Western Digital Perkenalkan 3 Storan Pengguna Baharu

Western Digital Perkenalkan 3 Storan Pengguna Baharu

Ruby
0

Western Digital Perkenalkan Produk Baru Bagi Membantu Penyelesaian Storan Pengguna. Assalamualaikum semua! Hari ini ruby ingin kongsikan informasi berkenaan storan. Kebiasaannya data dan gambar tidak dapat disimpan di tempat yang sesuai selain kekal di dalam telefon pintar. Kalau rajin sedikit, pasti kita akan simpan di dalam laptop, OTG (On-The-Go) dan USB Flash Drive. Kemudian bersepah-sepah peranti ni, sehinggakan kita tidak tahu peranti yang mana satu tersimpan gambar masa anak baru lahir, usia 3 tahun dan seterusnya. Mungkin gambar kahwin pun tidak tahu kemana kita simpan. Hahahaha

Western Digital Perkenalkan 3 Storan Pengguna Baharu

Western Digital Perkenalkan 3 Storan Pengguna Baharu
Dari kiri Mr Hui Low, Product Marketing Manager Asia Pacific Western Digital; Margaret Koh, Sales Director, Asia South, Western Digital Corporation; Mr Albert Chang, Senior Product Marketing Manager Asia Pacific Western Digital

Pengalaman ruby dalam menyimpan storan bermula dari zaman sekolah, simpan fail tugasan setiap subjek dalam disket. Kemudian di zaman universiti menyimpan di dalam USB Flash Drive. Potensi dimasuki virus sangat tinggi sebab digunakan di pelbagai PC dan laptop. Apabila sudah memiliki laptop sendiri, ruby melabur untuk dapatkan WD My Passport. Ketika ini menggunakan laptop yang mempunyai sistem operasi Windows. Beberapa tahun kemudian ruby melabur kepada macbook. Ruby terlupa sistem operasi macbook adalah OS X. Jadi, apabila USB Flash Drive dimasukkan dari WD My Passport, terus data tidak dapat dibaca kembali ketika menggunakan laptop Windows kepunyaan suami. Perkara ini berlaku kerana Mac sentiasa kemaskini sistem operasi. Manakala pengguna Windows tidak akan kemaskini sistem operasi sekerap Mac. Anda pasti kekal dengan Windows 10 sampai bila-bila. Hehehe.

Kebanyakan peranti storan mudah alih tidak selari dengan perkembangan sistem operasi yang dimiliki oleh macbook. Macintosh akan sentiasa dikemaskini dan sekarang ruby menggunakan macOS High Sierra – version 10.13. Bagaimana pula dengan peranti storan mudah alih anda? Solusi terkini adalah menggunakan storan Cloud. Kita tahu dimana fail kita disimpan dan ia boleh diakses bila-bila masa.

Dengan peranti penangkapan gambar yang lebih banyak tersedia daripada sebelumnya, seperti telefon pintar, tablet atau drone, WD mengalami anjakan penciptaan kandungan digital, dan ini dijangka berkembang dengan meningkatnya populariti aplikasi intensif kapasiti seperti realiti maya, 4K, 8K dan 360 video. Akibatnya, pengguna berhadapan dengan koleksi storan yang semakin meningkat, kandungan yang sangat berharga tidak ada cara untuk mengaksesnya dengan mudah.

Western Digital My Cloud Home

Menangani isu ini, Western Digital memperkenalkan My Cloud Home – penyelesaian storan cloud peribadi baru yang memberi kuasa kepada pengguna untuk mengawal kandungan digital mereka yang sering digunakan.

Dengan penyelesaian My Cloud Home, pengguna boleh mengatur semua foto, video mereka dengan mudah dan mencapai fail dari telefon pintar, komputer, simpanan USB, cloud dan akaun media sosial disimpan disatu tempat yang sama. Pengguna boleh menggunakan telefon pintar, tablet atau komputer mereka dari mana-mana sahaja dengan sambungan internet, kemudian anda bebas untuk mengalami dan berkongsi kandungan itu dengan keluarga dan kawan-kawan.

Western Digital Perkenalkan 3 Storan Pengguna Baharu
Margaret Koh, Sales Director, Asia South, Western Digital Corporation

“Hanya menggunakan telefon pintar misalnya: Kemajuan dalam teknologi kamera telefon pintar membolehkan pengguna untuk menangkap momen yang bermakna dalam resolusi tinggi dengan cepat dan mudah. Dengan begitu banyak kandungan yang dihasilkan dan disimpan di peranti mudah alih mereka, pengguna menanggung risiko kehilangan kenangan yang sangat bernilai atau tidak boleh mengambil gambar dengan sempurna jika mereka kehabisan ruang” kata Margaret Koh, Sales Director, Asia South, Western Digital
Corporation.

Terdapat 2 jenis storan cloud yang disediakan oleh WD, iaitu My Cloud Home dan My Cloud Home Duo

Western Digital Perkenalkan 3 Storan Pengguna Baharu
My Cloud Home

Western Digital Perkenalkan 3 Storan Pengguna Baharu
My Cloud Home

My Cloud Home mempunyai waranti terhad selama dua tahun dan kini boleh didapati sekarang di kedai elektronik IT utama seluruh Malaysia dengan Manufacturer’s Suggested
Retail Price (MSRP) bermula dari RM 739.00 untuk 2TB, RM 839.00 untuk 3TB, RM 1,059.00 untuk 4TB, RM 1,459.00 untuk 6TB dan RM 1,799.00 untuk 8TB.

Western Digital Perkenalkan 3 Storan Pengguna Baharu
My Cloud Home Duo

Western Digital Perkenalkan 3 Storan Pengguna Baharu
My Cloud Home Duo

My Cloud Home Duo juga terdapat di Malaysia dengan Manufacturer’s Suggested
Retail Price (MSRP) bermula dari RM 1,599.00 untuk 4TB, RM 1,999.00 untuk 6TB, RM 2,499.00 untuk 8TB, RM 3,459.00 untuk 12TB, RM 3,999.00 untuk 16TB dan RM 4,399.00 untuk 20TB.

SanDisk iXpand Base

Western Digital Perkenalkan 3 Storan Pengguna Baharu
SanDisk iXpand Base

Western Digital Perkenalkan 3 Storan Pengguna Baharu
SanDisk iXpand Base

Western Digital Perkenalkan 3 Storan Pengguna Baharu
SanDisk iXpand Base

Pelanjutan barisan penyimpanan mudah alih iPhone SanDisk yang telah memenangi banyak anugerah, iXpand Base adalah tawaran baru yang direka untuk pengguna yang mencari jalan mudah backup foto, video dan senarai kenalan di dalam iPhone / iPad mereka.

Dengan iXpand Base, anda tidak perlu menukar tabiat harian anda – pengguna hanya perlu pasang iPhone mereka ke iXpand Base dan backup secara automatik isi kandungan mereka semasa telefon sedang cas. Jadi 3 in 1, backup, cas dan kemaskini ruang storan. Kebiasaannya kita sering dengar pengguna iPhone kehabisan storan dan berhasrat membeli peranti iPhone terkini dengan ruang lebih besar iaitu 256GB. Sedangkan ia adalah iPhone 7+. Dual kamera dengan fungsi depth. Membazir jika beli telefon baru, lebih baik melabur kepada iXpand Base. Harga tidak sampai RM 1000 pun. Hehe.

SanDisk iXpand Base akan tersedia di kedai-kedai Apple Premium Reseller, 11street, Lazada dengan Manufacturer’s Suggested Retail Price (MSRP) iaitu RM 369.00 pada 64GB, RM 529.00 pada 128GB dan RM 899.00 untuk 256GB.

*iXpand Base app dan operasi sistem versi iOS. 10 atau ke atas diperlukan. Tersedia untuk muat turun dari App Store.

400GB SanDisk Ultra microSD

Western Digital Perkenalkan 3 Storan Pengguna Baharu
400GB SanDisk Ultra microSD™ card untuk pengguna Android

Bagi pengguna bukan-iPhone, Western Digital melancarkan kad microSD SanDisk Ultra 400GB, iaitu kad microSD berkapasiti tertinggi di dunia untuk digunakan dalam peranti mudah alih yang terdapat di Malaysia. Ia mula berada di pasaran pada Disember 2017 dan seterusnya. Mengikuti permintaan gaya hidup mudah alih hari ini, kad microSD SanDisk baru menyediakan pengguna dengan kebebasan untuk menangkap, menyimpan dan berkongsi foto, video dan aplikasi, dan nikmati kandungan luar talian – semua tanpa bimbang tentang batasan penyimpanan.

Kad 400GB SanDisk Ultra microSD mempunyai waranti terhad selama sepuluh tahun dan boleh didapat di 11street, Lazada dan Shopee bermula dari Disember 2017 dengan Manufacturer’s Suggested Retail Price (MSRP) RM 1,499.00.

 

Western Digital perkenalkan 3 storan pengguna baharu. Ketiga-tiga produk ini sangat bermanfaat untuk sesiapa sahaja. Jadi, yang mana satu pilihan anda? Ketiga-tiga ini amat diperlukan kerana kita memiliki peranti telefon pintar dari sistem operasi Apple dan Android. Mungkin ruby akan membeli My Cloud Home sebab My Book ruby dah full. Ruby ada My Book 1TB dan My Book for Mac 2TB. Dua-dua dah full. Hahaha.

Tips menjaga peranti storan mudah alih begini, jangan sesekali terjatuh. Sama ada ia WD Passport, WD My Book, WD My Cloud Home atau SanDisk iXpand Base. jaga elok-elok.

Tags

Catat Ulasan

0Ulasan

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

Catat Ulasan (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !