Personal Shopper Bag Berjenama Kini Memiliki Butik Sellection Di Wangsa Melawati


Dunia perniagaan sememangnya seronok diceburi, kegigihan dan kesabaran usahawan adalah perkara yang jarang-karang diketahui. Malah, ada kalanya hanya jenama sahaja dikenali. Berbeza pada zaman kini, pengasas dan jenama dikenali. Ini kerana pembeli ingin mengetahui kisah-kisah kejayaan, kualiti produk dan mengikuti kedua-duanya di laman sosial media. Nampak menakutkan bukan? Tetapi itulah realiti dan cabarannya. Lebih dekat founder dengan pelanggan, lagi ramai kuasa membeli akan muncul.

Personal Shopper Bag Berjenama Kini Memiliki Butik Sellection Di Wangsa Melawati. 

Ini adalah kali pertama Ruby mengenali jenama Sellection. Permulaan perniagaan ini hanyalah sebagai Personal Shopper (PS). Siapa sangka PS yang selalu ambil tempahan dan mengembara ke luar negara untuk memenuhi permintaan tempahan akan memiliki butik "Designer Brand Handbag". Fuhhhh hebat kan?

Kejayaan tidak akan datang bergolek, pastinya juga ada kesusahan, cabaran dan pergelutan masa lampau yang dilalui. Ia menjadi pengalaman terbaik untuk mencapai keindahan serta nikmat bahagia yang dikecapi pada hari ini. Wanita bernama Nor Rafidah Khairuddin yang baru menyambut ulang tahun ke-31 tahun pada 26 Februari lalu juga berdepan liku hidup penuh kegetiran sebelum mencipta kejayaan. Merupakan Graduan Sains Politik pada tahun 2012 di Universiti Sains Malaysia dan mempunyai status Penduduk Tetap di Kanada. Mula mendirikan rumahtangga bersama Abdul Hadi Wisman (kini Ketua Pegawai Eksekutif Sellection) pada 12 Oktober 2013. Pada tahun 2014 Puan Rafidah ke Montreal, Kanada mengikut suami tercinta.



Cerita anak bongsu tujuh beradik dari Ipoh, Perak yang kini menjadi pengasas Sellection sebenarnya cukup menginsiprasikan. Keputusan berhijrah mengikut suami tercinta, Abdul Hadi Wisman, 34, sebenarnya menyorot satu perjalanan pahit yang berakhir dengan kemanisan. Untuk meneruskan kehidupan dan menjana pendapatan sampingan. Puan Rafidah mencuba nasib mencari rezeki dengan pelbagai kerja. Bagaimanapun kisah menjual mufin pisang cukup menarik perhatian kerana ia sebenarnya menjadi asbab dan pembuka jalan untuknya menjadi personal shopper sejak tahun 2015. 

“Berbanding suami yang senang mendapat kerja kerana sudah lama menetap di Kanada, saya sebenarnya bergelut pada awal penghijrahan. Pernah dalam satu ketika saya membuat empat kerja dalam satu masa. Termasuklah menjadi pembantu hotel, mengemas hotel (housekeeping) dan pembantu dapur. Dalam sehari saya pernah dapat hanya 10 dolar saja sebelum saya mendapat pekerjaan tetap sebagai Software Tester di sebuah syarikat di Montreal. 

Kisah Mufin Pisang Di Montreal, Kanada



"Akibat terasa susah dan rasa kesempitan hidup, saya bertekad untuk melakukan kerja lain yang boleh mendatangkan pendapatan tambahan. Jadi tercetuslah idea menjual mufin pisang di kafe sekitar Montreal pada tahun 2015. Cerita menjual mufin pisang ini tak pernah saya kongsi dengan pengikut dan peminat. Mungkin ada yang fikir tinggal di luar negara itu menyeronokkan dan sangat senang. Dalam seronok, sebenarnya ada terpalit cerita sebaliknya," katanya membuka bicara pada majlis Sellection Dinner and Appreciation Night pada 7 Mac di Black Pearl Event Space, Shah Alam. 

Mengimbas kembali momen memulakan perniagaan menjual mufin pisang itu, Rafidah mengakui ia bukan satu perkara mudah. 

“Saya reka resipi mufin pisang dengan menggunakan tepung bebas gluten. Gigih juga saya berjalan dari satu kafe ke kafe di Montreal untuk mempromosikan mufin pisang itu dengan mengedarkan brosur. Ada yang geli nak mencuba mufin saya. Tak kurang juga yang tak pandang Iangsung saya. Ada juga yang memandang pelik dan skeptikal kerana saya bertudung. Saya sudah terbiasa menerima penolakan. Saya tetap kuat dan sabar. Dalam hati saya cukup optimis kerana rasa mufin ini sangat sedap & kandungannya menyihatkan.  
"Ingat lagi ketika tak ada kereta, saya terpaksa membawa pisang sebanyak 20 kilogram yang dibeli dengan menaiki bas untuk dibawa ke rumah. Ada ketika saya harus dalam keadaan cuaca sangat sejuk, saya redah sahaja. Saya sorong pisang itu dengan menggunakan shopping cart. Rumahlah jadi tempat saya beroperasi membuat mufin pisang. Apabila hidup ini ada pengharapan dan semangat positif, automatik diri ini jadi sangat kuat. Tanpa diduga mufin saya mulai diterima ramai.  
“Dari satu kafe, akhirnya saya berjaya menyediakan mufin pisang ini untuk sembilan buah kafe di sekitar Montreal," katanya mengenang kembali momen berkenaan. 

Hasil jualan mufin pisang yang dijual cukup membanggakan menjadi ruang terbaik untuk saya memanjakan diri dengan membeli apa yang saya inginkan. Saya mula pergi ke Shopping Outlet dan melintasi ruang pameran. Maka, ketika itu saya mencuba mempelajari bagamiana ingin melakukan perniagaan sebagai Personal Shopper. Apabila percubaan saya menjadi personal shopper semakin berjaya dan berkembang, perniagaan mufin pisang pula terpaksa dikorbankan.

Dari Perniagaan Mufin Pisang Ke Personal Shopper Bag Berjenama

"Apabila saya kerap pulang ke Malaysia atas urusan perniagaan, kekangan masa dan komitmen untuk fokus dalam bisnes mufin pisang terganggu. Selama dua tahun bisnes mufin pisang beroperasi dan pada tahun 2017 saya dan suami juga membuat keputusan untuk kembali ke tanah air bagi memberikan tumpuan penuh kepada business online shopping dan legasi Sellection" katanya. 

Pada asalnya Rafidah menjadikan medium Facebook Page sebagai ruang melebarkan perniagaan sebagai personal shopper yang diberi nama Branded Handbags & Kitchenware by Rafidah dengan pengikut seramai 89 ribu. Hingga hari ini, Sellection kian menempa nama di media sosial seperti di Instagram (@sellectioncom), youtube channel (youtube.sellection.com) selain laman sesawang, www.sellection.com. Pada tahun 2018, butik pertama Sellection dibuka di Wangsa Melawati, Kuala Lumpur.

"lkutkan sejak tahun 2015 lagi saya sempat menyelit minat sebagai Personal Shopper. Saya suka sangat handbag dan saya ingin orang Malaysia pakai barangan berjenama ini. Saya banyak kongsikan video demo tentang handbag, artikel fesyen yang bermanfaat kepada semua pengikut. Lama-kelamaan pengikut saya juga mula bertambah. Tahun demi tahun saya mendapat banyak tempahan melalui sistem pre order yang saya tawarkan. 

"Pengikut dan pelanggan juga terus bertambah dari masa ke semasa. Mereka juga boleh melihat katalog barangan yang dijual di halaman Facebook dan laman sesawang rasmi. Saya bina kepercayaan sedikit demi sedikit dengan memberikan servis perkhidmatan pelanggan terbaik dan nilai manfaat kepada para pembeli. Sebenarnya bukan mudah untuk orang luar percaya bisnes sebegini apatah lagi atas talian. Namun saya berjaya menawan hati mereka hinggalah wujud butik pertama Sellection di Wangsa Melawati,"katanya. 

Sellection Online Premium Outlet

Matlamat utama Sellection ialah memberi peluang kepada rakyat Malaysia memiliki barang berjenama dan berkualiti dengan harga mampu milik. 

“Yang pasti semua produk jenama mewah saya original dan baru. la dibeli terus di outlet di Amerika Syarikat, Kanada dan Benua Eropah. Saya sendiri menggemari barangan mewah. Saya pasti ramai juga merasai keinginan sama. Tidak hanya golongan wanita, lelaki pun mempunyai minat sama. Ada yang nak bergaya dengan barangan mewah namun mahu berjimat. Daripada situlah saya lihat ruang menjadi personal shopper itu terbuka luas. Harga yang dibeli di outlet lebih murah daripada yang dijual di butik. Pada masa sama ia juga up to date dan harga mampu milik," katanya. 


Bermula dengan perniagaan personal Shopper, Sellection sudah berkembang menjadi sebuah jenama tempatan yang menyediakan barangan fesyen yang hanya berkualiti, berjenama dan mewah pada harga mampu milik. Kini, Sellection secara rasminya menaik taraf sebagai "Online Premium Outlet" yang pertama di Malaysia. Ketika ini juga Rafidah berkata pihak Sellection turut mahu membuka peluang niaga kepada masyarakat di luar sana untuk menjana pendapatan 

"Kami mahu sama-sama mengajak orang di luar sana menjana pendapatan dan meluaskan peluang niaga bersama Sellection. Kami juga mengalu-alukan mereka yang ingin menjadi rakan perniagaan atau Reseller yang mahu bekerjasama dan mengambil bahagian besar dalam perjalanan Sellection yang akan terus maju," katanya. 

Komuniti #SistersdiMalaysia 

Di akhir bicara, Rafidah berkata pihak Sellection turut memperkenalkan tanda pagar #SistersdiMalaysia sebagai rangkaian terbaik mendekatkan mereka dengan pengikut dan pelanggan.


"Mereka umpama rakan alam maya yang jauh di mata, namun dekat di hati. Yang tak kenal rapat sekalipun kami amat terbuka menjalinkan hubungan baik. Misi Sellection ialah memberikan pelanggan pengalaman listimewa apabila membeli belah dengan Sellection seolah-olah mereka membeli barangan mewah itu terus di butik atau outlet jenama terkenal itu sendiri ," katanya. 

Sellection Gift Card

Sellection juga telah melancarkan program Gift Card bagi menghargai pelanggan setia yang tidak henti-henti membeli dengan kerap. Terdapat beberapa kategori iaitu Gold, Diamond dan Platinum. 


Butik Sellection, Wangsa Melawati

Kewujudan butik Sellection banyak membantu menaikkan lagi jualan barangan berjenama. Ramai pelanggan menyukainya. Mereka dapat memegang dan mencuba bag. Malah harga yang ditawarkan lebih berbaloi-baloi. Pengasas butik Sellection akan mengadakan promosi Hari Raya dan paling best adalah butik ini bakal mencari pekerja yang pakar dalam bidang bag berjenama. Ini dapat mencapai kualiti seperti butik eksklusif antarabangsa. InsyaAllah.



Sellection Boutique
No 10, Jalan Wangsa Setia 4
Wangsa Melawati
53300 Kuala Lumpur, 
Malaysia
+60341420000
mysupport@sellection.com


Waktu Operasi : 
Isnin : 10AM - 7PMSelasa : 10AM - 7PMRabu : 10AM - 7PMKhamis : 10AM - 7PM 
Jumaat : 11AM - 9PM
Sabtu : 10AM - 7PMAhad : 10AM - 7PM

www.sellection.com
www.instagram.com/sellectioncom

Catat Komen

13 Ulasan

  1. Woww terbaek ar...Sis memang tau brand dia jual ni sebab kadang lalu lalang kat TL IG Sis..hebat ar sampai dah berjaya dia bukak butik sendiri...Tahniah!

    BalasPadam
  2. tak sangka pulak PS boleh ada butik pulak tu...terbaik ahh

    akak follower ke 120...

    BalasPadam
  3. Wah tahniah for her makin maju sampai dapat bukak butik sendiri dah kan..seronok baca kisah entrepreneur orang kita..tapi ni tak pasal2 teringin pulak nak rasa muffin pisang dia haha.

    BalasPadam
  4. Bagus sanagt dia.. Apa dia nak buat dia akan buat.. Sampai la dapat buka butik beg berjenama ni.. Trrbaikal..Lepas ni nak cari beg lawa2 boleh usha dekat sini.

    BalasPadam
  5. inspired kan tgk perjalanan kerjaya puan rafidah tu ...dari muffin baker ke personal shopper hingga dpat buka kedai sendiri.. alhamdulillha semoga dia terus berjaya...

    BalasPadam
  6. Siapa sangka kan dari personal shopper barangan berjenama beliau berjaya buka butik Sellection. Bolehlah lepas ni nak shopping barang berjenama di butik Sellection

    BalasPadam
  7. Inspiring... tahniah kepada Puan Rafidah (dan suami)... saya setuju sangat yang sebelum kita nak berjaya tu, banyaklah ranjau dan duri yang perlu diharungi... berbekalkan semangat dan usaha tidak pernah kenal erti jemu akhirnya berjaya juga beliau membuka butik ya... semoga terus berjaya dengan izinNya... #keepinspiringothers #positivevibes #ilikethis

    BalasPadam
  8. Suka dengar kisah inspirasi seseorang yang daripada bawah sehingga berjaya. semoga makin berkembang bisnesnya :)

    BalasPadam
  9. Teringin jugak nak le butik diorg ni..manalah tahu ada yg terminat..boleh buat beg raya..:)

    BalasPadam
  10. tudiaa.. tak sangka dari menjual muffin sampai dah berjaya buka butik Sellection sendiri. bagusnya kannn. Dapat la juga peminat barangan berjenama di Malaysia untuk memperolehi barangan idamannya. ye la, nak pi oversea beli sendiri tah bila la nak dapat kannn

    BalasPadam
  11. Tak sangka, dari menjadi personal shopper sekarang dah ada physical store nya sendiri. Hebat dan sangat terinspirasi mendengat cerita Pn Faridah nie

    BalasPadam
  12. Hebat la dia..salute sungguh sebab zaman ekonomi tengah merundum ni dia boleh buka butik..kira memang hebat la

    BalasPadam
  13. Pehhhh.. hebatlah! Personal shopper pun boleh miliki butik sendiri. Atas berkat usaha dia, memang jadi inspirasi orang macam ni. Bukan senang nak climb that ladder.

    BalasPadam

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.