Syurga Makanan di Foodland IPC Shopping Centre

Syurga Makanan di Foodland IPC Shopping Centre

Ruby
0

Syurga Makanan di Foodland IPC Shopping Centre. Assalamualaikum semua! Ruby seronok sangat nak kongsikan dengan anda semua apa yang sedang berlaku di IPC Shopping Centre. IPC atau lebih dikenali sebagai Ikano Power Centre telah menjadi syurga pusat membeli-belah bagi ruby sekeluarga kerana lokasinya di Mutiara Damansara yang mempunyai IKEA, TESCO, The Curve, ECurve, Hotel Royale Chulan Damansara, Royale Chulan The Curve dan MRT Mutiara Damansara yang berada di Surian Tower / Nestle Tower. Semuanya ada disini.

Sangat mudah dan selesa. Memandangkan rumah keluarga ruby di Bandar Sri Damansara, jadi lokasi IPC sangat sesuai untuk ibu bapa ruby yang tidak suka berjalan lama / jauh di pusat beli-belah. Kami juga sudah tahu kedai dan lokasi setiap tingkat di IPC. Hehehe. Kalau mencari buku, naik ke Popular Bookstore, mencari fabrik DIY ke kedai SPOTLIGHT, barangan perkakasan ubah suai rumah di Ace Hardware dan barang elektronik di Harvey Norman. Terngiang-ngian lagu “Go Harvey Noman Go!”

Foodland IPC Shopping Centre


Syurga Makanan di Foodland IPC Shopping Centre


Dengan pembangunan semula, pusat itu juga akan kembali kepada asasnya, malah rekaan dari sentuhan Skandinavia. LG1 kini dikenali sebagai Foodland, lengkap dengan konsep dan reka bentuk baru. Ia mengalu-alukan penyewa terkenal seperti Uncle Lim, De Irrfan’s Café, dan Noodle Shack. IPC Shopping Centre juga teruja untuk menjadi hos kepada penyewa baru seperti AEON Wellness dan Penang Road Famous Teochew Chendul.

Di samping reka bentuk baru, IPC Shopping Center juga telah melabur dalam sistem pencuci pinggan dan pembersihan sebagai sebahagian daripada dedikasi pusat kepada masa depan teknologi hijau. Ini memastikan bahawa proses itu adalah selamat, cekap, dan mesra alam.

Kalau ke IPC Shopping Centre, ruby suka ke kedai The Soya Shop. Tidak pasti masih ada lagi ke tidak. Sebab hari tu tak nampak pula. Hahaha.

Syurga Makanan di Foodland IPC Shopping Centre

Jom ikuti ruby untuk merasa dan menikmati makanan enak dari Foodland!

1) Penang Road Famous Teochew Cendul

Cendol
Curry Mee
Asam Laksa
Rojak

2) Ah Cheng Laksa

Assam laksa

3) I Love Yoo

Yutiao
Porridge

4) Noodle Shack

Traditional soup hand torn noodle

5) Shihlin Taiwan Street Snacks


Handmade Oyster Mee Sua

6) Uncle Lim’s Cafe

Assam Laksa

7) Empire Sushi

Sushi Set

8) Simply Chicken

Roasted Chicken Rice

9) Eat Drink Thai

Red Tomyam Pad Thai
Clear Tomyam Pad Thai
Green Curry Chicken Rice
Basil Chicken Rice

10) MyeongDong Toppoki


Nasi Lemak Toppoki
Chicken Mandu

Kesemua makanan ini amat terkenal kan? Kebiasaannya dijual di dalam kiosk dan restoran tersendiri kan? Tapi di Foodland IPC Shopping Centre ia berbeza! Ini kerana anda akan merasai suasan di Food Court tetapi disajikan dengan makanan enak dan pelbagai! Meja dan kerusi juga banyak disediakan! Cubalah! Ruby pun dah terliur dengan hidangan yang disediakan. Tengok gambar ni semua lagilah memanggil-manggil ke IPC Shopping Centre. Ayuh! Oh ya bagi anda penggemar Laksa, di Foodland ada 3 kedai laksa! Ah Cheng Laksa, Uncle Lim’s Cafe dan Penang Road Famous Teochew Cendul. Bestnyaaaaa!!!

IPC Shopping Centre

Sedikit informasi tentang IPC. IPC Shopping Centre sedang dalam pembinaan. Adakah ia akan kekal sama seperti rekaan yang kita semua tahu? Atau ia akan lebih selesa dari sebelum ini? Pusat beli-belah IPC, yang strategik terletak di tengah-tengah Mutiara Damansara Commercial Pusat (MDCC), merupakan pusat membeli-belah pertama di Malaysia yang diteraju oleh IKEA. Ditubuhkan pada Disember 2003, Pusat Beli Belah IPC membawa warisan, kualiti dan kepercayaan Sweden untuk membantu mewujudkan kehidupan seharian lebih baik kepada lebih daripada 15 juta pelawat setiap tahun.

IPC mengambil berat dan bertanggunjawab menyediakan Recycling Centre & Buy-Back Centre. Ia telah dibuka pada bulan Jun 2009, pusat hijau ini telah menjadi lokasi yang mudah untuk komuniti melakukan sedikit demi sedikit untuk Bumi. Semangat kekeluargaan Sweden telah memberi nilai, gaya hidup, keutamaan, kemudahan, keselamatan, sekuriti serta pengalaman membeli-belah keseluruhan yang menyeronokkan buat kita semua.

Ini adalah konsep yang IPC Shopping Centre cuba tampilkan selepas renovasi. Gambar diatas adalah entrance utama IPC Shopping Centre. Jika dulu ada ruang pameran kereta, kedai emas dan travelator. Sekarang ia sudah diubah-suai. Bahagian kanan sekali tu adalah lift lama yang menghubungkan IPC Shopping Centre ke The Curve. Cuba bayang kan IPC yang baharu! Hehehe.

Sejak Mac 2017, IPC Shopping Center sedang melakukan pembangunan semula untuk mengukuhkan kehadirannya di pasaran. Fasa Satu daripada projek baru-baru ini melancarkan lantai LG1 dan LG2 yang segar, dan Fasa Dua dan Tiga sedang dijalankan untuk lebih keselesaan.

“Pembangunan semula itu adalah sebahagian daripada rancangan kami untuk memfokus pusat beli-belah IPC Shopping Centre. Kami tidak takut membuat perubahan untuk mencapai apa yang kami percaya: masa depan yang lebih besar, lebih cerah, dan hijau untuk kami dan pembeli kami. kata Thomas Malmberg, Shopping Centre Director at IKEA Southeast Asia.”

 

Ben’s Independent Grocer

Manakala Ben’s Independent Grocer akan dibuka pada bulan Oktober. Lepas ni tak perlu ke Publika untuk beli herba segar dari BIG! Yayy! BIG is coming yawww. Selain itu, kedua-dua i-Alter dan Thule telah kembali ke LG2.

“Kami menganggap kehadiran kami di Pusat Beli Belah IPC adalah cara yang baik untuk mengembangkan perniagaan kami di kawasan kejiranan yang semakin meningkat. Kami bangga dan berjanji akan memberi hasil yang terbaik kepada pelanggan, dan berharap dapat berkhidmat kepada penduduk Mutiara Damansara akan datang pada bulan Oktober 2017.” kata David Tseng, Managing Director of Ben’s Independent Grocer.

Recycling and Buy-Back Centre (RBBC)

Lebih banyak perubahan yang pembeli lakukan adalah Recycling and Buy-
Back Centre (RBBC). RBBC telah dipindahkan ke lokasi yang lebih mudah, strategik dan masih di LG1, untuk memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada pelanggan. IPC Shopping Centre adalah pusat membeli-belah pertama di Malaysia yang mempunyai RBBC, dan telah menetapkan penanda aras bagi orang lain, membuka jalan untuk masa depan yang lebih baik dan lebih hijau.

Funland

Pusat Beli Belah IPC mengutamakan ciri mesra keluarga dengan pembangunan semula dan akan mewujudkan kawasan mainan kanak-kanak yang baru dipanggil Funland, di Tingkat 2. Ini juga akan menjadi rumah kepada Young Chefs Academy kedua di Malaysia – menawarkan kelas memasak yan seronok dan kreatif untuk kanak-kanak.

Penyewa yang kembali beroperasi di IPC Shopping Centre seperti Harvey Norman, tidak sabar-sabar untuk melihat perubahan IPC.

“Usaha pembangunan semula telah memberi kita peluang untuk melancarkan konsep dupleks baru. Kami telah berkembang dengan IPC selama ini dan teruja untuk menjadi sebahagian daripada perubahan baru ini. Kami percaya bahawa dengan menaik taraf akan selesakan pelanggan pada semasa dan akan datang, membina ke arah pengalaman membeli-belah yang menyeronokkan untuk semua.” kata Eddy Ng, Lead General Manager of Harvey Norman Malaysia.

Jadi, anda pasti tidak sabar untuk melihat IPC Shopping Centre yang baru kan? Jom lah ke Foodland IPC Shopping Centre, at least boleh lepas rindu di sini. Hehehe.

 

www.instagram.com/ipcshoppingcentre

www.facebook.com/IPC.com.my

Tags

Catat Ulasan

0Ulasan

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

Catat Ulasan (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !