Tips Menyediakan Makanan Yang Berkhasiat Dan Seimbang Setiap Masa, Di Mana Jua

Tips Menyediakan Makanan Yang Berkhasiat Dan Seimbang Setiap Masa, Di Mana Jua

Ruby
0

Tips Menyediakan Makanan Yang Berkhasiat Dan Seimbang Setiap Masa, Di Mana Jua. Assalammualaikum semua, hari ini ruby nak kongsikan tips yang ramai ibu-ibu di luar sana sangat perlukan. Dengan ekonomi serba mencabar ni, pasti bekal makanan adalah solusi terbaik untuk kita semua berjimat. Tetapi untuk anak kecil, mereka tidak faham. Kenapa kena bawa bekal makanan. Kenapa tidak boleh beli di kantin. Bagaimana nak wujudkan kesedaran kepada anak-anak untuk makan makanan yang dibekalkan. Supaya terjamin kebersihan dan ia lebih berkhasiat.

Sedar tidak sedar, Adam dah mula masuk sekolah tadika. Jika dulu dia di Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA) atau nama sedap yang lain adalah playschool. Sekarang, berada di Taman Didikan Kanak-Kanak (TADIKA) pula. Pre-school gitu. Hehe. Memang ruby tidak sedar dia dah besar, oh my baby boy!. Ketika usia 3 – 4 tahun ni, sekolah masih menyediakan makanan. Tetapi, Ruby kurang yakin dengan makanan di luar. Ruby risau Adam tidak dapat nutrisi yang secukupnya atau makan makanan yang kurang berkhasiat. Jadi, bagaimana Ruby memastikan Adam mendapat lebih lagi nutrisi biarpun berada di tadika dan tiada di sisi Ruby? Ruby sediakan Adam bekal makanan untuk dibawa ke sekolah.

Tips Menyediakan Makanan Yang Berkhasiat Dan Seimbang Setiap Masa, Di Mana Jua

Menu untuk anak-anak berusia 3-4 tahun seperti Adam tidak susah. Mereka suka makan, malah makanan yang mereka suka pun tidak terlalu pelbagai seperti orang dewasa. Cuma untuk memupuk makan sayur sahaja masih agak sukar, anak pada usia begini tidak suka rasa pahit sayuran dan mereka tahu bahawa ibu boleh masak makanan lain. Hahaha. Bab ini ruby selalu mainkan peranan ikut warna kegemaran Adam. Warna kegemaran juga sering berubah, macam-macam ragam. Ruby tahu adam suka warna-warna ceria. Cuma untuk sayur, ruby pun kena kreatif. Nak bagi makan karot? Ruby beli karot yang panjang-panjang tapi kecil. Lepas tu ruby bagi adam makan daun salad yang dah di potong kecil.

Adam Si Picky Toddler

Ruby pun picky juga ketika kecil. Jika anak memilih makanan, mungkin mama di luar sana boleh ikut cara ruby buat ni. Ini diantara tips menyediakan makanan yang berkhasiat. Pastikan bekal makanan anak anda lengkap dengan semua piramid makanan, agar mereka seronok melihat kepelbagaian menu.

  1. Sediakan makanan sebelum anak sampai ke meja makan. Sebelum mereka berasa lapar. Sebab mereka sanggup tidak makan sehari jika tiada makanan. Cara Adam, dia hanya intai makanan di meja. Jika tiada, dia terus bermain dan tidak maklumkan ruby yang dia nak makan. Sedangkan ruby dah masak.
  2. Sentiasa bawa bekal makanan yang menarik kemana aja. Potong buah ke? Sayuran seperti tomato cherry? Nasi goreng? Anak-anak suka disuap. Jadi, mama kena sentiasa bersedia.
  3. Jadi kreatif, walaupun ada makanan yang mereka tidak makan. Contohnya sayur. Hias salad di tepi-tepi. Nanti mesti mereka ter… cuba. Bila dah sedap, nak lagi lah kan. Sebab kita semua tidak suka dipaksa. Itu lumrah.

Konsep anak-anak ini, mereka suka makanan yang mudah di masuk dalam mulut. Kecil dan
mudah di pegang. Jika inginkan idea makanan ini, boleh lihat bagaimana restoran
menyediakan finger foods. Cantik kan? Jadi, begitulah ruby belajar untuk beri Adam suka
makan sayur. Saiz perut mereka pun masih kecil, tidak perlu banyak-banyak kuantiti. Ruby
tengok Adam makan 5 kali suap pun dah kenyang. Jadi, makanan tidak perlu isi banyak-
banyak dalam Bekal Nutrisi Dumex Dugro. Isi kandungan perlulah bersesuaian dengan saiz
perut anak dan bekal makanan tidak berat. Susah pula nak bawa nanti. Ruby ingin Adam
menjadi lebih lagi dengan memakan makanan yang berkhasiat untuknya. Kita nak tarik
minat anak-anak bawa bekal. Jadi, beri keseronokan membawa bekal. Makanan habis, kita
juga senang hati. Kalau ada saki baki, kita pula terasa hati. “Why anak tak habis makan?
Why!!!”. Sedangkan ibu bubuh makanan segunung. Hahaha.

Tips Menyediakan Makanan Yang Berkhasiat

Menu untuk Adam, konsepnya adalah mudah, kreatif dan menarik. Ruby suka sediakan makanan yang Adam makan. Tidak perlu merepek nak buat macam-macam dan akhirnya dia tak makan. Pada usia begini, Adam suka nasi putih, ayam goreng kecil-kecil, homemade nugget, spaghetti aglio olio, nasi goreng, kari ayam, buah oren sunkist, epal, kiwi, salad dan karot. Ruby sediakan makanan pada awal pagi supaya kerja penyediaan makanan untuk anak dan suami berjalan lancar. Hehehe.

Adam ada 3 menu kegemaran :
1. Nasi Goreng, Telur Gulung, Kiwi
2. Makaroni Cheese, Buah Oren
3. Nasi Putih, Telur, Salad, Tomato Cherry

 

Sebagai ibu, kita memikul tanggungjawab paling besar sehingga anak-anak dewasa pun
tidak habis sampai disitu tanggungjawab kita. Memberi makanan berkhasiat dan
memberikan lebih lagi nutrisi untuk anak adalah cabaran paling sukar. Selera
mereka sering berubah. Ruby perhatikan, susu sangat penting sebagai cara memenuhi
nutrisi harian. Kita tidak sedar bahawa susu adalah antara sumber nutrisi paling mudah
untuk diminum oleh anak. Di dalam susu Dugro terdapat DHA, 15 vitamin & mineral serta lcFOS unik (kandungan serat) yang berdasarkan 40 tahun kajian saintifik menyokong tumbersaran si manja agar si majna menjadi lebih lagi. Adam akan minum susu sebagai nutrisi tambahan ketika sarapan pagi dan sebelum tidur. 

Sarapan Pagi Segelas Susu Dugro 4

Sebelum Tidur Segelas Susu Dugro 4

Kebanyakan masa sekarang ni, ruby dan suami hanya bantu Adam dengan memerhati apa yang dia lakukan. Apabila usia 3-4 tahun ni mereka lebih suka buat sesuatu sendiri. Semua mereka ingin cuba. Memasak, buat minuman, mengemas rumah dan pandu kereta pun nak juga! Bahaya sungguh! Sebagai ibu bapa kita perlu beri perhatian sewajarnya, ini keran nutrisi lengkap susu sudah memberi mereka kebijaksanaan dan aktif berkomunikasi.

Bila anak-anak minum susu secukupnya, ruby nampak perubahan Adam dari segi aktif bermain dan bijak. Banyak soalan ditanya, dia akan bercerita, malah berkongsi sesuatu yang dia nampak menarik sambil ketawa. Itu adalah tanda bahawa Adam gembira. Bila anak gembira, ibu pun bahagia.

Bekal Nutrisi Dumex Dugro

Mesti ramai tertanya-tanya dari mana ruby dapat Bekal Nutrisi Dumex Dugro kan? Dengan setiap pembelian 2 unit susu Dugro 3 atau Dugro 4, anda boleh dapat satu bekal nutrisi yang menarik ni. Ada 3 warna ceria iaitu hijau, merah dan kuning. Jadi, dapatkan kesemua warna supaya boleh tukar-tukar bekal untuk dibawa ke sekolah. Boleh tukar-tukar ikut harian atau mingguan. Siap-siap tulis nama anak dekat bekal tu ya. Pasti ramai kawan-kawan mereka menyukai bekal makanan ini dan membeli juga. Jadi kalau tak nak tertukar bekal dan penutup, tulis nama siap-siap. Hehehe. Promosi ini bermula 19 September 2017 di semua lokasi AEON, AEON Big, Billion, Econsave, Family Store, Giant, Mydin, Manjaku, Servay, Tesco, TF Value-Mart, Tunas Manja, 99 Speedmart dan kedai runcit & pasaraya tempatan terpilih di seluruh negara. Dapatkan sekarang sementara stok masih ada!

Semoga Tips Menyediakan Makanan Yang Berkhasiat Dan Seimbang Setiap Masa, Di Mana Jua ini bermanfaat untuk semua mama di luar sana.

www.dugro.com.my

www.facebook.com/DumexDugro

www.instagram.com/dugromy

Tags

Catat Ulasan

0Ulasan

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

Catat Ulasan (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !