Berbuka Puasa Dengan Santan Serendah RM 10.90 Sahaja! - RUBY.MY | Best Lifestyle Blog

Berbuka Puasa Dengan Santan Serendah RM 10.90 Sahaja!

Berbuka Puasa Dengan Santan Serendah RM 10.90 Sahaja! | Assalammualaikum semua! Menu berbuka puasa hari ni istimewa dari Santan. Iya Santan dari AirAsia tuuuu. Well, banyak sungguh makanan lazat dan sedap dari Santan. Ada yang sudah menjadi kegemaran Ruby sekeluarga. Tapi, Santan tetap akan menyediakan menu tambahan dan lebih istimewa bersempena bulan penuh keberkatan iaitu Bulan Ramadan. Pada Bulan Ramadan, kebiasaannya kami akan kerap membeli satu menu istimewa iaitu Percik. Tidak kisah sama ada Ayam atau Ikan. Mesti wajib ada dalam Iftar-List. Hehehe. 

Berbuka Puasa Dengan Santan Serendah RM 10.90 Sahaja!


Menu Santan pasti ada yang kena dengan selera semua masyarakat di Malaysia. Tidak kira usia, pasti ada sesuatu memikat selera anda. Seperti Ruby, Ruby amat menggemari Nasi Lemak Pak Nasser, suami pula suka Nasi Padang bersama Rendang Daging, Adam pula suka Crispy Chicken Bites dan Alif menggemari Kek Onde Onde. Jadi, kalau nak ke pasaraya, mesti wajib ada cawangan Santan. 

Ruby happy cawangan terkini Santan berada di Wangsa Walk Mall. Yahooo! Makin dekat dengan Ruby! Korang dah cuba menu berbuka puasa Santan? Nasi Lemak Pak Nasser bersama Ayam Percik. Padu! Sebab makan bersama Nasi Lemak yang ada sambal, ikan bilis, kacang, timun, telur dan nasi lemak. Aroma diaaaaa. Menduga iman! Nak lagi best, tambah seleksi minuman kepada Thai Milk Tea. Pergggggggggg. Terangkat!

Nasi Lemak Pak Nasser Ayam Percik

Thai Milk Tea

Snacks Set-Go Plant Base Epic Bites.


Menampilkan snacks berasaskan tumbuh-tumbuhan. Snacks Set-Go pastinya menjadi pilihan selera anda. Ruby sudah cuba dan sangat menyukainya. Paling Ruby suka adalah Sweet Potato Ball. Tekstur lembut, kenyal dan aroma ubi memberikan nikmat. Enak dimakan semasa panas-panas.  

Pelbagai pilihan tersedia sama ada anda inginkan Samosa, Sweet Potato Ball, Potato Cauli Bites, EPIC Pandan Chicken, dan Potato Currypuff. Makanan ringan ini adalah produk berasaskan tumbuhan yang direka khas dengan pelbagai jenis peralatan memasak ASEAN dengan campuran rasa dan tekstur yang unik.

Dapatkan Snacks Set-Go secara eksklusif di Santan MidValley, Santan NU Sentral dan Santan Sunway Pyramid. 

Cenderamata Santan X Bingka Diinspirasikan Dari Bahan-Bahan Nasi Lemak Pak Nasser.


Get yourself our exclusive #SantanXBingka collection today. This limited pieces designed perfectly in Bingka’s silkscreen-printed vibrant hues and showing our famous Santan's Pak Nasser Nasi Lemak. 

Tersedia di cawangan Santan Mid Valley, Shopee and Lazada!

Santan Food Menawarkan Produk Buatan Malaysia Bagi Membantu Usahawan SME. 


Tertarik dengan inisiatif murni Santan. Kita sebagai pelanggan setia Santan harus menyokong usaha ini agar dapat menjaga kelestarian perniagaan bagi usahawan tempatan. Anda boleh dapatkan produk mereka di Santan Mid Valley.

Turkish Delight

Harriston Chocolate

Old KL Kaya

T&Co

Hernan Food Durian Dumpling

Beras Kenyalang

krayPek

Produk-Produk Keluaran Santan 

inflight snacks

Cawangan Terkini Santan


1. Santan Mid Valley
2. Santan Cafe The Gardens (Jejantas)
3. Santan 163 Retail Park, Mont Kiara
4. Santan IOI Mall Puchong
5. Santan Sunway Pyramid (Sunway Lagoon Entrance)
6. Santan AEON Mall Shah Alam
7. Santan Nu Sentral
8. Santan KL SOGO
9. Santan PKNS Shah Alam
10. Santan Wangsa Walk
11. Santan KL East Mall

Semoga perkongsian Ruby hari ini bermanfaat buat anda semua. 

11 ulasan:

  1. Durian Dumpling tu macamana la rasa dia ye?. Snack Set Go tu nampak yummy pulak. Haihhh bulan puasa ni semunya sedap.....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahahaha tergugat kan kak. Memang sedap dan fav. Durian Dumpling tu best seller. Selalu pelancong dari China borong beli di airport. Fav mereka. Dumpling ni guna tepung pulut kak. Sedap campur dumpling sengan soya sejuk atau panas. Sedapnyaaaaa. Mengundang betul soalan akak ni. Sabar sabar puasa. Hahaha.

      Padam
  2. dulu dua cawangan je sunway dan mid valley, now ada banyak dah cawangan dia! tak sangka cepat betul berkembang, baru ni ada nampak iklan dia dekat setia city mall. lepas ni meriah la situ

    BalasPadam
  3. I dah pernah pergi yang kat Mid Valley. A nice space to lepak and do your work too actually. Now dah makin banyak products - nicely job Santan

    BalasPadam
  4. Kita masih belum ada masa lagi untuk berbuka kat Santan ni hurmm tengok juga menu mereka semua sedap-sedap belaka hehehehe nak cuba tak ada orang nak ajak wakakakaka... Tempat cantik dan selesa untuk makan kan...

    BalasPadam
  5. Oh maiii, rupanya ada kedai jual macam2 kat Santan juga ye! mati2 ingat hanya tempat makan jer.. nampak sgt tak pernah explore lagi, selalu order online jer!

    BalasPadam
  6. Nyummy sedapnya..iena dah makan dah nasi lemak pak nasser ayam percik tu..kuah percik dia sedap. Ayam pun juicy..aritu pun buka puasa ada order online tapi beza sikit rasa order online haha
    iena prefer makan kt kedai kot lagi sedap compare to online dia rasa macam kering sikit..mungkin sebab lama sangat nk tunggu waktu buker kot..Apa2 pun menu2 santan memang sedap..iena memang selalu order air asia food santan ni kalau tak sempat masak :)

    BalasPadam
  7. Murah dan sedap. Itu antara tarikan makanan di restoran ini.. akk boleh try yg ada kat aeon shah alam

    BalasPadam
  8. macam-macam ada rupanya dalam tu. haritu ada lalu jugak tp tak masuk. ingatkan ada serve makanan je. lepasnie nak cubalah masuk n try menu2 dorg

    BalasPadam
  9. wah dah banyak cawangan pula Santan ni.. rindulah nak makan kat awan biru.. lamanya dah tak fly..

    BalasPadam
  10. Rindu sangat dah nak makan produk AA ni tapi apakan daya dah setahun tak bole merentas negeri

    BalasPadam

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

Dikuasakan oleh Blogger.