Himpunan Usahawan Bumiputera 2018

Himpunan Usahawan Bumiputera 2018

Ruby
0

Himpunan Usahawan Bumiputera 2018. Assalammualaikum semua! Hari ini ruby ingin kongsikan dengan anda apakah program yang bakal berlangsung dan manfaat-manfaat yang anda boleh capai. Ramai nak memiliki perniagaan sendiri. Ramai juga yang nak bergelar “founder” sesuatu jenama. Tetapi ramai juga yang mudah putus asa dan hangat-hangat tahi ayam.

Pada pengalaman ruby, konsisten dan fokus pada perniagaan amat penting. Perniagaan bukannya hanya ketika musim perayaan atau goyang kaki tunggu pelanggan beli. Semua perniagaan perlu ada semangat. Betul tak? Jadi, jom beramai-ramai ke HUB 2018! Masuk adalah PERCUMA tapi kena lah daftar dulu! Jom

Himpunan Usahawan Bumiputera 2018 – HUB 2018

Apabila sudah memiliki perniagaan dan bergelar usahawan, pastikan anda sentiasa bersemangat positif. Recharge semangat dengan menghadiri Himpunan Usahawan Bumiputera 2018 (HUB 2018) yang buat julung kalinya akan diadakan di Axiata Arena, Stadium Nasional Bukit Jalil pada 30 dan 31 Mac 2018

Tarikh : 30-31 Mac 2018
Masa : 8 pagi – 6.30 petang
Tempat : Axiata Arena, Bukit Jalil

Himpunan Usahawan Bumiputera 2018 - HUB 2018

Himpunan Usahawan Bumiputera atau HUB 2018 merupakan satu program anjuran Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) melalui agensinya SME Corp. Malaysia dengan sokongan Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) bertujuan untuk mengumpulkan 14,000 PKS Bumiputera dari seluruh negara yang terdiri daripada ahli-ahli di bawah naungan pelbagai persatuan / dewan / pertubuhan / majlis berkaitan keusahawanan dan PKS.

 

Aktiviti-Aktiviti Yang Akan Berlangsung Sepanjang HUB 2018

  • Sembang Usahawan Selebriti (30 Mac 2018, 3:00 petang)
  • Sembang Petang bersama YAB Perdana Menteri (30 Mac 2018, 4:30 petang)
  • Young CEO Summit (30 & 31 Mac 2018, 8:00 pagi – 6:00 petang)
  • Karnival Jom Niaga 2018 (30 & 31 Mac 2018, 9:00 pagi – 10:00 malam)
  • Bengkel Digital MDEC
  • Food Truck (30 & 31 Mac 2018, 9:00 pagi – 10:00 malam)
  • Sembang Santai Usahawan Selebriti
  • Kapsul Kementerian (Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Kementerian Perdagangan Dalan Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Kementerian Kesihatan dan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan)
  • Majlis Penutup TUBE Mega 5.0 (31 Mac 2018, 3:00 petang)

Acara Kemuncak HUB 2018 Pada 30 March 2018

Himpunan Usahawan Bumiputera 2018 - HUB 2018

  • 3:00 petang : Sembang Usahawan Selebriti
    Moderator : Fara Fauzana
    Panelis : Shuib Sepahtu, Sarah Raisuddin, Caprice & Majdi Ramlee
  • 4:00 petang : Persembahan oleh Faizal Tahir
  • 4:30 petang : – Ketibaan YAB Perdana Menteri
    – Sembang Petang bersama YAB Perdana Menteri & YB Menteri MITI
    – Majlis Pertukaran Dokumen MoU
    – Penyampaian Anugerah Usahawan Bumiputera Terbaik
  • 5:30 petang : Minum petang

Fizo Omar Di Young CEO Summit HUB 2018

Tarikh : 30-31 Mac 2018
Masa : 8 pagi – 6 petang
Tempat : Axiata Arena, Bukit Jalil

Young CEO Summit adalah platform bagi anda mendalami strategi keusahawanan oleh pakar industri, mentor dan usahawan berjaya termasuk ilmu ‘street smart’ dan ‘book smart’ sebagai keseimbangan kualiti pengetahuan (IQ) kepada peserta Young CEO Summit dalam segala aspek. Sesi Transformasi Minda keusahawanan bagi meningkatkan nilai modal insan, jati diri serta pemantapan kualiti emosi (EQ) dan juga kualiti kerohanian (SQ). Sesi Inspirasi bersama Agensi Usahawan Bumiputera sebagai sokongan motivasi dan tauladan untuk membangkitkan semangat usahawan bumiputera.

Pengisian Young CEO Summit 2018?

Modul 1 : Millennial Mindset Mapping oleh Fizo Omar
Modul 2 : Mekanik Wang oleh Abang Abu
Modul 3 : Transformasi Minda oleh Prof Datuk Dr Muhaya
Modul 4 : Marketing & Branding oleh Fizo Omar

Siapa Fizo Omar?

Himpunan Usahawan Bumiputera 2018 - HUB 2018
Fizo Omar, adalah usahawan yang berfokus pada perniagaan media sosial. Seorang pelakon terkenal dalam industri hiburan, beliau banyak memberi inspiriasi dalam bidang keusahawanan dan ceramah perniagaan. Fizo Omar membuktikan kesungguhan dalam apa jua kerjaya yang dia laksanakan. Pelbagai cabang perniagaan telah beliau cuba dan terus mengukuhkan karisma dan kredibilitinya secara konsisten dalam bidang yang berbeza termasuk perniagaan.

Prestasi beliau dalam bab keusahawanan adalah menakjubkan dan diiktiraf oleh pelbagai pihak. Beliau dengan penuh semangat membina empayar perniagaannya melalui penubuhan empat syarikatnya iaitu Fizo Omar Channel, Fizo Omar Consultancy, Fizo Omar Catering dan Fizo Omar Centre yang terletak di Bangi.

Fizo Omar juga pernah dilantik sebagai duta HP Malaysia, F&N, Ekspresi Negaraku, iM4U, Himpunan Sejuta Belia, Festival Belia Putrajaya, E-Usahawan, E-Rezeki dan Hari Sukan Negara, Malah beliau juga menjadi speaker di agensi kerajaan seperti SME Corp, MDEC, SSM. Fizo telah dianugerahkan sebagai Ikon Belia Malaysia (2012 & 2013), Emerging Young Entrepreneur (2014), Ikon Belia Keusahawanan (2015) dan telah dijemput sebagai penceramah untuk beratus-ratus program perniagaan sejak 2014.

Beliau melanjutkan pengajian dalam Master in Science Management & Conducting Research in Social Media Advertising untuk Phd. Bercita-cita menjadi ikon Usahawan Sosial di Malaysia. Fizo, mempunyai sikap yang luar biasa yang sering ingin mencuba dan bersedia menghadapi pelbagai cabaran. Kejayaan beliau dalam bidang keusahawanan tidak dapat dinafikan melalui satu siri jatuh bangunnya. Fizo mempunyai pengikut sekitar  5 juta di halaman media sosialnya.

www.fizoomar.com
www.facebook.com/fizoomar
www.instagram.com/fizoomar
www.twitter.com/fizoomar
www.youtube.com/fizoomar

Karnival Jom Niaga 2018

Tarikh : 30-31 Mac 2018
Masa : 9.00 pagi – 10 malam
Tempat : Axiata Arena, Bukit Jalil

Himpunan Usahawan Bumiputera 2018 - HUB 2018

Himpunan Usahawan Bumiputera 2018 turut memberi para usahawan berniaga sepanjang program berlangsung. Anda boleh sertai Karnival Jom Niaga 2018 yang berlangsung selama 2 hari bermula seawal jam 9 pagi hingga 10  malam. Objektif Karnival Jom Niaga adalah untuk menyediakan platform bagi PKS menjual produk dan perkhidmatan selain membolehkan usahawan mendapat maklumat, meneroka peluang perniagaan dan menjalin jaringan kerja baharu. Sasaran bagi Karnival Jom Niaga kali ini adalah seramai 20,000 orang pengunjung

Gerai & Aktiviti-Aktiviti Di Karnival Jom Niaga 2018 Oleh SME Corp Malaysia

  • Pameran Showcase Satu Daerah Satu Industri (SDSI) oleh MITI
  • Gerai Buah-Buahan FAMA
  • Street Soccer @ Jom Niaga
  • Peraduan Mewarna bersama Bank Rakyat
  • Pertandingan Gubahan Bunga
  • Pertandingan Teh Tarik Challenge

Himpunan Usahawan Bumiputera 2018 - HUB 2018

  • Pertandingan Karaoke Gegar Jom Niaga (Karaoke)
  • Penampilan dan Persembahan Selebriti
  • Pertandingan Kostum Kanak-Kanak
  • Demonstrasi Hair Styling oleh Joe’s Barbershop

Himpunan Usahawan Bumiputera 2018 - HUB 2018

  • Demonstrasi Hijab bersama Nabilah Razali
  • Demonstrasi Make-Up bersama Syed Dewa
  • Pertunjukan Fesyen
  • Cabutan Bertuah- Kereta, motorsikal, basikal, handphone, barang-barang elektrik
  • Penampilan maskot Transformers (Optimus Prime & Bumblebee) & Ejen Ali
  • Kids @ Jom Niaga – Bouncing castle, face painting, clown appearance & sand art
  • Booth Tonton dan Boost
  • e-wallet oleh Boost sebanyak RM20 sehari
  • RM5 diskaun oleh Grab setiap perjalanan : GrabHUB2018

Himpunan Usahawan Bumiputera 2018 - HUB 2018

Lokasi Himpunan Usahawan Bumiputera 2018 – HUB 2018

Himpunan Usahawan Bumiputera 2018 - HUB 2018

Pelbagai program telah disediakan untuk anda semua. Tidak kira sama ada anda seorang usahawan baru atau lama. Anda peniaga kecil-kecilan atau anda suka membeli-belah. Jom datang beramai-ramai ke Himpunan Usahawan Bumiputera 2018. Masuk PERCUMA! Daftar sekarang!

Aplikasi HUB : HUB2018 
Link Pendaftaran : http://bit.ly/HUB2018REG
Email : [email protected]
No Telefon : 03-27756269 / 03-27756208

Catat Ulasan

0Ulasan

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

Catat Ulasan (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !