari-hari yang sukar sepanjang pandemik COVID-19 yang masih memuncak kadar kes harian. Tahniah sekali lagi! 🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾

SMS 6.16AM, Terima Berita Gembira


Selepas mendengar banyak berita gembira dari kenalan dan saudara mara bahawa suntikan vaksin Pfizer dan Sinovac mereka sudah lengkap dalam 3 minggu, sudah semestinya Ruby berharap ada sinar muncul. Berdoa, janganlah lama-lama sangat untuk dos kedua. Sebab dalam jarak dari dos pertama ke dos kedua, Ruby nak menjaga kesihatan sebaiknya. Mengelak ke tempat sesak dan tidak keluar rumah. Tapi, kes COVID-19 di Selangor kan semakin meningkat. Jiran tingkat atas blok rumah Ruby pun dah ada yang positif COVID-19. Pihak pengurusan setiap hari sanitasi kawasan rumah dan lift. Jadi, kerisauan tu tetap ada walau kita dah berhati-hati dan patuh SOP.

Alhamdulillah dapat mesej gembira. Ruby tidak klik ke laman web JKJAV. Tetapi terus buka aplikasi MySejahtera. Teruja ya amat. Klik klik klik. Terus sahkan tarikh janji temu. Hehehe. 

Dah siap. Masuk tarikh dalam kalendar dan mula untuk countdown. Alhamdulillah. 

Ruby doakan anda semua juga berpeluang untuk menerima vaksin. Lindungi Diri, Lindungi Semua!
Tags

Catat Ulasan

0Ulasan

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

Catat Ulasan (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !