Aplikasi Muslim Pro Kini Mempunyai Terjemahan Juzuk 30 Makna By Lofa

Aplikasi Muslim Pro Kini Mempunyai Terjemahan Juzuk 30 Makna By Lofa

Ruby
0

Aplikasi Muslim Pro Kini Mempunyai Terjemahan Juzuk 30 Makna By Lofa. Assalammualaikum semua! Ruby ada berita gembira ingin dikongsikan dengan kalian semua. Siapa yang ada aplikasi Mislim Pro? Aplikasi ini kita guna untuk dekatkan diri dengan Allah s.w.t. Dari waktu azan, penentu arah Kiblat, Surah Al-Quran, waktu berbuka Puasa, quotes Islamik, makanan Halal dan macam-macam lagi. Malah Telekung Siti Khadijah juga anda boleh beli melalui aplikasi Muslim Pro! 1 Stop Islamik Hub!

Aplikasi Muslim Pro Kini Mempunyai Terjemahan Juzuk 30 Makna By Lofa

Sepanjang Ruby menggunakan aplikasi Muslim Pro, Ruby sentiasa merujuk aplikasi semasa selepas solat, di dalam kenderaan awam semasa pergi atau balik kerja. Kadang-kadang Ruby hanya tekan Play untuk dengar bacaan surah Al-Quran dan terjemahan di dalam rumah. Alhamdulillah hanya menggunakan Muslim Pro, terlaksana Ruby punya Quran Hour. Sekarang Ruby ingin sahabat semua menjadi muslim sejati dengan permulaan mudah iaitu gunakan aplikasi Muslim Pro.

Pengacara dan usahawan Neelofa mengumumkan kerjasama perdana beliau bersama pembangun aplikasi digital Islamik global, Muslim Pro menerusi Makna By Lofa.
Makna By Lofa merupakan sebuah laman khas dalam aplikasi Muslim Pro yang menampilkan suara Neelofa sebagai medium bacaan maksud bahasa Melayu bagi ayat-ayat al-Quran.

“Sebelum ini, semasa membaca al-Quran, Lofa akan membuka buku yang berlainan untuk mencari maksud ayat. Namun, kebanyakan buku yang Lofa ada ditulis dalam bahasa Inggeris.
“Jadi, inisiatif untuk mewujudkan laman Makna By Lofa dalam aplikasi Muslim Pro adalah disebabkan kekurangan maksud ayat-ayat al-Quran yang ditulis dalam bahasa Melayu,” katanya.

Juzuk 30 Surah An-Naba Sebagai Permulaan

Sebagai permulaan, Makna By Lofa akan menerbitkan audio berbentuk suara Neelofa yang membacakan maksud ayat-ayat al-Quran dalam Juzuk 30 atau Juzuk Ammar.
“Bacaan maksud surah-surah Juzuk Ammar merupakan fasa pertama Makna By Lofa.
“Insya-Allah, selepas ini, kita akan hadir dengan fasa kedua dan ketiga iaitu bacaan maksud surah-surah terpilih serta bacaan seluruh ayat al-Quran,” katanya lagi.

Makna By Lofa


Neelofa turut menambah, dia berasa sangat gembira kerana perjalanan mewujudkan Makna By Lofa dipermudahkan.
“Mewujudkan laman khas ini tidak mengambil masa yang lama, sekitar sebulan selepas idea dicetuskan. Saya berasa bersyukur kerana segala perjalanan dipermudahkan,” katanya.
Neelofa berharap agar Makna By Lofa dapat memberi manfaat khususnya kepada mereka yang ingin belajar tentang maksud pada setiap ayat al-Quran.
“Semoga apa yang Lofa kerjakan bersama Muslim Pro ini dapat dimanfaatkan oleh semua, insya-Allah,” ujarnya.

Buat pengetahuan semua, buku yang digunakan sebagai rujukan mereka ialah ‘Mushaf Tajwid oleh Abdullah Muhammad Basmeih’

Aplikasi Muslim Pro Mempunyai 74 Juta Pengguna Di Seluruh Dunia

Pengguna boleh mencari laman khas Makna By Lofa dengan mudah menerusi gambar Neelofa yang digunakan sebagai ikon.
Laman khas tersebut tidak hanya untuk pengguna di Malaysia, tetapi boleh diakses oleh semua 74 juta pengguna aplikasi Muslim Pro dari seluruh dunia. Dalam pada itu, Pengurus Muslim Pro Malaysia, Nik Emir Din berkata: “Neelofa merupakan individu pertama yang meminjamkan suara bagi bacaan maksud ayat-ayat al-Quran dalam bahasa Melayu. Justeru, pengenalan Makna By Lofa juga dapat membantu pengguna Muslim Pro sedia ada atau yang baharu untuk memahami al-Quran dengan lebih mendalam.

“Sebenarnya, kami telah lama merancang untuk berkolaborasi dengan Neelofa. Jadi, apabila peluang ini muncul, kami berasa sangat teruja. Selain itu, Neelofa juga memberi komitmen yang sangat baik walaupun sibuk dengan kerja,” katanya.

Muat Turun Aplikasi Sekarang!

Aplikasi Muslim Pro dan Makna By Lofa boleh dimuat turun daripada iTunes dan Google Play Store. Dapatkan sekarang! Aplikasi ini lengkap dan sangat membantu muslim diseluruh dunia. Semoga kumpulan tulang belakang aplikasi ini dimurahkan rezeki dan diberkati dunia & akhirat. Setiap telefon pintar perlu ada aplikasi ini. Muat turun di telefon pintar suami isteri, anak-anak, saudara mara dan sahabat. Jom belajar menggunakan aplikasi ini setiap hari. Jangan hanya guna pada bulan Ramadan sahaja. Terlalu banyak manfaat yang disediakan!

Apple Store
www.instagram.com/muslimproapp
www.facebook.com/muslimpro
Tags

Catat Ulasan

0Ulasan

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

Catat Ulasan (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !