Virtual Online Bina Bisnes Berjaya Edisi Khas Nak Mula Berniaga 2021

Virtual Online Bina Bisnes Berjaya Edisi Khas Nak Mula Berniaga 2021

Ruby
0
Virtual Online Bina Bisnes Berjaya Edisi Khas Nak Mula Berniaga 2021 |  Assalammualaikum semua! Pasti ramai sedang buntu mencari solusi untuk berniaga apa. Semangat dah ada. Produk pula tiada! Jenuh fikir, apa yang sesuai, apa yang boleh maintain, apa yang boleh konsisten dilakukan mengikut gaya hidup kita. Kehidupan pada musim Pandemik COVID-19 semakin mencabar, malahan tanggungjawab semakin banyak juga. Anak sudah mula bersekolah, kekangan masa untuk lakukan 3-4 kerja tambahan juga sukar. Jika dulu, boleh serah keyakinan kepada pemandu van dan bas. Sekarang, Ruby sendiri hantar dan ambil anak dari sekolah. Risau sangat dengan kenaikan kes. Ruby teringin sangat nak berniaga yang boleh kekal lama. Pengalaman berniaga bermacam perniagaan dah ada. Tapi semuanya on off sebab bisnes bersama keluarga dan kawan-kawan. Mereka tak teruskan, secara automatik Ruby dalam tempoh hibernate. Jadi, Ruby masih bersama dengan RichWorks untuk ambil sebanyak mungkin ilmu dan semangat. Apa lagi best? Program ini PERCUMA!

Virtual Online Bina Bisnes Berjaya Edisi Khas Nak Mula Berniaga 2021


Nak mula berniaga memang mudah. Tetapi semestinya orang yang introvert seperti Ruby akan fikir seratus kali ingin memulakan bisnes apa. sebab nak uruskan keluarga, nak selalu dengan telefon pintar. Risau sangat terleka dan fokus, keluarga pula terabai. Jadi, bak kata Datuk Wira Dr Azizan Osman semasa NUH. Jika kita selesa, kita tiada Big Why. Tapi kalau selesa pun, selesa sangat ke? Boleh ke anak-anak selesa selepas kita meninggal dunia? Sebab tu kita kena bina Legasi. Kita sendiri kena bina, takkan nak ibu bapa kita yang dah tua bina legasi ketika berusia 60 tahun?.

Tersentak dengan kata-kata itu, Ruby tak senang duduk ya. Hati pun sakit. Hahaha. Dah berlalu NUH bertahun-tahun. Masih tak dapat bisnes apa yang sesuai untuk Ruby. Jadi, Ruby nak join Nak Mula Berniaga 2021 pada . Doakan Ruby dapat anjakan paradigma untuk mulakan sesuatu. RichWorks lancar program Virtual Online Bina Bisnes Berjaya - Edisi Khas Nak Mula Berniaga 2021. Semua orang boleh mula berniaga dan menjana pendapatan bagi tingkatkan ekonomi diri sama ada melakukannya secara sepenuh masa atau sampingan walaupun dalam tempoh pandemik ini.

Timbalan Naib Presiden Kanan RichWorks International Sdn. Bhd.(RichWorks), Radz Mohd berkata, "Sebenarnya banyak peluang yang ada untuk jana pendapatan dalam era digitalisasi ini dengan ramai orang meluangkan banyak masa secara online seperti media sosial. Bagaimanapun katanya, sebahagian usahawan juga tidak tahu cara untuk mula berniaga dengan betul menyebabkan tak mendapat hasil seperti diharapkan. Ada segelintir daripada mereka ini hanya mula bisnes sebab terikut kawan ataupun nak keuntungan cepat yang akhirnya buatkan ia tidak bertahan lama. Sebab itu, ada yang tukar tukar bisnes macam tukar baju. Tapi semua ini dapat diubah jika kita mula berniaga dengan asas dan prinsip yang betul bagi seseorang usahawan itu dapat menghasilkan jualan dari ratusan, ribuan, hingga ratusan ribu ringgit, insyaAllah."

RichWorks juga membawakan secara langsung pelancaran ini menerusi Facebook Page, YouTube dan Instagram Azizan Osman dengan pelbagai aktiviti dan perkongsian usahawan selama 8 jam secara terus-menerus. Pelancaran ini juga bersempena dengan Inner Circle Meeting (ICM) dihadiri lebih 300 ahli Titanium berada di bawah program permentoran RichWorks bersama Mentor Keusahawanan dan Pakar Pemasaran No 1 Asia, Datuk Wira Dr Azizan Osman yang diadakan dengan kebenaran pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP).

RichWorks sebagai syarikat penganjur acara dan seminar terbesar dalam keusahawanan dan pemasaran di negara yang diasaskan Dr Azizan Osman sejak 2008 telah melatih dan membimbing lebih 1.1 juta orang dalam pelbagai industri di dalam dan luar negara yang mana pada tahun lalu saja, 777 usahawan PKS yang dibimbing dalam program mentoring Spire dan Titanium berjaya menjana jualan melebihi RM2 bilion. 

RichWorks nak melatih dan bimbing lebih ramai orang untuk dapat membina bisnes yang berjaya di mana pun tahap mereka berada, baru bermula, berkembang dan nak meluaskan lagi bisnes berdasarkan pengalaman dan ilmu yang terbukti berhasil melahirkan ramai usahawan berjaya sejak ditubuhkan hampir 13 tahun lalu. 

MESTI - Mentor, 'Elmu’, Sistem, Tindakan dan Impian.


Semua orang sebenarnya boleh berjaya dalam bisnes jika adanya formula MESTI. MESTI ini bermaksud mentor, ‘elmu’, sistem, tindakan dan impian. MESTI ini jika diikuti sepenuhnya boleh elakkan usahawan itu daripada melakukan kesilapan-kesilapan yang boleh melambatkan kejayaan malah lebih teruk menyebabkan bisnes mereka melingkup.

Jom Sertai Program Virtual Online Bina Bisnes Berjaya - Edisi Khas Nak Mula Berniaga 2021 Sekarang! 


Sehubungan itu, Radz memberitahu, program Program Virtual Online Bina Bisnes Berjaya - Edisi Khas Nak Mula Berniaga yang akan berlangsung pada 23 April hingga 25 April 2021 nanti ditaja sepenuhnya RichWorks tanpa sebarang pembayaran perlu dibuat oleh para peserta. Bakal peserta cuma perlu membuat pendaftaran menerusi laman web di www.BinaBisnesBerjaya.com untuk menempahkan tiket untuk hadir program virtual online ini.

Jom kita beri peluang kepada diri sendiri, sertai dan dapatkan sebanyak ilmu terbukti berjaya yang dikongsikan nanti bagi bantu anda mula dalam bisnes. Mulakan langkah anda sekarang. Ruby dah register! Jom!


Tentang RichWorks International


RichWorks International Sdn Bhd adalah penganjur acara dan seminar terbesar di Malaysia dalam bidang pembangunan keusahawanan dan pemasaran. Sepanjang 13 tahun yang lalu sejak 2008, RichWorks telah melatih lebih dari 10,000 syarikat menerusi Master Coach Azizan Osman dan menarik lebih daripada 1,100,000 peserta dalam lebih 1,500 acara dan seminar live dan dalam talian (virtual online). Dengannrekod prestasi terbukti, strategi perniagaan dan program mentoring, RichWorks berjaya membantu membina beribu-ribu usahawan dan jutawan yang berjaya dalam tempoh 6-24 bulan. Visi RichWorks adalah menjadi 'Netflix' Pendidikan Usahawan dengan 100 juta pelanggan menjelang 2025 dengan akses mudah ke kandungan berorientasikan results dan penyelesaian yang dipercayai di platform dalam talian - RichWorks.com untuk Inspire, Educate & Add Value kepada komuniti di seluruh dunia.


Tentang Datuk Wira Dr Azizan Osman


Accredited Business, Marketing & Leadership Coach, Mentor & Strategist, Serial Entrepreneur & Best-Selling Author Azizan, seorang World Class Business Educator dan Asia's No.1 Business, Marketing & Leadership Coach terkenal dengan keupayaan uniknya untuk membimbing anak muridnya sehingga mendapat peningkatan luar biasa dalam perniagaan dan beribu-ribu pemilik perniagaan dan usahawan telah berjaya menerusi strategi dan metodologi kejayaannya yang telah terbukti untuk meningkatkan pertumbuhan perniagaan mereka dari sifar hingga mencecah jualan berjuta-juta ringgit.


Richworks International Sdn Bhd
No. 77, Jalan Badminton 13/29
Seksyen 13, 40100 Shah Alam
Selangor, MALAYSIA

Catat Ulasan

0Ulasan

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

Catat Ulasan (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !