Pelancaran Aplikasi Dan Rancangan Manhajj Mutawwif Musim Kedua

Pelancaran Aplikasi Dan Rancangan Manhajj Mutawwif Musim Kedua. Assalammualaikum semua, alhamdulillah artikel kali ini amat memberi panduan kepada umat Islam yang sentiasa bercita-cita ingin menunaikan Umrah dan Haji. InsyaAllah kita semua akan kesana. Doakan ruby dapat menunaikan Umrah dan Haji ya. InsyaAllah.

Pelancaran Aplikasi Dan Rancangan Manhajj Mutawwif Musim Kedua

Seiring perkembangan semasa, teknologi semakin berkembang. Sentiasa dikemaskini. Malah keupayaan internet jalur lebar sentiasa bertambah liputan dan kelajuan. Tahniah kepada Manhajj Mutawwif kerana berjaya mencipta satu aplikasi hebat untuk memudahkan jemaah dan umat Islam. Selepas ruby tahu aplikasi ini, Ruby sudah padam aplikasi lain. Sebab aplikasi lain, tidak lengkap seperti Manhajj Mutawwif yang mempunyai pelbagai fungsi. Malah ia menjadikan lebih banyak ruang storan memori di telefon ruby.

Aplikasi Manhajj Penyelesaian Ibadah Umrah

Manhajj Brothers Sdn. Bhd. (Manhajj Mutawwif) memperkenalkan Aplikasi Manhajj yang merupakan kemudahan dan bimbingan secara dekat kepada umat Islam di negara ini dalam permasalahan ibadah umrah.

Pelancaran Aplikasi Dan Rancangan Manhajj Mutawwif Musim Kedua-1
Pelancaran Aplikasi Dan Rancangan Manhajj Mutawwif Musim Kedua oleh YBhg. Datuk Rashidi bin Hasbullah, Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan. Dari kiri Selebriti Shuib, Ustaz Halim Ikhsan,  En MYusof MSurid dan Wakil Manhajj

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Abd Halim Ikhsan berkata, aplikasi tersebut berperanan sebagai satu pendekatan baharu dan canggih dalam perancangan ibadah umrah termasuk pengurusan pendaftaran, pembayaran dan semakan selain memastikan pengguna menerima layanan yang memuaskan dan efektif. Selain itu jelas beliau, Aplikasi Manhajj turut menghubungkan di kalangan pengguna menerusi laman hiburan yang bermanfaat di telefon bimbit dalam usaha menambah ilmu pengetahuan

Pelancaran Aplikasi Dan Rancangan Manhajj Mutawwif Musim Kedua
Ustaz Zainal Abidin bin Malim (Pegawai Royal Embassy of Saudi Arabia)

“Idea menghasilkan Aplikasi Manhajj tercetus apabila menyedari kepesatan teknologi maklumat yang berkembang dengan informasi berkaitan umrah dan permasalahan yang timbul. Ia merupakan satu langkah atau pendekatan yang diambil Manhajj Mutawwiff bagi membantu bakal jemaah untuk mempersiapkan diri menunaikan umrah. Aplikasi Manhajj ini bakal menjadi tunjang utama dalam menjalankan perniagaan di samping menjadi medium pembelajaran sepanjang hayat untuk komuniti Manhajj,” katanya.

Senarai Manhajj Partners

E-Library & E-Sirah Tentang Kisah Nabi & Rasul

Penterjemah Suara & Pengesan Penerbangan

Waktu Solat & Kompas Arah Qiblat

Manhajj TV & Kalam Manhajj

Untuk fungsi ini, aplikasi akan memaparkan video terkini di bahagian Manhajj TV. Video tentang aktiviti Manhajj dan juga Rancangan TV Manhajj. Manakala Kalam Manhajj ibarat quotes untuk peneman kita seharian. Mungkin sisipan dari sunnah dan kisah nabi. Kata-kata hikmat ini amat membantu untuk memberi semangat kepada diri kira.

Senarai Mutawwif / Mutawwifah Bertauliah & Soalan Lazim

Ruby masih tidak faham peranan Mutawwif/Mutawwifah ni, sebab ruby selalu dengar mereka panggil ustaz dan ustazah aje. Mungkin sama peranan uztaz semasa kita di bangku sekolah. Cuma mereka mahir menguruskan jemaah dari mula mengerjakan Umrah, sehinggalah pulang ke Malaysia. Mereka ibarat pemandu pelancong, tetapi lebih dekat dengan kita. Sebagai contoh untuk Mutawwifah akan menjaga wanita yang sedang cuti haid dan orang tua. Kawasan mana yang boleh dilawati dan apa perlu buat. Begitu juga Mutawwif untuk jemaah lelaki, membantu 100% walau apa keadaan sekali pun. Jadi, penting adanya Mutawwif/Mutawwifah bertauliah agar dapat menjaga kita sebaiknya. Memberi rasa cinta kepada kepada Rasulullah. Sentiasa mengingatkan kita apa doa boleh dibaca. Bercerita tanpa rasa bosan. Pasti anda sebagai jemaah akan happy dan ingin kembali ke tanah suci. InsyaAllah.

Ilmu Tentang Wanita

Fungsi ini paling menarik, ini kerana sebagai wanita adalah wajib untuk menyimpan tarikh kitar haid. Ada kalanya kita terlupa bila akan datang haid. Tetapi apabila kita menunaikan ibadah Umrah / Haji pasti kita tidak mahu terlepas dari menunaikan ibadah di sana. Maka, rancang perjalanan penerbangan dan Umrah sebaiknya. Jenis darah juga dapat ditentukan dengan warna tertera. Ia boleh dijadikan rujukan untuk jemaah wanita. InsyaAllah.

Fungsi “Panic Button”

Aplikasi Manhajj juga mempunyai ‘panic button’ sekiranya berlaku kecemasan di Tanah Suci Makkah dan Madinah apabila kelebihannya dapat menghubungkan antara jemaah dan mutawwif sekiranya berlaku sebarang kecemasan di Tanah Suci.

Daftar Umrah Melalui Aplikasi Manhajj, Deposit Serendah RM 300

Pada masa sama, pengguna boleh membuat pilihan pakej dan pendaftaran umrah secara terus melalui Register Umrah

Informasi Berguna Tentang Umrah

soalan-soalan beserta jawapan berkaitan permasalahan umrah. Aplikasi Manhajj turut memiliki kelebihan apabila menawarkan Kursus Umrah yang lengkap secara atas talian dan paling istimewa mempunyai senarai semak bagi membantu jemaah menunaikan ibadah umrah.

Pelbagai informasi menarik turut dibekalkan kepada pengguna. Aplikasi Manhajj dibangunkan selama empat bulan termasuk merangka dan menyediakan isi kandungan aplikasi. Muat turun sekarang!

4 Negara Rebut Juara Manhajj Mutawwif Musim Kedua

Program realiti televisyen pencarian mutawiff, Manhajj Mutawwif kembali lagi untuk musim kedua dengan menampilkan elemen segar dan pembaharuan. Penerbitnya, Abd Halim Ikhsan berkata, musim terbaharu ini lebih menarik kerana akan melibatkan pertandingan di kalangan empat buah negara iaitu iaitu Malaysia, Indonesia, Brunei dan Singapura.

Pelancaran Aplikasi Dan Rancangan Manhajj Mutawwif Musim Kedua
Majlis Menandatangani MOU diantara NARSCO Travel & Tours Sdn Bhd dan Manhajj. Dari kiri En Mohd Fazli Basaruddin (Pengurus Besar NARSCO Travel & Tours Sdn Bhd), YBhg Dato’ Zamri bin Yaakob (Pengerusi NARSCO Travel & Tours Sdn Bhd), Wakil dari Manhajj, Ustaz Halim Ikhsan dan En MYusof MSurid

Beliau menjelaskan, para peserta akan mengharungi cabaran dan tugasan sebelum dinobatkan sebagai Mutawwif Terunggul Manhajj Mutawwif Nusantara.

“Untuk musim kedua, program ini akan menyediakan tenaga pengajar yang berpengalaman serta panel juri yang berkaliber dan berwibawa. Antara elemen baharu lain diperkenalkan adalah ‘Sketch Artis’ dari barisan pelawak popular tanah air dalam usaha menarik minat penonton bagi memberi ilmu pengetahuan kepada mereka. Seperti musim lalu, para peserta akan bersaing dalam lapan konsert termasuk final dengan tugasan yang akan mengupaskan persoalan berkaitan umrah dan permasalahannya,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pelancaran Aplikasi Manhajj dan Program Televisyen Manhajj Mutawwif musim kedua di IDCC Shah Alam, Menara Korporat di sini hari ini.

Pelancaran Aplikasi Dan Rancangan Manhajj Mutawwif Musim Kedua
Ustaz Abd Halim Bin Ikhsan, Ketua Pegawai Eksekutif Manhajj Brothers Sdn. Bhd.

Abd Halim menambah, program yang berunsur dakwah itu terus komited untuk mengangkat profesion sebagai mutawwif agar lebih dikenali serta dihargai masyarakat.

“Mutawwif merupakan satu pekerjaan yang mulia di sisi Islam di mana mereka bertindak sebagai pemimpin umat Islam ketika mengerjakan ibadah haji dan umrah. Tapi sayangnya peranan dan pengetahuan masyarakat terhadap pekerjaan ini masih kurang. Harapan saya melalui rancangan ini mutawwif akan lebih dikenali,” katanya.

Program selama satu jam setengah itu akan mula ditayangkan pada 25 Januari 2019.

Pelancaran Aplikasi Dan Rancangan Manhajj Mutawwif Musim Kedua

Pemenang Manhajj Mutawwif Musim Pertama

Manhajj musim pertama yang bersiaran bermula Mac hingga Mei lalu menobatkan Ahmad Syafik Samat sebagai juara yang berjaya membawa pulang wang tunai RM100,000 dan juga trofi.

Naib juara menjadi milik Muhammad Syafiq Abdul Rashid (RM50,000 dan trofi), tempat ketiga dimenangi Wan Mohd. Taufik Wan Marzuki (RM30,000) dan tempat keempat adalah Muhammad Mustakim Abd. Rahim (RM10,000 dan trofi).

www.facebook.com/manhajjmutawwif

www.manhajjmutawwif.com

play.google.com/manhajj

Post a Comment

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

Previous Post Next Post