Tahniah Sophia Liana & Budak Ngam Juara Dansa Dan Sing Musim Pertama2020

Tahniah Sophia Liana & Budak Ngam Juara Dansa Dan Sing Musim Pertama2020

Ruby
0


Tahniah Sophia Liana &Budak Ngam Juara Dansa Dan Sing Musim Pertama 2020. Setelah 8 minggu mengikuti program realiti anjuran Astro iaitu Dansa Dan Sing, akhirnya persembahan ini sampai ke pusingan akhir. Persaingan diantara 10 kumpulan yang menggabungkan 2 konsep iaitu nyanyian selebriti dan tarian dari penari terkenal Malaysia.

Tahniah Sophia Liana & Budak Ngam Juara Dansa Dan Sing Musim Pertama 2020

Setelah melalui pelbagai cabaran mingguan. Pastinya tema-tema yang diberikan oleh program ini menonjolkan bakat selebriti dan penari mereka. Konsert Final pada minggu ke lapan menampilkan Chubb-E & Zeppo Youngsters Crew, Raja Syahiran & 2Twenty2 Squad, Sophia Liana & Budak Ngam, W.A.R.I.S & Alamak, Wani Kayrie & Delitz dan Shiha Zikir & TeamSquad berjaya ke pusingan Akhir. Pada konsert ini menampilkan 3 tema, Forte, Extravaganza, Dance Jam. Kesemua peserta bersemangat membuat persembahan. Tahniah kepada Sophia Liana & Budak Ngam kerana telah dinobatkan senagai Juara Dansa Dan Sing Musim Pertama pada tahun 2020.



  1. Sophia Liana & Budak Ngam
  2. Chubb-E & Zeppo Youngsters Crew
  3. Shiha Zikir & TeamSquad
  4. Wani Kayrie & Delitz
  5. W.A.R.I.S & Alamak
  6. Raja Syahiran & 2Twenty2 Squad

Senarai Hadiah Dansa Dan Sing

  • Juara Menerima Wang Tunai RM 100,000 Tajaan Astro & Trofi Dansa Dan Sing
  • Naib Juara Wang Tunai RM 50,000 Tajaan Astro & Trofi Dansa Dan Sing
  • Tempat Ketiga Wang Tunai RM 25,000 Tajaan Astro & Trofi Dansa Dan Sing
  • Tempat Keempat Wang Tunai RM 15,000 Tajaan Astro & Trofi Dansa Dan Sing
  • Tempat Kelima Wang Tunai RM 10,000 Tajaan Astro & Trofi Dansa Dan Sing
  • Tempat Keenam Wang Tunai RM 5,000 Tajaan Astro & Trofi Dansa Dan Sing

#Throwback Dansa Dan Sing

Jom kita #throwback persembahan dan tema setiap minggu. Ruby ada peserta kegemaran dalam list. Hahaha. Pada konsert minggu pertama tema Dance Hits telah menonjolkan Chubb-E & Zeppo Youngsters Crew. Mereka mempersembahkan lagu “Good Boy” dari G-Dragon x Taeyang. Terus google siapa Chubb-E. Penari versatile ini berasal dari Papar, Sabah. Wowww!

Konsert minggu kedua bertema What If dan kumpulan Sophia Liana & Budak Ngam. Persembahan “We Will Rock You” dari Queen menarik perhatian para penonton dan juri. Ruby memang minat DeFam, bila Sophia join masuk pertandingan. Teruja nak tungu persembahan dia.

Konsert minggu ke tiga pula bertemakan Vice Versa Irama. Pada minggu ini kumpulan Raja Syahiran & 2Twenty2 Squad lebih menonjol dengan lagu “Mentera Beradu” dari Dato’ M Nasir. Pada konsert minggu keempat, tema Ekspresi Emosi dari Chubb-E & Zeppo Youngsters Crew yang telah menarik peminat penonton dengan membuat persembahan “Surat Cinta Untuk Starla” nyanyian Virgoun. Smooth je si Chubb-E menari.

Konsert minggu kelima bertemakan Trademark dan kali ini W.A.R.I.S & Alamak mendapat tempat di hati juri, penonton dan semua yang menonton di rumah. Tidak sangka lagu Nobody nyanyian Wonder Girls telah mengangkat kumpulan ini. Mereka memberi sepenuh tenaga untuk persembahan kali ini. Pakaian dan tarian semua best! Waris memang comel la. Alam pun pandai plan tarian ni. Memang best!

Konsert keenam menampilkan tema No Limits dan persembahan dari Sophia Liana & Budak Ngam menjadi trending. Kali ini mereka perlu membuat persembahan dengan selebriti jemputan. DeFam dan Sophia Liana & Budak Ngam telah berganding melaksanakan persembahan Raja Gelek nyanyian One Nation Emcees. Mendapat komen dari Datuk Rizalman Ibrahim bahawa pakaian dan tarian sangat bagus.





Konsert minggu ketujuh adalah konsert semi final yang memerlukan 2 persembahan. Tema adalah Costume dan 360. Chubb-E & Zeppo Youngsters Crew, Raja Syahiran & 2Twenty2 Squad, Sophia Liana & Budak Ngam dan W.A.R.I.S & Alamak menampilkan persembahan yang memukau.

Tentang Dansa Dan Sing

Pengacara bagi rancangan ini adalah Sherry Al Hadad (Malaysia) dan Hady Mirza (Singapura). Rancangan ini memulakan siarannya pada 5 Januari 2020 dan tamat pada 23 Februari 2020. Guru tari dan koreografer, Linda Jasmine Hashim serta pereka fesyen Datuk Rizalman Ibrahim tampil sebagai juri tetap Dansa Dan Sing musim pertama.

Peserta Dansa Dan Sing pada musim ini disertai oleh :
  • Sophia Liana & Budak Ngam
  • Chubb-E & Zeppo Youngsters Crew
  • W.A.R.I.S & Alamak
  • Raja Syahiran & 2Twenty2 Squad
  • Shiha Zikir & TeamSquad
  • Wani Kayrie & Delitz
  • Arja Lee & The Pirates (Tersingkir pada Minggu Ke-6)
  • Atilia, Yasmin Hani & The Lola (Tersingkir pada Minggu Ke-4)
  • Nik Qistina & DP Fam (Tersingkir pada Minggu Ke-3)
  • Harris Baba & Unique (Tersingkir pada Minggu Ke-2)
Secara keseluruhan ini adalah program yang bagus untuk selebriti dan penari menonjolkan bakat yang mereka ada sebagai satu platform untuk terus “upgrade” perjalanan karier mereka. Dulu, Sophia Liana ni kita sedia maklum dia adalah penyanyi dari kumpulan DeFam sahaja. Sekarang, kita tahu dia boleh menyanyi dengan baik, rap dengan baik, menari dengan baik dan tenaga dia luar biasa. Seronok tengok team work Sophia dan Budak Ngam. Tahniah!

www.gempak.com/dansadansing
#DansaDanSing2020 #DansaDanSing
Tags

Catat Ulasan

0Ulasan

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

Catat Ulasan (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !