23 Pelakon Drama ‘LOCKDOWN’ Papar 8 Kisah Ragam Masyarakat Harungi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)

23 Pelakon Drama ‘LOCKDOWN’ Papar 8 Kisah Ragam Masyarakat Harungi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)


23 Pelakon Drama ‘LOCKDOWN’ Papar 8 Kisah Ragam Masyarakat Harungi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) | Assalammualaikum semua! Yang dinantikan sudah tiba! Drama yang mencuit hati karya Erma Fatima sudah siap gaissss. Tak sabar nak tunggu 26 Julai ni nanti di Astro Ria. Minggu hadapan kembali bernyawa televisyen dekat rumah ni. Sebab kami jarang tengok rancangan televisyen sejak sibuk dengan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) anak-anak.

23 Pelakon Drama ‘LOCKDOWN’ Papar 8 Kisah Ragam Masyarakat Harungi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)


23 pelakon handalan jayakan naskhah inspirasi kisah realiti kehidupan semasa pandemik di Astro Ria mulai 26 Julai ini. Drama bersiri ‘LOCKDOWN’ ialah sebuah naskhah dengan penceritaan asal terbitan syarikat produksi U2 Media Sdn. Bhd. yang berkisarkan tentang pelbagai ragam dan kisah suka duka rakyat Malaysia untuk meneruskan kehidupan harian dalam norma baharu sepanjang perlaksanaan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).


Sebanyak 8 buah cerita berbeza bakal dipersembahkan menerusi paparan 10 buah episod yang diinspirasikan daripada latar sebenar kisah realiti berkenaan situasi sukar yang perlu diharungi oleh segenap masyarakat sejak diuji dengan penularan pandemik Covid-19.




Cerita asal dan skrip drama ‘Lockdown’ diilhamkan oleh pengarah prolifik Erma Fatima serta turut mendapat sentuhan Mohd Fazli Yahya yang memikul tanggungjawab selaku pengarah untuk drama ini.

Penceritaan setiap kisah dalam drama ‘Lockdown’ bakal menampilkan lakonan mantap penuh emosi oleh 23 barisan pelakon handalan. Antara nama-nama besar yang menjayakan naskhah ini termasuklah Zara Zya, Beto Kusyairy, Nabila huda, Fahrin Ahmad, Sara Ali, Izzue Islam, Kaka Azraff, Syafiq Kyle, Mimi Lana, Amerul Affendi, Hasnul Rahmat, Jalil Hamid, Azizah Mahzan, Liza Abdullah, Balkisyh Semundur Khan serta ramai lagi.

Karya & Penulis Skrip: Eirma Fatima
Arahan: Mohd Fazli Yahya
Produksi: U2 Media Sdn Bhd
Bilangan Episod: 10
Tarikh Mula Tayangan: 26 Julai 2021
Hari: Isnin hingga Khamis
Jam: 11 Malam
Siaran: Astro Ria (104), Aplikasi Astro GO dan Platform On Demand.

Barisan Pelakon Dan Watak:

ZARA ZYA sebagai Ina
AZIZAH MAHZAN sebagai Mak
BETO KUSYAIRY sebagai Malik
NABILA HUDA sebagai Aliya
NASZ SALLY sebagai Salmah
MEOR MOHD sebagai Hamid
FAHRIN AHMAD sebagai Zain
MARISSA YASMIN sebagai Mona
AISHAH AZMAN sebagai Wani
SARA ALI sebagai Alin
FADHIL DANI sebagai Ayah Alin
IZZUE ISLAM sebagai Rafi
LIZA ABDULLAH sebagai Atikah
RAZAK AHMAD sebagai Sabri
KAKA AZRAFF sebagai Ria
ANNE ABDULLAH sebagai Mak Adam
USTAZ SYAMSUL DEBAT sebagai Ustaz
SYAFIQ KYLE sebagai Hairi
MIMI LANA sebagai Milia
AMERUL AFFENDI sebagai Wan
BALKISYH SEMUNDUR KHAN sebagai Sue
HASNUL RAHMAT sebagai Johan
JALIL HAMID sebagai Bakri

Sinopsis Drama Bersiri LOCKDOWN


LOCKDOWN mengisahkan kehidupan masyarakat tempatan semasa PKP diumumkan. Pelbagai kisah menarik menyentuh hati berlaku kepada sesetengah keluarga dan bersama-sama mengharungi suka duka semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Di antara situasa adalah tentang seorang anak yang terpaksa menjaga ibunya yang menghidap penyakit Alzheimer, pasangan yang berusaha untuk meneruskan perniagaan sepanjang PKP, kisah kelakar pasangan yang baru berkahwin dan terpaksa bekerja dari rumah, dan pasangan yang melalui cabaran hidup terutama sekali apabila suaminya mengalami kemalangan.



Trivia Drama Bersiri LOCKDOWN


Proses penggambaran drama ‘Lockdown’ telah dilakukan selepas fasa PKP 1.0 ditamatkan dan hanya mengambil masa selama 24 hari secara keseluruhan di sekitar Kuala Lumpur. Sebahagian besar penggambaran juga telah dilakukan di kawasan ‘indoor’ secara tertutup. Penggambaran juga turut dilakukan dalam skala kecil serta tidak melibatkan jumlah bilangan yang ramai dalam satu-satu masa sewaktu di set lokasi.



Walaupun drama ini melibatkan barisan pelakon yang agak ramai iaitu 23 orang, namun kesemua mereka cukup profesional serta memberikan komitmen yang cukup tinggi terutamanya dari segi disiplin di samping menepati waktu ‘call time’ yang diberi sekaligus memudahkan urusan penggambaran sewaktu di set.




Pelakon Beto Kusyairy yang menyandang watak sebagai Malik dalam salah sebuah kisah menyeru orang ramai untuk menonton drama ‘Lockdown’ kerana penceritaan yang ditonjolkan merupakan satu cerminan buat masyarakat sekaligus dapat memberi refleksi kepada diri masing-masing di kala pandemik.



Salah seorang bintang utama, Nabila Huda yang melakonkan watak Aliya juga turut berpendapat bahawa setiap cerita yang ditampilkan menerusi drama ‘Lockdown’ ini amat dekat di hati kerana ia benar-benar berlaku di kalangan masyarakat. Tambahan pula, bukan senang untuk mengumpulkan kesemua 23 pelakon hebat demi menjayakan sebuah naskhah dalam masa yang singkat.




Manakala Izzue Islam yang memegang watak sebagai Rafi juga turut menyatakan bahawa drama ini perlu ditonton kerana ia mengandungi pelbagai nasihat dan mesej yang baik untuk dijadikan iktibar bersama.


Drama Bersiri LOCKDOWN Sarat Dengan Nilai Murni


Emarina Kamal, Pengurus Saluran Astro Ria berkata:

"Pengalaman mengharungi pelbagai fasa PKP sejak ia mula dilaksanakan pada 18 Mac tahun lalu dan berlanjutan sehingga kini telah banyak membawa perubahan drastik dalam resam kehidupan rakyat Malaysia khususnya dengan cara yang tidak pernah kita bayangkan sama sekali sebelum ini.

Dalam tempoh lebih setahun mematuhi PKP, pasti ramai yang terkesan dengan persekitaran norma baharu yang diperkenalkan. Pastinya, tahun 2020 dan 2021 adalah tahun yang cukup sukar untuk kita semua tempuhi bersama.

Bersesuaian dengan latar masa seluruh Malaysia yang sedang menjalani PKP 3.0 pada waktu sekarang, kami dengan berbesar hati membawakan drama terbaharu ‘Lockdown’ yang diinspirasikan daripada realiti situasi sebenar yang berlaku kepada masyarakat sepanjang perlaksanaan PKP. Kisah-kisah tersebut juga tidak asing kepada kita semua kerana kisah sebegini sering dikongsikan di laman media sosial serta turut mendapat liputan meluas di media massa.

Drama ‘Lockdown’ padat dengan mesej bermakna jika dipandang daripada sudut yang positif. Sungguhpun sarat dengan pengisian berat, namun drama ini telah diolah dengan pendekatan yang santai dan menghiburkan. Oleh itu ia amat sesuai untuk ditonton oleh seisi keluarga.


Syabas kami ucapkan kepada semua yang terlibat dengan pembikinan drama ini terutamanya kepada produksi U2 Media Sdn. Bhd. kerana berjaya merealisasikan drama ini dengan baik. Kami berharap drama ini akan diterima baik oleh para penonton. Semoga terhibur!”.


Dari Pena Penulis Skrip LOCKDOWN


Eirma Fatima, Penulis Skrip & Cerita Asal ‘LOCKDOWN’ berkongsi;

“Saya amat berbesar hati dan gembira dengan komitmen penuh yang diberikan oleh setiap barisan pelakon untuk menjayakan naskhah ‘Lockdown’. Menghimpunkan kesemua nama-nama popular ini dalam sebuah drama bukan sesuatu yang mudah lebih-lebih lagi di kala pandemik namun pengalaman tersebut amat menyeronokkan buat saya. Keserasian yang terjalin di antara mereka sebagai pelakon juga memudahkan urusan pasukan produksi sewaktu di set penggambaran.

Sebagai penulis skrip untuk drama ini, saya mendapat ilham selepas melihat keadaan sekeliling yang berlaku, melihat kesannya kepada kawan-kawan dan mungkin kita sendiri turut melaluinya. Kita semua sama-sama melalui proses PKP. Jadi kita tahu dan faham kesakitan tersebut selepas mengikuti berita-berita yang dilaporkan. Itu yang mendorong saya untuk menulis skrip tersebut.

Saya juga percaya skrip yang baik ialah skrip yang jujur, perlu berlandas realiti, bukan fiksyen. Itu yang saya tengok depan mata saya. Setiap hari saya akan buat skrip. Satu hari apa yang perlu kami ‘shoot’, itulah yang akan siap. Itu kebiasaan saya.

Drama ‘Lockdown’ yang kami hasilkan ini cukup dekat dengan jiwa masyarakat kerana kita sama-sama mempunyai pengalaman dalam mengharungi PKP. Penceritaan setiap kisah yang dipersembahkan menggambarkan situasi sebenar tentang apa yang benar-benar berlaku dalam realiti kehidupan. Mungkin ada di antara penonton yang dapat ‘melihat’ diri mereka sendiri dalam cerita ini.”


Ruby harap perkongsian ini bermanfaat dan berharap kita semua terus sokong drama bersiri Melayu bertajuk LOCKDOWN.

Catat Ulasan

0 Ulasan