Buttonscarves X Elfira Loy Menampilkan Koleksi The Maharani Series

Buttonscarves X Elfira Loy Menampilkan Koleksi The Maharani Series

Ruby
10

Buttonscarves X Elfira Loy Menampilkan Koleksi The Maharani Series. Assalamualaikum semua! Salam Ramadan! Salam PKP hari ke 38. Semoga semuanya baik-baik sahaja. Ruby bila bulan Ramadan tiba, seronok berpuasa. Seronok dapat memasak dan berkumpul seisi keluarga. Sepanjang PKP ni, Ruby ada perhati koleksi hijab dari Buttonscarves. Nampak menarik sebab warna yang Ruby suka tu ada. Pastel, pekat, material selesa, labuh dan corak bunga-bunga. Cantik sangat. 

Buttonscarves X Elfira Loy Menampilkan Koleksi The Maharani Series


Pelakon Elfira Loy bukan nama asing dalam industri hiburan. Dunia hiburan Malaysia sentiasa menantikan kemunculan pelakon Elfira Loy. Ini kerana lakonannya amat memberi impak kepada remaja-remaja suatu ketika dahulu. Dari segi fesyen dan kehidupan peribadi juga menjadi ikutan peminatnya. Buttonscarves X Elfira Loy telah menyatukan dua rumpun dan mengangkat gaya Muslimah ‘modest' ke persada antarabangsa.  Elfira Loy juga dikenali di Indonesia kerana pernah beberapa kali bergandingan berlakon dengan pelakon lelaki di sana. Kini, Elfira Loy telah mencipta sejarah tersendiri apabila disunting untuk bekerjasama dengan jenama tudung popular, Buttonscarves yang berpangkalan di Indonesia.


Buttonscarves The Maharani Series


Mempunyai pengikut media sosial Instagram sebanyak 4.8 juta, Elfira Loy adalah artis bertudung Malaysia pertama bersatu dengan jenama dari seberang. Sebagai permulaan Buttonscarves x Elfira Loy, sebuah koleksi istimewa dipanggil The Maharani Series yang sesuai digayakan di bulan Ramadan dan Syawal kelak.

Elfira berkata, kerjasama mereka tercetus dengan sekelip mata dan tanpa diduga. Malah ia bagai dirahmati dan dipermudahkan. Isteri kepada  Muhammad Faris Khairol Anuar ini asalnya memang peminat tegar jenama yang sudah empat tahun berkembang di negara jiran itu. Koleksi  The Maharani Series dilancarkan di Indonesia pada 24 April 2020 iaitu hari pertama kita meraikan bulan Ramadan yang penuh mulia.

Koleksi The Maharani Series memiliki 13 warna dengan motif yang mengangkat elemen senibina di India. Koleksi ini menggunakan bahan scarf kapas voal dan satin silk yang selesa untuk dipakai. Hasil penjualan koleksi tudung The Maharani Series ini juga akan digunakan untuk membantu mangsa wabak covid 19 di Indonesia dan Malaysia.

Buttonscarves X Elfira Loy


"Pada awalnya kerjasama itu mahu dimulakan selepas musim raya. Namun tanpa diduga ia dipercepatkan. Pihak mereka merancang untuk menjalankan fotografi sebuah  koleksi tudung di Jaipur, India dalam masa singkat beberapa bulan lalu. Ketika itu pihak mereka memikirkan perancangan itu terlalu tergesa gesa dan akan menyusahkan saya. Namun apabila saya bersetuju, mereka tidak menyangka. Akhirnya terjadilah kerjasama koleksi The Maharani Series ini. Buat permulaan kerjasama ini berlangsung untuk dua bulan bermula April hingga Mei.  InsyaAllah tiada aral melintang, kerjasama ini akan berpanjangan,” kata pemilik nama penuh Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri ini."

Menurut ibu kepada Muhammad Rayyan Khalaf berusia enam bulan itu, kerjasama itu bermula daripada perbualan di kotak mesej langsung (DM) di Instagram.


“Dari DM, kami berlanjutan ke aplikasi WhatsApp.  Pendek kata, dari awal lagi ia berjalan dengan lancar. Saya juga anggap ini rezeki anak sulung. Saya sejak dua ketiga tahun lalu juga sebenarnya menjadi peminat secara diam kepada jenama ini. Kalau terbang ke Jakarta, saya akan membeli skaf dan tudung jenama berkenaan kerana materialnya cukup selesa dan kemas. Pada masa sama, saya dapat tahu mereka juga mengintai untuk bekerjasama dengan artis Malaysia. Difahamkan ada beberapa calon lain, tapi rezeki berpihak kepada saya. Sesuai dengan nama koleksi ini, saya yakin mereka yang memakainya akan berasa seperti seorang ratu atau maharani ,” katanya.

Ramadan Elfira Loy Lebih Bermakna


Ditanya mengenai menyambut Ramadan dalam suasana Perintah Kawalan Pergerakan dikuatkuasa kerana mahu membendung penularan wabak Covid 19, Elfira mengakui akur dengan ujian terjadi.

“Jika Ramadan tahun lalu saya menyambutnya dengan keadaan berbadan dua dan kerterbatasan itu ini, nikmat bulan penuh keberkatan itu tidak terlalu dirasai. Jadi saya memang ternanti nanti Ramadan kali ini. Tapi siapa mampu menyangka kita didatangi ujian saat ini. Pasti terasa kerinduan kepada perkara yang selalu sinonim dengan bukan Ramadan seperti bazar dan solat Terawih. Tak mengapa kita tak perlu bersedih sangat. Kita raikannya dengan cara bersederhana,” katanya.

Buttonscarves Memilih Elfira Loy Kerana Aura & Imej 


Sementara itu, pihak Buttonscarves melihat kerjasama terjalin dengan Elfira cukup tepat dengan personaliti, aura dan imej bertudung dimilikinya.

“Ini juga kerjasama perdana dan sulung kami dengan artis dari negara lain. Cita cita itu sudah lama dan akhirnya berjaya direalisasikan kini. Malaysia dan Indonesia sendiri negara serumpun yang berhubungan baik. Selama ini kami mencari calon yang sesuai berkolaborasi dengan Buttonscarves. Ternyata Elfira sudah menjadi seorang penggemar Buttonscarves sejak dulu. Personaliti dimilikinya juga menjadi terjemahan nuansa fesyen kami. Setelah berbincang kami pun memutuskan untuk menjalinkan kerjasama  khusus di bulan Ramadan ini. Kami juga merancang untuk membuka premis jenama tudung ini di tiga pusat beli belah di Malaysia termasuk Avenue K kelak,” ungkap Linda Anggrea selaku Pengarah Kreatif Buttonscarves.

Kata Linda lagi, koleksi ini dinamakan Maharani kerana gelaran itu di India diberikan kepada pemimpin wanita. 

“Dalam bahasa sanskrit India, erti nama Maharani merupakan gabungan dari kata Maha yang bererti Agung dan Rani yang dimaksudkan sebagi Ratu. Koleksi ini diilhamkan dari istana di Jaipur, India yang merupakan destinasi terbaru Buttonscarves ketika sesi fotografi koleksi diadakan. India merupakan destinasi yang masih tergolong unik dan patut diteroka keraan banyak menonjolkan keunikan seni bina, motif, dan budaya,” kata Linda lagi.

Koleksi & Harga The Maharani Series


The Maharani Series boleh dibeli di laman sesawang, www.buttonscarves.com. Malah ia juga boleh dibeli di aplikasi Buttonscarves. Ketika ini pihak Buttonscarves turut memberi diskaun penghantara percuma kepada pembeli dengan pembelian RM200 ke atas. Harga jualan bermula dari RM125. Ketika ini jenama yang bermula sejak 2016 itu terus sukses bukan hanya di Indonesia. Malah di pasaran Asia Tenggara seperti Malaysia, Singapura, Brunei Darussalam hingga sempat bertandang ke negara Uncle Sam.

Tags

Catat Ulasan

10Ulasan

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

  1. cantiknya koleksi the maharani series ni! Tazzabar nak tengok live dorang japgi nak cuci mata hehehe

    BalasPadam
  2. wahhh cantiknya koleksi dari Buttonscarves ni.. ada Elfira Loy lah .. za suka tgk dia ni cantik manis je ..

    BalasPadam
  3. Alamak berkenan pula tengok coraknya cantik-cantik

    BalasPadam
  4. Mmg nampak esklusif rekaan dr siri ni. Nampak cantik dan menarik juga

    BalasPadam
  5. Cantiklah koleksi Maharani ni, sweet je..minat blue n pink dia

    BalasPadam
  6. Cantik cantik design Shawl The Maharani Series ni tambah lagi Elfira Loy yang jadi pakai..Kolaborasi yang menarik antara dua Negara :)

    BalasPadam
  7. Tahniahhh EL. Memang sesuai koleksi ni dengan EL kan. Cantik-cantik tudung The Maharani ni. Kalau ada rezeki lebih nak jugak order. Lawa pakai raya nanti kan

    BalasPadam
  8. Tahniah Elfira kini menjadi duta Tudung The Maharani yg npk cantik n elegan

    BalasPadam
  9. untuk elfira loy dapat bekerjasama dengan designer dari seberang, design scarfnya menarik dan cantikkss

    BalasPadam
  10. Kak Ruby kalau pakai confirm ngam sbb Kak Ruby pandai gayakan tudung pattern pattern ni. And sesuai jenis soft2 memang ngam lah. Pakai time raya nanti pun ngam. Sempat lah tggu delivery~

    BalasPadam
Catat Ulasan

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !