Koleksi Sweet Moon Dari Dua Gifts, Tambah Nama Sendiri Untuk Lebih Istimewa


Koleksi Sweet Moon Dari Dua Gifts, Tambah Nama Sendiri Untuk Lebih Istimewa | Assalammualaikum semua! Bila kali terakhir korang beli peralatan tulis? Korang suka tak beli buku nota, bekas pensil, bag kecil dan penanda buku? Kalau korang suka, boleh la geng dengan Ruby. Terapi terbaik untuk Ruby apabila ada kegelisahan atau not in a goof mood. Ruby suka membaca dan menulis. Masuk kedai buku atau library sahaja, Ruby boleh happy balik. Sekarang, dengan penularan wabak pandemik COVID-19, Ruby kena ubah cara untuk terapi diri membeli secara online di Dua Gifts website. Rambang mata mencari apa yang diinginkan sebab semua cantik-cantik. Hahaha. Jom Ruby kongsikan apa yang yang ada di dalam Koleksi Sweet Moon dan Ruby  abadikan nama di atas buku nota tu. 

Koleksi Sweet Moon Dari Dua Gifts, Tambah Nama Sendiri Untuk Lebih Istimewa


Sweet Moon, ia adalah koleksi yang berwarna merah jambu dan ceria. Jika pertama kali korang lihat, ia seakan-akan sesuai untuk wanita sahaja. Tetapi apabila membaca quotes "Do Something Beautiful", korang boleh mengaitkan kepada semangat harian. 

"Lakukan sesuatu yang indah" 
"Hari ini akan lebih bermanfaat apabila kita berpenampilan cantik" 
"Cantik itu kita yang perlu lakukan, bukan orang lain"
"Jaga diri, maruah dan agama, ia akan cantik apabila semuanya seimbang"
"Lakukan semuanya kerana Allah s.w.t, ia akan cantik di mataNya"

Bagaimana kita memahami sesuatu adalah bergantung kepada diri kita menerima sesuatu walaupun ia hadir dalam sesuatu yang mudah seperti quotes. Kata-kata yang indah apabila di baca setiap hari, kita akan lebih positif. Ruby juga telah abadikan nama username di atas buku nota. Username media sosial adalah satu nostalgia bagi Ruby. Jadi, selama hampir 12 tahun menggunakan nama rubydotmy, Ruby ingin ia tertera di kulit buku nota. Perjalanan yang sangat panjang kita lalui bersama. Alhamdulillah. 

1. [Personalise] Sweet Moon Wire-O A6 Notebook RM 30.90


Bersaiz: 155mm H x 110mm L dan seberat 173g sahaja. Bahan-bahan buku nota A6 ini adalah kertas simulasi 80gsm, kulit keras yang sempurna serta tulisan emas "foil lettering cover". Bilangan halaman adalah 192 halaman kosong. Nampak tak Ruby tambah @rubydotmy? Korang boleh tambah nama dengan had limit 10 huruf. Best kan?

2. Sweet Moon Pouch RM 36.90


Apa yang menarik tentang pouch ini adalah material dari kulit PU yang lembut dan bukaan zip yang luas. Sesuai untuk masukkan pelbagai barang keperluan. Ruby menggunakan pouch ini untuk menyimpan barang pengecas elektronik dan wayar-wayar penting yang lain. Bersaiz hanya (L) 21cm x (W) 7cm x (H) 17cm dan seberat 70g.

3. Sweet Moon Pencil Case RM 26.90

Bekas pensil berzip ini pastinya nostalgia buat kita semua. Zaman sekolah dulu, Ruby suka bekas pensil berzip macam ni. Simple dan semua keperluan alat tukis ada. Bersaiz (L) 21cm x (W) 6cm x (H) 7cm dan seberat 50g sahaja. Material kulit PU lebih tahan lama dan tampak eksklusif.

4. Sweet Moon Bookmark RM 12.90

Bila kali terakhir korang memiliki penanda buku? Jika korang memerlukan penanda buku jenis quotes yang memberi inspirasi dan memanfaatkan aktiviti membaca korang. Dapatkan penanda buku dari Dua Gifts. Hadir bersama sarung plastik yang tebal. Bersaiz panjang 184mm x lebar 57mm dan seberat 10g sahaja. 

5. Sweet Moon Sticky Notepad RM 26.90

Notepad penting untuk memudahkan kita lebih mudah mengatur kehidupan. Sticky notes dari Dua Gifts sangat unik dan eksklusif. Sebab ia stail islamik. Beserta nota ringkas yang membuatkan korang akan lebih suka menulis apa sahaja perkara terlintas di fikiran. Ia sangat bagus bagi seseorang yang pemikir macam Ruby. Ada je idea nak buat. Nak plan itu ini. Kadang-kadang ada sesiapa call. Ruby kena tulis. Sebab kebiasaannya terlupa nama orang yang call dan mesti ada input semasa berhubung. Hehehe. Bersaiz (L) 19cm x (W) 0.5cm x (H) 14cm dan seberat 100g. Saiz kecil dan midah untuk dibawa kemana-mana. 

Promosi 30% Diskaun Sehingga 31 Oktober 2020


Dua Gifts sentiasa pandai mengambil hati peminat-peminat barangan alat tulis. Sebagai Muslim, Ruby sentiasa mengikuti perkembangan produk Dua Gifts dan promosi terkini. Sekarang ada 30% diskaun untuk buku nota. Siap dengan tambahan huruf nama korang. Semoga bermanfaat! 


Catat Komen

13 Ulasan

  1. alahai comelnya..cantik la.suka buku notebook dengan warna-warna pastel macam ni. nampak cute sangat

    BalasPadam
  2. Cantiknya koleksi Sweet Moon ni.. Sesuai sangat dijadikan hadiah untuk kawan2 as gift since boleh customized nama kan.. ada DISCOUNT, ada FREE SHIPPING lagi tue.. Nice..

    BalasPadam
  3. Ehh nak jugalah...sweet plak nota pink macamtu...
    Bestnya pulak boleh letak nama sendiri, exklusif gitu.. Sis sendiri ada pencil case Ruby, kalau pergi event ke memang akan bawa bag kecil di mana semua buku dan pencil case dalam tu termasuk segala macam name kad orang hahahaha

    BalasPadam
  4. alahai comelnya..suka tengok notebook dengan warna yg sweet macam ni. kalau nak bagi hadiah untuk kawan memang sesuai sangat.

    BalasPadam
  5. Cantik koleksi ni, yang penting boleh personalized. Ayat-ayat kat buku tu pon menarik, bagus sebagai ingatan kekadang terlupa nak menyebutnya kan? 😅

    BalasPadam
  6. LH pun suka teruk notebooks. Penuh notebook dalam bilik tu. Macam-macam kategori. Untuk blog, untuk puisi, untuk kelas

    BalasPadam
  7. cutenya notebook pinkk hehe comel boleh tambah nama sendiri nampak lagi ekslusif

    BalasPadam
  8. cantiknya koleksi niiii. i love the colours of the items they will surely make our days more fun and productive!

    BalasPadam
  9. cantik pulak koleksi sweet moon ni. paling suka tentulah notebook. memang macam-macam blh tulis kalau pergi event

    BalasPadam
  10. Harga takdela mahal.. Best ni.. Dah lawa.. Set macam ni sennag.. Siap boleh tulis nama.. Hehee. Menarik.. Warna pun cantik

    BalasPadam
  11. ok cantik2 koleksi dia... thanks share kak ruby.. dah beli utk adik kita for her bday...hahaha... mesti dia suka..

    BalasPadam
  12. Bestnya boleh personalize. Kenapa la zaman saya study dulu takde benda2 mcm ni. Kalau tak mesti dah abis saya borong hehe

    BalasPadam
  13. Nampaknya agak eklusif lar gift ni sebab boleh personalize dengan nama sednriri kan? Memang cantik dan cute betul. :)

    BalasPadam

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.