Pendaftaran Saat Akhir Roasters Chicken Run 2017

Pendaftaran Saat Akhir Roasters Chicken Run 2017

Ruby
0

Pendaftaran Saat Akhir Roasters Chicken Run 2017. Assalammualaikum semua, ruby ingin kongsikan larian yang bakal berlangsung pada hari Ahad 16 Julai 2017 di Berjaya Times Square. Mungkin anda baru tahu tentang larian tahunan ini atau anda dah terlalu banyak menyertai larian sehingga terlupa larian yang paling senior di Malaysia. Hehehe. Roasters Chicken Run telah diadakan sebagai acara kebajikan dan tahun 2007 adalah genap usia acara ini 13 tahun. Ia bermula sejak tahun 2005. Ruby masih ingat lagi tahun 2007 ruby menyertai Roasters Chicken Run di Sunway Pyramid. Selepas larian, kami mandi di Sunway Lagoon. Best sangat!

Tapi bagi tahun 2017, huyoo dah 10 tahun dah ruby menyertai larian Roasters Chicken Run. Alhamdulillah! Tempat bertukar-tukar agar dapat menarik pengunjung baru dan memberi kelainan kepada peserta setia Roasters Chicken Run. Hehehe. Memang seronok! Tambahan sekarang dah ada finisher medal. Lagi la best kan.

Roasters Chicken Run 2017

  • Hari : Ahad
  • Tarikh : 16 Julai 2017
  • Masa : 7.00 am
  • Lokasi : Main Entrance, The Boulevard, Berjaya Times Square
  • Parking : Basement parking di Berjaya Times Square

Yuran Pendaftaran Roasters Chicken Run 2017

Roasters Chicken Run 2017

Laluan Roasters Chicken Run 2017

Roasters Chicken Run 2017

Pengambilan Race Pack Roasters Chicken Run 2017

Race pack atau di dalam Bahasa Malaysia adalah pek perlumbaan boleh mula di ambil pada 12 Julai 2017 (12pm–7pm) dan 13 Julai 2017 (12pm – 5pm) di Restoran Kenny Rogers, Level 3, Berjaya Times Square. Pek perlumbaan mengandungi :

  • Goodies Bag
  • Exclusive Runner’s T-Shirt
  • Bib Tag
  • Berjaya Time Square Theme Park Entrance Wrist Band
  • Finisher Medal
  • E-Cert

Finisher Medal dan E-Cert akan diberi selepas larian!

  • Strictly no bib and T-Shirt collection on event day.
  • Egg, Cone and Theme Park Wrist Band will be given out to participants on event day, upon presentation of event bib.

Pendaftaran Saat Akhir Roasters Chicken Run 2017

Pihak Kenny Rogers berbesar hati menerima pendaftaran saat akhir, tetapi anda perlu hadir ke cawangan Restoran Kenny Rogers, Level 3, Berjaya Times Square pada 12 Julai & 13 Julai (12pm to 7pm).

Jumpa anda semua pada hari ahad ini!

www.krr.com.my

Tags

Catat Ulasan

0Ulasan

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

Catat Ulasan (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !