Kisah Perjalanan Berhijab Yang Sungguh Luar Biasa

Kisah Perjalanan Berhijab Yang Sungguh Luar Biasa. Assalammualaikum semua! Kali ini Ruby terdetik untuk bercerita tentang pengalaman berhijab. Perjalanan untuk menjadi Muslimah yang sempurna pada mata kita. Ada kalanya tersasar juga. Tujuan blogpost ini bukan untuk membuka aib sendiri. Tetapi, ia lebih kepada perkongsian pengalaman. InsyaAllah. Sebab pengalaman kita semua bermula mengenakan hijab pastinya berbeza. Betul tak? Sedikit sebanyak, ia membantu Ruby kekal berhijab hingga hari ini. Alhamdulillah. 

Kisah Perjalanan Berhijab Yang Sungguh Luar Biasa

Sebagai wanita beragama Islam dari kuturunan dan tertera Islam di kad pengenalan rakyat Malaysia. Pastinya kita didedahkan dengan kehidupan berlandaskan syariah dan sunnah Rasullullah S.A.W. Betul tak? Jadi, selepas Ruby dilahirkan, Ruby sentiasa nampak wanita berhijab, berniqab dan menutup aurat di sekeliling Ruby. Ada kala nampak arwah opah memakai anak tudung macam style turban tu. Stailo tau orang zaman dulu. Hehe.

Dulu, masa kecil, Ruby pakai tudung hanya semasa nak pergi belajar mengaji muqadam di rumah jiran sahaja. Kemudian, pada usia 7 tahun Ruby bermula "dipaksa" memakai hijab adalah ketika darjah 1. Ketika itu, Ruby kena sakit begok di leher. Ruby ada kongsi pengalaman itu di blogpost sebelum ini di sini https://www.ruby.my/2020/04/terus-istiqamah-berhijab-bersama-shera-lee.html?m=1. Semasa memakai hijab di sekolah rendah, memang tiada keyakinan diri. Ala rimasnya kena pakai hijab. Cuaca di sekolah dah la panas. Bila pakai hijab, secara automatik kena tutup aurat. Baju kurung lagi la merimaskan. Murung sangat-sangat masa tu.

Ini gambar kami adik beradik. Ruby darjah 1 ketika ini. Dari kiri, adik bongsu, Ruby dan adik nombor 2. Senget benget pakai hijab. ahhh lantaklah. Hahaha. Paling menyampah sebab anak tudung jaring-jaring tu tak selesa. Zaman dulu mana ada pilihan anak tudung pun kan?

Masih kah kau ingat? hahahaha. anak tudung legend! 

Pilihan yang ada untuk bersukan sambil berhijab. Masa usia 10 tahun. Ikat je bawal dua dihadapan macam pergi mengaji dan get ready untuk berolahragawati! Hahaha. Serius menggamit memori bila menulis blog tentang "Kisah Perjalanan Berhijab Yang Sungguh Luar Biasa". Olahragawati tauuuu dulu. Laju berlari masa ni. Haha.

Ketika beraya di kampung. Mak paksa pakai tudung. Aduiii mak ni pun. Baru nak melasak. Berlari sana sini, dah kena jadi Ayu la masa ni. hahaha

Masa ini, Ruby berusia 12 tahun. hehehe. semua mak pakaikan hijab. Bawal la paling senang. Ikat belakang. kahkahkah. semua adik beradik ku tidak terkecuali ya. 

Gambar di kad pengenalan semasa usia 12 tahun. Stress betul muka Ruby! Hahaha. Tahun 1999. Mau tak stress kena pakai tudung stail macam tu? Pastu tudung mak yang satin tu aduiii susah nak betulkan muncung tu.

Gambar semasa tingkatan 2. Masa dulu, rasa diriku gemuk, bila tengok balik. Mana bahagian gemuknya? Hurmmmm. Pakai tudung macam ni lagi senang kan. Sarung je. Tips untuk kekal bentuk bulat kat atas awning tudung tu. Masukkan cover buku skrap yang transparent tu. Boleh kerat tiga cover tu! Faham ke apa Ruby cerita ni? Hahaha. Next tips adalah korang gosok lilin IKEA semasa seterika hijab di bahagian awning tu. Nanti dia elok keras terbentuk je tudung uols. Hahahaha. Teknik ni Ruby gunakan sepanjang zaman persekolahan. 

Ini gambar tingkatan 3. Tudung bawal putih ni favourites Ruby. Pakai sampai lunyai! Stail pun macam tu je. Hehehe. Kalau pakai bawal, Ruby suka awning muncung camtu. Tak tau kenapa. HAHAHA.

Bawal sepanjang masa. Forever bawal. Stail ikat belakang ni tidak patuh syariah. Hurmmm..

Tamat dah zaman sekolah. Sedar tak sedar. Berhijab itu sudah menjadi satu uniform untuk Ruby. Apabila berhijab, kita akan belajar menjaga aurat. Ada kalanya tersasar juga pada permulaannya. Baju lengan pendek, pakaian tidak longgar dan ternampak bahagian kulit lain. Untuk mendapat ilmu tentang berpakaian muslimah, Ruby melihat cara pemakaian emak, ibu saudara, ustazah dan guru disekolah Ruby yang berhijab. 

Permulaan Mengenali Pashmina & Shawl

Ruby masih ingat lagi, ketika itu Selebriti Wardina Safiyyah memakai Pashmina. Cantik betul! Macam mana nak pakai camtu? Mula lah beli sehelai di pasar malam Jalan TAR ( Tuanku Abdul Rahman). Tapi, tak pakai lama. Sebab rimas dengan material 100% cotton tebal dan cuaca panas sungguh. Kemudian, Shawl di perkenalkan. Ni semua pengaruh majalah Dara.Com. Haha. Jenuh mencari shawl. Rupanya material ada pelbagai ya adik-adik. Ruby beli material chiffon apa tah. Jarang sungguh laaaaa oiii. Nampak leher dan telinga! Masa zaman dulu mana ada inner neck, baju inner long sleeve pun tak tinggi di leher macam sekarang yang boleh didapati di UNIQLO. Malu sangat masa tu sebab terdedah aurat secara tidak sengaja. 

Sejak dari itu, Ruby mula belajar tentang material hijab dan semasa membeli, mesti cuba! Yang nampak je jarang dan material tak sesuai atau mudah nampak kesan peluh. bye! 

Zaman bekerja dulu. Pakaian yang selamat, hijab hitam dan jaket. huhu.

Zaman bekerja pejabat dah mula belajar material Cotton Lycra sebagai anak tudung. Selesa dan terletak di wajah ku yang gebuu. Sejak suka dengan Shawl, banyak koleksi Shawl Ruby sering tambah. Shawl.bercorak bunga, tiada corak dan corak kotak-kotak. Malah, material shawl juga ada pelbagai. 


Material shawl amat penting. Ia membantu kita tampil cantik dan berkeyakinan. 

Jika travel, Ruby suka make it simple. Pakai hijab bercorak dan snow cap atau topi. Nanti tak nampak kesan keromot kain hijab tidak di seterika. hahaha. 

Tudung Sarung Teman Sepanjang Masa 

Dari bawal, shawl dan tudung sarung. Semua memberi kita keseronokan berhijab dan menjaga aurat. 

Tudung sarung memang wajib ada. Ia tudung penyelamat untuk ke pasar, ambil anak balik sekolah, pi dobi dan tudung ketika berada di rumah mak mentua. Jaga aurat kita. okay?

Anak Tudung Pelengkap Hijab Sempurna

Sibuk bercerita tentang pencarian hijab sesuai. Korang nak tau tentang anak tudung tak? hahaha. Pencarian anak tudung adalah paling membuatkan Ruby meradang. Tengok iklan sana, tengok iklan selebriti, tengok instagram, tengok hasil jualan. Semua bagi testimoni best. Tapi hampehhhhhh. Ruby bersyukur masa Ruby sedang mencuba cari anak tudung sesuai, ada kawan-kawan berhijab yang sudi tumpang beli barang. Korang, bayangkan beli sekodi anak tudung boleh jimat banyak ringgit tau. Kami kongsi beli sama-sama. Pilih warna yang korang nak aje. Hehe. 

Diantara koleksi anak tudung yang menemani perjalanan hijab ku.

Masih ingat anak tudung stail ini? Nampak mudah pakai. Tapi untuk bentuk muka Ruby, ia akan membuatkan anak tudung terkebelakang dan seterusnya terkeluar anak-anak rambut di bahagian telinga. Option? Ya ada pilihan. Kita gunting belakang tu sikit. Rujuk gambar di bawah.

Yezzaaa, ini lah rutin tiap kali beli anak tudung. Anak tudung pada zaman ini diberu nama "inner". Sama je konsep anak tudung tapi berlainan rekaan. 

Inner snow cap. Tak reti pakai dan tak faham fungsi lubang tu. Huhu. Tak pakai, tapi masih simpan. Why eh? Hahaha.

Inner Magic! yesssss ini faveret Ruby! Siap sediakan stok dan ada semua warna! Ada 20 warna! Hahaha. Transformasi kegembiraan berhijab boleh nampak dari ekspresi wajah kita. Inner Magic ni sekitar tahun 2010 camtu. So dari 2010 muka Ruby ada manis skit bila berhijab. kahkahkahkah.

Tahun 2020, Ruby mencuba mencari kelainan dan keselesaan berhijab. Ruby jumpa satu inner di beri nama Viscose. Pertama kali cuba dah tersuka. Sebab material sejuk dan cara penyimpanan sangat senang. Breathable & Stretchable. Sedar tak sedar, dah ada 10 helai koleksi Inner Viscose Snowcap Shera Lee.


Viscose Snowcap yang Ruby miliki adalah Serenity Blue, Champagne, Onyx, Buttercup, Clover Green, Dusty Periwinkle, Army Green, Berry Pink dan Heavenly White. Oh ya, Onyx tu Ruby ada dua. Hehe. Kemudian, hijab mereka Ruby ada Satin Matte in Raspberry, Satin Matte in Midnight Blue, Honey Blossom in Pewter, Moroccan Muse in Moonlight Grey dan Fallen Sakura in Summer Taupe, Satin Diamond in Sea Green dan Satin Diamond in Mulberry Red.

Pengalaman Paling Teruk Ketika Berhijab

Ruby masih ingat lagi, waktu itu berada di taman tema dan beratur untuk menaiki roller coaster. Seronok sangat! Bila tiba giliran Ruby. Ruby ambil kerusi bahagian hadapan dengan harapan bahawa nanti gambar Ruby mesti cun la jerit-jerit sambil angkat tangan. Tapi... Apa yang di rancang tidak menjadi. Sebab tudung Ruby hampir tertanggal dan hasil gambar auto di landasan memang hampeh la. Tudung tutup muka, Ruby sedang pegang tudung dan gambar tak best langsung. hahaha. Sepanjang bermain roller coaster tu dah tak best, sebab sibuk pegang hijab kuat-kuat supaya tak tercabut atau terbang. Hahahaha! 

Nak dijadikan cerita, selepas insiden itu. Ruby pergi kedai cenderahati dan beli pin button batch tu dan pin tudung kemas-kemas. Barulah syok pusing-pusing main roller coaster! Hehehe. Jangan putus asa okay? Cepat berfikir untuk penyelesaian masalah. Bukan lari dari masalah dan menyalahkan takdir. Berhijab ni adalah cabaran. Setiap dari padanya adalah latihan untuk kehidupan lebih bermakna.

Pembukaan Semula Push Cart Shera Lee Di Nu Sentral

Jika korang ingin melihat koleksi-koleksi hijab jenama Shera Lee. Boleh cuba tengok di cawangan Nu Sentral. Waktu operasi adalah sama dengan waktu operasi pusat membeli belah Nu Sentral. Jadi, korang boleh datang bila-bila masa. 

Level G, 
Waktu Operasi: 10AM-10PM

Pelancaran Koleksi Satin Diamond

Sepanjang mengenali jenama Shera Lee, Ruby banyak memiliki koleksi dari material Satin Matte. Apabila Shera Lee kembali mengeluarkan best seller shawl mereka iaitu dari material Satin Diamond. Terus jatuh cinta! Senang terbentuk shawl jenis ini! Ruby ada Sea Green dan Mulberry Red. Nanti nak tambah lagi koleksi warna lain. Semua cantik-cantik! Harga RM 59.00. Nak harga lebih berbaloi-baloi? Beli sekarang! Ada potongan harga sehingga RM 55!. Hehe. 

Address: GP3.03, 3rd Floor Treehouse Tamarind Square, 63000 Cyberjaya, Selangor
Isnin - Jumaat : 10AM - 8 PM
Sabtu & Ahad : 12PM - 8 PM
NU Sentral Mall, Level G (Pushcart)
Setiap Hari | 10AM - 10 PM 

Catat Komen

18 Ulasan

  1. satin matte tu memang nampaknya berkualiti dan lebih anggun kan. :)

    BalasPadam
  2. TB pun start bertudung secara istiqomah masa form 5.. sebelum tu TB on Off , semua gara-gara terikut kawan-kawan.. adoi.. bila teringat balik.. adoi.. teruknya kan! Tapi start form 5 TB dah berhijab sepenuhnya cuma patuh syariah dengan tak patuh syariah je masa tu.. hehe..

    BalasPadam
  3. Seronok pula baca kisah perjalanan Ruby kat sini. Lejen ek anak tudung dan tudung tajam tu hahaha

    BalasPadam
  4. Seronok baca perjalanan Ruby berhijab. Setiap orang pasti akan cerita tersendiri mengenai hijab. Samalah saya dulu pun sejenis free hair. Ada cerita juga di sebalik berhijab ni. Allah aturkan canyik dah permulaan kita berhijab kan.

    BalasPadam
  5. wahh awal lagi ruby berhijab :)
    hehe iena berhijab sepenuhnya tak bukak bukak masa umur 25 tahun..sebelum tu ke sekolah memang wahib berhijab la kan tapi kalau kaluar on off..

    BalasPadam
  6. Anak tudung legend tu semua ada kot rasanya. Hahaha. Kalau leya ada 1 masa tu popular dengan plastik letak dalam tudung. Terletakkk je tudung

    BalasPadam
  7. Hahah.. seronok baca entri ni.. tapi anak tudung pun memainkan peranan juga kan.. tapi mmg betul material tudung sgt penting

    BalasPadam
  8. Anak tudung legend tue.. AM pakai masa nak pergi sekolah ke tapi aktiviti senaman buang anak tudung cuma pakai shawl je.. Kalu tak berpeluh2 gatal kepala bila pakai anak tudung

    BalasPadam
  9. Uishhh.. terkenang balik zaman-zaman pakai tudung style-style dahulu ni. Seronok tengok gambar-gambar lama akak. Mira dari dulu tak boleh pakai anak tudung, panas. Tapi sekarang sebab malas nak lilit-lilit terpaksa juga pakai anak tudung. Tapi betul kak Ruby cakap, material tudung sangat penting

    BalasPadam
  10. berhijab pun memang ada journey dia. saya mmg minat satin matte

    BalasPadam
  11. Sis mula pakai tudung dalam 10 tahun lepas Riby, masa sekolah je pakai tudung, lepas tu tak pakai tudng sampai kawin punn.. now bila dah pakai, anak-anak pun sama, rasa lebih selamat... tapi betul, keselesaan tudung tu memang utama..
    Koleksi Sheralee ni Sis ada 3, anak belikan.. memang selesa pakai..cuma koleksi shawl satin je Sis tak berapa minat nak pakai, tak tau kenapa..
    Moga kita terus istiqomah yaa..

    BalasPadam
  12. Wah throwback gambar lama laa.. qiss awal juga pakai tudung. Macam-macam dah cuba jenis tudung. Sampailah cuba anak tudung dari Shera Lee ni. Memang selesa sungguh. Satin Diamond dia pun lawa

    BalasPadam
  13. Pjgnya cerita ibukk, lukis boleh? Haha tapi best la cite pjalanan sis ruby pakai hijab. Semoga kita terus beristiqomah utk mjaga aurat kita hingga ke akhir hayat

    BalasPadam
  14. ika start pakai hijab masa form 1. ckp pasal stail tudung. yang sekarang nampak ok sikit la. dulu masa baru nak belajar pakai. kelakor fesyen yang dicuba hehe

    BalasPadam
  15. Gigih baca pengalam ruby.. kelakar pun yer..hehe, especially naik roller coater tu. nampak eksklusif lah koleksi tudung shera lee ni, nnt singgah nu sentral nak beli lah

    BalasPadam
  16. Hahaha kalau bab anak tudung tu semua penah merasa kan hehhe. Terkenang mase kecik kecik. Kain tudung satin matte tu mmg lawa.... Nampak soft

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
  17. cantik dan berkenan pulak dengan satin shawl tu, nak cuci mata jugakla

    BalasPadam

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.