TULUS Di Malaysia

TULUS Di Malaysia

Ruby
0

TULUS Di Malaysia! Assalammualaikum semua! Kali ini ruby ingin berkongsi satu berita yang ruby juga teruja. Penyanyi TULUS dari Indonesia sudah memasuki pasaran Malaysia! Jadi, ruby tidak perlu minta sahabat dari Indonesia untuk dapatkan album TULUS pada masa akan datang. Hehehe. Dulu, album TULUS berjudul TULUS dan GAJAH ruby minta sahabat dari Bandung beli kan. Memang best! Walaupun lagu tulus semua ada di social media, youtube, JOOX, Spotifiy dan di video Wardah Beauty. Ruby tetap ingin memiliki album.

TULUS Di Malaysia!

TULUS Di Malaysia

Semalam 25 Jun 2018 bertempat di BAIT, Intermark Mall Kuala Lumpur, Ruby telah menghadiri pelancaran album ketiga TULUS di Malaysia iaitu MONOKROM. Walaupun album ini sudah berada di pasaran Indonesia pada tahun 2016. Ia satu kejayaan apabila dapat menembusi pasaran Malaysia. Mudah untuk membeli nanti! Hehehe.

Penampilan TULUS juga semakin bergaya, banyak berat badan turun. Apabila jumpa TULUS, beliau seorang yang tinggi lampai! Bagi anda yang meminati TULUS, sediakan wang untuk dapatkan tiket Konsert TULUS Di Malaysia pada 18 September 2018 8.30PM. Blocked terus jadual untuk hari tersebut. Meet & Greet juga turut diadakan. Huwaaa bestnya! Jadi, nantikan harga tiket tersebut dari masa ke semasa di social media @rubydotmy ya. Tiket mula dijual pada 16 Julai 2018. Beli awal dah boleh rileks! Istana Budaya tu pentas berprestij. Pasti jualan laris.

Monokrom Adalah Album Ketiga TULUS

TulusCompany bekerjasama dengan Shiraz Music sebuah anak syarikat Shiraz Project Sdn Bhd untuk menjalankan rencana memperbesarkan Iagi pendengar karya music TULUS secara rasmi di Malaysia khususnya. Bersamaan dengan dimulainya kerjasama ini, album muzik TULUS ketiga yang berjudul MONOKROM, diedarkan secara rasmi di Malaysia. Album MONOKROM ini boleh didapatkan di pasaran mulai 1 Julai 2018.

  • Manusia Kuat
  • Pamit
  • Ruang Sendiri
  • Tukar Jiwa
  • Tergila-Gila
  • Cahaya
  • Langit Abu-Abu
  • Mahakarya
  • Lekas
  • Monokrom

Konsert TULUS Di Istana Budaya

Kehadiran TULUS di Malaysia sangat dinantikan! Malah ruby rasa konsert yang bakal berlangsung akan mendapat sambutan yang mengagumkan! Konsert sulung Tulus yang akan diadakan di Istana Budaya, Kuala Lumpur pada 18 September 2018 tepat jam 8.30 malam. Tiket mula dijual pada 16 Julai 2018! Yayy! lnformasi selanjutnya akan dikemaskini dari masa ke masa. Nantikannya!

Shiraz Projects Menguruskan Kerjaya TULUS Di Malaysia, Singapura dan Brunei Darrussalam

Bagi tujuan pemesanan persembahan atau pertunjukkan muzik di Malaysia, pihak promoter atau klien boleh berhubung dengan Shiraz Talents yang kini merupakan agen eksklusif yang menguruskan kerjaya TULUS di Malaysia, Singapura dan Brunei Darrussalam.

Tentang TULUS

Nama sebenar adalah Muhammad Tulus, dilahirkan pada 20 Ogos 1987. Pada 29 April 2016, Tulus menyertai panel bimbingan The Voice Kids Indonesia dengan Bebi Romeo dan Agnez Mo. Nama TULUS sudah mekar harum di negara kelahirannya, Indonesia. Beliau juga memenangi pelbagai anugerah dan penghargaan hasil tiga album yang sudah dilancarkan, kini sudah tiba masanya TULUS memanjangkan Iangkah dan menuju negara seberang secara rasminya.

Dikenali sebagai penyanyi lelaki solo dan pencipta lagu independen berasal Indonesia, TULUS memulakan kariernya dengan melancarkan album pertamanya pada tahun 2011. Lirik dengan tata bahasa yang indah dan unik serta makna yang mendalam menjadikan ciri khas karya-karya muziknya. Pelbagai penghargaan di bidang muzik dan sinematografi telah dia terima di hampir 7 tahun perjalanan muziknya.

Di bawah naungan TulusCompany, perusahaan label rakaman dan pengurusan artis, TULUS mulai mengembangkan Skala pendengar di berbagai buah negara. Jepun merupakan negara tujuan pertama Iangkah perkembangannya. Satu Iagu berbahasa Jepun telah dilancarkan pada Oktober 2015 Ialu. Beberapa kesempatan petunjukkan muzik di negara matahari terbit itu sudah dijalankan oleh TULUS.

Sejajar dengan perkembangan langkahnya di Jepun, TulusCompany memilih negara tetangga Indonesia iaitu Malaysia, Singapura dan Brunei Darrussalam sebagai tujuan negara taklukan selanjutnya.

Pencapaian TULUS

2013 :

  • Rookie Of The Year – Majalah Rolling Stone Indonesia
  • Lagu-lagu yang paling sering diputar selama 2013 – Ardan Radio Networks Group

2014 :

  • Male Singer of The Year – Indonesia Choice Awards (ICA) Netmediatama
  • Male Artist of The Year – Anugerah Planet Muzik
  • Best Album of The Year – Majalah HAI
  • Best Song of The Year – Majalah HAI
  • Best Male Singer of The Year – Majalah HAI
  • Top 9 Best Album of The Year – Majalah TEMPO
  • Best Album of The Year – Rolling Stone Indonesia
  • The Shinning Star of 2014 – Bintang Indonesia

2015 :

  • Best Musician of The Year – Java Jazz Festival
  • Penyanyi Pop Pria Terbaik – AMI Awards Indonesia
  • Penulis Lagu Pop Terbaik – AMI Awards Indonesia
  • Album Pop Terbaik – AMI Awards Indonesia
  • Produksi Musik Best of The Best – AMI Awards Indonesia
  • Album Best of The Best – AMI Awards Indonesia
  • Video Klip ter-Dahsyat – Dahsyat Awards RCTI Indonesia
  • The Best Collaboration (Song) (Lagu Kolaborasi Terbaik) – Anugerah Planet Muzik Asia Tenggara
  • Male Singer of The Year – HAI Readers Poll Award
  • Top 10 Song Path 2015 untuk “1000 Tahun Lamanya”

2016 :

  • Male Singer of The Year – Indonesia Choice Awards (ICA) Netmedia
  • Penyanyi Pop Pria Terbaik – AMI Awards Indonesia
  • Male Singer “Prominent Figure with Positive Sentiment in Social Media”, Social Media Awards Majalah Marketing
  • Top Male Artist 2016 – Spotify Indonesia
  • Video Klip ter-Dahsyat untuk “Jangan Cintai Aku Apa Adanya”Dahsyat Award 2016 Video Klip
  • Terpilih untuk “Ruang Sendiri” – Piala Maya 2016
  • Peringkat 10 Album Musik Terbaik 2016 – Rolling Stone Indonesia

2017 :

  • Male Singer of The Year – Indonesia Choice Awards (ICA) Netmedia
  • Album Monokrom sebagai Album of The Year – Indonesia Choice Awards (ICA) Netmedia
  • Video Musik Monokrom sebagai Music Video of The Year – Indonesia Choice Awards (ICA) Netmedia
  • OZclusive Ter-Friendly di OZ Radio Bandung Friendly Music Award 2017
  • “Pamit” sebagai Lagu Ter-Friendly di OZ Radio Bandung Friendly Music Award 2017 Favorite
  • Male Singer di JawaPos.com Reader Choice
  • Penyanyi Favorit di Indonesia Kids Choice Awards 2017 Global TV
  • Video Musik Manusia Kuat sebagai Best Pop Music Video – Cornetto Pop Awards
  • Favorite Pop Male Singer di Cornetto Pop Awards
  • The Most Streaming Artist 2017 in JOOX Indonesia
  • Artis Solo/R&B/Urban Terbaik – AMI Awards Indonesia
  • Album Soul/R&B/Urban Terbaik – AMI Awards 
  • Produser Album Rekaman Terbaik (TulusCompany Ari Renaldi) – AMI Awards Indonesia
  • Album TerbaikTerbaik – AMI Awards Indonesia 
  • Karya Produksi Terbaik Terbaik – AMI Awards Indonesia
  • Video Klip Terpilih – Piala Maya 2017

2018 :

  • Solo Pria Ter-Dahsyat – Dahsyatnya Awards
  • Video Klip Ter-Dahsyat – Dahsyatnya Awards
  • Lagu ter-Dahsyat – “Ruang Sendiri”
  • Best Music Video of The Year – Indonesian Choice Awards 2018 – “Manusia Kuat”

Jadi, dengan pencapaian dan keasyikan muzik TULUS, pasti anda semua tidak sabar untuk dapatkan album TULUS Monokrom dan hadir ke Konsert TULUS Di Istana Budaya. Ruby pun teruja! Jom dapatkan Album Monokrom TULUS pada 1 Julai 2018 dan Tiket Konsert TULUS di Istana Budaya bermula 16 Julai 2018! Semoga kehadiran TULUS Di Malaysia memberi lebih banyak peluang dan ruang untuk muzik ini dimainkan di stesen radio.

www.situstulus.com
www.instagram.com/tulusm
www.facebook.com/musiktulus

www.shirazprojects.com
www.instagram.com/shirazprojects

Tags

Catat Ulasan

0Ulasan

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

Catat Ulasan (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !