Masakan Minang Natrabu Xpress Putrajaya

Masakan Minang Natrabu Xpress Putrajaya

Ruby
0

Masakan Minang Natrabu Xpress Putrajaya . Assalammualaikum semua, dah lama ruby tidak berkongsi tentang ulasan makanan. Kali ini ruby ingin berkongsi tentang masakan minang yang sudah dibuka di Putrajaya! Ya, sekarang warga Putrajaya dan sekitarnya boleh datang ke Natrabu Xpress Putrajaya di Presint 15. Jika tidak silap ruby, orang Putrajaya panggil lokasi itu Nadi 15. Jika sebut Nadi 15 terus mereka tahu dimana lokasinya. Hehe.

Masakan Minang Natrabu Xpress Putrajaya


Masakan Minang Natrabu Xpress Putrajaya

Natrabu adalah Restoran Minang yang diasaskan oleh Haji Rahimi Sutan pada tahun 1958 di Jakarta sebagai agensi pelancongan. Natrabu adalah singkatan dari Biro Perjalanan Negara. Pada bulan Julai 1967 Natrabu membuka pintu untuk Restoran Masakan Minang di pusat Jakarta. Ia hanya boleh memuatkan 20 tetamu dengan lima meja sahaja ketika itu.

Sekarang terdapat 8 restoran Natrabu, di samping 3 di Malaysia. Semua restoran dihiasi dengan kain songket Minang, hiasan perkahwinan penuh lengkap dengan mannequins pengantin lelaki dan wanita yang memakai pakaian perkahwinan tradisional Minang.

Natrabu Minang Restaurang terkenal dengan keistimewaan mereka sendiri iaitu Rendang Daging, Dendeng Balado dan banyak lagi hidangan Minang atau Padang yang lain. Sekarang di Malaysia terdapat 3 cawangan Natrabu iaitu di Jalan Maarof Bangsar, EcoSky Jalan Kuching dan Nadi 15 Putrajaya.

Perasmian Natrabu Xpress Putrajaya

Natrabu Xpress Putrajaya telah dirasmikan oleh Tengku Daud Shah iaitu Pengarah Urusan Natrabu Malaysia. Turut hadir ketika pelancaran adalah Ganefo Dewi Sutan (lebih dikenal dengan nama Ibu Ivo), pemilik empayar Natrabu dari Indonesia dan di sampingnya adalah ibunya Ibu Jasni Rahimi Sutan dan anak perempuannya. Lokasi Natrabu Xpress Putrajaya adalah di Nadi 15, Presint 15. Dibuka setiap hari dan menyediakan masakan minang dan padang terkenal.

Menu Hidangan Di Natrabu Xpress Putrajaya

Pelbagai masakan enak disediakan seperti Nasi, Ayam Pop, Ayam Gulai, Dendeng Balado Cabe Merah Kering, Rendang Daging Beef, Sambal Hijau, Perkadel, Gulai Sayur Daun Singkong, Udang Kentang Pete Balado dan banyak lagi. Masakan Minang di Natrabu amat menjaga kualiti. Anda pasti menyukainya!

Nasi Putih, Keropok & Bawang Goreng : RM 3.00

Nasi putih di Natrabu dihidangkan seperti di dalam gambar di atas. Berbentuk kon dan nasi lembut. Nampak seperti sedikit, tetapi cukup untuk seorang dewasa makan.

Sambal Hijau / Merah : RM 4.00

Jika ke Indonesia, pasti tidak puas makan nasi jika tiada sambal hijau! Sama ada hijau atau merah, pasti ia membangkitkan nikmat menjamu selera masakan Minang dan Padang walaupun pedas. Hehehe.

Dendeng Balado Cabe Merah Kering : RM 8.00

Jika mengidam Dendeng Balado, ia tidak sama dengan masakan orang Malaysia. Ini kerana masakan Minang ini sangat terperinci. Dari kepingan daging yang dipotong nipis dan dimasak kering! Berapa lama agaknya Natrabu menyiapkan hidangan ini?

Rendang Daging Beef : RM 18.00

Rendang Daging stail Minang ini demasak bersama santan selama 8 jam! Ia lembut dan rasa rempah yang sangat enak!

Gulai Sayur Daun Singkong / Gulai Pucuk Ubi : RM 6.00

Pembuka selera apabila anda menikmati bersama nasi panas. Sangat enak, pucuk ubi yang lembut dan kuah yang berlemak. Ruby boleh habiskan semangkuk Gulai Sayur Daun Singkong ini tau! Hehe

Ayam Gulai : RM 25.00

Pertama kali mencuba Gulai dan terus suka! Sebab ruby suka gulai yang rasa serai dan lemak begini. Rindu masakan ini, kerana dulu masa kecil selalu makan gulai ini di kampung. Cuba masak sendiri, tetapi tidak jadi. Nanti kena datang ke Natrabu dan makan lagi!

Udang Kentang Pete Balado / Sambal Udang Kentang Petai : RM 15.00

Udang sangat segar dan boleh dimakan oleh semua. Ini kerana Natrabu telah mengurangkan tahap kepedasan di dalam setiap hidangannya. Yummm!

Perkadel / Bergedil : RM 3.00

Jika di Malaysia kita panggil bergedil, di Natrabu dipanggil Perkadel. Rasa dan tekstur lembut kentang membuka selera. Enak dimakan bersama Gulai Sayur Daun Singkong dan Dendeng Balado.

Cawangan & Waktu Operasi Natrabu

Natrabu Xpress Putrajaya
G, 66, 12012, Nadi 15, Jalan Perak P15, Presint 15, 62000 WP Putrajaya, Malaysia
Buka 12PM – 10PM (Pesanan Terakhir 9.30PM)

Natrabu Xpress EcoSky
Lot G-15, 188, Jalan Kuching, Taman Tasik Indah, 51200 Kuala Lumpur
Buka 11AM – 10PM (Pesanan Terakhir 9.30PM)

Natrabu Fine Dining
182, Jalan Maarof, Bangsar, 59000 Kuala Lumpur
Buka 11AM – 10PM (Pesanan Terakhir 9.30PM), Tutup 3PM – 5PM

Untuk Tempahan : 016-6542401 (Whatsapp), 010-3781343 (Putrajaya), 03-2201 4498 (Bangsar), 03-6242 2420 (EcoSky)

www.facebook.com/Natrabu.my
www.instagram.com/natrabu.my

Tags

Catat Ulasan

0Ulasan

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

Catat Ulasan (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !