DJI Tello- Drone Kecil di Pasaran

DJI Tello- Drone Kecil di Pasaran

Ruby
0

DJI Tello- Drone Kecil di Pasaran.Syukur alhamdulillah berkat bulan puasa, Ruby dapat mencuba satu lagi drone baru yang dikeluarkan oleh DJI. Ianya di panggil Tello, dengar nama pun dah kiutkan. Tello ni saiz dia lebih kecil dari DJI Spark, ramai yang anggap Tello ini tidak ubah seperti mainan kerana saiznya yang kecil.

DJI Tello- Drone Kecil di Pasaran

Drone yang bagus untuk “amatur”

Setiap produk DJI yang keluar di pasaran ada mengikut perkembangan level kepenggunaan kita, kenapa Ruby cakap bagus untuk amatur adalah untuk mengendali drone yang besar kita perlu belajar selok belok cara navigasinya dahulu jika tidak pasti akan kekok. Lalu akan habiskan bateri dengan pantas. Dengan navigasi yang mudah membuatkan Tello lebih senang di kendalikan oelh orang dewasa mahupun kanak-kanak.

Saiz dan Reka Bentuk

Tello ini berdimensi 98 x 92.5 x 41 mm dan beratnya hanya 80 grams sahaja. Cukup kecil dan kompak, walaupun bersaiz kecil Tello mampu memberi kualiti yang bagus.

Dibina dengan DJI Smart

Dji adalah ketua dalam teknologi drone, setiap aspek perlu di ambil kira untuk membina drone yang bagus mengikut kehendak pasaran dan harga sesebuah drone. Tello mempunyai teknologi DJI yang baru untuk membantunya terbang dengan lebih stabil dan memberi banyak fitur lain semasa dalam mod penerbangan.

Masa Penerbangan

Masa penerbangan juga penting kerana kita kena pandai set masa untuk dapatkan “footage” yang menarik, kerana bateri drone hanya tahan untuk beberapa minit. Tello pula mampu bertahan selama 13 minit dalam penerbangan.

 

Kamera

Tello mempunyai kamera 5MP, walaupun tidak sebesar seperti drone yang lain, kualiti gambar juga tidak menghampakan dan ia juga tiada gimbal tetapi mempunyai “stabilizer” pengimejan yang mamppu merakam video 720p.

Jarak penerbangan

Tello penerbangan Tello daripada pengguna adalah sejauh 100 meter sahaja. Anda juga boleh menggunakan telefon atau alat kawalan yang lain. Jika anda mahu tambah jaraknya, anda boleh menggunakan WiFi extender.

Harga

Sejujurnya harga juga salah satu faktor untuk membeli drone kerana kekangan ekonomi. Harga yang dijual adalah bermula dari Rm400 – Rm500 dan ianya dijual berasingan dengan perkakasan lain.

Kepada yang minat dengan Drone ini, anda boleh mengikuti perkembangan di laman sesawang DJI dan di kedai-kedai DJI yang lain. Tello ini diedarkan oleh ECS ASTAR SDN BHD dan sekiranya mempunyai masalah drone juga boleh menghantar servis di alamat ini. Nantika full review Tello pada masa akan datang.

Lot 3, Jalan Teknologi 3/5, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor.

Tags

Catat Ulasan

0Ulasan

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

Catat Ulasan (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !