Deals Near Me Di Shopee Bantu Anda Mencari Promosi Terkini Restoran Dan Kedai! Dapatkan Pulangan Tunai Apabila Membayar Dengan ShopeePay.

Deals Near Me Di Shopee Bantu Anda Mencari Promosi Terkini Restoran Dan Kedai! Dapatkan Pulangan Tunai Apabila Membayar Dengan ShopeePay.

Ruby
13
Deals Near Me Di Shopee Bantu Anda Mencari Promosi Terkini Restoran Dan Kedai! Dapatkan Pulangan Tunai Apabila Membayar Dengan ShopeePay. | Assalammualaikum semua! Salam Jumaat! Hari ini pastinya hari yang dinantikan oleh kita semua yang sibuk menguruskan keluarga. Ruby terutamanya menantikan hari jumaat yang penuh barakah ini untuk tiba. Sebab Ruby dapat kurangkan sedikit house chores. Malah dapat berehat dari PdPR (Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah). Telefon pintar Ruby sudah dipenuhi dengam mesej dan tugasan para guru sesi pagi dan petang. Ruby pun rasa para guru juga inginkan hari rehat pada hujung minggu. Apabila melakukan tugasan, tips untuk elak stress adalah lakukan terus setelah terima arahan. Memang nampak penat. Tapi, ia lebih puas dari membuat kerja pada akhir masa. So, movie dan drama apa minggu ini? Dalam senarai planner Ruby, drama weekend kami akan tonton K Drama bertajuk Voice 4 dan The Lies Within. Seterusnya drama siri Marvel LOKI. Weekend macam ni, rasa nak gantung kuali lah. Jom cari food di Shopee. Hehe

Deals Near Me Di Shopee Bantu Anda Mencari Promosi Terkini Restoran Dan Kedai! Dapatkan Pulangan Tunai Apabila Membayar Dengan ShopeePay.


Untuk melengkapkan pengalaman sinematik di rumah, makanan dan minuman adalah perkara wajib. Berikut adalah beberapa cadangan makanan dan minuman untuk meningkatkan mood menonton filem. Bahagian yang terbaik, korang boleh mendapatkan pulangan wang tunai untuk pembelian makanan dan minuman hanya dengan membayar menggunakan ShopeePay.

Korang boleh beli ShopeePay Vouchers ini dari ciri "Deals Near Me" di aplikasi Shopee. Kemudian korang pilih kedai-kedai yang korang nak pergi. Pastikan korang pergi lah awal. Musim PKPD ni, kedai tutup jam 7 malam supaya staff boleh berkemas sambil menanti jam 8 malam untuk tutup terus. Kita kena patuh SOP tau. Nanti kena kompaun, naya je! Apabila menebus, korang bayar dengan ShopeePay dan terima pulangan wang tunai!. Masuk ke aplikasi shopee dan cari Deals Near Me seperti yang Ruby bulatkan pada gambar di bawah.

Pizza Hut


Kalau menonton filem. Pizza Hut ni memang ngam kan. Anak Ruby suka Pepperoni Beef Pizza. Kami sebagai ibu bapa pun automatik suka. Hahaha. Rangkaian restoran multinasional Amerika dan francais antarabangsa yang ditubuhkan pada tahun 1958, Pizza Hut menawarkan menu yang luas mulai dari pizza, sup, pasta, kepak ayam panggang, kek coklat lava cair dan banyak lagi untuk korang pilih. Anda akan mendapat pulangan tunai RM4 dengan perbelanjaan minimum RM15. Best kan?

NeNe Chicken


Mencari sesuatu yang sesuai dengan filem Korea yang korang pilih? Sudah semestinya ia ayam goreng Korea! Terliur tengok pelakon drama makan ayam goreng siap dengan kerangupan dan ayam mereka besar-besar. Syok betul. NeNe Chicken menghidangkan ayam goreng Korea asli sejak 1999, korang akan dimanjakan dengan pelbagai jenis perisa ayam goreng yang ditawarkan oleh NeNe Chicken! Pesan ayam goreng kegemaran korang dan bayar dengan ShopeePay. Korang akan terima wang tunai RM3 dengan perbelanjaan minimum RM15.  Barulah syok nak tonton K Drama dan K Film. Betul tak?


Subway


Siapa perasan dalam filem dan drama Korean ada babak mereka makan di Subway angkat tanga! Hahaha. Ruby perasan! Terus rasa teringin. Mereka makan dengan penuh selera. Subway ni boleh dikatakan kegemaran Ruby. Teriyaki Chicken terutamanya. Kalau korang lebih suka mempunyai hidangan makanan yang mudah dan senang dimakan sehingga anda dapat menumpukan perhatian lebih baik kepada filem dan drama? Dapatkan sandwic, bungkus atau semangkuk protein bowl dari Subway! Anda juga boleh mendapatkan biskut untuk pencuci mulut atau sebungkus kerepek. Jangan terlepas pulangan tunai RM4 dengan perbelanjaan minimum RM10 dengan ShopeePay.


KK Mart


Sekiranya korang nak lebih sempoi dan hanya memilih untuk hidangan kudapan seperti keropok, kerepek, kekacang dan beberapa minuman, korang boleh pergi ke mana-mana kedai KK Mart untuk mendapatkan pilihan hidangan dan membayar dengan ShopeePay untuk menerima pulangan wang tunai RM3 dengan perbelanjaan minimum RM15.


Manisan Pencuci Mulut


Bagaimana dengan pencuci mulut untuk menyempurnakan movie night korang? Mungkin lebih syok kalau dapat makan donat Big Apple dan gabungkan dengan secawan kopi, teh atau ice blended. Fuhhh syok betul! Korang tahu apa yang lebih baik daripada donat? Pulangan wang tunai RM2 dengan perbelanjaan minimum RM5 dan Baucar ShopeePay di gerai Big Apple! Fuhhh berganda manfaat. 


Atau, adakah korang lebih suka sesuatu yang akan beri efek brain freeze?  Korang boleh mendapatkan Baskin Robbins’ Shopee Voucher dengan harga hanya 1 sen untuk menikmati pulangan tunai 40% (terhad pada RM4) tanpa perbelanjaan minimum untuk pembelian ais krim anda! Woohoo!

Sebenarnya banyak lagi promosi best pada ciri "Deals Near Me" di Shopee. Jadi, korang rajin-rajin lah tengok tau. Tertakluk kepada terma dan syarat. Enjoy!
Tags

Catat Ulasan

13Ulasan

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

  1. Nie la cara Rawlins layan movie. Selalunya layan Big Apple sambil layan movie. Hahaha. Tu yang makin sihat badan nie

    BalasPadam
  2. Bagusnyer banyak kegunaan yng sis tak tahu. sis tahu guna shopeepay beli barng kt shoppe je..

    BalasPadam
  3. Uikk senang , tapi kena keluar jugaklah yer ke premis untuk scan. Akak ni dahlah tengah malas nak pergi mana2 . Nanti nak try jugaklah , harap Subway ada dalam list near me.

    BalasPadam
  4. Hahhaha fafa pon pengguna tegar shoppee pay. Mudahhh. just pincode pastu bayar. Sale 7.7 aritu fafa dah guna banyak hehehe

    BalasPadam
  5. Hari ni kalau ada yang boleh jimatkan duit bila berbelanja, memang kena gunakan. Tak kisahlah dlm bentuk diskaun atau cashback. Ana nk tgklah deals near me apa yg menarik dkt area umah ana ni buat minum ptg nanti.

    BalasPadam
  6. Mudah dgn ada sistem mcm ni. X peelu keluar rumah nak dapatkan brg dr BR dan lain-lain

    BalasPadam
  7. Sekarang ni semua akan guna aplikasi jer mudah kan kita pun baru tahu shopee pay ada cashback hehehe lepas ni guna yg ni jer lah senangkan...

    BalasPadam
  8. Wah lagi senang ni Ruby. Akak baru tahu...lepas ni kerap la buka shopee...hahaha. PKP pun duit tak selamat even dok dalam acc bank...kiki

    BalasPadam
  9. Senang la ada option Deals Near Me ni kan.. tak yah susah2 g cari dah.. tekan jer semua information nearby us ada kat situ.. nak buat pilihan pun senang jer.. thanks kak Ruby for sharing this.. nak try kejap lagi..

    BalasPadam
  10. Uii banyak lee pulakk ekkk.. tak pernah tau pulak dan baru tau ni.. nanti boleh cuba laa.. tapi sejak ni, tgh sekat pembelian di situ hahahaha.. kena jimat cermat ni ...

    BalasPadam
  11. Baru ke deals near ni atau saya yg tak perasan ? almaklumlah jemari ni dah bertobat dari asyik nak buka shopee je. hahaah. OK, kejap lagi nak try cek Deal Near me ni hehe

    BalasPadam
  12. Ternyata ada juga Shopee di Malaysia ya. Hebat betul perusahaan jualan online itu. Kagum dengan kehebatan marketingnya. Saya pikir Shopee di Indonesia saja.

    Salam kenal Encik. Saya Blogger Indonesia.
    Jika berkenan, mari mampir di blog saya : seribupena.com

    BalasPadam
Catat Ulasan

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !