Dompet Dan Penyimpan Kad Kickers

Dompet Dan Penyimpan Kad Kickers

Ruby
10
Dompet Dan Penyimpan Kad Kickers. | Assalammualaikum semua! Salam Aidilfitri dan Salam 2 Syawal 1442! Semalam 1 Syawal dah duduk rumah, hari ni keluar berjalan sekejap sebab ketandusan idea nak makan apa. Hahaha. Semua dah takmo makan ayam masak merah, rendang, lemang, nasi impit. Nak makan sup-sup macam tu. Hahaha. Maka, ibu pun hidupkan enjin kereta dan pergi mencari makanan di Wangsa Walk. Ini diantara pusat membeli-belah kegemaran kami sekeluarga. Takyah tanya sebab kenapa. Sebab memang selesa kat sini. Parking banyak, makanan banyak dan penjarakan fizikal di antara pengunjung bagus. Hehe. Sambil mencari makan, terpandang la butik Kickers. Hehehe. Mata nampak dompet warna merah. Ku terpesonaaaaaa. 


Dompet Dan Penyimpan Kad Kickers


Kickers adalah jenama pakaian yang mensasarkan kepada remaja dan mula beroperasi sejak tahun 1970 di Perancis. Mereka menghasilkan pelbagai jenis kasut dan pakaian. Kickers dibeli pada tahun 2007 oleh Royer Group. Sekarang, lebih 70 negara menjual Kickers. Ruby masih ingat jenama ini sangat popular ketika Ruby di bangku sekolah. Ketika itu kasut Kickers Kick Hi Boots menjadi pilihan. Walaupun Kick Hi Boots ini telah berada di pasaran sejak 1975. Ia tetap menjadi trend sehingga kini. Boleh dikatakan ramai suka Kick Hi Boots ni dan Kickers mengeluarkan pelbagai jenis warna.  Koleksi ini tidak terhad untuk remaja sahaja. Bayi, kanak-kanak, wanita, lelaki dan semua orang boleh mendapatkan Kick Hi Boots. 


Ruby sembang dengan suami. Nak cari dompet. Sebab dompet yang sedia ada kena bawa dua. Satu untuk simpan kad membership dan satu lagi untuk kad penting serta wang tunai. Kalau boleh, Ruby nak ke mana-mana, bawa bag kecil aje. Lagi pula pandemik COVID-19 ni, memang nak kurangkan pegang-pegang bag dan kunci. 

Jenama Kickers ni memang Ruby tahu, tapi dah bertahun tak beli. Apabila masuk ke Kickers cawangan Wangsa Walk Mall. Ruby seronok tengok mereka display banyak dompet. Sampai rambang mata nak pilih. Warna pula macam-macam. Rasa nak kelainan pula kalau membeli dompet kulit. Selalu warna coklat cair, coklat pekat dan hitam. Di Kickers ada dompet kulit warna merah, hijau  dan kuning. Wohooo. Dah bersinar mata. 

Suami Ruby cakap, pilihlah... Hadiah untuk sayang... Abang nak beli dompet kulit yang elok untuk sayang.. Macam sayang beli untuk abang selalu tu.. 🤗


Dompet Kickers 1KDPT 51066


Hahaha. Happy la Ruby dengar, sebab tengah pilih-pilih dompet tu mesti kita tengok harga kan. Bajet Ruby dalam RM 150 - RM 200. Sebab faham kualiti kulit lembu dan servis Kickers ni long term investment juga. Bila suami cakap dia nak bayar. Yabedabeduuuu happy!


Produk ini diperbuat daripada Kulit Lembu Asli. Halalan Toyibban..

Terdiri daripada: 
1 bahagian ruang simpanan wang kertas tunai 
1 bahagian ruang simpanan berzip wang kertas tunai
1 bahagian ruang simpanan berzip untuk duit syiling
10 slot kad
1 ruang simpanan gambar atau kad pengenalan
4 ruang simpanan bahagian dalam yang sesuai untuk simpan kertas nota penting, resit atau kad temujanji doktor.
1 slot pin kad sim telefon 

Secara keseluruhan ruang simpanan adalah 18 ruang simpanan.

Panjang: 12.5 cm 
Lebar: 9 cm 
Ketebalan: 2 cm

Kickers Card Holder Pada Diskaun 50%


Pada mulanya Ruby nampak poster 50% diskaun di kaunter dan bertanya kepada staff bertugas. 50% untuk barang apa ya? 

Diantara produk yang dapat 50% diskaun adalah dompet panjang, dompet syiling dan tempat simpanan kad. 

Ruby pilih card holder. Harga asal RM 58. Jadi, selepas potongan 50%. Dapat RM 29 sahaja. Apa yang menarik adalah tempat simpanan kad ini adalah RFID Protected dan menggunakan material dari kulit lembu. Sangat berbaloi-baloi!


7 ruang simpanan yang boleh menempatkan wang kertas, kad penting dan kad pengenalan. Untuk Ruby, ruby buat sebagai ruang untuk simpanan kad nama, kad akses umah, kad akses pejabat dan touch n go. Jadi, mudah di simpan di dalam poket. Tidak perlu masuk dekat dompet besar. Hehe. 

Panjang: 10.5cm
Lebar: 8cm

Servis Penjagaan Barangan Kickers


Pasti hanya pengguna Kickers sahaja yang mengetahui tentang servis ini. Jadi, Ruby ingin berkongsi tentang servis dari Kickers yang anda tidak tahu. Kickers menyediakan servis mencuci produknya tanpa sebarang cas. Mereka akan membersihkan dompet Ruby pada bila-bila masa yang diperlukan. Ini akan memberi kelangsungan produk boleh digunakan dengan lebih lama. Mungkin bertahun-tahun lamanya. Mereka akan periksa bahagian zip dan jahitan juga. 

Kickers Wangsa Walk Mall Atau Shopee


Anda boleh dapatkan produk dari jenama Kickers dengan dua cara. Pergi ke cawangan terdekat atau membeli dalam talian. Seperti Ruby, Ruby beli di cawangan Kickers Wangsa Walk Mall. Setiap kali membeli, staff bertugas akan membantu. Mereka akan terangkan fungsi dan kelebihan setiap wallet. Malah di kedai, ada 10% diskaun atau 50% diskaun untuk pembelian produk kedua. Itu pun untuk produk terpilih sahaja. Tapi tidak rugi untuk membeli sebab Kickers menggunakan bahan kulit yang berkualiti. Betul tak?

Semoga korang happy dengan perkonsian Ruby. Doakan kami suami isteri bahagia hingga ke syurga ya. Amin!

Tags

Catat Ulasan

10Ulasan

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

  1. Very details review and precise. I suka tengok image yang u tangkap and a very good info. Lots of effort for every posting. Love.

    BalasPadam
  2. suka betul domplet kickers ni, ada belikan untuk abah, puas hati guna dompet ni

    BalasPadam
  3. Rawlins pakai dia nyer belt and rasanya dah 5 years, masih lagi elok. Rawlins lama dah pakai Kickers nie, sejak masuk uni dulu

    BalasPadam
  4. Yang penting suami bayarkan..saya pon takkan tolak🤭.. kak irra pon suka beli barang berkualiti dan tahan lama macam ni..puas hati membeli

    BalasPadam
  5. Macam berkenan laa pulak.. ingat nak cari juga dompet peyimpan kad macamtu, senang juga asingkan dari dompet, ni semua sumbat, kalau d0mpet ilang, semua ilang huhuhutry laa belek Kickers..

    BalasPadam
  6. Masa cari hantaran kawen wallet untuk husband 6 tahun lepas, beli la wallet Kickers ni, sampai sekarang dia pakai elok je lagi.

    BalasPadam
  7. Rasanya pernah guna brand ni juga sebelum ni.. Hehee... Btw, cantik juga design2 dia kan! Banyak compartment lak tue! Siap ada poket letak pin!

    BalasPadam
  8. Kickers!!! Antara jenama yang kami adik-beradik minati sejak zaman meningkat remaja sampailah sekarang... design dia unik dan tampak berketrampilan gitu... yang paling best, produk Kickers berkualiti dan tahan lama... wallet adik masih elok lagi walaupun dah hampir 8 tahun dah guna...

    BalasPadam
  9. Wallet ni cantekla ruby.. berapa harga dia.. berkenan pulak akk tgk.. nak Cari la nanti..kat shopee

    BalasPadam
  10. Cantik betul !! Sy takut gila nak masuk kedai Kickers sbb harga dia agak menakutkan. Hahaha. Tp mmg barang2 dorg berkualiti. Xtahu pulak dorg ada servis bersihkan sekali

    BalasPadam
Catat Ulasan

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !