Bengkel Memasak Panasonic Cubie Oven Dan Le Creuset

Bengkel Memasak Panasonic Cubie Oven Dan Le Creuset

Ruby
0

Bengkel Memasak Panasonic Cubie Oven Dan Le Creuset Stoneware. Assalammualaikum semua! Ya Allah tak sangka dah lama ruby join Bengkel Memasak Panasonic Cubie Oven Dan Le Creuset dan hari ni baru nak berkongsi dengan anda semua. Ruby seronok sangat menyertai bengkel memasak ni sampai tak tertulis kenangan yang telah ruby simpan. Gambar dan video. Semua ada! 

Oh ya, bengkel memasak ini diadakan di Panasonic Home.2.Com Solution Center, The Vertical Podium, Bangsar South. Pertama kali ruby masuk ke tempat ini. Suasana relax dan lengkap. Semua produk Panasonic ada di sini dan di gunakan seperti di rumah. Semua lokasi produk seperti di rumah, telefon, air filter, penghawa dingin, produk elektrik dan televisyen. Semua ada.

Bengkel Memasak Panasonic Cubie Oven Dan Le Creuset Stoneware

Bengkel Memasak Panasonic Cubie Oven Dan Le Creuset Stoneware


Bengkel memasak kali ini menggunakan Panasonic Cubie Oven dan produk Le Creuset Stoneware. Di sini ruby belajar banyak perkara dan teknik masakan. Ruby baru tahu oven / ketuhar ni ada pelbagai perbezaan. Ruby selalu tertanya-tanya kenapa setiap kali ruby masak menggunakan ketuhar ruby di rumah, ia tidak masak cepat macam ketuhar semasa ruby belajar memasak roti dan kek dulu. Ketuhar di sekolah dulu adalah ketuhar jenis konveksi dan ia lebih 25 degrees panas dari ketuhar konvesional.

Tidak seperti ketuhar konvensional, yang memasak makanan dengan mengelilinginya dengan udara panas, oven konveksi mengedarkan udara. Ketuhar konveksi dibina dengan kipas yang diletakkan di belakang oven. Apabila anda menghidupkan tetapan perolakan, kipas pukulan udara hangat di sekeliling bahagian dalam oven, mempromosikan pesat dan pemanasan. Panasonic Cubie Oven adalah ketuhar jenis konveksi. Jadi ia masak lagi cepat.

Manakala produk La Creuset Stoneware adalah produk periuk masakan berasaskan batu tembikar dan ia boleh tahan dengan suhu yang panas! Selain itu warna yang menarik dan dalam pelbagai saiz sert kegunaan. Comel betul. Ini adalah koleksi pertama ruby dari La Creuset Stoneware. InsyaAllah nak beli periuk dan lain-lain barang untuk masak. Seronok tengok dapur warna warni.

Bengkel Memasak Panasonic Cubie Oven Dan Le Creuset Stoneware

Di Bengkel Memasak Panasonic Cubie Oven Dan Le Creuset Stoneware, ruby belajar dua resepi. Dua-dua resepi ini adalah resepi yang ruby nak sangat belajar. Chef Chin Pei Ling mengajar, membantu dan tunggu ruby selesai sediakan hidangan. Hahaha. Memang ambil masa lama untuk belajar kan.

Bengkel Memasak Panasonic Cubie Oven Dan Le Creuset Stoneware

Mango Passion Fruit with Oat and Almond Flakes Crumble

Bengkel Memasak Panasonic Cubie Oven Dan Le Creuset Stoneware Bengkel Memasak Panasonic Cubie Oven Dan Le Creuset Stoneware Bengkel Memasak Panasonic Cubie Oven Dan Le Creuset Stoneware

Roast Stuffed Chicken with Sundried Tomato Pesto and Root Vegetables

Ini adalah resepi kedua dan berdasarkan dari resepi, ruby tidak tahu pula ia adalah masakan yang enak dan berkhasiat! Cara susunan yang chef ajar memang beri inspirasi kepada ruby untuk masak menu ini.

Bengkel Memasak Panasonic Cubie Oven Dan Le Creuset Stoneware Bengkel Memasak Panasonic Cubie Oven Dan Le Creuset Stoneware Bengkel Memasak Panasonic Cubie Oven Dan Le Creuset Stoneware Bengkel Memasak Panasonic Cubie Oven Dan Le Creuset Stoneware

Panasonic Cubie Steam Convection Oven NU-SC100WMPQ

Panasonic Cubie Oven ini bernilai RM 1279, dan menjadi pilihan kebanyakan keluarga di Malaysia kerana warna putih dan saiz yang kecil. Ia bersesuaian dengan keluasan rumah dan ruang di dapur yang sangat minimal.

  • Saiz : 351mm x 455mm x 355mm
  • Mengukus dengan cepat
  • Pensterilan
  • Memasak konveksi
  • Paparan luas dan operasi intuitif
  • Nampak bersaiz kecil di luar tetapi memiliki saiz dalam yang besar
  • 16 auto menu

Ruby dah cuba kesemua fungsi dan berpuas hati. Sebab ia memudahkan ruby yang tidak tahu berkenaan suhu dan minit masakan. Jadi ruby selalu perhatikan masakan ruby. Bila dah pandai, boleh biarkan sahaja. Hehehe.

Le Creuset Stoneware

Le Creuset mula menghasilkan pasu besi porselin yang pertama dilancarkan pada tahun 1925 dari kilangnya di Fresnoy-le-Grand, Perancis. Ia adalah permulaan Le Creuset untuk terus menghasilkan tembikar yang terkenal di dunia. Le Creuset telah memperluas jenis produk yang ditawarkan dan telah memanfaatkan banyak kemajuan teknologi sejak permulaannya pada tahun 1925, beberapa perkara tidak berubah adalah cara pembuatan tembikar besi Le Creuset.

Le Creuset terus menggunakan teknik-teknik yang dibuat dengan tangan dan proses penempaan dan pemutus asal dalam pembuatan alat memasaknya. Ia tetap diteruskan oleh warisnya. Cocotte, atau Oven Perancis, merupakan salah satu barangan besi pertama yang dihasilkan oleh Le Creuset dan masih merupakan barang yang paling popular yang dijual dalam pelbagai warna retro terang, dengan Vulkanik (oren) tanda dagangan syarikat itu.

Terima kasih sudi baca, resepi ruby akan kongsikan pada artikel seterusnya.

www.panasonic.com

www.lecreuset.com.my

www.facebook.com/mypanasonic

Tags

Catat Ulasan

0Ulasan

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

Catat Ulasan (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !