771 Pelajar Menerima Pengiktirafan Di Kumon Advanced Student Forum 2019

771 Pelajar Menerima Pengiktirafan Di Kumon Advanced Student Forum 2019

Ruby
0

Kumon Advanced Student Forum 2019

771 Pelajar Menerima Pengiktirafan Di Kumon Advanced Student Forum 2019. | Assalammualaikum semua! Kali ini ruby ingin berkongsi tentang Forum Pelajar Cemerlang Kumon 2019! Ia adalah anugerah paling dinantikan oleh pelajar dan ibu bapa. Setiap pencapaian, ini lah ganjarannya. Kali ini, tetamu jemputan adalah Dato’ Dr Sheikh Muszaphar Shukor. Ruby adalah orang yang sangat terinspirasi dengan pencapaian Dato. Dari kisah perjalanan ke angkasa sampai ke kisah anak-anak beliau, Ruby ikuti. Sangat membantu Ruby menjalani kehidupan sebagai ibu bapa pada zaman kini. Mencabar! Pasti ramai dah tahu pengalaman Ruby bersama Kumon. Anda boleh baca di sini www.ruby.my/2019/03/apa-yang-best-sangat-ke-kumon.

771 Pelajar Kumon Menerima Pengiktirafan Di Kumon Advanced Student Forum 2019

Pada tahun ini seramai 771 pelajar Kumon dari lebih 200 pusat di Malaysia telah menerima pengiktirafan atas prestasi cemerlang mereka dalam satu majlis di Hotel Marriott Putrajaya yang dihadiri seramai lebih 2,400 orang pelajar, ibu bapa serta tenaga pengajar Kumon. Forum yang sama turut diadakan di negara-negara lain di Asia dan Oceania seperti Indonesia, Singapura, Filipina, New Zealand dan Australia.

Kumon Advanced Student Forum 2019

Tahniah kepada semua pelajar! Ruby tumpang gembira melihat anak-anak naik atas pentas. Ruby tengok Encik Sugawa senyum melihat kejayaan anak-anak ini semasa sesi pemberian trofi. Energi dan kata-kata semangat pastinya disampaikan ketika berjabat tangan. Doakan Adam & Alif juga akan naik pentas. Prestasi cemerlang anak-anak pasti memberi kegembiraan kepada ibu bapa. Ini kerana proses pembelajaran di Kumon adalah unik dan memerlukan kerjasama anak-anak dan ibu bapa. Pengajar Kumon hanya akan membantu melihat kemajuan mereka sahaja. Jika masih lemah di bahagian tertentu, latihan berulangkali akan diberikan. Cara begini anak-anak akan lebih fokus untuk belajar. Sebab mereka pasti bosan buat latihan sama berulang kali. Kan?

Penceramah Jemputan Dato’ Dr Sheikh Muszaphar Shukor

Program pendidikan selepas sekolah yang terbesar di negara ini, Kumon Malaysia, telah menganjurkan Forum Pelajar Cemerlang (Advanced Student Forum, ASF) 2019 yang merupakan platform bertujuan mengiktiraf para pelajar yang telah berjaya melangkau gred persekolahan mereka melebihi lima tahun serta para pelajar yang telah melengkapkan program Matematik atau Bahasa Inggeris masing-masing sehingga ke tahap O dan L.

Kumon Advanced Student Forum 2019

Forum pada tahun ini menyaksikan penampilan tetamu istimewa, Dato’ Dr Sheikh Muszaphar Shukor, angkasawan pertama Malaysia, yang memberi inspirasi kepada para pelajar menerusi perkongsian kisah hidupnya di mana beliau telah berjaya mencapai impian menjadi seorang angkasawan. Beliau turut berkongsi tentang cabaran yang dihadapi untuk memperoleh kecemerlangan dalam bidang akademik dan seterusnya berjaya menjadi seorang pakar bedah ortopedik dan akhirnya dipilih mewakili Malaysia sebagai angkasawan pertama negara.

Dato’ Dr Sheikh Muszaphar Shukor telah dijemput sebagai penceramah jemputan acara Kumon ASF di mana beliau juga merupakan bapa kepada dua orang anak perempuan yang kini sedang mengikuti program Kumon dalam subjek Matematik dan Bahasa Inggeris.

Kumon Advanced Student Forum 2019

Kumon Advanced Student Forum 2019

ASF merupakan platform yang mengiktiraf para pelajar Kumon yang telah berjaya mencapai peringkat sekurang-kurangnya lima tahun melebihi gred persekolahan sebenar mereka serta para pelajar yang telah melengkapkan program Kumon. Sebagai forum tahunan yang diadakan di peringkat global dan juga di Malaysia, ASF mula diperkenalkan di negara ini pada tahun 2011. Sejak tahun 2011, Kumon Malaysia telah menyaksikan seramai 5,000 orang pelajar mencapai pengiktirafan ‘Pelajar Cemerlang’.

Kumon Malaysia memberi tumpuan untuk membantu anak-anak mencapai potensi yang sepenuhnya menerusi kaedah pembelajaran kendiri yang telah dimulakan di Jepun sejak lebih 60 tahun yang lalu oleh seorang guru yang bernama Toru Kumon.

Kumon Advanced Student Forum 2019

Rancangan pembelajaran disesuaikan mengikut keupayaan dan kemajuan yang dicapai oleh pelajar. Selepas berjaya menamatkan sesuatu tahap, mereka perlu mengambil Ujian Pencapaian untuk menilai tahap kemampuan mereka sebelum mara ke tahap yang berikutnya. Menerusi kaedah ini, para pelajar yang berusia seawal empat tahun dapat maju dalam Matematik dan Bahasa Inggeris ke tahap yang selesa (‘tahap paling optimum’), dan tidak terhad kepada tahap darjah persekolahan mereka, malah ada pelajar yang melepasi darjah mereka.

Kaedah Kumon

Kaedah pembelajaran kendiri yang juga dipanggil Kaedah Kumon merupakan cara berkesan yang membantu pelajar membangunkan keupayaan untuk belajar dengan sendiri dan akhirnya dilengkapi dengan kemahiran kritikal seperti penyelesaian masalah dan cara pemikiran kritikal, seterusnya menyediakan diri supaya berdisiplin, berdikari dan memiliki sikap positif seperti keyakinan dan ketabahan.

Kumon Advanced Student Forum 2019

Encik Sugawa seterusnya menyatakan bahawa terdapat keperluan untuk para ibu bapa dan pendidik berganjak daripada penekanan terhadap kecemerlangan akademik semata-mata dengan turut memberi tumpuan terhadap pembentukan sahsiah diri dan kemahiran hidup yang kritikal untuk menjadikan anak-anak bingkas dan tidak mudah putus asa.

Beliau berkata, “Kaedah Kumon yang bertahan selama 60 tahun dan telah membantu kanak-kanak dari lebih 50 buah negara bukan sahaja membina asas ke arah mencapai kecemerlangan akademik, malah turut membina sikap positif yang diperlukan bagi membentuk minda yang lebih kuat bagi persediaan menghadapi masa depan.”

Menurut Model Kebingkasan 7C 1 , yang disokong oleh American Academy of Pediatrics, ciri 7C termasuklah kawalan (control), kecekapan (competence), kesanggupan (coping), keyakinan (confidence), hubungan (connection), watak (character) dan sumbangan (contribution) merupakan teras utama untuk membentuk kebingkasan pelajar.

Adam Raziq Menyertai Kumon Selama 11 Tahun

“Sejak anak saya menyertai Kumon pada usia 4 tahun, saya telah dapat melihat kemajuan dirinya dan kini dia memiliki asas pembelajaran yang kukuh yang bukan sahaja membantunya mahir dalam Matematik dan Bahasa Inggeris malah turut memiliki kemahiran yang diperlukan untuk cemerlang dalam subjek serta aktiviti lain di luar bidang akademik. Rutin dan kaedah pembelajaran kendiri yang diperkenalkan Kumon telah membantu anak saya menjadi lebih berdisiplin dan lebih yakin,” kata Kamarul Ariffin seorang bapa kepada anaknya Adam Raziq (15) yang telah menyertai Kumon selama 11 tahun.

Tentang Kumon Malaysia

Kumon Malaysia merupakan program pendidikan Matematik dan Bahasa Inggeris selepas sekolah yang mencungkil potensi kanak-kanak bagi mencapai potensi secara menyeluruh melalui pembelajaran kendiri. Ditubuhkan secara rasmi pada 1958 di Jepun, Kaedah Kumon lahir daripada kasih sayang seorang ayah kepada anaknya. Kumon merupakan kaedah pembelajaran kendiri yang menggunakan pendekatan secara individu bagi membolehkan pembelajaran berjalan secara lancar pada tahap yang “paling sesuai” untuk mereka. Program Kumon sesuai untuk kanak-kanak berumur 4 – 17 tahun.

Kumon Advanced Student Forum 2019

Sejak penubuhannya pada tahun 1997, Kumon kini memiliki lebih 200 buah pusat di seluruh negara dengan jumlah pelajar seramai lebih 33,000 orang. Selaras dengan misi Kumon untuk mengenal pasti potensi kanak-kanak, Kumon Malaysia menyasarkan untuk membuka 20 pusat baharu dan menjadikan jumlah pusat sebanyak 220 buah menjelang tahun 2020.

Pengalaman Ruby dan Kumon

Kumon Advanced Student Forum 2019

Ramai ibu bapa masih tidak memahami cara Kumon. Macam mana anak mereka belajar, bagaimana boleh cepat belajar, adakah berbaloi RM 160 untuk satu subjek, boleh ke saya beri sepenuh komitmen kepada pembelajaran anak saya. Semua itu bermain di minda. Sebab ibu bapa pada masa kini terlalu sibuk dengan karier. Sebagai Kumon Parent, ruby sarankan anda cuba dahulu. Pergi ke Pusat Kumon berdekatan dan bincang bersama Instructor. Lihat sendiri prestasi anak anda dan bagaimana kehidupan anda dan anak berubah menjadi lebih baik.

www.kumonmalaysia.com
www.facebook.com/kumonmalaysia
www.youtube.com/kumonmalaysia

Tags

Catat Ulasan

0Ulasan

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

Catat Ulasan (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !