Masakan Nasi Padang di Melting Pot Cafe

Masakan Nasi Padang di Melting Pot Cafe

Ruby
0

Masakan Nasi Padang di Melting Pot Cafe! Assalamualaikum semua, kali ini Ruby mencuba masakan nasi padang di Melting Pot Cafe hote Concorde Kuala Lumpur. Melting Pot Cafe menyajikan hidangan Nasi Padang sehingga 30 November 2018. Hidangan yang lazat ini disediakan oleh Chef Rogayah Sharif dan Chef Azizah Abdul Malik.

Masakan Nasi Padang di Melting Pot Cafe

Asal usul Padang adalah tempat asal orang Minangkabau di daerah Sumatera Barat, Indonesia. Nasi Padang masakan yang terkenal di Asia Tenggara termasuk Singapura. Ianya terkenal dengan rasanya yang pedas cili dan santan. Bezanya masakan melayu dengan Nasi Padang adalah mengenai cara menyediakan lauk tersebut dan mempunyai rasa tekstur serta aroma yang tersendiri.

Antara masakan yang wajib Nasi Padang ialah ayam pop, dendeng, kalio ayam, cumi balado, sup tulang rusuk, lauk tauchu ikan, sambal udang petai, gulai jariang pucuk ubi, taruang balado dan gulai sayur kapau. Antara makanan lain yang disediakan adalah anyang pucuk paku, gado-gado, uwok pucuk ubi, rendang daging, sup ekor dan ikan lado api. Godok batinta, kolak pisang, badak berendam, onde-onde dan bubur pulut hitam sebagai pemanis mulut.

Harga Masakan Nasi Padang di Melting Pot Cafe

Sambil makan, anda akan di dendangkan dengan persembahan secara langsung oleh kumpulan Begema 5, jadi ayuh kita nikmati kelazatan di Melting Pot Cafe. Chef menyediakan 3 set Buffet yang berbeza mengikut hari. Harga buffet nasi padang adalah Rm 110 (termasuk hidangan tempatan dan antarabangsa).

Pengalaman Ruby mencuba Nasi Padang masih ruby ingat dan masakan nasi padang tidak akan pernah puas dengan hanya makan satu kali sahaja. Pasti ingin datang lagi dan mencuba lauk lain. Bagi Ruby Melting Pot Cafe berjaya menghasilkan hidangan yang sesuai untuk peminat lauk-lauk tempatan dan antarabangsa. Rasa pedas-pedas sedikit, sesuai untuk orang yang baru ingin mencuba lauk pedas dan pastinya anda rasa tidak rugi setelah mencubanya. Ruby amat mengesyorkan masakan nasi padang di Melting Pot Cafe.

Concorde Hotel Kuala Lumpur
2 Jalan Sultan Ismail,
50250 Kuala Lumpur,
Malaysia
Tel: +603 2717 2233

www.facebook.com/concordehotelkualalumpur

Tags

Catat Ulasan

0Ulasan

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

Catat Ulasan (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !