7th Watsons VIP Card Anniversary Dan Watsons Syok Sale Carnival

7th Watsons VIP Card Anniversary Dan Watsons Syok Sale Carnival

Ruby
0

7th Watsons VIP Card Anniversary & Watsons Syok Sale Carnival. Assalammualaikum semua! Sedar tidak sedar dah usia 7 tahun Watsons VIP Card! Teringat masa mula-mula dilancarkan. Semua staff Watsons Malaysia tawarkan kad ini semasa kita semua membuat bayaran di kaunter juruwang. Masa tu tanya soalan, “apa keistimewaannya?”. 

Ada TouchNGo, mata ganjaran dengan setiap pembelian, jika beli produk Watsons, mata ganjaran jadi 2. Wahh macam best. Sebab ruby kerja di Berjaya Group dulu. Jadi, Watsons ni memang tempat wajib untuk pergi waktu rehat di Times Square. HAHAHAHA! Ruby suka cuci mata di Watsons sebab bau kedai dia. Macam terapi gitu.

7th Watsons VIP Card Anniversary Dan Watsons Syok Sale Carnival

7th Watsons VIP Card Anniversary & Watsons Syok Sale Carnival

Watsons berbesar hati menginginkan setiap ahli Watsons VIP Card “kelihatan baik, berasa baik” dan berasa SYOK juga. Bersempena sambutan ulang tahun ke 7 ini, ahli kad boleh mendapatkan pelbagai goodies, tawaran hebat, promosi, jualan murah untuk ahli sahaja, karnival di pusat membeli-belah, promosi hebat bersama dengan jenama terkemuka dan penyertaan selebriti terkemuka tanah air & antarabangsa bermula 5 September 2017 hingga 2 Oktober 2017.

“Ia adalah pencapaian yang bagus sejak pelancaran Watsons Customer Loyalty Programme yang lebih dikenali sebagai Watsons VIP Card pada tahun 2010. Program kesetiaan ini memberi ganjaran kepada ahli sahaja dan tawaran esklusif. Di Watsons, kami sentiasa menghargai pelanggan, iaitu ahli VIP yang sering menyokong Watsons Malaysia sentiasa” ujar Caryn Loh, General Manager & Country Head of Watsons Malaysia.

Sambutan ulang tahun Watsons VIP Card di MyTown Shopping Center baru-baru ini telah mencatatkan seramai lebih 4 juta ahli VIP Watsons di seluruh negara. Pelbagai aktiviti diadakan, pancing ititk (kotak), BINGO, baling bola dalam lubang, photobooth, teka paperbag dalam kereta. Teka paperbag dalam kereta ruby menang! Hehehehehe. Bertuahnya! Terus dapat 100 Watsons VIP Point.


Fishing, Bingo, Toss & Win!

Photobooth!

Guess How Many Paper Bag Is Inside?

Menang!! Hehehe.

Happy Anniversary Watsons VIP Card!

Manfaat Watsons VIP Card :

  1. Dapat baucar Watsons bernilai RM 300
  2. 500 VIP Points selepas aktif di laman web
  3. RM 5000 Health Club, Dining, Travel, Beauty dan Lifestyle baucar ganjaran
  4. Lifetime membership, tidak perlu renew!
  5. Lebih 1000 cawangan Watsons yang anda boleh kumpulkan #watsonsrewards
  6. Esklusif diskaun untuk produk makanan kesihatan
  7. Setiap RM 1 adalah bersamaan 1 POINT!
  8. Beli produk keluaran Watsons dapat 2 POINT! Beli shampoo, pisau cukur, tisu, face mask, body lotion, vitamin C, berus gigi. Bagus kan?
  9. Jika membeli belah semasa bulan kelahiran anda, Watsons bagi 5 POINT!!! Wah best kan! Masa bulan Oktober kebiasaanya ruby setiap hari pergi shopping di Watsons. Miahahaa! Bijak tak? Restock barang keperluan rumah masa bulan 10 memang banyak!
  10. Nak lagi mudah? Bayar di kaunter dengan VIP Card Watsons yang berisi wang TouchNGo. Bayar menggunakan TouchNGo akan menerima 5 POINT juga! Yang in tidak perlu tunggu birthday! Betul tak?
  11. Jika anda ingin tebus mata ganjaran semasa membayar di kaunter, 200 point bersamaan RM 1.

Watsons Syok Member Anniversary

Semasa sambutan Watsons Syok Member Anniversary, ahli Watsons VIP boleh membeli belah dalam bentuk tunai dan Watsons VIP Point. Malah berpeluang untuk menebus kupon ganjaran percuma bernilai rm 300 setelah membeli produk esklusif bernilai RM 50 keatas yang sedang mempunyai diskaun sebanyak 50% di semua cawangan Watsons Malaysia. Wah bestnya, mesti jenama terkenal buat sale kaw kaw dan Watsons bagi lagi kupon!!!

Watsons Syok Sale Carnival

Selain dari membeli belah di dalam kedai Watsons Malaysia, anda boleh datang beramai-ramai ke Watsons Syok Sale Carnival, berikut adalah lokasi dan tarikh karnival :

  1. 6 September 2017 – 10 September 2017 – 1Utama Shopping Centre Ground Floor Center Court
  2. 26 September 2017 – 1 Oktober 2017 –  Sunway Velocity Mall’s Vanity Atrium

Sepanjang karnival diakan, pelbagai sorotan aktiviti disediakan. Ada sesi meet & greet bersama selebriti, kemunculan maskot, aktiviti Zumba, pertandingan mewarna, pemberian belon, pemeriksaan kesihatan percuma, demo masakan dan bengkel kecantikan. Kemuncak acara adalah kemunculan selebriti TVB Sharon Chan dan Elaine Yiu di Watsons Syok Sale Carnival 1Utama Shopping Centre pada 10 September 2017 jam 5PM.

“Spot & Win” Watsons di kenderaan GRAB!

Selain itu, Watsons team dan Watsons Celebrity Friends telah mengembara bersama Grab Malaysia untuk menghantar kejutan Hamper & Point Watsons ke rumah dan pejabat ahli Watsons VIP yang terpilih. Sepanjang bulan ulang tahun ini, Watsons Malaysia dan Grab Malaysia menawarkan RM 15 Off untuk 2 kali perjalanan. Gunakan promo kod “GRABWATSONS”. Promo ini untuk ahli baharu dan terhad kepada 5,000 penebusan. Selain itu, di dalam aplikasi GRAB akan terdapat baucar Watsons. Paling seronok adalah kempen “Spot & Win”. Iaitu snap gambar kenderaan GRAB yang mempunyai pelekat Watsons. Muat naik gambar tersebut bersama hashtag #watsonsmalaysia #watsonsrewards. 10 gambar paling banyak LIKE akan mendapat Watsons VIP POINTS sebanyak 1 JUTA! Iya 1,000,000 tuuu. Best kan? Jadi, jom kita cari kereta GRAB dan pelekat WATSONS!

www.facebook.com/watsonsmalaysia

www.watsons.com.my

Tags

Catat Ulasan

0Ulasan

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

Catat Ulasan (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !