Brownies Monster Kini Dengan Nama Baru MONSTR

Brownies Monster Kini Dengan Nama Baru MONSTR

Ruby
0

Apabila perniagaan semakin maju, sudah tiba masanya untuk melakukan penambahbaikan dari segi jenama dan tanda dagangan. Inilah situasi yang dilalui oleh jenama brownies terkenal iaitu Brownies Monster. Bermula pada Oktober 2017 dengan hanya menghasilkan brownies, kini mereka tampil dengan beberapa pilihan produk baru. Seiring dengan permintaan pelanggan setia mereka yang inginkan kepelbagaian. 15 Januari 2020 adalah tarikh istimewa bagi mereka. Ini kerana ia adalah tarikh mereka merasmikan HQ di lokasi baru dan penjenamaan baru. Turut hadir adalah ahli keluarga, kenalan, media dan ejen-ejen MONSTR dari seluruh Malaysia.

Brownies Monster Kini Dengan Nama Baru MONSTR

Sejarah penubuhan jenama Brownies Monster pada Oktober 2017, mereka hanya mengeluarkan produk Brownies Monster sahaja. Pada tahun 2018 mereka mula mengeluarkan produk-produk lain yang berasaskan coklat seperti The Kookies Monster. Manakala, pada tahun 2019 telah menghasilkan produk baru iaitu Rocky Road Monster.



Menurut Pengasas MONSTR, Puan Nurul Fatin Binti Mohamed yang turut dikenali sebagai “Kakak Monster” berkata
“Tujuan penjenamaan ini adalah supaya dapat menyesuaikan dengan kepelbagaian produk yang kami hasilkan sekarang. Malah, ia juga seiring dengan tujuan pendaftaran jenama di MyIPO untuk mendapatkan tanda dagangan kami. Sebanyak 4 produk utama telah MONSTR hasilkan, diantaranya adalah Brownies MONSTR, The Kookies MONSTR, Rocky Road MONSTR dan paling terkini adalah Kookrunch Chocojar Mini MONSTR. Ejen MONSTR berada di seluruh Malaysia dan dapatkan produk-produk MONSTR sekarang!”
Selain dari perniagaan MONSTR, Puan Nurul Fatin juga mempunyai perniagaan Kek Buah. Kek Buah sangat popular dan aktif jualannya pada bulan Ramadan sejak tahun 2012.

Manakala Pengasas bersama MONSTR iaitu Encik Muhammad Khairul bin Mohamed Ali berkata
“HQ MONSTR kini di Bandar Baru Bangi lebih selesa dan bersesuaian untuk kami menyediakan produk dengan lebih banyak mengikut permintaan pelanggan. 4 produk utama kami kini mendapat sambutan amat menggalakkan dan ramai dapat menambah pendapatan sebagai ejen MONSTR. Buat masa ini, HQ hanya tempat penghasilan produk sahaja. Urusan pembelian dan jualan adalah secara online. Manfaat jualan di dalam talian ini memudahkan kami untuk menjejak rekod tempahan dari seluruh Malaysia.”

Video Sekitar Pelancaran MONSTR



Produk-Produk MONSTR


Kesemua produk MONSTR menawarkan kualiti dan keenakan berganda. Mereka menyediakannya dengan penuh kasih sayang. Produk berasaskan coklat pastinya menggunakan dari bahan-bahan premium. Jom Ruby kongsikan sedikit ulasan tentang keempat-empat produk MONSTR.

1. Brownies MONSTR (senior pack) RM18
2. Brownies MONSTR (junior pack) RM10
3. The Kookies MONSTR (maxi) RM18
4. The Kookies MONSTR (mini) RM10
5. Rocky Road MONSTR RM16
6. Kookrunch Chocojar Mini MONSTR RM17



1. Brownies MONSTR
Produk utama yang dihasilkan dari tahun 2017 sehingga kini. Dibawah ini adalah pebezaan bungkusan sebelum penjenamaan dan selepas penjenamaan. Masih mengekalkan isi kandungan yang sama. Pertama kali Ruby mencuba Brownies Monstr, tekstur dan konsistensi rasa adalah terbaik! Chewy, Gooey to Yooey!! Tidak terlalu manis dan terasa keenakan coklat yang digunakan.



2. The Kookies MONSTR

Produk kedua yang dihasilkan oleh MONSTR ini mempunyai identitinya tersendiri. Saiz konsisten sesuai untuk pelanggan nikmatinya. Sama ada ketika di rumah, di pejabat atau ketika memandu. Tidak terlalu besar dan terdapat dalam dua saiz balang. Biskut ini memberi anda kepuasan berganda dalam satu kunyahan. Rangup dan sedap! Nikmati Kookies MONSTR bersama susu! Sangat sedap! Anak Ruby sarapan pagi “bikut” MONSTR bersama susu Farm Fresh. Hehehe.



3. Rocky Road MONSTR

Siapa sangka akan terhasilnya produk enak begini dari MONSTR pada tahun 2019. Di rumah Ruby, paling top pembelian adalah Rocky Road MONSTR. Anak-anak dan suami suka sangat! Marshamallow, biskut marie dan coklat. Gabungan yang tip top sampai ke bulan! Sedap giler!


4. Kookrunch Chocojar Mini MONSTR

Produk paling terkini dan viral. Kookrunch Chocojar Mini MONSTR. Pasti anda tertanya-tanya apakah isitimewanya produk ini. Apa di dalam balang itu! Hehehehe. Pada mulanya, Ruby buka bekas, oh biskut Kookies MONSTR saiz mini disalut coklat yang banyak! Okaylah biskut dalam balang kan. Nak dijadikan cerita, Ruby makan Kookrunch Chocojar Mini MONSTR kongsi bersama anak-anak dan suami sambil menonton Netflix. Suapan demi suapan, tanpa sedar ada mini koko krunch. Wowww! Sedapnya. Biskut dan koko krunch mini saiz halus! Maka, bila anak dah nampak mini koko krunch. Mereka take over la balang Kookrunch Chocojar Mini MONSTR. Hahaha. Sedap! Lebih sedap dari Chocojar yang kita duk mengidam dulu tu. Sebab coklat, mini koko krunch dan kookies Monstr lagi layan weyyy.


Sertai MONSTR Ejen

Ada 2 pakej yang ditawarkan sebagai Ejen MONSTR. Caranya mudah sahaja.
Pakej Buddies (minimum belian RM 250)
Pakej Comrade (minimum belian RM 700)



“Makin tinggi pembelian, makin murah harga dan untng pun makin tinggi” – Kakak Monster (Puan Nurul Fatin Binti Mohamed)

Pasti korang terliur dengan ulasan Ruby mengenai 4 produk utama MONSTR kan? Jadi, apa lagi? Hubungi ejen terdekat di kawasan anda k! Nak tahu senarai ejen? Rujuk Instagram MONSTR sekarang!

www.instagram.com/monstr.my
www.facebook.com/monstr.my
Tags

Catat Ulasan

0Ulasan

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

Catat Ulasan (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !