Belajar Matematik Lebih Seronok Bersama Teknik Grolier Keymatic

Belajar Matematik Lebih Seronok Bersama Teknik Grolier Keymatic

Ruby
0

Belajar Matematik Lebih Seronok Bersama Teknik Grolier Keymatic. Assalammualaikum semua! Hari ini ruby ingin berkongsi tentang perkara yang ibu bapa sering bimbang iaitu proses perkembangan akademik anak-anak. Semasa usia anak ruby 2 tahun, nampak anak macam seronok belajar. Kita nyanyi dan dia ikut. Tapi bila tunjuk nombor, dia tak tahu nombor itu nombor berapa. Jadi, ruby banyak kali bermonolog dalam diri. Okay kot usia sekecil ni tak kenal nombor. Tahun demi tahun berlalu. Kini dah berusia 4 tahun, baru dia minat nak pegang pensil dan menulis. Belajar pelan-pelan.

Belajar Matematik Lebih Seronok Bersama Teknik Grolier Keymatic

Apabila ruby tunjuk Grolier Keymatic, dia punya teruja nak tahu apa yang ada di dalam kotak. Semuanya bewarna-warni dan menarik. Terus dia berusaha nak selesaikan permasalahan matematik. Dalam masa yang sama, dia jadi bertanggunjawab dengan semua barangan yang terdapat di dalam kotak tersebut. Ruby pula terkejut dengan tindakan anak ruby begitu. Syukur.

Belajar Matematik Lebih Seronok Bersama Teknik Grolier Keymatic

Alat pembelajaran interaktif Grolier Keymatic adalah kunci kepada kesaksian fakta matematik. Keymatic menggalakkan otak kanak-kanak secara automatik. Produk hebat ini memegang beberapa ciri dan manfaat seperti

  • Menggunakan semua deria pembelajaran (auditori, visual, kinestetik)
  • Memberikan penarikan segera fakta-fakta asas
  • Mempunyai ciri unik
  • Meningkatkan koordinasi mata
  • Boleh digunakan dengan mana-mana kurikulum
  • Menyeronokkan
  • Ibu bapa melibatkan diri semasa pembelajaran di rumah atau semasa travel
  • Guru boleh gunakan di bilik darjah

Grolier Keymatic Tingkat Kemahiran Matematik Seawal Empat Tahun

Berbekalkan matlamat murni untuk menyediakan penyelesaian pembelajaran berkualiti tinggi untuk melengkapkan ibu bapa dan guru dengan keperluan pembangunan pendidikan dan kesejahteraan kanak-kanak di seluruh dunia, Grolier, syarikat yang menerbitkan buku dan bahan pendidikan kanak-kanak, melangkah setapak lagi dengan pelancaran alat pendidikan terbaharu, Grolier Keymatic.

Belajar Matematik Lebih Seronok Bersama Teknik Grolier KeymaticBelajar Matematik Lebih Seronok Bersama Teknik Grolier Keymatic

Pembelajaran Dalam Rumah, Grolier Keymatic direka untuk membantu meningkatkan kemahiran matematik kanak-kanak berusia empat tahun ke atas. Syarikat yang ditubuhkan di Malaysia pada 1962 ini telah menyediakan banyak produk yang direka untuk membantu kanak-kanak membaca dan belajar. Grolier Keymatic merupakan bantuan pembelajaran Matematik yang pertama.

Alat bantu yang disediakan adalah kunci untuk mempelajari fakta Matematik dengan cara yang menyeronokkan dan unik. Ia adalah alat pembelajaran kinestetik dan visual yang menggalakkan pemikiran di luar kotak dalam lima bidang utama Keymatic iaitu tambah, tolak, darab, bahagi dan pecahan. Ia direka bagi membantu kanak-kanak belajar secara mandiri, membina keyakinan diri dan kemahiran melalui penyediaan untuk pengukuhan dan jawapan segera.

Visi Kementerian Pendidikan Pada Tahun 2019

Pelancaran Grolier Keymatic juga sesuai pada masanya kerana ia bertepatan dengan pengumuman Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik bahawa tiada peperiksaan untuk pelajar sekolah rendah dari tahun satu hingga tiga bermula 2019. Melalui pengumuman tersebut, beliau berkata bahawa langkah tersebut diambil untuk menggalakkan ‘pembelajaran menyeronokkan’, seperti yang direka oleh Grolier Keymatic.

Alat hantu ini juga merupakan tambahan yang ideal untuk tiga peringkat model Response to lntervention (RTI), iaitu proses yang digunakan oleh pengajar untuk membantu pelajar yang mempunyai masalah kemahiran atau pelajaran.

Apa Yang Terdapat Di Dalam Kotak Grolier Keymatic

Grolier Keymatic yang dilengkapi dengan lima set Keymatic juga mengandungi empat buku kerja mudah padam, empat pen marker mudah padam dan buku panduan ibu bapa. Antara ciri unik Keymatic ialah memastikan kanak-kanak mempelajari asas Matematik secara pantas dengan melakukan banyak latihan. Terdapat pelbagai aktiviti yang disediakan di dalam buku kerja, membolehkan guru memilih dan melakukan aktiviti yang menyeronokkan bersama para pelajar. Contohnya, menganjurkan pertandingan antara pelajar dan guru atau rakan sekelas.

Belajar Matematik Lebih Seronok Bersama Teknik Grolier Keymatic

Melalui Grolier Keymatic, kanak-kanak lebih mudah mengingati fakta asas matematik, seterusnya membolehkan mereka dengan mudah menyelesaikan masalah, mempelajari konsep-konsep baru dan kemahiran matematik peringkat tinggi.

Video Tutorial Cara Menggunakan Grolier Keymatic

Keberkesanan Grolier dalam membentuk minda muda telah mendapat perhatian Menteri Pendidikan dalam tweet baru-baru ini. Beliau menyatakan kepentingan memilih buku yang dibaca oleh anak-anaknya. Beliau menambah ketika anaknya di tahun satu, buku kegemaran untuk dibaca sebelum tidur adalah produk Grolier iaitu siri ‘Help Me To Be Good’ .

Grolier Dari Amerika Syarikat

Grolier, yang ditubuhkan pada tahun 1895 di Boston, Amerika Syarikat, telah berkembang menjadi sebuah syarikat multinasional dengan lebih 70 cawangan di seluruh dunia, termasuk Malaysia, Singapura, Thailand, Filipina, indonesia dan India. Sejak ditubuhkan di Malaysia, syarikat telah meneruskan metodologi pendidikan dan produk pendidikan berkualiti kepada keluarga Malaysia. Syarikat ini merupakan anak syarikat milik penuh Scholastic Inc., penerbit dan pengedar buku kanak-kanak terbesar di dunia.

Scholastic merupakan syarikat tersenarai awam di NASDAQ dengan perolehan jualan tahunan sebanyak AS $ 2 bilion (RM8.38 bilion) dengan lebih 10,000 pekerja di seluruh dunia. Syarikat memberi tumpuan kepada kepintaran pelbagai kanak-kanak dan membantu dalam membina pengalaman pembelajaran holistik melalui empat blok bahasa, pengetahuan, IQ dan kreativiti.

Grolier Diiktiraf Sebagai Ahli Jualan Langsung Beretika Oleh Persatuan Jualan Langsung Malaysia (DSAM)

Pada 26 September 2018, Persatuan Jualan Langsung Malaysia (DSAM) menyenaraikan Grolier sebagai ahli Jualan Langsung Beretika selepas 37 tahun keahlian. Anugerah disampaikan kepada Grolier oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Dato’ Saifuddin Nasution lsmail.

Hubungi perunding pendidikan Grolier berdekatan anda! Mereka ada di pasaraya berdekatan anda atau hubungi mereka melalu laman media sosial. Setiap pembelian produk Grolier akan diberikan “Parent Guide Book” untuk rujukan perkembangan anak anda. Ruby baru tahu, apabila anak sudah boleh selesaikan 12 perkara dalam masa kurang 30 saat, ini bermakna dia sudah hebat dalam subjek tersebut.

www.grolier-asia.com

www.facebook.com/grolierasiamalaysia

www.instagram.com/grolierasia

Tags

Catat Ulasan

0Ulasan

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

Catat Ulasan (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !