Safi Fair Beauty Berry Collagen Drink BFF Kecantikan Wajib

Safi Fair Beauty Berry Collagen Drink BFF Kecantikan Wajib

Ruby
0

Safi Fair Beauty Berry Collagen Drink BFF Kecantikan Wajib. | Assalammualaikum semua! Wah minuman kolagen yang pertama kali ruby cuba adalah dari Safi! Hahaha. Assalammualaikum semua! Walaupun kolagen dah viral sejak 3-4 tahun lalu, percaya atau tidak. Ruby tidak pernah amalkan lagi mana-mana kolagen di pasaran. Sebab ragu-ragu dengan status produk tersebut. 

Paranoid sebab jenama tidak dikenali. Kalau Safi keluarkan dulu, memang akan beli terus. Sebab Safi kan jenama yang menghasilkan produk No. 1 Halal di Malaysia. Dari produk penjagaan wajah luaran, kini Safi dah ada produk penjagaan dalaman pula. Bagusnya! Jom ikuti ruby bersama BFF Kecantikan ruby terkini.

Safi Fair Beauty Berry Collagen Drink BFF Kecantikan Wajib

Safi Fair Beauty Berry Collagen Drink BFF Kecantikan Wajib

Ruby percaya, bila ingin mendapat kecantikan yang abadi, cewahhh. Kita perlu tahu apa yang diperlukan oleh kulit. Seiring dengan peningkatan usia, pendedahan kepada sinaran UV, tekanan kerja, tekanan rumah tangga, masalah kurang tidur dan gaya hidup yang tidak sihat, akibatnya kulit tidak bermaya serta kusam. Kadang-kadang lupa pakai krim pelindung matahari pun dah memberi kesan kepada kulit kita. Kebiasaannya kita hanya nampak muka sahaja berjeragat dan berbelang-belang kesan dari hijab. Tapi, dengan mengamalkan Safi Fair Beauty Berry Collagen Drink, kita boleh jaga kesemua kawasan kulit kita. Betul tak?

Jenama SAFI adalah pakar di dalam penjagaan kulit yang mempunyai lebih 33 tahun pengalaman. Oleh itu, pengambilan minuman kolagen SAFI dapat merangsang kadar penghasilan kolagen, serta menjadikan kulit lebih mulus, cerah dan berseri. Kolagen merupakan protein yang paling banyak di dalam tubuh badan dan membentuk kira-kira 70% sel kulit kita. ia membantu pertumbuhan kulit, kuku dan rambut yang sihat. Dalam lapisan dermis kulit kita, kolagen adalah infrastruktur penting yang diperlukan untuk mengekalkan keanjalan kulit, melembut, melembap dan juga membantu pembaharuan sel-sel kulit.

Safi Fair Beauty Berry Collagen Drink BFF Kecantikan Wajib

Safi Fair Beauty Berry Collagen Drink diformulasikan oleh SERI (SAFl Excellence ln Research and Innovation Centre) dan dikilangkan oleh pengeluar terkemuka dengan Amalan Pengilangan Baik (GMP), disahkan oleh MesTl, berstatus BioNexus dan semestinya diperakui Halal oleh JAKIM.

Serlahkan Kecantikan Luaran & Dalaman Bersama Safi

Produk SAFI terdiri daripada rangkaian produk penjagaan kulit muka, mandian, deodoran, talkum, ubat gigi, syampu, produk penata gayaan rambut dan produk penjagaan kebersihan peribadi wanita yang kini dipasarkan di Asia Tengah, Indonesia, Brunei dan Singapura. Sejak tahun 1985, SAFI memberi keyakinan kepada pengguna Islam dengan rangkaian produk penjagaan badan dan kecantikan kulit yang bukan sahaja “Selamat dan Suci” tetapi juga berasaskan sains yang menepati keperluan dan kehendak pengguna.

Inovasi yang menjadi teras di dalam setiap produk keluaran SAFI di dalam setiap kategori yang ditawarkan dari segi pemilihan bahan aktif yang berkesan , kombinasi keseluruhan termasuk wangian, sentuhan, penampilan dan reka bentuk luaran.

Safi Fair Beauty Berry Collagen Drink BFF Kecantikan Wajib

SAFI jenama penjagaan kulit Halal No.1 Malaysia melancarkan Safi Fair Beauty Berry Collagen Drink dirumus khusus dengan nutrisi kecantikan yang diperlukan untuk badan. Minuman kecantikan berasaskan kombinasi bahan terpilih seperti Kolagen Marin terhidrolisis, Peptida Sutera, Vitamin C dan Beri Acai ini diperakui Halal oleh JAKIM diformulasi khusus kerana manfaat anti-penuaan dan anti oksidanya yang tinggi.

SERI (SAFI Excellence in Research and Innovation Centre)

Inovasi kecantikan terbaharu daripada SAFI ini adalah hasil komitmen berterusan di dalam penyelidikan dan pembangunan produk penjagaaan kulit muka oleh SERI. Ia adalah makmal produk Halal terbesar di dunia, yang berpusat di Subang Jaya. SAFI bangga sebagai jenama Malaysia yang mempunyai pusat penyelidikan dan pembangunan produk penjagaan kulit HALAL yang termaju dan terbesar di dunia iaitu SERI.

Bahan Utama Di Dalam Safi Fair Beauty Berry Collagen Drink

1. Marine Collagen (Kolagen Marin) : Berat molekul rendah untuk penyerapan mudah, Tiada rasa, tiada bau oleh itu anda tidak perlu risau tentang bau atau rasa hanylr

2. Silk Peptide (Peptida Sutera) : Kaya dengan Asid Amino, protein penting untuk struktur kulit.

3. Acai Berry & Vitamin C : Kaya dengan manfaat anti-oksida yang tinggi untuk kulit

Safi Fair Beauty Berry Collagen Drink menggunakan Kolagen Ikan terhidrolisis (HFC/Hydrolyzed Fish Collagen) dari sumber kolagen ikan berasal dari Ikan lautan. HFC mempunyai kandungan protein yang tinggi, larut air dan tidak berbau, lebih mudah dicerna dan diserap oleh badan. Kombinasi manfaat nutrisi kecantikan Beri Acai di dalam minuman kecantikan ini bukan sahaja membantu penghasilan kolagen, ia juga menjadikan tona kulit lebih cerah, sekata dan lebih halus.

Harga Safi Fair Beauty Berry Collagen Drink

Safi Fair Beauty Berry Collagen Drink dipasarkan dalam dua jenis pilihan yang boleh didapati dl pasaraya, rangkaian farmasi dan toko jamu terpilih di Malaysia. Minuman SAFI juga boleh dibeli secara atas talian melalui portal e-dagang LAZADA untuk 3 bulan pertama. Penghantaran PERCUMA!

  • 1 Bekas x 450g (Pek 30 hari) RM 98.10
  • 1 kotak (7 paket) x 153 RM 29.60

Cara Amalkan BFF Kecantikan Safi Fair Beauty Berry Collagen Drink

Masa ruby dapat je produk Safi ni, ruby girang gembira tau. Sebab ruby dah bersama Safi sejak zaman sekolah lagi tau. Pencuci wajah Safi Balqis dan Safi Naturals, krim Safi Fair Beauty dan kesemua produk itu adalah kegemaran ruby sekeluarga. Mak dan adik beradik mesti pakai. Mereka pakai sebab kulit ruby elok je walaupun berpanas bersukan dan aktif dari pagi sampai petang di sekolah, jadi ia testimoni yang meyakinkan. Hahaha. Kini, ruby guna produk Safi bersama suami. Walaupun produk di dalam bilik mandi tidak semeriah dulu, tapi, Safi sentiasa di hati. Rindu pula bilik mandi ada produk Safi banyak-banyak. Syampoo bau lain la, pencuci muka Safi Balqis, Naturals dan Rania ada je bersusun. Hahaha.

Rindu kenangan semasa membesar. Hehehe. Sekarang ruby dah berusia 31 tahun. Sudah boleh mengamalkan minuman kolagen SAFI, ruby nikmati minuman SAFI kolagen ini bersama minuman sejuk, panas atau bersama sup kegemaran kerana kolagen di dalamnya mampu menahan suhu panas sehingga 300° Celcius. Minuman SAFI kolagen ini sesuai diambil oleh mereka yang berusia 25 tahun keatas. 1 bekas Safi Fair Beauty Berry Collagen Drink (450g) mengandungi 90,000mg kolagen.

Disarankan mengambil 1 sudu (15g) serbuk Safi Fair Beauty Berry Collagen Drink yang mengandungi 3,000mg kolagen pada sebelah malam sebelum waktu tidur, ini kerana proses perawatan dan pembentukan sel kulit muka berlaku ketika tidur adalah lebih berkesan. Gunakan sebarang produk penjagaan kulit muka krim malam SAFI agar kulit mendapat perawatan dari luar dan dalam semasa tidur.

Ikuti kisah transformasi kulit sihat di profil media sosial, anda boleh mencari tanda pagar #BFFSAFIKOLAGEN, #SAFIKOLAGENmyBFF dan #SAFISKINSTORY

Hasil Mengamalkan Safi Fair Beauty Berry Collagen Drink

Ruby amalkan Safi Fair Beauty Berry Collagen Drink sudah hampir 1 minggu. Kesan mungkin berbeza kepada setiap individu. Tapi untuk ruby, ruby dapat lihat hasilnya pada keesokan paginya. Wajah ruby kurang berminyak, tidak perlu mekap yang tebal, wajah ruby macam ada moisturizer. Malah mekap tahan lama. Ruby ada muat naik di media sosial perkembangan wajah ruby. Ramai memuji wajah flawless dan makin berseri. Alhamdulillah! Yahoo. Sebab ruby inginkan wajah yang berseri, tidak kusam. Ruby berazam agar dapat keluar rumah tanpa mekap, hanya pakai lip matte dan merias kening sahaja. Hahaha. InsyaAllah boleh! Oh ya, ruby suka minum air kosong banyak, mungkin dengan itu juga penyumbang kepada keberkesanan produk. Cubalah!

Video 1 Sachet Sebelum Tidur Bersama Safi Fair Beauty Berry Collagen Drink

www.facebook.com/SAFI.MY

www.instagram.com/safimalaysia

www.safi.com.my

SAFI, jenama HALAL No.1 di Malaysia terdiri daripada rangkaian produk berkualiti dan komprehensif. SAFI. Selamat dan Suci

Tags

Catat Ulasan

0Ulasan

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

Catat Ulasan (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !