Berbuka Puasa Feisty Arabic Ikan Bakar Di The Manhattan FISH MARKET

Berbuka Puasa Feisty Arabic Ikan Bakar Di The Manhattan FISH MARKET

Ruby
14


Berbuka Puasa Feisty Arabic Ikan Bakar Di The Manhattan FISH MARKET. Assalammualaikum semua. Salam Ramadan. Berbuka puasa apa hari ini? Mesti anda semua sedang memikirkan juadah apa kita boleh cuba pada hari ini. Hehe. Ruby teringin makan ikan bakar di restoran yang bersih, kurang asap dan anak-anak selesa. Jadi Ruby melihat-lihat promosi buffet Ramadan, restoran dan Bazaar Ramadan. Jika beli di Bazaar Ramadan, boleh makan di rumah. Tapi leceh lah makan di rumah, Ruby seorang je akan menguruskan hidangan, masak nasi dan sediakan minuman. Hahaha. Nak juga merasa berbuka puasa di luar. Jadi, kami cari restoran lah, sebab Buffet Ramadan di hotel mengenakan cas yang mahal untuk kanak-kanak walaupun mereka hanya makan ais krim dan minum air. Restoran pilihan kami adalah The Manhattan FISH MARKET. Yayyy! Tapi dalam hati ada berkata, apa lah rasa ikan bakar restoran ni kan. Pelik ke sedap? Hahaha. Tapi, Ruby, suami dan anak-anak sejenis suka mencuba masakan dengan hati terbuka. Hehehe. 

Berbuka Puasa Feisty Arabic Ikan Bakar Di The Manhattan FISH MARKET

Bermula dari 13 April 2021 dan seterusnya di semua kedai The Manhattan FISH MARKET, anda semua dapat menikmati set makanan eksklusif yang menghadirkan rasa Timur Tengah - sos tomato pedas yang menyaluti di seluruh Ikan Bakar kegemaran rakyat Malaysia. Ini adalah hidangan masam pedas yang akan menggembirakan selera semua orang yang menginginkan berbuka puasa yang indah atau bahkan majlis makan Raya Aidilfitri.


The Manhattan FISH MARKET juga memperkenalkan pencuci mulut. Ia tawaran dalam masa terhad - Ais Krim Vanilla dengan Fistikli Baklava. Fistikli Baklava adalah pastri berlapis yang di isi dengan kacang cincang dan direndam dalam madu. Pencuci mulut ini memberi inspirasi dalam membawa rasa pencuci mulut manis dari Timur Tengah, khususnya dari Turki.

Feisty Arabic Ikan Bakar

Set makanan dalam Feisty Arabic Ikan Bakar sangat sesuai untuk dikongsi! Terdapat 4 menu yang disajikan iaitu:

🔥 Feisty Arabic Ikan Bakar Duo. 


Anda akan dihidangkan sebanyak 600 gram Ikan Seabass disaluti dengan sos tomato pedas, disajikan dengan 2 bahagian Garlic Herb Rice. Set ini sesuai untuk 2 orang dengan harga RM59.90 sahaja. Ini bermaksud hanya RM 29.95 seorang. Berbaloi kan berbuka puasa bersama pasangan. Hehehe. 

🔥 Feisty Arabic Ikan Bakar Gembira. 


Hidangan 600 gram Ikan Seabass yang lengkap dengan sos tomato pedas, disajikan dengan 2 bahagian Garlic Herb Rice, menu kegemaran Scallop Fish Chicken, 3 minuman Strawberry Gembira dan 3 Chowder of the Day. Sesuai untuk 3-4 orang dengan harga RM119.90 sahaja. 

🔥 Feisty Arabic Ikan Bakar Bersama-sama. 



Sepinggan 600 gram Ikan Seabass disaluti dengan sos tomato pedas, disajikan dengan 2 bahagian Garlic Herb Rice, Spicy Flaming Prawns, Fried Calamari dan Volcano Mussels. Dilengkapi dengan 4 minuman Strawberry Gembira dan 4 Chowder of the Day dan diakhiri dengan nota manis dengan 2 Ais Krim Vanilla bersama Fistikli Baklava. Hidangan ini sesuai untuk 4-5 orang dengan harga RM159.90 sahaja.

🔥 Feisty Arabic Ikan Bakar + Flaming Lobster.



Set istimewa dan menjadi signifikasi kepada The Manhattan FISH MARKET yang merangkumi tawaran makanan laut premium iaitu Grilled Flaming Lobster. Didatangkan dengan hidangan 600 gram Ikan Seabass disaluti dengan sos tomato pedas, disajikan dengan 2 bahagian Garlic Herb Rice. Dihidngkan bersama 4 minuman Strawberry Gembira dan 4 Chowder of the Day dan diakhiri dengan nota manis dengan 2 Ais Krim Vanilla bersama Fistikli Baklava. Hidangan ini banyak dan sesuai untuk 4-5 orang pada harga RM288.90 sahaja.

ADD-ONS, ADD-ONS

Apabila ada hidangan sedap, pastinya perlu hidangan tambahan. Minuman, sup atau ais krim? Yang mana satu pilihan anda? Setiap pembelian hidangan Feisty Arabic Ikan Bakar, anda boleh ADD-ONS Comforting Bubur Ayam pada harga RM 5.90, Sweet and cooling Strawberry Gembira RM 9.90 atau Vanilla Ice Cream with Fistikli Baklava RM 9.90.

Flavours of the World” - Ikan Bakar Lain Dari Yang Lain


Blogpost ini belum habis tau, tadi tu hanya pengenalan kepada menu. Kikiki. Sekarang tiba masanya untuk Ruby kongsikan nikmat berbuka puasa di The Manhattan FISH MARKET! Pada mulanya Ruby menempah untuk berbuka puasa melalui telefon pada jam 3 petang di cawangan The Manhattan FISH MARKET Wangsa Walk Mall. Tetapi, tempahan berbuka melalui telefon hanya diterima sebelum jam 2 petang. Tetapi jika walk-in booking masih diterima. Ruby pun bergegas ke cawangan Wangsa Walk Mall. Hahaha. 

Alhamdulillah dapat membuat tempahan dan bayar terus makanan yang kami inginkan. Kebetulan ada Puasa Exclusive Voucher. Ruby pun memesan makanan tambahan sekali. So apa yang Ruby pesan? 

✅ 1 Set Ikan Feisty Arabic Ikan Bakar Gembira
✅ Manhattan Fish & Chips (Cherry Snapper)
✅ FREE Manhattan Fish & Chips (Dorry)(menggunakan Puasa Exclusive Voucher)
✅ Free Kids Meal (menggunakan Puasa Exclusive Voucher)
✅ Complimentary Chowder of the Day (menggunakan Puasa Exclusive Voucher)

Ruby siap pesan kepada staff bertugas bahawa terus hidang makanan. Agar apabila kami sampai, semua sudah tersedia. Sebab, kebiasaannya trafik dari Ukay Perdana ke Wangsa Walk Mall jem sikit. Ditambah dengan parking yang penuh nanti. Jadi, sebagai langkah berjaga-jaga eloklah hidangan sudah tersedia. Lagi pula The Manhattan FISH MARKET bukannya masak terlalu awal. Mereka mesti tahu Peraturan-Peraturan Penyediaan Makanan untuk hidangan makanan.


Ikan Bakar menggunakan Ikan Seabass atau lebih dikenali sebagai Ikan Siakap ini dikukus terlebih dahulu, kemudian dibakar. Rasa ikan ini segar dan manis. Sos tomato pedas masam mewujudkan kelainan gastronomi. Tidak terlalu pedas tetapi ada fiesty nya. Ikan siakap lebih mudah dimakan seisi keluarga sebab kurang tulang dan isi yang lembut. 

Sejak mengenali The Manhantaan FISH MARKET di cawangan Ampang Park dulu sekitar tahun 2005, Sup Clam Chowder menjadi kegemaran Ruby. Hanya terdapat di The Manhattan FISH MARKET. Saban tahun sup ini di tambah baik dan mengekalkan rasa yang sama. Memang Ruby puas berbuka puasa. Ruby order 4 sup ini supaya suami dan anak-anak dapat rasa apa yang best sangat sup ini. Ternyata mereka semua suka! Alhamdulillah. 

Meja kami dah penuh! Sehinggakan kami lupa hidangan FREE KIDS Meals. Dah balik rumah baru anak-anak tanya. Ibu, kenapa burger ikan macam selalu ibu order tu tak ada? Ibu dan ayah kekenyangan jawab, ibu lupa nak cek. Tengok dari gambar, memang ya set Kids Meals tiada. Wakaka. 

Diharap perkongsian menu berbuka puasa dari The Manhattan FISH MARKET ini dapat membantu anda mencari kelainan juadah berbuka puasa bersama insan tersayang. 

Tags

إرسال تعليق

14تعليقات

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

  1. sedapnya nampak! rasanya dulu pun ada event dkt fish manhattan dgn akak kan lama dah tu. rasanya adik tu pun belum lahir lagi adam pn takde lagi. menu-menu dia memang sedap walaupun khai tak makan ikan. hahaha sup tu rasa apa akak? buat nak pegi je ni

    ردحذف
  2. uishhh menduga betul tengok semua gambar makanan ni. Masa Ramadan saya memang tak makan kat luar. Memang berbuka kat rumah je. Teringin juga nak rasa ni

    ردحذف
  3. Aduhhh sedapnya dapat pekena ikan bakar. Lama betul sis tak makan ikan bakar, selalu puasa memang dok beli tapi tahun ni tak keluar pun mencari

    ردحذف
  4. Manhattan ada ikan bakar. wow menarik gak ni. dah lama tak makan kat sini. boleh repeat

    ردحذف
  5. Terliurnya, nampak sedap belaka. Sis ni pula memang hantu ikan. Kalau dekat, terjah dah ni. Apakan daya, jauh huhu

    ردحذف
  6. Wahhh menarik jugak eh set ikan bakar dia. Tapi tak pernah pon makan kat sini

    ردحذف
  7. Seronok jugak kalau bawak anak-anak buka di Manhattan. Memang anak-anak pun tertunggu nak buka diluar tapi kadang tu risau bising. Nanti nak suh Mr Hubby singgah Wangsa Walk. Kena grab jugak sebab harga berbaloi sangat dah tu untuk Ramadan ni

    ردحذف
  8. Dapnya ikan bakar time berbuka. Rawlins belum lagi rasa ikan bakar sepanjang Ramadan nie. Maybe it is time for me to visit Manhattan's Fish Market la kan

    ردحذف
  9. Lama X makan kat sini. Tgk hidangan nya semua menarik.. nanti boleh ajak suami berbuka kat similar.. nak try hidangan ikan istimewa tu

    ردحذف
  10. Agak lama gak tapi pi makan Manhattan ni.. tengok ko update ni, terus terasa-rasa pulak nak makan.. cuma tu lerr, kalau di JB ni paling dekat, nak masuk AEION tu malasnyaa oii.. orang sesak ramai.. huhuhu

    ردحذف
  11. Wahhh, yang minat seafood especially ikan bakar ni sure suka berbuka kat sini.. nak suggest kat my friends la.. sempat lagi iftar kat Manhattan ni..

    ردحذف
  12. Aduhai terliur tengok semua menu yang Ruby dan keluarga makan berbuka puasa. Sepanjang ramadan ni masih belum berpeluang nak makan berbuka di luar bersama keluarga...

    ردحذف
  13. Perghhh... Kejamnya terbaca siang hari gini. Terliur nengok gambar Ruby. Dah lama nau tak makan sini, nanti one day akan ku bawa family ke sini lagi.

    ردحذف
  14. wow nampak sedap semuanya. terliur pulak. nanti dh boleh makan di kedai nak makan la. hee terimakasih atas perkongsian :)

    ردحذف
إرسال تعليق

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !