AirAsia Santan Combo Meal, Santan Complete My Meal Dan Lil Star Combo

AirAsia Santan Combo Meal, Santan Complete My Meal Dan Lil Star Combo

Ruby
0

AirAsia Santan Combo Meal, Santan Complete My Meal Dan Lil’ Star Combo. Assalammualaikum semua! Bila bab makan mesti kita macam tiada idea nak makan apa. Walaupun menu tersedia depan mata, siap dengan gambar sekali. Hahaha. Tapi nak buat macam mana, setiap orang pasti ada sebab kenapa dia fikir terlalu lama untuk memilih satu makanan dan minuman! Ya satu je!

AirAsia Santan Combo Meal, Santan Complete My Meal Dan Lil’ Star Combo


AirAsia Santan Combo Meal, Santan Complete My Meal Dan Lil’ Star Combo

Kebaikan Pra-Tempahan ruby dah kongsikan di artikel ruby sebelum ini. Banyak manfaat dan kebaikan pra-tempahan kan? Tapi masih ramai tidak faham cara menempah awal dan sering terlupa. Tempahan awal untuk makanan mestilah 2 – 3 hari sebelum penerbangan. Ia langkah berjaga-jaga untuk anda yang picky eaters. Lama sangat fikir sampai terlepas waktu pra-tempahan. Rugi sangat! Wajib makan dalam penerbangan tau. Menu makanan dalam penerbangan sedap-sedap!

Tiba-tiba rindu pula ruby dengan makanan di dalam penerbangan AirAsia AK. InsyaAllah next time. Diantara Santan Combo Meal, Santan Complete My Meal dan Lil’ Star Combo, yang mana satu anda suka?

Santan Combo Meal

Dihidangkan bersama air mineral water, kopi panas atau air berkarbonat. Manakala makanan anda boleh pilih makanan panas yang tersedia seperti Chicken Lasagna, Pak Nasser’s Nasi Lemak, Thai Green Curry with Rice, Kung Pao Chicken with Rice, Uncle’s Chin Chicken Rice, Chicken Vindaloo Biryani, Vegan Tofu with Rice Pilaf (V) atau Bukhara Chicken Biryani. Jadi anda akan dapat salah satu minuman dan makanan pilihan ketika di dalam penerbangan AirAsia.

Santan Complete My Meal

Santan Complete My Meal sama juga seperti Santan Combo Meal. Cuma ia berbeza kerana menu yang anda akan terima adalah minuman (mineral water, kopi panas atau air berkarbonat), makanan panas (Chicken Lasagna, Pak Nasser’s Nasi Lemak, Thai Green Curry with Rice, Kung Pao Chicken with Rice, Uncle’s Chin Chicken Rice, Chicken Vindaloo Biryani, Vegan Tofu with Rice Pilaf (V) atau Bukhara Chicken Biryani), Coleslaw dan Gula Melaka Muffin. Jadi, anda akan dapat 4 makanan dan minuman. Ruby hari tu cuba Santan Complete My Meal, makanan panas (Thai Green Curry with Rice) + minuman (Mineral Water) + appetizer (Coleslaw) + dessert (Gula Melaka Muffin). Nyummy sedap!

Lil’ Star Combo

Dalam Lil’ Star Combo ada Chicken Pizza, minuman Ribena, kismis dan biskut. Hanya boleh dapat semasa pra-tempahan sahaja. RM 10! Lain kali ruby nak beli 2 set. Adam satu, Alif satu. Mereka bergaduh nak Ali Ali Ali. Aduii terkejut mak.

A LA Carte Menu

Assorted Sandwich ruby sengaja tempah, sebab suami dan anak-anak ruby ni kuat makan. Haha. Mesti mereka nak punya! Andaian ku benar belaka! Mereka makan sandwich ni sampai habis. Sampai hati. At least tinggalkan tuna tu untuk ruby. 4 set tu selesai macam tu je. Wuwuwuwuw.

Nampak sedap kan makanan ruby di dalam penerbangan AirAsia AK? Anda boleh tengok katalog di sini https://www.airasia.com/online-read/inflight-menu/ak-flight.pdf sebagai rujukan menu dan harga. Semoga lepas ini tidak berlapar lagi di dalam penerbangan AirAsia AK walaupun sekejap! Mesti makan!

www.airasia.com
www.twitter.com/AirAsia
www.facebook.com/AirAsia

Tags

Catat Ulasan

0Ulasan

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

Catat Ulasan (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !