Bungkus of Happiness Baskin-Robbins X Tom Abang Saufi

Bungkus of Happiness Baskin-Robbins X Tom Abang Saufi

Ruby
0
Bungkus of Happiness Baskin-Robbins X Tom Abang Saufi

Kolaborasi “Bungkus of Happiness” Baskin-Robbins X Tom Abang Saufi. | Assalammualaikum semua! Perhatian kepada semua pencinta pencuci mulut! Rantaian ais krim terbesar di dunia Baskin-Robbins telah mengumumkan berita yang menarik untuk musim perayaan ini – kolaborasi dengan jenama pereka tempatan terkenal Dato’ Tom Abang Saufi (TAS) !

Sambutlah musim Raya ini dengan ” Bungkus of Happiness ” edisi terhad keluaran 3 selendang Baskin-Robbins yang direka khas dengan menggabungkan unsur-unsur moden dengan rekaan tradisional. Kini anda boleh “bungkus” ais krim kegemaran anda dengan selendang kualiti premium TAS!

Bungkus of Happiness ” merupakan hamper istimewa yang anda boleh kongsi dengan ahli keluarga dan rakan-rakan. “Bungkus” yang dimaksudkan ialah selendang yang direka khas oleh Dato’ Tom Abang Saufi untuk kolaborasi dengan Baskin-Robbins; manakala “kebahagiaan” yang dimaksudkan tentunya ialah ais krim Baskin-Robbins yang lazat, penuh dengan nikmat manis dan kepuasaan dalam setiap suap.

Tiga Koleksi Selendang Dato’ Tom Abang Saufi

Dato ‘ Tom Abang Saufi ialah pereka terkemuka dalam industri fesyen Malaysia dan terkenal dengan usaha beliau dalam mempromosikan budaya batik yang berwarna-warni. Koleksi TAS tidak segan menggunakan warna-warna cerah untuk menampilkan pertembungan fesyen moden dengan budaya tradisional, sekali gus menambahkan elemen kreatif ke dalam semua rekaannya.

Bungkus of Happiness Baskin-Robbins X Tom Abang Saufi

Antara tiga selendang yang direka untuk Baskin-Robbins ialah selendang Ketupat, selendang Ais krim dan selendang Wafel. Semua selendang diperbuat dari kain campuran sutera berkualiti tinggi. Selendang ini amat sesuai untuk dijadikan sebagai hadiah dan boleh digunakan dengan pelbagai cara, termasuklah dipakai sebagai tudung atau koleksi batik.

Edisi Terhad ” Bungkus of Happiness ” Hari Raya

Selendang “Bungkus of Happiness” adalah direka khas oleh Dato ‘ Tom Abang Saufi bersempena dengan Hari Raya yang akan datang. Selendang edisi terhad ini menggabungkan tradisi Melayu dan budaya Baskin-Robbins.

Ketupat ialah makanan tradisional Melayu dan makanan Hari Raya yang amat popular. Dato ‘ Tom menggunakan pelbagai warna untuk menggambarkan tenunan daun sawit. Wafel dan ais krim sememangnya tidak boleh dipisahkan! Dato ‘ Tom menggunakan warna popular Baskin-Robbins untuk menonjolkan unsur unsur dalam selendang Wafel manakala selendang Ais krim direka dengan motif ais krim manis-manis belaka.

Bungkus of Happiness Baskin-Robbins X Tom Abang Saufi

“Bungkus of Happiness” mengandungi dengan 10 Junior Scoop (RM115), 8 Regular Scoop (RM125) atau 4 Pints (RM145) ais krim pilihan anda bersama dengan selendang Baskin-Robbins X TAS edisi terhad. Jangan ketinggalan peluang ini untuk membawa pulang kebahagiaan anda!

Bungkus of Happiness ” boleh didapatkan di semua cawangan Baskin-Robbins di Malaysia termasuklah Baskin-Robbins Premium Outlets, Premium Outlet Johor (JPO), Genting Premium Outlet (GPO), semua cawangan di KLIA, Genting, Sabah dan Sarawak. Pelanggan juga boleh menbuat pembelian melalui Lazada. Harga yang diumumkan hanya tertakluk kepada cawangan standard sahaja.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk laman web Baskin-Robbins di www.baskinrobbins.com.my

Tags

Catat Ulasan

0Ulasan

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

Catat Ulasan (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !