Mudahnya Pinjam Kenderaan Dengan Rideasy

Mudahnya Pinjam Kenderaan Dengan Rideasy

Ruby
0

Mudahnya Pinjam Kenderaan Dengan Rideasy. Assalammualaikum semua! Setiap hari, pasti banyak aplikasi dan laman web dibina untuk memudahkan kehidupan seharian kita. Tetapi yang betul-betul ingin membantu kita semua pasti hadir dengan idea dari pengalaman. Rideasy adalah salah satu idea yang memberi manfaat kepada pengguna dan pemilik kenderaan. Pengguna yang memerlukan kenderaan dan pemilik kenderaan yang memerlukan wang.

Mudahnya Pinjam Kenderaan Dengan Rideasy

Ruby pernah alami situasi dimana enjin kereta overheat dan berasap di NKVE. Ketika itu ruby bekerja di Shah Alam dan pulang ke rumah di Wangsa Maju. Pengalaman mendebarkan apabila kereta berasap ketika jalan raya sedang sibuk dengan lori banyak. Kemudian berhenti di bahu jalan dengan menyelakan “hazard light” atau nama lainnya lampu tanda darurat. Kemudian kena gunakan perkhidmatan “towing”. Kereta ruby pula dah lebih 10 tahun. Bila musibah begini berlaku tiba-tiba, sakit kepala fikir nak naik apa pergi kerja? Emergency Leave? Unpaid Leave? Kereta kena overhault di bengkel seminggu. Mulalah mencari cara ke pejabat menaiki pengangkutan awam. Bayangkan masa tu ruby naik LRT Wangsa Maju ke KL Sentral, lepas tu naik Komuter ke Batu 3, kemudian naik teksi ke pejabat Tourism Selangor. 3 perkara ini perlu dilaksanakan sebelum 8.30AM setiap hari! Kalau ada rideasy pasa masa dulu, pasti ia mudahkan urusan harian ruby.

Mudahnya Pinjam Kenderaan Dengan Rideasy Mudahnya Pinjam Kenderaan Dengan Rideasy Mudahnya Pinjam Kenderaan Dengan Rideasy

Dengan Rideasy anda boleh menjana pendapatan atau anda menyewa kenderaan pilihan anda dengan mudah sekali.

Manfaat Sebagai Pengguna Rideasy

Anda pilih lokasi anda sekarang, pilih tarikh mula ingin gunakan kenderaan dan pemulangan kenderaan. Laman web akan memaparkan kenderaan yang masih “available”. Kemudian setelah pemilik kenderaan mengesahkan, baru lah proses pembayaran perlu dilakukan. Bayaran sewa dan bayaran deposit diperlukan. Deposit keselamatan akan dipulangkan jika tiada masalah, tiada saman & minyak yang ditinggalkan cukup untuk pemilik kenderaan pandu pulang. Senang je kan?

Manfaat Sebagai Pemilik Kenderaan

Pemilik kenderaan perlu memuat naik dokumen peribadi dan dokumen kenderaan untuk semakan Rideasy, Allianz dan Bank Negara. Jika tiada apa-apa masalah, anda boleh mula menyewakan kenderaan anda. Pihak Rideasy akan melihat kondisi kenderaan. Pilihan kenderaan adalah dibawah usia 10 tahun. Aplikasi khas turut disediakan untuk anda melihat notifikasi. Manakala pihak Rideasy akan memantau penyewa kenderaan anda dan memberi “rate“. Rate ini bergantung kepada cara pemanduan, penjimatan minyak, lokasi travel dan cara penjagaan kenderaan. Ia seperti airBNB. Anda dinilai melalui maklum balas pengguna. Tetapi pengguna akan dinilai oleh Rideasy. Tiada istilah pengguna sahaja yang boleh membuat aduan. Win win! Adil dan saksama! Barulah kita senang hati bagi orang sewa kenderaan kita kan?

Mudahnya Pinjam Kenderaan Dengan Rideasy
En Nizran Kudus, Co-Founder & CEO Rideasy

Bagi pemilik kereta, ini akan menjadi platform yang baik untuk mendapatkan pendapatan tambahan, dan bagi peminjam, ia akan menjadi platform pengangkutan alternatif yang sesuai untuk memilih daripada terutama mereka yang ingin bebas daripada komitmen kewangan untuk memiliki dan mengekalkan kereta.

Pemenang Online Survey Contest Facebook Rideeasy.my

Rideasy.my, pembekal perkhidmatan perkongsian kereta dalam talian Malaysia yang pertama, hari ini melancarkan aplikasi web mereka di salah satu lokasi hangat di KL, APW Bangsar. Melancarkan pelancaran mereka hari ini, Ketua Pegawai Eksekutif Rideasy, Nizran Kudus dan rakannya, Rizal Mukti, menyampaikan hadiah kepada pemenang pertandingan tinjauan mereka yang diadakan sepanjang bulan September dan Oktober.

Mudahnya Pinjam Kenderaan Dengan Rideasy

Pemenang hadiah utama memenangi perjalanan berbayar penuh ke Hard Rock Hotel, Pulau Pinang, termasuk perjalanan mereka dari Kuala Lumpur. Salawati Binti Usoh, (44) akan menuju ke utara untuk lawatannya pada bulan Disember.

“Saya sangat gembira kerana telah memenangi hadiah ini dari Rideasy dan saya sangat teruja untuk mengadakan lawatan istimewa ini dengan suami saya …” kata Salawati.

Teknologi Active Telematics & Polisi Hebat Rideasy

Turut hadir ialah Omar Hatmi, MD Active Telematics, rakan kongsi telematika Rideasy, memberi persembahan mengenai bagaimana syarikatnya terlibat dalam pengurusan armada dalam talian Rideasy. Selepas itu, Nizran memberikan persembahan ringkas tentang apa yang Rideasy ada dan juga video korporat syarikat utama. Rideasy.my, sebuah syarikat Malaysia yang bermula pada bulan Ogos 2016, adalah sebuah syarikat baru yang menawarkan platform dalam talian yang mesra pengguna, selamat dan komprehensif bagi pengguna untuk berkongsi dan meminjam kereta daripada ahli komuniti mereka.

Mudahnya Pinjam Kenderaan Dengan Rideasy
En Omar Hatmi, Co-Founder & Managing Director Active Telematics Sdn. Bhd.

Dengan Rideasy, peminjam akan mempunyai pelbagai pilihan kenderaan untuk dipilih, seperti sedan, MPV, SUV dan kenderaan mewah, semuanya dengan harga yang berpatutan sehingga 30% lebih murah daripada harga pasaran biasa. Lebih-lebih lagi, pengguna akan mendapat ketenangan kerana semua urus niaga akan dikontrakkan dengan perjanjian perkongsian dan melalui perkongsian strategik dengan Allianz Insurance, kenderaan yang dikongsi akan dilindungi dengan 24/7 bantuan kerosakan seluruh negara dan liputan kemalangan peribadi.

Mudahnya Pinjam Kenderaan Dengan Rideasy
Dari kiri En M. Mohaneswaran, Technology Manager Active Telematics Sdn. Bhd.; En Nizran Kudus, Co-Founder & CEO Rideasy; En Omar Hatmi, Co-Founder & Managing Director Active Telematics Sdn. Bhd.; En Rizal Mukti, Co-Founder & CSO Rideasy

“Ini adalah inisiatif baru yang menarik dalam pengangkutan di Malaysia, tetapi ia adalah masa depan kerana lebih ramai lagi golongan muda, terutama milenium, memilih untuk tidak memiliki kenderaan kerana nilai penyusutannya. Penyelidikan kami menunjukkan bahawa generasi muda tidak meletakkan penekanan berat terhadap pemilikan aset, dan lebih suka menghabiskan perjalanan dan meneroka dunia. Rideasy bertujuan untuk memenuhi keperluan ini dengan menyediakan kenderaan atas permintaan. Mereka akan mempunyai kemungkinan menggunakan kenderaan yang diperlukan sama ada untuk tempoh jangka pendek atau untuk tempoh yang lebih lama, sementara bebas daripada perlu menanggung kos pemilikan bersekutu seperti sewa beli, penyelenggaraan dan sebagainya … “, kata Encik Nizran.

Info berkenaan polisi anda boleh baca di sini https://rideasy.my/#/sharing-policy

Mudahnya Pinjam Kenderaan Dengan Rideasy

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Rideasy atau mendaftar, sila ke halaman Facebook mereka di www.facebook.com/rideasy.my atau laman web mereka di www.rideasy.my, atau hubungi 03-20119878 untuk bercakap dengan eksekutif perkhidmatan pelanggan mereka.

Tags

Catat Ulasan

0Ulasan

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

Catat Ulasan (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !