Treatment Cushion Foundation Obsess Cosmetics Kini Berwajah Baru

Treatment Cushion Foundation Obsess Cosmetics Kini Berwajah Baru

Ruby
1

Treatment Cushion Foundation Obsess Cosmetics Kini Berwajah Baru. Obsess Cosmetics adalah produk kosmetik buatan rakyat Malaysia yang komited untuk meningkatkan keyakinan diri dan melahirkan kecantikan semulajadi pengguna. Obsess Cosmetics menghasilkan produk yang bersesuaian untuk semua peringkat umur, semua jenis kaum dan jantina. Malah, bungkusan produknya menggambarkan warna-warni kehidupan seharian kita. Semua lapisan masyarakat wajib ada Obsess Cosmetics di dalam bag mereka!

Treatment Cushion Foundation Obsess Cosmetics Kini Berwajah Baru

Pada 24 Ogos yang lalu telah berlangsung dua acara gilang-gemilang Obsess Cosmetics. Mereka meraikan ajen dan melancarkan bungkusan baru Treatment Cushion Foundation. Bertemakan putih dan warna-warni seperti bungkusan produk Obsess Cosmetics, acara ini meriah dengan kelainan acara pelancaran. Pelbagai aktiviti disediakan, makanan dan minuman yang enak. Para tetamu sangat enjoy dengan apa yang disediakan oleh Obsess Cosmetics. Ia patut dicontohi dan tidak sangka produk buatan Malaysia boleh melakukan acara selengkap ini. Perfect!

Treatment Cushion Foundation Obsess Cosmetics Kini Berwajah Baru
Revolusi Treatment Cushion Foundation Obsess Cosmetics

Treatment Cushion Foundation Obsess Cosmetics Kini Berwajah Baru Treatment Cushion Foundation Obsess Cosmetics Kini Berwajah Baru

“Lahirnya rekaan baru Treatment Cushion Foundation dari Obsess Cosmetics adalah untuk mencipta produk yang lebih eksklusif dan kelainan dalam cushion foundation. Kebiasaannya di pasaran, semua cushion foundation berbentuk bulat. Kali ini, kami dari Obsess Cosmetics keluarkan bentuk segi empat dan bewarna ungu pastel” kata Puan Hafizatul Atikah Mohd Fauzi, Pengasas Obsess Cosmetics

Tulang belakang produk kosmetik ini iaitu Encik Muhamad Syahmi Mansor, Pengarah Urusan Obsess Cosmetics berkata, “Saya sentiasa menyokong isteri dan ingin kejayaan itu bersama-sama dinikmati. I love you!”. Sambil memandang wajah Puan Hafizatul Atikah Mohd Fauzi iaitu Pengasas Obsess Cosmetics

Treatment Cushion Foundation Obsess Cosmetics Kini Berwajah Baru
Dari kiri Puan Hafizatul Atikah Mohd Fauzi; Pengasas Obsess Cosmetics & Encik Muhamad Syahmi Mansor; Pengarah Urusan Obsess Cosmetics

2000 Ejen Sah Obsess Cosmetics

Obsess Cosmetics kini sudah melangkah ke tahun ke-4. Bermula pada tahun 2016 secara kecil-kecilan, kini Obsess Cosmetics berjaya melahirkan 2000 ajen dan kumpulan sokongan dari pelbagai latar belakang. Selain dari itu, Obsess Cosmetics sering melakukan program kebajikan, menaja pelbagai program realiti bersama selebriti dan sering di wawancara di rancangan televisyen.

Treatment Cushion Foundation Obsess Cosmetics Kini Berwajah Baru

Produk-Produk Obsess Cosmetics

Obsess Cosmetics sentiasa ingin menghasilkan produk yang mampu memberi semua orang berkeyakinan dengan hanya beberapa alat solek. Dalam masa yang sama, memberi liputan yang menyeluruh menutup cela, garis halus, kulit kemerah-merahan dan jerawat. Mekap yang tipis, tetapi kawalan menyeluruh membuatkan kita selesa untuk lakukan aktiviti seharian. Betul tak?

Treatment Cushion Foundation Obsess Cosmetics Kini Berwajah Baru

Treatment Cushion Foundation RM 59

  • Light
  • Medium

Treatment Cushion Foundation Obsess Cosmetics Kini Berwajah Baru

Too Smooth To Resist Loose Powder (Translucent) RM 59

Treatment Cushion Foundation Obsess Cosmetics Kini Berwajah Baru-15

Eyebrow Definer RM 39

Treatment Cushion Foundation Obsess Cosmetics Kini Berwajah Baru

Mascara RM 40

Treatment Cushion Foundation Obsess Cosmetics Kini Berwajah Baru

Lipstick Matte RM 40

  • Bunga
  • Bandung
  • Carrot
  • Dodol
  • Katira
  • Ribena
  • Sirap

Treatment Cushion Foundation Obsess Cosmetics Kini Berwajah Baru-15

Treatment Cushion Foundation Obsess Cosmetics Kini Berwajah Baru

Makeup Remover RM 25

Treatment Cushion Foundation Obsess Cosmetics Kini Berwajah Baru

Travel Kit RM 99

Jom sokong produk buatan Malaysia. Dapatkan produk kecantikan Obsess Cosmetics dari ejen sah dan jom cantik sama-sama. Ruby akan review 3 produk Obsess Cosmetics dalam masa terdekat. Nantikan ya!

Mengenai Obsess Cosmetics

Obsess Cosmetics ditubuhkan pada tahun 2016, selepas bertahun-tahun pengalaman dalam perniagaan solekan. Obsess Cosmetics bermula dengan menjual kusyen asas, menjadi salah satu jenama tempatan yang pertama untuk menghasilkan kusyen asas sendiri. Setelah menerima maklum balas yang baik, Obsess Cosmetics kemudiannya menghasilkan koleksi lipstik matte. Secara keseluruhan, kini 6 jenis produk telah terhasil.

Pada tahun 2018, oleh kerana penerimaan yang baik dan permintaan yang tinggi dari pengguna. Obsess Cosmetics memperluaskan rangkaian produk dengan menghasilkan lebih banyak produk solekan seperti maskara, pemerah pipi dan eyeshadow. Maka, Obsess Makeup Set telah diwujudkan untuk memenuhi permintaan. Set ini boleh digunakan oleh semua pengguna. Sama ada anda seorang jurusolek, atau anda baru ingin belajar bersolek, Obsess Cosmetics adalah jenama solekan yang menginginkan semua orang kelihatan cantik setiap hari.

Menerima ulasan kecantikan jujur dari pengguna adalah pencapaian hebat bagi Obsess Cosmetics. Melangkah ke hadapan, Obsess Cosmetics ingin mengembangkan perniagaan ke seluruh Asia. Kini Obsess Cosmetics telah mempunyai 2000 ejen sah dari seluruh Malaysia, Brunei Darussalam dan Singapura. Ramai telah mendapat hasil lumayan dengan menjual Obsess Cosmetics. Ini kerana, produknya bebas kekejaman kepada haiwan. “Your Natural Everyday Makeup”

www.obsesscosmetics.com

www.facebook.com/Obsesscosmetics

www.instagram.com/obsess.cosmetics

Tags

Catat Ulasan

1Ulasan

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

Catat Ulasan

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !