3 Produk Obsess Cosmetics Pilihan Kami

3 Produk Obsess Cosmetics Pilihan Kami

Ruby
0

3 produk Obsess Cosmetics pilihan kami. Assalammualaikum semua! Ya anda! Hehe. Hari ini Ruby ingin kongsikan ulasan kecantikan tentang produk kecantikan Obsess Cosmetics. Hehehe. Ruby suka semua rangkaian produk Obsess Cosmetics. Serius suka dengan bungkusan produk, kualiti produk dan harga produk yang sangat mampu milik. Sekarang, nak cantik sudah tiada alasan tau. Obsess Cosmetics mampu berikan wajah anda semulus “Korean”, “Glass Skin Effect” dan cantik versi diri anda. Anda dah baca acara gilang gemilang Obsess Cosmetics bulan lepas? Anda boleh baca di www.ruby.my/2019/08/treatment-cushion-foundation-obsess-cosmetics-kini-berwajah-baru/

3 Produk Obsess Cosmetics Pilihan Kami

Obsess Cosmetics ni sudah bermula 4 tahun lalu, Ruby je yang baru tahu. Alhamdulillah sempat mengenali produk ini. 6 produk kesemuanya Ruby suka, tetapi Ruby ingin kongsikan 3 produk yang paling Ruby suka. Jom baca ulasan kecantikan dari pengalaman Ruby sendiri.

Treatment Cushion Foundation Kod Light

Treatment Cushion Foundation dari Obsess Cosmetics hadir dalam 2 warna, Light atau Medium. Ruby memilih kod Light. Kotak bungkusan sangat cantik, warna-warni dan menyelerakan! Dalam kotak terdapat set lengkap kusyen asas untuk anda mulakan mekap. 1 unit span disediakan bersama bekas cermin. Harga bernilai RM 59 untuk 15gram.

Kali pertama menggunakan Treatment Cushion Foundation, ruby tertarik dengan liputan yang kusyen ini mampu berikan. Terkejut! Konsep memakai kusyen asas adalah dengan teknik lemah lembut tekap-tekap di wajah sampai sekata. Obsess Cosmetics Bite My Cushion di dalam kod Light ini mudah dipakai, menjimatkan masa! Apabila anda pakai sepanjang hari, anda akan dapat lihat wajah anda berseri dan tidak berminyak.

Dalam satu kali penggunaan dah cukup untuk satu wajah, tinggal kita aje dap dap dap. Apabila pakai Obsess Cosmetics Bite My Cushion ni, Ruby dapat lihat kesan parut, garis halus, jerawat, kulit kemerah-merahan, liang pori-pori dan eye bag bawah mata semakin pudar. Terus cantik! Subhanallah. Mekap tahan lama sepanjang hari. Anda tidak akan rasa wajah anda seakan memakai topeng, mekap tidak tebal sebab kusyen asas ini sangat ringan.

Isi kandungan Obsess Cosmetics Bite My Cushion mempunyai kebaikan Vitamin E, Buah Zaitun, Bearberry dan Minyak Bunga Geranium. Kesemua bahan yang diguanakan adalah selamat untuk kulit kita.

Eyebrow Definer

Ruby masih teringat pengalaman merias kening pada kali pertama. Ia sangat menakutkan dan lucu. Kening seakan kartun animasi Shin Can dan warna pensil yang Ruby beli kadang-kadang tidak bersesuaian. Ada kalanya dark brown, soft brown, black dan warna sering berubah. Pemilihan pensil kening amat sukar dengan kekurangan warna yang bersesuaian dengan Ruby. Sebab masih tidak jumpa warna yang sesuai. Tidak terlalu cerah, tidak terlalu gelap tetapi inginkan efek natural. Sebab Ruby tidak mencukur kening, jadi bayangkanlah apabila berlainan warna pensil kening digunakan. Serius lucu! Tapi keyakinan diri yang membawa kesempurnaan pada hari ini. Ruby sudah pandai memilih warna, tekstur pensil dan jenama apa yang menjadi kegemaran.

Ruby perkenalkan Eyebrow Definer dari Obsess Cosmetics. Harga RM 39 untuk 3 gram. Amat berbaloi-baloi harganya! Jika dibandingkan dengan jenama lain, memang Obsess Cosmetics menang sebab jenis pensil begini mahal ok. TriangularBrow Pencil mereka lembut pada kulit kening dan rerambut di kening juga rapi. Eyebrow Definer ini tampil dengan warna coklat pekat. Ia mempunyai kebaikan Vitamin E. Ia melindungi kulit dari pelbagai kesan yang merosakkan akibat radiasi matahari dengan bertindak sebagai pelindung radikal bebas.

Eyebrow Definer ini boleh dipusing ditarik balik, pensil alis kening segi tiga dengan mudah untuk melukis alis kening dengan ketepatan. Kemudian, kemaskan alis kening anda dengan mudah menggunakan Spoolie Brush selesa untuk penamat semulajadi kening anda. Siap! Tahukah anda kening yang cantik memberi keseluruhan wajah anda “naik”? Jadi, sila praktis merias alis kening anda sekarang menggunakan Obsess Cosemetics Eyebrow Definer!

Mascara

Mascara dari Obsess Cosmetics adalah sangat istimewa. Bungkusan comel, berus tebal dan cepat melentikkan bulu mata Ruby. Berus mascara seperti ini sesuai untuk bulu mata yang degil lurus. Teknik menggunakan mascara adalah menggerakkan ia secara zig zag agar ia disapu rata dan bulu mata anda kelihatan banyak serta kembang. Obsess Cosmetics Chocolate Paste Insanely Long Mascara mempunyai formulasi Hard Black Formula. Memudahkan anda untuk memakai dan membersihkannya. Berus panjang dan beralun untuk memberi ketepatan bulu mata yang anda inginkan. Harga RM 40 untuk 16 gram. Maskara tahan air ini direka untuk memberikan anda jumlah volum, bulu hitam yang lebih tinggi, lebih panjang dan lebih penuh. Formula berkrim yang sesuai dipakai sepanjang hari tanpa comot.

Inilah 3 produk utama yang paling Ruby suka. Ruby dah Obsessed dengan semua rangkaian produk Obsess Cosmetics. Hahaha. Lain kali kita ulas tentang Lipstick Matte dari Obsess Cosmetics okay! Harap perkongsian ini bermanfaat dan anda akan mendapatkan produk kecantikan dari Obsess Cosmetics melalui laman web rasmi atau ejen rasmi. Jom cantik sama-sama!

www.obsesscosmetics.com
www.facebook.com/Obsesscosmetics
www.instagram.com/obsess.cosmetics

Tags

Catat Ulasan

0Ulasan

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

Catat Ulasan (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !