Wirdora Perintis Eksesori Hijab Kristal Swarovski Asli


Wirdora Perintis Eksesori Hijab Kristal Swarovski Asli. Assalammualaikum semua! Ruby nak tanya anda semua. Pembaca Ruby.MY suka tak memakai aksesori hijab yang cantik dan original? Tampak eksklusif dan tak telan dek zaman. Bila-bila masa boleh mengenakan pin hijab, scarf ring, jarum peniti di sisi hijab, anting-anting hijab dan jarum pin yang tajam! Mesti anda suka kan? Jom Ruby kongsikan berita gembira ini. 

Wirdora Perintis Eksesori Hijab Kristal Swarovski Asli


Wirdora, sebuah jenama tempatan yang mengeluarkan barangan perhiasan wanita dan lelaki menggunakan kristal Swarovski asli yang diimport dari Austria, telah melancarkan butik pameran baru mereka yang terletak di Ampang, Kuala Lumpur.


Wirdora adalah Swarovski branding partner yang sah dimana kesemua batu kristal Swarovski Wirdora adalah asli ~ authentic dan setiap pembelian disertakan dengan seal tag & code no dimana pembeli boleh buktikan kesahihannya di laman web Swarovski sendiri.

Signifikasi Nama Jenama Wirdora


Wirdora diasaskan oleh Wirdalina Binti Tauhed pada bulan Mei 2017.  Ia adalah gabungan nama pengasas dan ibu mentua iaitu Dayang Dora. Terdapat dua kategori produk ditawarkan oleh Wirdora iaitu luxe series dan standard series.  Bagi aksesori di dalam kategori luxe series, terdapat aksesori yang diberi sentuhan rhodium, 18k rose gold plated, 18k white gold plated berserta pin stainless pin. Setiap barangan Wirdora dijamin kualitinya. Ianya:-
  • Tahan karat
  • Hypo allergenic
  • Anti-tarnish

Produk-produk Wirdora juga menjalani ujian QC yang sangat ketat seperti ujian anti falls dan ujian ketajaman (pin). Bagi aksesori Wirdora yang di dalam kategori luxe, ianya didatangkan dengan jaminan warranty selama setahun dan after-sale service.

Wirdora Di Persada Antarabangsa


Wirdora dimulakan oleh Wirdalina dengan kaedah home-based business kerana menyedari kekurangan jenama tempatan yang mengeluarkan aksesori wanita. Bermodalkan hanya RM200, sedikit demi sedikit, Wirdora mengorak langkah lebih jauh hingga mencatat jualan RM1 Juta dalam masa setahun.


Sehingga kini, Wirdora dikenali hingga ke Brunei malah telah berjaya membuat penampilan di pentas berprestij London Fashion Week pada bulan Februari yang lalu. Wirdora adalah satu-satunya produk aksesori keluaran tempatan yang terpilih ke pentas peragaan ber prestij tersebut. 

Hawa Rizwana Dilantik Sebagai Faces of Wirdora 2020


Pada majlis tersebut, Wirdora turut melantik personaliti TV, Hawa Rizwana Redzuan sebagai Faces of Wirdora 2020. Hawa merupakan pembaca berita TV3 dan mempunyai peribadi yang sangat baik. Secara jujur mengenali Hawa ketika zaman dia masih di Universiti. Hawa mengikuti trip Citrawarna dan mula menceburkan diri dalam bidang kewartawanan. Tahniah Hawa! Akak bangga dengan pencapaian Hawa!


Kolabrasi "Wirdora by CT Canting"

Pastinya kolabrasi bersama jenama hijab akan lebih menonjolkan keistimewaan aksesori Wirdora. Menurut Puan Wirdalina Tauhed, Wirdora akan bekerjasama dengan CT Canting dalam menghasilkan hijab ekskslusif yang akan dipadankan dengan aksesori hijab Swarovski dari Wirdora.



Koleksi-Koleksi Aksesori Wirdora


Antara aksesori wanita keluaran Wirdora adalah kerongsang, pin tudung dan scarf ring. Manakala buat kaum lelaki pula, Wirdora menyediakan butang baju melayu yang juga boleh dijadikan cuff link.


Produk Wirdora bermula dari RM18 hingga RM350 dan boleh didapati secara online dan offline. Pembelian secara offline boleh dibuat di physical store Fashion Valet yang terletak di Publika, Bangsar Village II dan IOI City Mall, Putrajaya. Produk Wirdora juga boleh didapati melalui agent-agent Wirdora yang sah dan juga dengan cara berkunjung ke butik pameran Wirdora sendiri.


WIRDORA
C16, 1, Jalan Ampang Utama 1/1, Taman Ampang Utama, 68000 Ampang Jaya, Selangor

Waktu Operasi :
Isnin - Jumaat : 9 Pagi - 6 Petang
Sabtu & Ahad : Tutup

Belian secara online boleh didapati di:-

Catat Komen

15 Ulasan

  1. Wahhh tahniah kepada founder dan team Wirdora dah tembus pasaran Brunei & muncul di London Fashion Week! Design pun cantik!

    BalasPadam
  2. Eeee geramnya tengok wajah mereka, lawaaa bersinar macam swarovski tu juga laaa... tahniah buat anak muda berdua ni..gile cantik semuanya...

    BalasPadam
  3. Ya koleksinya memang cantik-cantik belaka dan yang penting tak lah mahal sgt bagi produk yg bertatahkan swarovski... akan beli juga nanti.

    BalasPadam
  4. First time I saya dengar about Widora and Hawa Rizwana. The accessories memang cantik. Thank you for opening my world.

    BalasPadam
  5. Alahai berkenan pula ana tgk produk Wirdora ni haa. Rasa nak hadiahkan utk diri sendiri plak. Boleh lah melaram masa raya nanti kan. Hehe

    BalasPadam
  6. Wahh cantiknyaaaa ..first time dengar brand Widora..lepas ni boleh la try..raya nk dekat ni..nak cantik2 di hari raya :D

    BalasPadam
  7. Kagum sungguj dengan pengasas dia. Mula dari bawah..now dah terjual berjuta..hebat. Aksesori dia pun cecantik..ingat nak beli je brooch le pin ke kat sini nanti

    BalasPadam
  8. Wahh I masih ada lagi set wirdora ni cantik kann suka gila batu batu dia.. sampai sekarang tak berkarat langsung produk nya.. memang rekomen untuk ladies yang berhijab

    BalasPadam
  9. memang cantik2 rekaannya. pernah beli dan masih ada. cantik, bersinar2 batu swarovski dia

    BalasPadam
  10. Cantik betul koleksi ni. Tertarik dgn jarum dan juga ring tudung tu.. berkilau memikat sebab batuan sebenar.. nanti nak pergi usha la

    BalasPadam
  11. Cantik2 koleksi dari wirdora. Plg penting kualitinya mmg terbaik. Siap ada waranti lagi

    BalasPadam
  12. Jatuh cinta dengan semua koleksi Wirdora ni. Pin Hijab dan scarf ring tuh cantik sangat. Memang nampak eksklusif dan cantik pakai bila time raya nanti. Nak beli lah

    BalasPadam
  13. Cantiknya koleksi ini. Nampak simple tapi elegant.

    BalasPadam
  14. cantiknya. Bolehlah nnti saya beli untuk hadiahkan dekat mak atau girlfriend ๐Ÿ˜Š

    BalasPadam
  15. This is beautiful! Unfortunately, will not use all this. But will recommend to my Muslim sisters~ thanks for sharing

    BalasPadam

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.