Menu Baru CoolBlog Rasa Rasa Malaysia

Menu Baru CoolBlog Rasa Rasa Malaysia

Ruby
0

Menu Baru CoolBlog Rasa Rasa Malaysia. Assalammualaikum semua! Wah hari ini ruby kemaskini blog berkenaan minuman yang paling ruby suka sejak mula diperkenalkan dulu. Sebab apa suka? Sebab harga mampu milik dan CoolBlog ni berada di mana-mana aje. Mudah nak dapat minuman ni. Ruby nak kongsikan dengan anda perisa terkini CoolBlog. Walaupun perisa baru ni lebih mantap, perisa kegemaran Ruby iaitu Honeydew masih dikekalkan. Fuhh selamat!

Seiring dengan sambutan Hari Malaysia, CoolBlog Malaysia telah melancarkan Rasa Rasa Malaysia, satu pilihan baharu aneka perisa yang memenuhi selera rakyat Malaysia. Minuman baharu ini dilancarkan bersempena Hari Merdeka dan Hari Malaysia, menggabungkan perisa-perisa yang disukai oleh rakyat Malaysia dan diinspirasikan daripada juadah pencuci mulut tempatan.

Majlis pelancaran disempurnakan oleh Chef Selebriti Antarabangsa Anis Nabilah dan penyanyi Rapper Nombor Satu Malaysia, Altimet. Anis menawan hati para hadirin menerusi penyediaan “juadah Kari Laksa Nyonya” yang merupakan gandingan tepat kepada air minuman Rasa Rasa Malaysia, dan Altimet secara kreatif mempersembahkan rap gaya bebas 30 saat mengenai CoolBlog dan elemen hebat mengenai pilihan terbaharu minuman tersebut.

Menu Baru CoolBlog Rasa Rasa Malaysia


CoolBlog Rasa Rasa Malaysia

Menu baru yang di perkenalkan CoolBlog ini menampilkan sedikit kelainan dari segi rasa dan

yang penting lebih memenuhi cita rasa rakyat Malaysia. Produk yang di perkenalkan sangat
terkenal untuk pasaran di Malaysia. InsyaAllah menjadi produk jualan paling laris!

Cendol Durian Smoothie : Gabungan Durian serta Cendol memang terbaik. Sememangnya
produk ini adalah pilihan ramai rakyat Malaysia memandangkan Durian adalah Raja buah-
buahan tempatan. Rasanya sangat hebat serta di gabungkan bersama Cendol Mie.

Coco Yam Pulut Hitam Smoothie : Siapa yang terfikir buah kelapa dan keladi boleh
digabung bersama? Team Coolblog telah mengendalikan ujian dan rasanya hebat sekali!
Kedua bahan tempatan ini begabung menjadi satu rasa yang unik. Sebagai bonus, smoothie
ini dihiaskan dengan pulut hitam untuk menjadikannya sempurna. Semua bahan tempatan
dalam satu cawan!

Coco Kacang Chocolate Smoothie : Kelapa and Coklat merupakan dua bahan yang
sentiasa dikait bersama. Ini digabungkan bersama Kacang yang telah di kisar halus
menampakkan lagi kelainan yang ingin di tonjolkan dalam perisa terbaru Coolblog.

Pelancaran CoolBlog Rasa Rasa Malaysia

“Pilihan baharu perisa ini adalah diperbuat daripada cita rasa tempatan yang kita gemari dan benar-benar memaparkan jenama negara kita. Ia merupakan usaha yang kami semua di CoolBlog cukup gembira untuk laksanakan dan kami berharap perisa-perisa ini akan memberikan sesuatu yang rakyat Malaysia suka,’’ kata Keith Loh, Ketua Pegawai Eksekutif CoolBlog Apps Sdn Bhd.

Anis Nabilah berkata, “Makanan adalah begitu dekat pada hati saya, dan saya percaya makanan menjadikan kita rakyat Malaysia sejati. Saya teruja menerima peluang ini untuk tunjukkan versi sempurna saya untuk juadah istimewa ini dan saya pasti juadah ini sedap dihidang dengan Smoothie Cendol Durian.’’

“Malaysia adalah tanahair saya,” kata Altimet. “Saya bangga menjadi rakyat Malaysia, dan saya fikir usaha yang dilakukan oleh CoolBlog untuk memaparkan makanan pencuci mulut berciri Malaysia adalah suatu kejayaan tersendiri. Mana lagi di dunia anda boleh menemui pelbagai cita rasa yang enak bila digabungkan, dan selepas mencuba minuman Rasa Rasa Malaysia, saya yakin CoolBlog telah meraih pencapaian hebat.’’

Sebagai tambahan kepada minuman baharu itu, CoolBlog juga melancarkan pencarian ke seluruh negara untuk mengetahui apakah yang menarik atau `cool’ mengenai Malaysia. Selain daripada jawapan lazim seperti Bola Sepak dan Kebudayaan, faktor nombor satu yang tidak syak lagi bagi Malaysia ialah, Makanan’.

“Menerusi usaha ini, ia benar-benar membuktikan kepada kami betapa rakyat Malaysia amat berbangga dengan negara kita ini dan mengapa mereka memilih Malaysia sebagai tanahair mereka. Inilah bukti bahawa walaupun rakyat Malaysia adalah unik dan berbeza, satu perkara yang menyatupadukan kita semua ialah Makanan,’’ ujar Keith.

CoolBlog adalah jenama Malaysia yang terkemuka yang berkembang di peringkat antarabangsa. Berasaskan konsep menggabungkan makanan pencuci mulut Malaysia dengan perisa global, CoolBlog merupakan inovator peneraju minuman berasaskan ice-blended dan smoothie di Malaysia. CoolBlog menyasarkan untuk melaksanakan inovasi dan mencipta minuman pencuci mulut yang hebat dan direka cantik, yang menjadi kebanggaan rakyat Malaysia.

Harga CoolBlog Rasa Rasa Malaysia Baharu

COCO YAM PULUT SMOOTHIE RM 6.50
CENDOL DURIAN SMOOTHIE RM 7.50
COCO KACANG CHOCOLATE SMOOTHIE RM 6.50

Untuk menu Rasa Rasa Malaysia yang telah dijual sebelum ini, anda juga boleh mencuba

CENDOL SMOOTHIE RM6.50
BANDUNG COCO SMOOTHIE RM6.00
COCO PULUT HITAM SMOOTHIE RM5.50
CHAM ICE RM5.50
ORIGINAL COCO SMOOTHIE RM4.50
DURIAN SMOOTHIE RM4.50
ABC ICE BLENDED RM4.50
BANDUNG ICE / ICE BLENDED RM4.00
TEH TARIK ICE / ICE BLENDED RM4.00

3 menu baharu CoolBlog mula dijual di semua kiosk CoolBlog bermula 7 September 2017.

Untuk maklumat lanjut mengenai CoolBlog Rasa Rasa Malaysia, sila log masuk ke halaman Facebook mereka di www.facebook.com/coolblog.my

www.coolblog.com.my


Tags

Catat Ulasan

0Ulasan

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

Catat Ulasan (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !