LEDGIT The Future of Blockchain Industry

LEDGIT The Future of Blockchain Industry

Ruby
0

LEDGIT The Future of Blockchain Industry | Assalammualaikum semua! Hari ini ruby ingin kongsikan tentang Teknologi Blockchain. MasyaAllah rasa terlalu tua untuk memahami teknologi baru ni. Pada tahun 2018 ruby baru tahu, sedangkan ia sudah mula dimanfaatkan sejak 2008. 

Blockchain dicipta oleh Satoshi Nakamoto pada tahun 2008 untuk digunakan dalam bitcoin cryptocurrency, sebagai lejar transaksi awam. Penciptaan blockchain untuk bitcoin menjadikannya mata wang digital pertama untuk menyelesaikan masalah transaksi tanpa memerlukan pihak lain atau pelayan pusat. Sehingga hari ini, reka bentuk bitcoin telah menjadi inspirasi untuk aplikasi lain.

LEDGIT The Future of Blockchain Industry

LEDGIT The Future of Blockchain Industry

Forum masa depan industri Blockchain ini sangat bermanfaat untuk semua, ruby baru tahu bahawa manfaat Blockchain boleh digunakan dalam menganalisa ketepatan data. Tidak hanya tertumpu kepada Bitcoin yang kita sedia maklum. Diantara syarikat yang menggunakan Teknologi Blockchain adalah LEDGIT, SEDA, Blockchain Games Company (Malaysia) dan Blockhong.

Banyak lagi boleh digunakan dengan Teknologi Blockchain. Ruby tahu, ramai tidak faham tentang Bitcoin, ruby juga tidak faham dan kenapa sejak akhir-akhir ini sering terbaca tentang Bitcoin. Sedangkan ia sesuatu yang sukar difahami oleh orang biasa. Jika ruby yang berkelulusan Teknologi Maklumat juga membuat kajian tentang Teknologi Blockchain, bagaimana pula anda? Manfaatkan teknologi ini dengan menggunakan aplikasi-aplikasi yang bakal dibina untuk pengguna tidak lama lagi. Ia adalah sesuatu yang hebat!

LEDGIT

Sebuah syarikat milik Malaysia, LEDGIT mengorak langkah dalam industri transaksi ekonomi digital lejar dengan menganjurkan ‘The Future of Blockchain Industry Forum’. Forum yang diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur ini bertujuan untuk mendidik masyarakat tentang manfaat teknologi ’blockchain’ dan ‘cryptocurrency.’ Dirasmikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif LEDGIT. Encik lvan Ku, forum ini telah dihadiri lebih dari 1000 peserta.

Panel penceramah antarabangsa terkenal dijemput untuk mengupas dan membincangkan pelbagai topik termasuk evolusi masa hadapan dan pertumbuhan industri. Kewujudan teknologi ‘blockchain’ seperti IE dan Bitcoin telah menjadi satu platform bagi pertumbuhan aset digital. Kemunculan teknologi baru ini juga memberi manfaat kepada pasaran kewangan global dengan mengadaptasi cara baru untuk melabur, memudahkan transaksi tunai rakan ke rakan dan untuk memperbaiki ekosistem kewangan.

Panel penceramah yang dijemput adalah Encik Fengsen, Pengasas Blockhong dan Timbalan Ketua Setiausaha lnstitut Blockchain Dunia (China), Encik Mark Pui, Pakar Pelaburan Blockchain (Malaysia), Encik Lurion Yee, Pengasas SEDA (Malaysia), En. Yao Han Lim, Ketua Pegawai Eksekutif Blockchain Games Company (Malaysia), Cik Jia Nina, Pengarah Pemasaran Blockchain Games Company (Malaysia) dan Cik Saba Harati, Penyelidik Blockchain Games Company (Iran).

Mr Ivan Ku, CEO of LEDGIT

“Forum ini memberi tumpuan untuk mendidik orang ramai tentang halangan dan jangkaan pada masa akan datang dan seterusnya memanfaatkan teknologi ini untuk pelbagai tujuan. Bukan itu sahaja, kami amat berbangga kerana dapat menganjurkan forum ini sebagai platform perbincangan dan mengubah tanggapan terhadap industri secara keseluruhan, “kata Ketua Pegawai Eksekutif LEDGIT, Encik Ivan Ku.

Teknologi ‘blockchain’ sering dikaitkan dengan pelaburan dan pemahaman dari sudut kewangan. Walau bagaimanapun, LEDGIT telah menawarkan cara penyelesaian masalah untuk pelbagai bidang terutamanya kepakaran dalam mencari sumber produk dan salasilah keluarga melalui teknologi ‘blockchain’ dan aplikasi pintar.

“Kami telah menjemput penceramah yang mempunyai kepakaran dalam industri dari Timur Tengah dan China untuk berkongsi pengetahuan dan pengalaman mereka dengan semua peserta. Oleh itu, kami berharap peserta akan berpeluang untuk memahami industri dari sudut perspektif yang berbeza. Barisan panel adalah dari pelbagai latar belakang dan mempunyai asas yang kukuh dalam industri ini. Dengan menggunakan trend digital terkini, pemilik perniagaan dan pengguna akan dapat memanfaatkan platform yang mempunyai potensi pertumbuhan yang besar dalam industry berlainan,” tambahnya.


Apa itu LEDGIT?

LEDGIT adalah gabungan perkataan ‘Lejar’ dan ‘Legit’, yang bermaksud buku Iejar yang merangkumi pelbagai maklumat disamping mengekalkan legitimasi. LEDGIT menggunakan teknologi “Smart Contracts” dan mengintegrasikan “Aplikasi Pintar” bagi menyediakan platform ketelusan yang tinggi, provinsi yang tepat, legitimasi dan kecekapan merentasi asal-usul dalam dua aspek iaitu sumber produk dalam rantaian bekalan dan salasilah keluarga dan budaya. Aplikasi ini juga membolehkan maklumat diteruskan kepada generasi akan datang.

Panel 1 : Mr. Mark Pui, Pakar Pelaburan Blockchain (Malaysia)

Semasa En Mark Pui membentangkan statistik tentang pelaburan dan tips jika anda ingin mengambil risiko dalam mana-mana pelaburan. Ambil tahu dan mencari info tentang portfolio mereka, adakah mereka sukses? pengalaman mereka? produk apa? berapa yang dijanjikan? adakah mereka mendapat manfaat yang sama? struktur bonus / diskaun dan dari mana sumber semua pulangan itu akan datang? Ambil tahu! Sebab tahun 2017 adalah tahun yang bagus untuk melabur, tetapi tahun 2018 sangat sukar.

Panel 2 : Mr Lurion Yee, Pengasas SEDA (Malaysia)

Perkongsian dari SEDA juga sangat menarik, dimana mereka mengumpulkan data yang tepat dan benar. Sebagai contoh isu pemalsuan sijil diploma, ijazah, phd doktor falsafah juga dapat di analisa. Sudah tentu mereka akan rujuk pihak universiti diatas permintaan majikan. Bagus kan? Membantu HR untuk mengumpul maklumat pekerja.

Panel 3 : Mr Fengsen, Pengasas Blockhong (China) dan Timbalan Ketua Setiausaha lnstitut Blockchain Dunia (China)

Panel 4 : Cik Jia Nina, Pengarah Pemasaran Blockchain Games Company (Malaysia)

Panel 5 : Cik Saba Harati, Penyelidik Blockchain Games Company (Iran)

Panel 6 : En. Yao Han Lim, Ketua Pegawai Eksekutif Blockchain Games Company (Malaysia)

Manfaat Teknologi Blockchain Untuk Ketelusan Maklumat

Pada pendapat ruby, Teknologi Blockchain ni boleh dimanfaatkan dalam beberapa situasi di Malaysia

  1. Menganalisa ketepatan data pengundian pilihan raya. Data ini boleh memudahkan untuk pihak berwajib mengesahkan taraf kerakyatan dan status mengundi.
  2. Memberi maklumat tepat kepada syarikat yang mencari pekerja agar tidak tertipu dengan dokumen palsu. Pekerja menipu dengan dokumen ijazah palsu dari universiti dan majikan tidak dapat mengenalpasti sama ada ia dokumen yang betul atau tidak. Jadi, kerjasama diantara pihak universiti dan majikan seluruh Malaysia pasti dapat mencari pekerja yang yang diinginkan. Malah menjimatkan kos majikan untuk melatih dan hantar kursus.
  3. Membantu mencari asal usul keluarga, mungkin kita dapat melihat susur galur keluarga kita dengan Teknologi Blockchain.
  4. Mengesahkan jenama produk asli, agar pelanggan tidak tertipu lagi. Isu yang berbangkit seperti peralatan kosmetik, produk kosmetik, bag tangan berjenama, susu formula dan macam-macam lagi.

Semoga program seperti The Future of Blockchain Industry Forum akan diadakan lagi dan kita boleh ketahui apa lagi yang dibina dengan Teknologi Blockchain. Teknologi Blockchain adalah sesuatu yang baru bagi ruby dan ia sangat menarik untuk dipelajari. Untuk lebih maklumat, anda boleh baca di www.wikipedia.org/wiki/Blockchain

Tags

Catat Ulasan

0Ulasan

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

Catat Ulasan (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !