Kisah Menarik Ustaz Ashraf Suarin, Beras Ashraffi Dan Pondok Motivasi (Tahfiz) Hamlatul Quran

Kisah Menarik Ustaz Ashraf Suarin, Beras Ashraffi Dan Pondok Motivasi (Tahfiz) Hamlatul Quran

Ruby
0
Kisah Menarik Ustaz Ashraf Suarin, Beras Ashraffi Dan Pondok Motivasi (Tahfiz) Hamlatul Quran. | Assalammualaikum semua! Semoga pembaca semua berada di dalam keadaan sihat sejahtera. Pada musim PKP 3.0, kita pastinya sudah lebih bersedia. Sebab PKP 1.0 banyak mengajar kita tentang sabar dan berjimat. Doa banyak-banyak kepada Allah s.w.t semoga dipermudahkan urusan kita di dunia dan akhirat. Cabaran pada hari ini, bukan sahaja kita yang rasa. Ia adalah pandemik COVID-19 yang berlaku di seluruh dunia. Jadi, kita kena Redha. Kuatkan semangat dan yakin pada Allah s.w.t.

Kisah Menarik Ustaz Ashraf Suarin, Beras Ashraffi Dan Pondok Motivasi (Tahfiz) Hamlatul Quran 


Ruby bersyukur di beri kesempatan untuk menyertai sesi Google Meet santai bersama rakan blogger dan Ustaz Ashraf. Jika pembaca semua masih ingat artikel sebelum ini semasa pelancaran Beras Ashraffi. 


Ruby ada menyatakan info tentang Ustaz Ashraf Suarin, Beras Ashraffi dan Pondok Motivasi (Tahfiz) Hamlatul Quran (PMTHQ). Ia adalah inisiatif murni dari Ustaz Ashraf untuk terus membantu masyarakat sekeliling. Dalam membantu, kita pun akan rasa ter-motivasi dengan perjalanan Ustaz Ashraf, pelajar PMTHQ dan bagaimana dengan menjual beras boleh memanjangkan sedekah kepada mereka yang memerlukan. Ini kerana, anda boleh Infaq dengan membeli beras untuk kegunaan sendiri atau Infaq terus kepada PMTHQ dan mereka akan menguruskan untuk mengagihkan kepada mereka yang memerlukan. 

Siapa Ustaz Ashraf Suarin?


Nama Penuh: Ustaz Dr Mohd Ashraf Bin Suarin
Tarikh Lahir: 22 Januari 1982
Tempat Kelahiran: Mesir

Taraf Pendidikan

•Ijazah Syariah Hukum (UIN Riau Indonesia)I
•IjazahSarjana Muda Bahasa Arab (UPM)
•Ijazah Sarjana Dakwah dan Pembangunan Insan (UM)
•Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam Dakwah dan Pembangunan Insan (UM) 

Pengalaman

•Mudir Pondok Motivasi (Tahfiz) PMTHQ,Tanjung Karang, Selangor
•Pembimbing Utama Pondok Motivasi Training & Consultancy (PMTC)
•Pengasas Pondok Souq Bukit Kapar, Selangor
•Pengasas Pondok Care
•Selebriti Dakwah TV & Care
•Penceramah Bertauliah JAIS & JAWI
•Penceramah Radio IKIM, Selangor FM & Manis FM
•Bekas Pegawai Hal Ehwal Islam, Unit Dakwah (PAID), Daerah Kuala Selangor
•Aktivis Kemanusiaan, Penerima Penghargaan Kerajaan Kemboja
•Penceramah & Jurulatih Pembangunan Modal Insan
•Pembimbing Haji & Umrah

Mengenai Pondok Motivasi (Tahfiz) Hamlatul Quran (PMTHQ)


Pondok Motivasi (Tahfiz) Hamlatul Qur’an telah ditubuhkan pada tanggal 3 Mac 2013 bertempat di sebuah rumah pusaka milik Dato’ Jahaya Ibrahim di Kelip-kelip Kampung Kuantan, Kuala Selangor.

PMTHQ memulakan operasi dengan khidmat tiga orang guru dan mempunyai 10 orang pelajar pada awalnya. Berkat kesabaran dan kesungguhan mudir dan para guru pada tahun 2016 PMTHQ telah berpindah ke bangunan surau lama yang diwaqafkan oleh penduduk kampung di Surau Blok J, Kampung Sawah Sempadan, Tanjong Karang, Selangor, untuk menampung bilangan pelajar yang semakin ramai. 

PMTHQ adalah sebuah institusi pondok tahfiz swasta yang menumpukan pembelajaran dalam bidang hafazan al-Quran dan menjadikan pembelajaran al-Quran sebagai motivasi bagi membentuk sahsiah dan jati diri pelajar. Selain itu, objektif utama PMTHQ adalah untuk membangunkan generasi al-Quran dan pendakwah yang bermotivasi.

PMTHQ juga telah berkolaborasi dengan Politeknik Sabak Bernam dan Kolej Komuniti Sabak Bernam bagi mendidik pelajar untuk turut mempunyai ilmu dalam pelbagai bidang kemahiran. Kini PMTHQ mempunyai dua bangunan yang dijadikan sebagai kelas pengajian manakala dua bangunan lagi sebagai asrama pelajar lelaki dan pelajar perempuan.

Jom Infaq Beras Ashraffi


Pada bulan Oktober 2020 adalah pelancaran Beras Ashraffi. Perjalanan beras sehingga ke hari ini telah membantu masyarakat. Infaq Beras Ashraffi boleh dilaksanakan dengan mudah sekali. Shopee, whatsapp dan bank akaun sahaja. 

Jom Bersedekah Pada Hari Jumaat 🥰🥰🥰

Banyak ganjaran pahala apabila bersedekah pada penghulu kepada segala hari iaitu hari Jumaat. Jadi, jangan ketinggalan untuk melakukan ibadah bersedekah pada hari ini:

🌟 Menghapuskan Dosa
🌟 Memberi Pahala
🌟 Rezeki Akan Bertambah
🌟 Mendekatkan Diri Kepada Allah s.w.t
🌟 Dapat Memadamkan Kepanasan Alam Kubur
🌟 Mendapat Naungan Pada Hari Akhirat
🌟 Dipanjangkan Usia
🌟 Menjauhkan Diri Dari Sifat Kedekut
🌟 Memberi Ketenangan Kepada Hati
🌟 Lindungi Kita Dari Bahaya

PONDOK MOTIVASI (TAHFIZ) HAMLATUL QURAN mempunyai produk BERAS ASHRAFFI bagi menampung kos operasi tahfiz. Setiap pembelian BERAS ASHRAFFI, beras akan disumbangkan kepada rumah anak-anak yatim, maahad tahfiz, rumah warga emas dan para asnaf. 🤗🤗🤗


🌾 HARGA BERAS ASHRAFFI:
🌾 5KG: RM 15.00
🌾 10KG: RM 29.00
🌾 1 Guni (50KG): RM 145

✅ Hubungi Ustaz Dr Mohd Ashraf Suarin +60136328852


✅ Maybank
562133501515
Iman Ashraffi Resources

✅ Membeli di Shopee: https://shopee.com.my/pmthq


Saham Akhirat yang paling mudah kita kumpul adalah dengan bersedekah. Semoga dipermudahkan urusan kita semua.
Tags

Catat Ulasan

0Ulasan

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

Catat Ulasan (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !