Pelancaran Ritz Guarana Natural Flour

Pelancaran Ritz Guarana Natural Flour

Ruby
0

Pelancaran Ritz Guarana Natural Flour. Assalammualaikum semua, hari ini ruby ingin berkongsi tentang produk berasaskan Guarana yang popular kerana manfaatnya kepada kita semua. Jika dulu, kita hanya mengetahui kopi Guarana sahaja. Sekarang, setelah ruby hadir ke Pelancaran Ritz Guarana Natural Flour. 

Ruby tertanya-tanya apa itu Guarana, kenapa boleh jadi tepung sedangkan Guarana hanya terkenal untuk minuman sahaja. Jadi, diharap penyelidikan ruby untuk memberi informasi berguna tentang Ritz Guarana dan Pokok Guarana itu sendiri memberi manfaat untuk anda semua.



Pelancaran Ritz Guarana Natural Flour

Pelancaran Ritz Guarana Natural Flour


Pokok Guarana mempunyai banyak manfaat. Malah ia dikomersilkan dan mendapat sambutan yang menggalakkan. Kali ini pihak Ritz Guarana mengeluarkan Guarana Natural Flour. Tepung ini dapat menggantikan tepung gandum yang sedia ada di pasaran. Kenapa kita harus bertukar kepada Guarana Natural Flour? Ini kerana tepung ini lebih berkhasiat dan mempunyai manfaat.

Pelancaran Ritz Guarana Natural Flour

Pelancaran di rasmikan oleh Yang Di-Pertua Negeri Pulau Pinang Tuan Yang Terutama Tun Dato’ Seri Utama (Dr.) Haji Abdul Rahman Bin Haji Abbas


Kerjasama Ritz Guarana Bersama Komuniti Lun Bawang


Majlis menandatangani perjanjian kerjasama ini turut dihadiri penaung RITZ Guarana Plantation Holdings Berhad iaitu Yang Di-Pertua Negeri Pulau Pinang Tuan Yang Terutama Tun Dato’ Seri Utama (Dr.) Haji Abdul Rahman Bin Haji Abbas, manakala Datuk Matius Baru mewakili komuniti masyarakat Lun Bawang.

RITZ Guarana Plantation Holdings Berhad memeterai jalinan kerjasama dengan komuniti Masyarakat Lun Bawang  di kawasan tanah adat Lawas, Sarawak bagi menjana peluang ekonomi menerusi tanaman Guarana secara bersama

Pengarah Urusan Ritz Guarana Plantation Holdings Berhad, Datuk Ibrahim Yahya berkata, pihaknya bersedia menyediakan platform dan benih Guarana untuk membantu komuniti masyarakat tempatan di Lawas  menjana pendapatan mereka melalui bidang pertanian

Tujuan utama kerjasama ini adalah untuk membantu masyarakat Lun Bawang menjana pendapatan memandangkan sasaran pihak RITZ Guarana Plantation Holdings Berhad mahu menjadikan guarana sebagai tanaman eksport utama negara selain bahan komoditi lain.

RITZ Guarana Plantation Holdings Berhad yang mendapat lesen eksklusif memproses tanaman ini dari kerajaan Brazil yang merupakan pengeluar utama herba guarana di dunia menyasarkan produk tepung guarana dieksport ke China melalui kilang memprosesan mereka di Kulim Hi-Tech dan Pulau Pinang. Menurutnya, kilang tersebut juga akan menjadi yang pertama memproses tepung guarana di dunia, dan yang pertama di Asia mengekstrak herba tersebut.


Penanaman Pokok Guarana Di Malaysia


Ucapan oleh Pengarah Urusan Ritz Guarana Plantation Holdings Berhad, Datuk Ibrahim Yahya
Ritz mendapat hak exclusive daripada Brazil untuk menanam pokok guarana di Malaysia. Malaysia adalah negara kedua yang terbesar selepas Brazil untuk penanaman pokok guarana. Ini adalah satu transformasi ekonomi yang terbaru untuk negara dan rakyat Malaysia.

Ritz sekarang menjadi tumpuan seluruh dunia di mana pengeluaran tepung guarana akan dihasilkan. Selain itu, pihak Ritz juga akan memulakan pembinaan kilang untuk pengeluaran ekstrak guarana dan juga tepung guarana dalam masa terdekat di Pulau Pinang dan di Sarawak.


Lebih Banyak Peluang Pekerjaan


Ritz akan mejelajah seluruh dunia, dimana disetiap negara hasil jualan tepung guarana ini, 10% akan diperuntukkan untuk membantu khusunya orang-orang susah selain dari Malaysia. Matlamat kita juga adalah dengan memastikan tiada lagi gelandangan dan gejala- gejala sosial dan juga rakyat Malaysia sifar daripada kemiskinan dengan adanya platform ini.

Ritz guarana adalah komited untuk menjalankan penanaman secara komersial dan menyasarkan penanaman ini di peringkat komoditi seperti penanaman getah dan kelapa sawit. Ritz merancang untuk mengeluarkan sebanyak 1 billion kg tepung guarana atau bersamaan dengan 80,000 ekar tanaman guarana dalam masa terdekat.

Visi Kami Adalah,
Mencapai Matlamat “Sifar Kemiskinan”
Di Kalangan Semua Rakyat Malaysia


Pengedaran Produk Ritz Guarana Di Peringkat Antarabangsa


Selain daripada itu pihak Amerika syarikat amat teruja dengan tepung guarana ini dan berminat untuk menjadi pengedar tunggal bagi Amerika Syarikat. Ritz juga sedang bekerjasama dengan negara-negara lain seperti Hong Kong, China negara Timur Tengah dan banyak lagi negara lain untuk menjadi pengedar tepung guarana. Penanaman pokok guarana akan di tanam di Malaysia secara besar-besaran untuk menampung bahan mentah, untuk dijadikan tepung, ekstrak, serta bahan cecair.

Dengan adanya penanaman pokok guarana di Malaysia. Ia akan menjadi salah satu platform tranformasi pertanian untuk ekonomi negara dimana ia dapat membasmi kemiskinan dan dapat menaikkan nama Malaysia di seluruh dunia. Buat masa ini untuk merealisasikan projek ini.


Informasi Tentang Guarana


Guarana atau Guaraná , Paullinia cupana (juga P. crysan, P. sorbilis) ialah sejenis pokok herba yang berasal dari Venezuela dan utara Brazil. Pokok guarana mengeluarkan daun yang lebar dan berjambak bunganya, dan terkenal dengan buahnya yang sebesar biji kopi. Biji buah guarana boleh dijadikan perangsang sistem saraf pusat untuk kesihatan tubuh. Bijinya mempunyai dua kali lebih kafein dari biji kopi(lebih kurang 2-4.5% kafein di dalam biji Guarana berbanding dengan 1-2% untuk biji kopi).

Sepertimana tumbuhan lain yang menghasilkan kafein, bilangan tinggi konsentrasi kafein pada buah dan biji itu menjadi pertahanan semula jadi bagi menghalau herbivor. Warna-warna buah guarana adalah dalam kepelbagaian coklat kepada warna merah dan mengandungi biji berwarna hitam yang dilitupi oleh sesabut putih. Kemendapan warnanya bila biji berwarna hitam itu dibelah-buka seperti biji mata; ini telah membentuk sebuah mitos.


Teh Herba, Roti, Kopi, Kosmetik & Perubatan Guarana


Orang Guarani akan membuat teh herba daripadanya dengan memecahkannya, membasuh dan mengeringkan bijinya dan diikuti dengan menumbuk biji-biji itu menjadi serbuk yang halus. Serbuk halus itu akan diuli untuk membentuk rupa silinder. Produk ini dikenali sebagai roti guarana, kemudian dipotong untuk dimasukkan ke dalam air panas bersama dengan gula.

Tumbuhan ini telah diperkenalkan kepada orang Eropah pada abad ke-16 oleh Oviedo, Hernandez, Cobo dan pengembara-pengembara Sepanyol yang lain. Pada tahun 1958, guarana telah dikomersialkan.

Dalam tahun 2007, telah diselenggarakan satu kajian penyelidikan untuk mengetahui secara terperinci dengan memberi empat dos(37.5 mg,75 mg,150 mg dan 300 mg) ekstrak guarana. Memori, kecekapan and keceriaan ditingkatkan dengan dos dua terendah, mengesahkan keputusan lebih elok dari yang sebelumnya tentang kesan sampingan 75 mg guarana.

Sumber dari www.ms.wikipedia.org/wiki/Guarana


Ritz Guarana Holding Berhad


Ritz Guarana Holding Berhad atau juga dikenali sebagai ‘RGPHB’ digabungkan di Malaysia pada 21hb disember 2015. RGPHB Fokus Utama adalah Pembenihan dan Perladangan Tanaman Guarana di Malaysia.

RGPHB adalah Syarikat milik Bumiputera 100%. Pada 3 Oktober 2016, RGPHB memperoleh Hak dari Brazil untuk Menanam Tumbuhan Guarana di Malaysia untuk Bekalan Pasar dan permintaan Dunia.

RITZ (Company) Corporate Office:
RITZ Guarana Plantation Holding Berhad
55-12A-H Menara Northam,
Jalan Sultan Ahmad Shah,
10050 Penang.
Office: 604-228 0366 / 604-229 036

Tags

Catat Ulasan

0Ulasan

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

Catat Ulasan (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !