KAO Welcome To My Modern Parenthood 2019

KAO Welcome To My Modern Parenthood 2019

Ruby
0

KAO Welcome To My Modern Parenthood 2019 | Assalammualaikum semua, minggu lalu ruby sekeluarga berkesempatan berkongsi pengalaman kekeluargaan di acara KAO Welcome To My Modern Parenthood 2019. Ia adalah satu peluang yang amat bermakna buat kami sekeluarga. 

Ini kerana Ruby sudah lama tidak menyemak semula perkembangan kekeluargaan sepanjang 7 tahun perkahwinan. Kami melalui ala perkahwinan begitu sahaja. Tanpa melihat banyak pencapaian dan tanggungjawab telah dilaksanakan oleh suami dan anak-anak. 

Alhamdulillah dari acara ini, Ruby tahu bahawa semua ahli keluarga memainkan peranan masing-masing. Ruby amat terharu dengan perkongsian dari suami yang sangat jujur ketika di wawancara oleh En Naz.

KAO Welcome To My Modern Parenthood 2019

KAO Welcome To My Modern Parenthood 2019 berlangsung dari 3 April 2019 – 7 April 2019; 10AM – 10PM di 1Utama Old Wing. Diperkenalkan pada tahun 2016, kempen keibubapaan pertama di Malaysia kini kembali bagi menekankan betapa pentingnya masa keluarga berkualiti dengan menyediakan penyelesaian yang cepat, mudah dan menyeronokkan bagi lbu bapa yang sibuk untuk menjadikan rutin harian mereka lebih mudah diurus.

KAO Welcome To My Modern Parenthood 2019

Disini terdapat 3 jenama utama dalam rumah yang dijual pada harga promosi dan anda layak mendapat hadiah untuk pembelian tertentu. Lagi banyak pembelian, lagi la banyak hadiah. Diantara 3 jenama tersebut adalah ATTACK, MAGICLEAN dan MERRIES. Dari sabun pencuci pakaian ATTACK, keperluan pembersihan rumah MAGICLEAN dan lampin pakai buang MERRIES. 

Anda rasa, mampukah sebuah keluarga melaksanakan tugasan menjaga keluarga dari bakteria dan kebersihan sepanjang masa? Bagi Ruby, untuk membahagikan tugasan pada awalnya memang agak sukar. Sebab masing-masing sibuk dengan urusan kerjaya, sekolah dan waktu rehat dipenuhi dengan tidur yang mencukupi.

Tetapi, apabila mereka tengok Ruby sering mencuci dan mengemas. Lama kelamaan mereka akan mula ada rasa ingin membantu. Ia bukan pada usia 1 tahun perkahwinan anda akan dapat bantuan ini. Tetapi mungkin pada tahun ke-2 perkahwinan. 

Tempoh pengenalan kepada penjagaan kekeluargaan itu bermula dengan lampin pakai buang apabila Ruby melahirkan seorang cahaya mata. Ketika itu, baru lah suami mula membantu menukar lampin, mengemas rumah dan basuh pakaian.

Komunikasi & Kerjasama Ibu Bapa Millennial Memberikan Kebahagiaan Kepada Keluarga

KAO Malaysia menggandakan usaha pada tahun ini dengan menyasarkan ibu bapa millennial berumur antara 25 hlngga 35 tahun. “Sebagai penasihat, KAO Malaysia sentiasa berdedikasi dalam memperkayakan kehidupan orang ramai. Dengan menggunakan kempen terdahulu sebagai rujukan, kami telah menetapkan satu pencapaian baru dengan mengambil pendekatan yang lebih digital dan inovatif bagi menepati gaya hidup semasa Ibu bapa millennial.” kata Encik Fujiwara Masaki, Presiden KAO Malaysia.

KAO Welcome To My Modern Parenthood 2019
Encik Fujiwara Masaki, Presiden KAO Malaysia.

“Teknologi memainkan peranan yang besar dalam kehidupan seharian mereka dan golongan millennial sentiasa berhubung dan terus bergerak. Kami telah memutuskan untuk menyahut cabaran ini dengan mengolah semula beberapa inisiatif terdahulu agar mudah diakses oleh mereka pada bila-bila masa.” katanya.

Ruby perlahan-lahan mengajar suami untuk menjaga kebersihan rumah. Tipulah tiada pergaduhan berlaku. Bergaduh manja adalah cara berkomunikasi kami, walaupun Ruby selalu betul. Hahaha. 

Kami ke pasar raya nak pilih sabun pencuci pakaian yang sesuai pun bergaduh manja juga. Sebab ruby mencari sabun pencuci pakaian yang bebas bau badan, anti-bakteria dan bau wangi la. Wangi tu juga subjektif, sebab Ruby suka ikut emosi ketika itu. 

Ada kala suka bawa floral, kemudian fruity, kemudian bau ATTACK original. Hahaha. Jadi, kami selalu beli sabun 1 kali untuk 2 bulan punya stok. Semua wangian tersedia sebagai stok dirumah. 

Oh ya, kalau nak membeli-belah sabun pencuci pakaian, lampin pakai buang dan bahan pencuci lain. Mesti bawa suami. Berat nak angkat barang seorang diri. Hahaha. Terima kasih suami!

Buku The Secret To My Modern Parenthood

Berkisar sekitar tema tahun lnl, “Hargai Masa Anda, Hargai Kebahagiaan Anda”. KAO Malaysia telah mengubah suai laman mikro kempen, termasuk versi digital buku panduan keibubapaan mereka yang terkenal, “The Secret to My Modern Parenthood”. yang boleh dimuat turun secara percuma. 

Dicipta bersama dengan KAO Japan Lifestyle Research Centre dan Positive Parenting, the Official Parenting Educational Arm of the Malaysian Paediatric Association, buku panduan ini menyediakan saranan serta trik yang mudah digunakan untuk penjagaan bayi yang boleh diuruskan serta penyelesaian kerja rumah yang bebas kerumitan. 39,000 buku panduan telah diedarkan kepada NGO, hospital serta pelbagal rakan penjagaan kanak-kanak

KAO Welcome To My Modern Parenthood 2019
Puan Tan Poh Ling. Naib Presiden Pemasaran KAO Malaysia.
KAO Welcome To My Modern Parenthood 2019

lnisiatif ini membawa kepada Induksi buku panduan ke dalam The Malaysia Book of Records untuk “Bilangan Pengedaran Buku Panduan Keibubapaan yang Disahkan Percuma dalam Setahun yang Tertinggi”, serta penghargaannya, “Pakar Penjagaan Rumah Jepun“. 

“Kami berbangga kerana menerima pengiktirafan berprestij ini dan kami berharap untuk menggandakan bilangan tahun lepas terutamanya kerana buku panduan tersebut kini boleh diakses secara dalam talian,” kata Puan Tan Poh Ling. Naib Presiden Pemasaran KAO Malaysia.

Video Modern Parenting 101 Tips



Lanjutan kepada usaha KAO Malaysia dalam menyediakan penyelesaian yang menjimatkan masa serta bebas kerumitan, bab-bab yang terpilih dalam buku panduan itu telah dijadikan lima bab kandungan video. 

Topik yang diketengahkan oleh video-video ini termasuk pentingnya komunikasi terbuka dan masa membentuk ikatan, pelbagai peranan yang dapat dimainkan oleh seorang bapa bagi memupuk keibubapaan yang bahagia, tip & trik untuk menukar lampin dan menyediakan bayi untuk tidur, kerja berpasukan bagi menguruskan cucian serta penyelesaian cekap untuk kerja-kerja rumah dan penjagaan bayi.

KAO Welcome To My Modern Parenthood 2019
KAO Welcome To My Modern Parenthood 2019


“Pelancaran usaha tahun ini adalah hasil daripada memahami kehendak dan keperluan ibu bapa millennial. Ini adalah tahun keempat kami menjalankan kempen ini dan wawasan kami telah memberi inspirasi untuk meningkatkan inisiatif kami. Kami berharap kedua-dua produk kami dan kempen “Welcome to My Modern Parenthood” akan menanamkan inti pati jenama dalam menyediakan penyelesaian yang menjimatkan masa yang memudahkan kerja keibubapaan dan keluarga,” kata Tan Poh Ling.

Senyuman Bersama MERRIES

Senyuman bayi menandakan bahawa mereka gembira dan selesa. 24 jam sehari, 365 hari setahun, MERRIES memastikan bayi sentiasa ceria dengan sifatnya yang lembut, kuat menyerap serta telap udara untuk keselesaan sepanjang hari.

KAO Welcome To My Modern Parenthood 2019

 
KAO Welcome To My Modern Parenthood 2019

Lampin MERRIES dengan sistem 3 lapisan telap udara yang baharu serta kusyen udara adalah Iembut pada kulit dan mengurangkan kerengsaan kulit. lbu bapa millennial tidak perlu risau tentang ketidakselesaan bayi mereka kerana lampin MERRIES mempunyai permukaan yang lembut dan gebu. Kebocoran yang tidak diingini boleh dielakkan kerana lampin MERRIES juga membantu mengelakkan kebocoran dengan ciri kawalan sisi serta belakang BD.

Dengan lampin MERRIES, kedua-dua ibu bapa millennial serta bayi mereka boleh menikmati detik-detik manis mereka dengan selesa sambil menguntum lebih banyak senyuman serta keceriaan untuk dikongsi di sepanjang jalan.

MAGICLEAN, Rangkaian Penjagaan Rumah No.1* di Jepun

MAGICLEAN adalah cara pembersihan rumah moden yang membolehkan ibu bapa millennial yang sentiasa ke sana ke sini menyelesaikan kerja rumah mereka dengan pantas. Sama ada membersihkan permukaan dapur anda, peralatan berdebu, kotoran degil atau lebih, MAGICLEAN bersedia memastikan rumah anda kekal bersih dan selamat untuk seisi keluarga.

Tiada kerumitan dan ucapkan selamat tinggal kepada debu-debu yang berterbangan! Mop mengelap dan lembaran MAGICLEAN memberikan pembersihan cepat dan mudah dengan hanya satu lap. Ia kurang berbentuk senaman dan lebih mirip kepada penyelesaian khas buat ibu bapa millennial!

KAO Welcome To My Modern Parenthood 2019
Puan Aida sekeluarga gembira menggunakan rangkaian produk MAGICLEAN

Bukan itu sahaja, MAGICLEAN juga menyediakan penyelesaian pembersihan rumah yang menyeluruh dari dapur ke bilik mandi. Dari dinding dan lantai ke tempat duduk dan sinki, bersihkan semua sudut bilik mandi yang kotor dalam masa yang singkat dengan penyelesaian pembersihan MAGICLEAN yang tidak memerlukan sentalan.

Pembersihan selepas memasak boleh dilakukan dalam sekelip mata dengan penyelesaian pembersihan dapur anti-bakteria MAGICLEAN, di mana kesan berminyak boleh disingkirkan dengan serta-merta dalam 30 saat.

KAO Welcome To My Modern Parenthood 2019

Ruang tamu di rumah boleh menjadi lebih bersih dengan pembersih lantai MAGICLEAN! Formula “Magnet Tech” menghilangkan kotoran 4x lebih berkesan dan ia cepat kering, sekaligus memberikan keselesaan kepada kaki.

*NO. 1 by brand in Japan home care market (kitchen cleaner, bath cleaner, toilet cleaner) in terms of Sales Value based on SRI data of INTAGE Inc. , January 2017 to December 2018

ATTACK, Jenama Detergen Pakaian No.1* di Jepun

Kotor dan bau lazimnya merupakan masalah yang paling biasa dihadapi ketika melakukan cucian. Mencuci dengan detergen biasa sahaja tidak mencukupi untuk membunuh bakteria dan kuman. Detergen Cucian ATTACK yang baru dirumuskan menyediakan prestasi pencucian yang hebat & bersih dengan formula anti-bakteria canggih untuk pencegahan peluh dan peluh sepanjang hari – satu penyelesaian dobi yang berkesan untuk ibu bapa millennial.

KAO Welcome To My Modern Parenthood 2019


Ruby sekeluarga gembira menggunakan rangkaian produk ATTACK

 

KAO Welcome To My Modern Parenthood 2019

Bagi ibu bapa millennial yang sibuk, varian Cecair Detergen ATTACK & Detergen Power ATTACK juga sesuai untuk pengeringan semalaman dan dalaman, sekaligus mengurangkan kebimbangan. Detergen Cucian ATTACK juga menggandakan tugas dengan membersih dan melembutkan pakaian serta menjadikannya mudah untuk diseterika. la juga mempunyai wangian menyegarkan yang menjadikan pakaian kekal segar sepanjang hari.

*NO1 by brand in Japan Laundry Detergent market in terms of Sales Value based on SRI dala of INTAGE Inc (January 2015 to December 2018)

Ibu Bapa Millennial Kini Lebih Fleksibel Melakukan Kerja Rumah

Pada pendapat Ruby, ibu bapa pada zaman millennial kini lebih fleksibel melakukan apa sahaja kerja rumah. Nampak sahaja pakaian kotor sebakul, terus mencuci menggunakan mesin dan 1 cawan kecil sabun pencuci ATTACK. Kemudian, bila dapur kotor. 

Secara automatik diantara kami mengambil MAGICLEAN untuk membersihkan dapur. MAGICLEAN sangat bagus kerana tersedia untuk semua keperluan. Manakala lampin MERRIES adalah bantuan terbaik untuk ibu bapa masa kini. Ibu bapa muda sekarang tidak perlu lagi meninggalkan karier sedia ada kerana sibuk menguruskan bayi pada waktu malam. 

Tidur lena apabila bayi pakai lampin pakai buang yang terbaik. Bagusnya MERRIES siap ada “color indicators”, jadi sebagai ibu bapa boleh tukar lampin mengikut warna yang muncul. Kalau biru pekat, maknanya kena tukar lampin. Hebat kan?

www.facebook.com/wtmmp
www.youtube.com/wtmmp
www.kao.com/my/my-modern-parenthood

Tags

Catat Ulasan

0Ulasan

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

Catat Ulasan (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !