Motorola Kembali Dengan Moto Z2 Play Dan Moto Mods Baharu

Motorola Kembali Dengan Moto Z2 Play Dan Moto Mods Baharu

Ruby
0

Motorola Kembali Dengan Moto Z2 Play Dan Moto Mods Baharu | Assalammualaikum semua, siapa pernah memiliki telefon pintar Motorola? Ruby ada! Ruby ada yang Motorola Razr tu. Hehehe. Masa dulu, kalau pakai telefon motorola tu memang dah rasa bangga habis. Sebab lain daripada yang lain kan design dia. Futuristic! Hehehe. Sekarang Motorola kembali dengan generasi kedua selepas kebangkitan mereka Oktober 2016 tahun lalu. Mereka hadir dengan Moto Z2 Play dan beberapa Moto Mods™ baharu.

Pihak Motorola turut berbangga dengan sambutan yang diterima, malah menambah baik peranti Moto Z Play. Kehadiran Moto Z2 Play memberi satu perspektif baru tentang kehidupan. Sebab ruby baru nampak bahawa setiap pengguna dari pelbagai negara adalah berlainan. Kenapa terlalu banyak Moto Mods? Sebab ia mengikut kesesuaian pengguna. Tidak perlu membeli semua, tetapi anda fikirkan apa yang anda perlu. Seperti ruby, ruby suka Hasselblad True Zoom, JBL SoundBoost 2,  moto gamepad dan moto turbopower™ pack. Kalau ada semua ni, ia sudah melengkapkan kehidupan ruby. Hahaha. Main game, tonton youtube di telefon pintar, kamera boleh zoom! dan power bank tak perlu la bawa sampai wayar terjuntai. Moto turbopower™ adalah penyelamatnya!

Motorola Kembali Dengan Moto Z2 Play Dan Moto Mods Baharu

Moto Z2 Play yang baharu menampilkan rupa bentuk unibody metal sepenuhnya yang direka dengan terperinci. Selain cantik dan bergaya, ia mampu menahan penggunaan secara lasak pada setiap hari. Paparan FULL HD Super AMOLED bersaiz 5.5′ membuatkan permainan video, foto dan video dipaparkan di atas skrin dengan warna yang jelas menonjol bersama perincian yang cukup tajam.. Untuk mendapatkan pengalaman optimum dari pemproses 2.2GHz octa-core, bateri yang dilengkapkan bersama mampu bertahan sepanjang hari dan sehingga hari seterusnya tanpa sebarang masalah.

Terlupa untuk mengecaj Moto Z2 Play? Tiada masalah – hanya 15 minit pengecasan untuk dapatkan kuasa sehingga 7 jam.

Teknologi dwipiksel kini membolehkan anda merakam foto-foto yang jelas sama ada pada waktu siang atau malam dengan kamera utama yang menggabungkan ciri laser serta piksel autofokus berkembar. Kamera hadapan 5MP dengan suluhan dwiwarna berkolerasi suhu (CCT) yang membuatkan anda kelihatan hebat dalam rakaman swafoto pada waktu siang atau malam. Bukan itu sahaja, anda juga boleh memuatkan semua rakan dalam satu selfie dengan kanta sudut yang luas! Ada flashligh, gambar luas. Bestkan?

Moto Z2 Play menawarkan Moto Experiences yang unik, Ciri pertanyaan pantas yang baru pada Moto Voice menyediakan informasi berguna seperti cuaca atau kalendar. Ia juga membolehkan anda membuka aplikasi tanpa perlu menyentuh atau membuka telefon pintar tersebut. Melalu pengimbas cap jari yang direka semula, anda boleh mengaktifkan ciri navigasi satu butang untuk beralih di antara skrin dengan pantas. Alihkan ke kiri untuk kembali, ke kanan untuk mengakses aplikasi terkini, sentuh semula untuk ke laman utama dan tekan sesaat untuk mengunci telefon. Tanpa sebarang butang pada skrin, anda kini mempunyai paparan yang lebih jelas.

Koleksi Moto Mods™

Buat masa ini, Moto Mods™ yang dijual di pasaran Malaysia adalah

  • Moto Insta-share Projector RM 1,399.00
  • Incipio offGRID™ Power Pack RM 499.00
  • JBL SoundBoost Speaker RM 599.00
  • Hasselblad True Zoom RM 1,299.00

Harga Moto Z2 Play

Moto Z2 Play dijual pada harga RM 1999 dengan variasa warna Kelabu (Luna Grey) dan Emas (Fine Gold). Dapatkan telefon pintar ini di semua pengedar dan kedai Lenovo Mobile yang sah. Mula dijual pada 6 Julai 2017. Anda juga boleh membeli secara dalam talian di Lazada dan 11Street.  Jadi, dapatkan Moto Z2 Play dan Moto Mods baharu! Alami sendiri inovasi terkini telefon pintar.

Video Pelancaran Motorola Kembali Dengan Moto Z2 Play Dan Moto Mods™ Baharu

Bermula 7 Julai 2017, para pelanggan di Lembah Klang boleh mencari kereta Motorola dan merebut peluang untuk memenangi Moto Z2 Play baharu yang bernilai RM 1999 serta pelbagai hadiah harian!

Untuk maklumat lanjut mekanisma peraduan, laluan kereta dan perinciannya. Ikuti facebook Motorola.

www.facebook.com/MotoMsia

www.moto.com/my/home

Tags

Catat Ulasan

0Ulasan

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

Catat Ulasan (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !