Samsung Galaxy Buds Pro Selesa Untuk Wanita Berhijab

Samsung Galaxy Buds Pro Selesa Untuk Wanita Berhijab

Ruby
8

Samsung Galaxy Buds Pro Selesa Untuk Wanita Berhijab | Assalammualaikum semua! Kembali lagi dalam segmen Samsung Di Hatiku. Hahaha. Ruby akan kongsikan gadget seterusnya yang menjadi teman sepanjang masa selain telefon pintar. Ruby menggunakan Samsung Galaxy Buds Pro sudah hampir dua minggu. Memang bergaya! Walau hanya work from home, kadang-kadang memandu keluar beli barang dapur dan selesaikan urusan rasmi. Peranti ini amat penting dan wajib dimiliki oleh semua orang. Ruby rasa selesa apabila peranti ini sentiasa bersama. Samsung Galaxy S21+ dan Samsung Galaxy Buds Pro. Memang gandingan sepadan! Jadi, Ruby nak kongsikan dengan pembaca semua tentang apa yang best sangat dengan peranti Samsung Galaxy Buds Pro ni. Ruby akan cerita dengan lebih lengkap dan sempoi. Harap dapat membantu pembaca yang mencari kelaianan dalam koleksi headphones / earphones.

Samsung Galaxy Buds Pro Selesa Untuk Wanita Berhijab


Ini adalah earbuds tanpa wayar yang sebenar! Memiliki teknologi pro-grade untuk bunyi yang mendalam dan Intelligent ANC membolehkan kita beralih antara penghapusan bunyi atau suara ambien yang dapat disesuaikan dengan suasana. Samsung Galaxy Buds Pro adalah pilihan yang tepat. Bernilai RM 799, di dalam kotak ini terdapat Samsung Galaxy Buds Pro dalam warna Phantom Black kegemaran Ruby. Kemudian disertakan sarung silikon sebanyak 3 pasang dan berlainan saiz. Ruby hanya menggunakan sarung silikon yang tersedia di Galaxy Buds Pro sebab lubang telinga kecil. Hehehe. Seterusnya wayar USB untuk mengecas jenis type-C. Bawakan suara studio kepada anda dari pembesar suara 2 hala yang kuat dengan Sound by AKG.

Rekaan yang kemas dan bergaya kan? Anak-anak Ruby nampak Galaxy Buds Pro ni terus dia cakap ibu macam Hanna! Maka bermulalah perbualan kami. 

Ibu: "Hanna mana pula kan?"
Adam: "Hanna Moon tu ibu!"
Ibu: "Hanna Moon tu siapa? Sailormoon ke?"
Adam: "Bukan ibu! Hanna yang pakai earbuds warna putih."
Ibu: "Ohh yang cerita drama Korean The Uncanny Counter tu ya?. Apabila mereka ada misi, semua pakai earbuds warna putih? Best kan cerita tu?"
Adam: "Ha'ah ibu, mereka tangkap roh jahat."

Maka, berterusan kami bersembang tentang earbuds dan drama tu. Hehehe. 

Samsung Galaxy Buds Pro ni rekaan dia kemas dan licin. Maka, untuk wanita berhijab tidak perlu risau jika earbuds nampak terbonjol di telinga. Sebab tiada apa yang kelihatan. Selesa pun ya. Apabila pakai hijab, mod Active Noise Cancelling (ANC) dan mod Ambient amat memainkan peranan. 

Active Noise Canceling (ANC), Ambient Sound Dan Auto Switch.


ANC membuatkan kita lebih fokus apabila menerima panggilan atau mendengar muzik. Selain itu, ia membuatkan kita fokus apabila melakukan suntingan video. Al maklumlah blogger dan influencers memang wajib menghasilkan kandungan yang bermanfaat. Jadi, menyunting video dimana-mana sahaja memang best. Tambahan pula musim pandemik ni semua ahli keluarga berada di dalam rumah. Tiada gangguan selepas mod ANC kita pilih. Hehehe. Active Noise Cancelling (ANC) pada Galaxy Buds Pro mengawal hingga 99% kebisingan latar belakang. Mikrofon di bahagian dalam dan luar memantau kebisingan dalam masa yang sama. Pilih mod ANC dan kemudian pilih High atau Low untuk menyesuaikan level sunyi yang diinginkan. 

Anda tidak perlu risau jika perlu tukar-tukar mod. Fungsi Voice Detect dengan serta-merta beralih dari ANC ke suara Ambient apabila mendengar suara anda. Seperti ketika Ruby menggunakan ANC untuk menyekat kebisingan dalam rumah, tiba-tiba Adam panggil dan ingin bertanya soalan tentang kerja sekolah. Maka, mod ANC mati secara automatik semasa Ruby bercakap. Peranti pintar ini menukar mod kepada perbualan anda, walaupun anda sedang menggunakan mod ANC atau mod Ambient, Voice Detect akan menurunkan kelantangan muzik anda dan memfokuskan mikrofon pada orang yang sedang bercakap dengan anda. 

Ambient Sound bermaksud anda tidak perlu mengeluarkan earbud anda untuk menyertai perbualan. Anda dapat mendengar suara dengan jelas dalam masa yang sama. Dengan algoritma pintar meningkatkan jumlah persekitaran melalui empat tahap, anda tidak akan kehilangan bahagian penting dalam perbincangan. 

Auto Switch on Galaxy Buds Pro mengesan apa yang paling menekan dan mengalihkan sambungannya ke peranti tersebut dengan serta-merta. Oleh itu, semasa anda menonton filem di tablet dan mendapat panggilan, Galaxy Buds Pro menukar audio ke telefon anda. Kemudian setelah anda menutup telefon bimbit, Galaxy Buds Pro menyambung kembali ke tablet dengan lancar - beralih dari peranti ke peranti tanpa anda menyentuh skrin.

Bagaimana Samsung Galaxy Buds Pro Berfungsi?


Galaxy Buds Pro dibahagikan kepada beberapa lapisan untuk menunjukkan lokasi pembesar suara, woofer, tweeter dan ventilasi udara. 

Lakukan panggilan tanpa bunyi yang mengganu fikiran anda. Panggilan berkualiti terbaik untuk earbuds tanpa wayar bermaksud anda kurang mengeluarkan suara dan suara yang lebih jelas semasa membuat panggilan di rumah atau di mana-mana. Dengan tiga mikrofon terbina dan unit pengambilan suara, setiap perkataan jelas. Reka bentuk penonjolan yang rendah meminimumkan hubungan angin, sementara penyelesaian pelindung angin yang canggih menyekat suara angin semasa panggilan.

360 Audio Dolby Atmos®


Alami 360 Audio dengan teknologi Dolby Head Tracking ™, Galaxy Buds Pro menempatkan anda ke pusat video, filem atau rancangan TV kegemaran anda. Sensor penjejakan gerakan pintar menentukan arah suara semasa anda menggerakkan kepala anda. Dolby Atmos® akan membuat anda mendengar setiap perincian dengan lebih jelas, dan rasakan hubungan yang lebih mendalam dengan drama Korean tersebut.

SmartThings Find

 
Pasti anda tidak akan menyangka earbuds anda akan hilang dari pandangan mata. Jangan risau! Samsung telah menyediakan pengesan earbud. Hanya buka aplikasi SmartThings. Earbuds anda akan mengeluarkan bunyi bip sehingga anda dapat mencarinya dengan mudah di bilik anda. Malah anda dapat mencari lokasi terakhir Galaxy Buds Pro yang telah digunakan, walaupun ia tidak lagi dihubungkan ke telefon anda. 

Lokasi peranti hilang yang dijumpai dengan SmartThings Find adalah lokasi perkiraan di mana isyarat peranti yang hilang dikesan. Aplikasi SmartThings Find hanya tersedia pada peranti Galaxy dengan Android 8 atau lebih baru.

Tiada Lagi Y Splitter Untuk Mendengar Bersama


Jika anda masih ingat lagi dengan Y Splitter. Pasti ada kenangan bersama apabila ingin mendengar lagu bersama kawan-kawan dan kita perlu guna peranti kecil iaitu Y Splitter. Sekarang, tidak perlu lagi! Gunakan Galaxy Buds Pro sahaja! Buds Together membolehkan anda menyambungkan dua set Galaxy Buds Pro ke telefon anda pada masa yang sama, sehingga anda berdua dapat mendengar senarai main BFF anda dengan kualiti suara yang berkualiti tinggi. Ruby dan suami berkongsi playlist Spotify Premium yang sama. Ada kalanya muzik, drama dan video lucu yang kami dengar tidak sesuai untuk didengari oleh anak-anak. Ini adalah cara yang paling bagussssss.. hehehe.

Keselesaan Memakai Samsung Galaxy Buds Pro


Reka bentuk earbud klasik, reka bentuknya mengurangkan rasa tidak selesa apabila anda menggunakannya selama berjam-jam. Galaxy Buds Pro kekal di telinga anda dengan selamat ketika bersenam dan dengan saluran udara yang menyeimbangkan tekanan di telinga. Dengan tiga saiz hujung telinga untuk dipilih, anda boleh mengujinya untuk memastikan Galaxy Buds Pro anda sesuai dengan selesa dan selamat - dan dengan meterai yang baik sehingga ANC berfungsi dengan baik.

Saiz Yang Comel!


Saiz memang penting. Sebab Ruby suka bawa beg kecil kemana-mana. Bag legend Ruby ni boleh memuatkan pelbagai barang. Alhamdulillah Galaxy Buds Pro pun boleh masuk. 5cm x 5cm sahaja. Welcome on board! 

Bateri Tahan Lama!


Pasti ramai menantikan penjelasan tentang bateri Galaxy Buds Pro. Hehehe. Ruby faham, kita semua risau tentang bateri. Kalau boleh, biar sehari 12 jam boleh guna Galaxy Buds Pro tanpa perlu risau mengecas selalu. Barulah hari-hari ku dipermudahkan segala urusan. Apabila anda menghidupkan Galaxy Buds Pro, anda perlu membuka bekas Buds Pro sepanjang ingin menggunakannya. Sekitar 5 jam masa bermain dengan 13 jam lagi di dalam bekas Buds Pro. Konsepnya adalah Galaxy Buds Pro perlu kita cas bekas Buds Pro dan secara automatik akan mengecas Buds Pro. Apabila kita menggunakan Buds Pro di telinga, bekas Buds Pro juga akan digunakan untuk memberi sambungan Bluetooth ke telefon pintar mengesan penggunaan Buds Pro. Jumlahnya jadi 18 jam bertahan. Itu kalau anda pilih ANC. 

Apabila ANC dimatikan, anda mendapat jumlah 28 jam, dengan 8 jam masa bermain dan baki 20 jam masih lagi ada apabila anda simpan di dalam bekas itu. Sama ada anda mempunyai hari yang penuh dengan persidangan video, mengikuti rakan atau menjejak ke senarai musik kegemaran anda, Galaxy Buds Pro mempunyai kekuatan untuk membuat anda sentiasa berhubung dan mendengar.

Anda dapat lihat dua keadaan status bateri. Satu bateri di Buds Pro, satu lagi di bekas Buds Pro. Kedua-duanya berbeza kuantiti kuasa yang masih dimiliki. Anda juga boleh mengecas tanpa wayar bersama bekas Buds Pro atau gunakan teknik Wireless PowerShare yang memberi anda dorongan semasa dalam perjalanan tetapkan Galaxy Buds Pro di bahagian belakang telefon pintar Galaxy anda untuk pengecasan tanpa wayar. Hebat kan?

Promosi Galaxy Buds Pro 


Galaxy Buds Pro dijual dalam 3 warna iaitu Phantom Black, Phantom Violet, Phantom Silver. Setiap earbud digilap hingga berkilau tinggi sementara dalaman matte terasa lembut pada kulit anda. 

Harga Semasa: RM 799.00


Dapatkan Samsung Galaxy Buds Pro di kedai rasmi Samsung berdekatan anda atau beli secara dalam talian di laman web rasmi Samsung.

"Samsung Galaxy Buds Pro wajib dimiliki oleh semua. Teknologi ANC dan Ambient Sound sangat luar biasa. Ia adalah teman terbaik buat telefon pintar Samsung anda!" - Ruby.my

Catat Ulasan

8Ulasan

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

  1. Cantiknya yang warna purple tu. And for it to be powered by AKG - memang terbaik la sound dia. Peranti sebegini makin penting terutama dalam era pandemik ini kan

    BalasPadam
  2. smart lah design samsung buds pro ni. lagi2 yang purple tu. memang tengah cari ear buds ni

    BalasPadam
  3. Woww ! Cantik betul la design Samsung Buds Pro nih. Untuk spesifikasi macam nih memang sangat berbaloi dengan harganya.

    BalasPadam
  4. Bilalah dapat sambar ni. Memang fans tegar Samsung tp ear buds pki brand lain. Tgh usha2 S21 ni. Haha.

    BalasPadam
  5. Tak boleh bayangkan macam mana bunyinya dekat telinga tu, mau macam dalam panggung kann.. Sis pun pakai jenis earbuds gini, letak je dalam tudung, orang tak nampak hehehe..

    BalasPadam
  6. I am using this also, the sound quality is good and fitting is very comfortable even i wear it for long hours.

    BalasPadam
  7. Kita sebenarnya tak berapa suka pakai buds macam ni sebab kecil dan masuk dalam telinga terus tak perasan hehehe tapi yang Samsung ni nampak nice dan kemas jer bila pakai kan hurmmm menarik...

    BalasPadam
  8. i love that the design of these ear buds take into consideration those who berhijab too. now everyone can enjoy high quality audio!

    BalasPadam
Catat Ulasan

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !