Movie Review: Mulan, Puteri Di Hati Ayah. Bukan Cerita Puteri Disney's Bayangan Anda.

Movie Review: Mulan, Puteri Di Hati Ayah. Bukan Cerita Puteri Disney's Bayangan Anda.

Ruby
15
Movie Review: Mulan, Puteri Di Hati Ayah. Bukan Cerita Puteri Disney's Bayangan Anda |  Assalammualaikum semua! Pasti ramai telah menonton filem Mulan 2020 kan? Jadi, apa pendapat korang? Beyond expectations ya? Ruby mendapat banyak response tentang filem ini. Rata-rata menyatakan bahawa ia bukan filem Mulan kartun. Hehehe. Sebab kita semua sudah terbiasa dengan filem animasi Disney's yang membuat adaptasi kepada filem lakonan watak sebenar dengan jalan cerita yang hampir sama. Kisah rakyat biasa menjadi puteri setelah berkahwin dengan putera Raja, kisah puteri yang teraniaya, kisah putera Raja mencari bakal permaisuri dan seterusnya. Ia menjadikan Disney's unik dengan caranya tersendiri. Tapi, Mulan 2020 adalah sebuah adaptasi yang sangat lain. Kekuatan filem Mulan adalah dari dirinya sendiri dan semangat keluarga yang membuatkan watak Mulan tidak dikaburi dengan kemunculan watak tambahan yang kita sedia maklum.

Movie Review: Mulan, Puteri Di Hati Ayah. Bukan Cerita Puteri Disney's Bayangan Anda.


Filem Mulan 2020 adalah filem diklasifikasikan sebagai P13 iaitu perlu dibawah bimbingan ibu bapa apabila menontonnya.

P13 bermaksud Penonton berumur di bawah 13 tahun memerlukan pengawasan dan bimbingan ibu bapa atau penjaga ketika menonton. Filem mengandungi unsur seram, menakutkan, adegan atau aksi negatif, unsur suspen dan mengejutkan tetapi tidak berlebihan; jalan cerita yang sukar difahami dan unsur yang boleh mengganggu emosi kanak-kanak. - Kementerian Dalam Negeri Malaysia

Filem aksi Mulan 2020, ada beberapa karakter yang tiada seperti filem animasi Mulan 1998. Ada watak dan jalan cerita yang ditukar ganti. Diantaranya adalah:

1. Nama keluarga, Mulan 1998 menggunakan Fa Mulan. Mulan 2020 menggunakan Hua Mulan. Jadi dari keluar Fa ke keluarga Hua. 

2. Watak Nenek Mulan iaitu Grandmother Fa yang menjadi penyeri dalam filem Mulan 1998 digantikan dengan kemunculan watak sebagai adik perempuan Mulan iaitu Hua Xiu. Katanya lebih memberi impak emosi kekeluargaan. Sebab adik Mulan amat menyanjungi kakaknya sejak dari kecil. 

3. Watak jelmaan Ancestors keluarga Fa, Chinese Dragon iaitu Wushu tiada di dalam filem Mulan 2020. Tetapi jelmaan Phoenix sebagai pengganti yang sentiasa mengiringi Mulan sepanjang besama Imperial Army.

4. Tiada watak Kapten Li Shang. Ini adalah hampa yang paling ketara dari Disney's Fans. Sedih tiada happy ending bersama Kapten Li Shang. Watak Chen Honghui digantikan tetapi tiada pengakhiran seperti watak Li Shang. 

Ada beberapa lagi kelainan dalam filem Mulan 2020, tetapi Ruby tidak terganggu dengan kelainan itu. Malah lebih suka dengan watak Mulan yang lebih berani dan filem ini lebih segar. 

Sinopsis Filem Mulan 2020


Ketika Maharaja China mengeluarkan keputusan bahawa satu orang setiap keluarga harus berkhidmat di Tentera Imperial untuk mempertahankan negara dari penjajah Utara. Hua Mulan, puteri sulung seorang pejuang terhormat, melangkah untuk menggantikan ayahnya yang sakit. Dengan berpura-pura sebagai lelaki iaitu Hua Jun, dia diuji setiap langkahnya dan mesti memanfaatkan kekuatan dalamannya dan memanfaatkan potensi sebenarnya. Ini adalah perjalanan epik yang akan mengubahnya menjadi seorang pejuang yang terhormat dan mendapat penghormatan dari rakyat, penduduk kampung dan ayahnya sendiri. 

Trailer Mulan



Senarai Pelakon Mulan


Yifei Liu sebagai Mulan, putri sulung Hua Zhou yang menentang tradisi dan undang-undang dengan menyamar sebagai lelaki dengan nama Hua Jun untuk mendaftarkan dirinya di Tentera Imperial menggantikan ayahnya yang sakit. 

Sumber gambar dari www.crystalrao.com

Crystal Rao sebagai Mulan semasa kanak-kanak. Aktif dan menguasai Chi diawal usia dan membanggakan bapanya walaupun orang kampung tidak menyukainya. 

Donnie Yen sebagai Komandan Tung, pemimpin tertinggi Tentera Imperial dan mentor kepada Mulan. Kedua-dua Tung dan Chen berdasarkan Li Shang dari filem animasi. 

Jason Scott Lee sebagai Böri Khan, pemimpin pejuang Rouran yang berniat membalas dendam diatas kematian ayahnya. Khan berdasarkan Shan Yu dari filem animasi.

Yoson An sebagai Chen Honghui, seorang pekerja yang yakin dan bercita-cita tinggi yang bergabung dengan unit Komander Tung, dan menjadi sekutu dan minat kepada Mulan. 

Gong Li sebagai Xianniang, penyihir yang kuat dengan kemampuan mengubah bentuk dan dia adalah sekutu Böri Khan. Boleh berubah kepada seekor burung hantu hitam dan burung helang. Membantu Mulan di saat akhir hayatnya.

"They accept you, but hey will never accept me"

Jet Li sebagai Maharaja China, seorang pemerintah China yang bijaksana yang memerintahkan mobilisasi pasukan melalui wajib militer satu orang dari setiap rumah tangga untuk memerangi tentera Rouran yang menyerang.

Tzi Ma sebagai Hua Zhou, ayah Mulan dan seorang veteran perang yang terkenal, yang kini dipanggil semula ke Imperial Army walaupun kesihatannya lemah. 

Rosalind Chao sebagai Hua Li, ibu Mulan dan isteri Zhou. 

Xana Tang sebagai Hua Xiu, adik Mulan. Karakter ini ditambahkan ke plot filem kerana pembuat filem merasakan bahawa "ini menambahkan konteks emosi yang lebih luas dan menambahkan lebih banyak motivasi untuk watak Mulan.

Ron Yuan sebagai Sarjan Qiang, yang kedua sangat setia dalam komando Rejimen Imperial. 

Jun Yu sebagai Cricket, perekrut malang yang bergabung dengan unit Komander Tung. Cricket berdasarkan Cri-Kee dari filem animasi. 

Jimmy Wong sebagai Ling, seorang perekrut yang bergabung dengan unit Komander Tung. 

Chen Tang sebagai Yao, seorang perekrut yang bergabung dengan unit Komander Tung. 

Doua Moua sebagai Chien-Po, seorang perekrut yang bergabung dengan unit Komander Tung. 

Nelson Lee sebagai Canselor, anggota dewan Kaisar yang bertanggungjawab untuk merekrut rekrut baru untuk bergabung dengan tentera Imperial. Canselor berdasarkan Chi-Fu dari filem animasi. 

Cheng Pei-pei sebagai The Matchmaker. 
Arka Das sebagai Red Fez

Selain itu, Ming-Na Wen, suara asli Mulan dalam filem animasi dan sekuelnya, muncul sebagai tamu terhormat yang memperkenalkan Mulan kepada Maharaja China.

Christina Aguilera Masih Menyayikan Lagu OST Mulan


Pada tahun 1998 semasa kemunculan filem Disney's Mulan, Christina Aguilera menyanyikan lagu tema filem ini betajuk Reflection dan mendapat sambutan yang sangat baik. Kemudian kemunculan filem Mulan tahun 2020 memberi lagi sinifikasi Mulan seterusnya bertajuk Loyal Brave True. Malah menyanyikan semula lagu Reflection dengan lebih segar. 

Reflection 2020


Loyal Brave True


Selamat Menonton! Jangan stress okay? Mulan tu princess di hati ayah dan keluarga dia. 
Tags

إرسال تعليق

15تعليقات

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

  1. الردود
    1. Ha'ah betul sis. Totally macam cerita baru. Boleh dikatakan macam filem Mulan 1998 kartun yang kita tengok dulu hanyalah sumber rujukan untuk mencipta filem aksi Mulan 2020. Kalau tengok, jangan dikenang Mulan yang lama. Gitewwww.

      حذف
  2. Alamak xtengok pon siri mulan ni so xtahu sgt. Kena tgk yg lama juga ni baru feel tgk latest kan. Jet Li ada tu yg rasa nak tgk. Hehe

    ردحذف
  3. ika dah tengok dah movie mulan ni haritu. lain dari yang lain. tak mcm princess disney yang lain !

    ردحذف
  4. Mulan 1998 dah lain dari princess Disney dah, Mulan 2020 lagi gempak ye. Tengok visual macam gempak.

    ردحذف
  5. Ulasan yang bagus, thanks for the insight hehee. Qeela tak tengok lagi Mulan baru ni, nampak macam gempak juga kan 😁

    ردحذف
  6. K mid tengok cerita mulan nie gitu2 aje..xlah menghayatinya..kira ruby dah review baguslah juga..boleh lebih faham jalan ceritanya

    ردحذف
  7. Hari Mulan ditayangkan terus Kitkat pergi tonton kat cinema.Memang sangat puas hati dengan filem Mulan 2020 sebab keunikan jalan cerita yang sedikit berbeza dengan Mulan 1988 dan lebih rasional kan. macam nak repeat lagi ni..

    ردحذف
  8. Konon plan nak tengok wayang Mulan ni, tapi semua anak sedara tak nak ikut, ermmm sampai sudah tak tengok... Terpesona tengok kecantikkan Rao tu.. nanti nak tengok juga laa..

    ردحذف
  9. Ana tak sempat lagi nak tengok. Kot ada keluar kat astro first nak lah tonton sebab baca review ruby buat ana rasa teruja dgn jalan cerita dia yg diperbaharu ni. Pelakon utama pun cantik.

    ردحذف
  10. menarik juga storyline Mulan ni, teruja nak tonton sendiri .
    nanti nak tengok lah. thanks sharing Ruby.

    ردحذف
  11. Dah lama tak tengok movie dan filem Mulan ni pun tak pernah ikuti al maklum dah xde anak kecil kan lagi pun kurang minat dengan cerita brgini tapi bila tgk Donnie Yen ada tergerak gak nak tonton sbb suka lakonannya.

    ردحذف
  12. iena tak permah tengok Mulan yang first lagi, tapi bila tengok trailer mulan ni rasa best pula cerita ni. Kuatnya dia menyamar jadi lelaki ganti ayah.dia demi keluarga tercinta. Ada masa nanti mesti tengok Mulan

    ردحذف
  13. Macam best pulak cerita Mulan ni kan. Ada tengok poster dia pelakon pun cantik betul yang jadi Mulan tu hee

    ردحذف
  14. Yang cerita kartun tu banyak kali dah tengok.Nanti nak tengok yang ni pulak. Nak tau apa bezanya. macam lebih menarik yang ni dari kartun punya.

    ردحذف
إرسال تعليق

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !