Mendaki Puncak Pulau Bohey Dulang, Semporna, Sabah

Mendaki Puncak Pulau Bohey Dulang, Semporna, Sabah

Ruby
0

Mendaki Puncak Pulau Bohey Dulang, Semporna, Sabah | Assalammualaikum! Tak sangka dah hari Khamis. Minggu lepas ruby join FAM trip ke Tawau – Semporna, Sabah. Seronok sangat, sampai tak cek pun program tentatif. Ikut je semua program, buat dan alami sendiri. Kemudian kita curahkan pengalaman ke dalam blog ruby.my ni. Hehehe. Ruby dari zaman sekolah suka betul lakukan aktiviti lasak. Sukan pun main hoki wakil daerah, kemudian acara larian memang muka ruby la cikgu akan pilih. Seronok betul.

Kali terakhir ruby mendaki adalah di Puncak Pulau Padar, Labuan Bajo, Flores, Indonesia. Pengalaman mendaki di setiap tempat sangat berbeza. Di Malaysia, pendakian kita di dalam kawasan hutan, pokok yang redup dan kita rasa mudah bernafas. Manakala di Pulau Padar adalah kawasan bukit berpasir dan kering. Tiada pokok tinggi, kita akan terus nampak teluk diantara pulau. Sama ada anda akan berasa gayat atau seronok. Berangin dan berpasir. Masa ni kasut hiking ruby tidak sesuai. Mudah sangat tergelincir. Kasut Timberland tu bagus. Hahaha. Tetiba kan.

Mendaki Puncak Pulau Bohey Dulang, Semporna, Sabah

Berbalik kepada pengalaman mendaki Puncak Pulau Bohey Dulang, ruby memang dah sesiap bawa keperluan asas sebagai pendaki. Kasut, pakaian bersesuaian untuk bergambar (hahaha bukannya pakaian bersesuaian untuk mendaki) dan air! Pentingnya ada air. Hahaha. Ruby memang dah naik berat badan sehingga 73kg. Tanah rata memang lincah la kan. Bila naik sikit ke 100 meter pertama, hah goyang lutut. Pikul beban badan rasa putus asa tau. Hahaha. 200 meter seterusnya dah mula panjat batuan kecil. Muka dah tak larat, abang Ed dah mula bagi hiking stick dia. Nasib baik ada. Hahahaha. 300 meter pula laluan sebelah batu besar! Putus asa jangan cakap la. Merayu nak turun bawah. Hahaha. 400 meter, jumpa pendaki lain yang bagi semangat. Hahahaha. Adui, mak tak larat dah ni. Rasa macam nak pitam. Jenuh lah si hasif kipas-kipas ruby. Hahaha. Kemudian 500 meter seterusnya ranger En Alif tu bagi semangat, lagi sikit je ni. Boleh boleh. Adui korang dah kenapa. Ni yang nak marah ni. Hasif, Ed dan Alif ni dera aku. Hahaha. By the way, peserta #SeaYouInSabah dah sampai kat atas tu sejam yang lalu. Ruby baru nak sampai. Kahkahkahkah. Bila sampai kat atas jam 1pm. Takda orang dah. Subhanallah cantiknya permandangan. Elok pula semua pendaki dah turun bawah. Memang untunglah ruby. Hahaha. Terima kasih abang Ed, Hasif, Alif teman ruby. Semput teruk. Sampai kat atas tu Cik Zarinah bagi pula air kat ruby. Ya Allah, rasa nak pitam dengan bantuan semua orang. I love you all!

Papa Edjunaidi, semua orang panggil dia papa. Ruby panggil abang Ed je. Sebab dah kenal sejak zaman kerja dulu dan dia paling femes dengan sikap membantu dan sering kena bahan. Lucu jugalah abang Ed ni, kena tinggal kat Toilet restoran Nasi Ambeng tu memang kenangan lah. Ikuti @edjunaidi di twitter dan instagram dia k.

Ni Hasif, asyik tanya “kak ruby ok tak, nah saya kipas kan akak”. Sampai semput rasa angin kipas tu ruby rasa. Padahal angin oksigen tu. Hahahaha. Suka tengok vlog Hasif ni, harap-harap ada video seminit akak mendaki cam nak mampos. Hahaha. Ikuti hasif di instagram @hasifhamsyari untuk lebih banyak gambar dan teaser vlog dia k. 

Memang tak larat! Hahahahaha! Bila tengok gambar, ala senang je. Laluan pun disediakan. Siap ada tali, tangga, kayu pemegang dan trail untuk anda berjalan dengan mudah. Tapi ruby tetap lambat naik ke atas. Berat benor badan ni. Hahaha. Sarapan pagi makan mee goreng je, habis terbakar semua kalori. Hahaha. Tapi serius ruby selesa sangat selepas mendaki, badan rasa ringan dan perut ku tetiba kempis. Hahaha.

Puncak Bohey Dulang!

Subahanallah cantiknya. Memang rasa berbaloi la penat mendaki tu. Hahahaha. Semangat pakai dua lapis seluar, satu wetpants untuk snorkeling kejap lagi, lagi satu batik harem pants. Wakakaka. Nasib baik tak tergolek mendaki dengan pakaian macam ni. Wakakaka. Memang berbaloi-baloi la. Sila lah layan gambar ruby ni k. Puas hati dapat bergambar banyak-banyak.

Kami lah orang terakhir sampai di Puncak Bohey Dulang. Hahaha. Dari kiri, Ruby, Ed, Hasif dan Alif. Alif tu la ranger yang naik turun sesama dengan ruby. Dia mesti ada sama-sama. Hahaha. Abang Ed dan Hasif sesambil ruby semput tu mereka buat video dan bergambar. Seronok korang eh. Hahaha.

Dari kiri belakang : Khai, Hafreeze, Jas, RaW dan En Sharmsoul

Dari kiri hadapan : Kak Hana, Fiqrie, Sean, Fahmie, En Nuar, Cik Zarinah

Hahaha, mereka ni sampai awal sejam dari ruby. Sakan bergambar! Ruby dah sampai kat atas, mereka dah mula turun. Sampai hati korang, lapar nak makan tengahari ehhhhh. Hahaha.

Dikala tiada sesiapa di Puncak Bohey Dulang, kami bergambar. Ruby pun bergambar! Seronok. Lupa matahari terik kat atas kepala. Takpe dah pakai berkilo-kilo sunblock. Hehehe.

Dari kiri Khai, Abang Sham, Belle, RaW, Hasif, Ed dan Ruby.

Terima kasih En Sharmsoul snap gambar-gambar ruby! Hahaha. Lawa! Nak datang sini lagi!

Menuruni Puncak Bohey Dulang

Nak turun pun kena ada skil, mau tergeliat kaki. Hahaha. Kalau takda hiking stick, mau tergolek ruby. Lepas tu kan, goyang lutut masa turun ni. Serius goyang lutut. Turun ke bawah memang laju je, tapi hati-hati k. Masa turun ni, ruby tak berhenti pun duduk, hahaha. laju kemain turun. Nampak tangki air besar kat kaki bukit terus ceria. Yay dah sampai!! Hahaha.

Masa turun puncak Bohey Dulang ni, ada la berjalan dengan Dato RaW. Dia cakap cara ruby gunakan hiking stick tu salah, jadi kami adalah buat tutorial masa turun bukit tu. Sepatutnya hiking stick tu menyokong lutut ruby dan ruby tidak akan straight kan kaki. Tapi ruby lakukan sebaliknya. Hiking stick tu ruby buat macam tongkat dan untuk tahan badan je. Bukannya sokong lutut yang dah goyang tu. Hahaha. Thanks RaW @ Ramble & Wander!

Banyaknya landak laut!

Harga Tiket Ke Puncak Bohey Dulang

Warganegara Malaysia : Dewasa 18 tahun ke atas RM 3; 18 tahun ke bawah RM 1.
Non-Malaysian : Dewasa 18 tahun ke atas RM 10; 18 tahun ke bawah RM 6

Tun Sakaran Marine Park (TSMP) atau Semporna Islands Park terletak di Semporna iaitu di pantai timur Sabah dan terdiri daripada lapan pulau – Bohey Dulang, Bodgaya, Tetagan, Sebangkat, Selakan, Maiga, Sibuan dan Mantabuan. Di sini terdapat terumbu karang terkenal yang dipanggil Church Reef dan Kapikan Reef. Pada tahun 2004, taman ini menjadi kawasan yang ketujuh diwartakan di bawah Taman-Taman Sabah dengan keluasan 350 km². Terdapat kira-kira 2,000 orang yang tinggal di dalam taman itu, sebahagian besar daripada mereka terdiri daripada orang nomad Bajau Laut (Sea Gypsies), yang tinggal di rumah-rumah atas air dan rumah di dalam bot di sekitar taman laut.

Maksud Bohey Dulang

Bohey : Air

Dulang : Dulang

Dari puncak Bohey Dulang nampak seperti Air di dalam Dulang.

Trip #SeaYouInSabah menggunakan perkhidmatan agensi pelancongan SMP Tours & Travel Sdn Bhd. Anda pilih program yang anda inginkan. Beri nama dan kad pengenalan kepada mereka, nanti mereka sediakan boat, permit ke Bohey Dulang, peralatan Snorkeling, peralatan Discover Scuba Diving, wetsuits, makanan tengahari dan mereka jugalah ranger ketika ke Puncak Bohey Dulang. Malah mereka juga scuba instructor! Hahaha. All in One! Bagus kan?

Lawatan FAM dianjurkan oleh Lembaga Pelancongan Sabah dengan kerjasama Gaya Travel Magazine. Ikuti ruby dan rakan-rakan media di social media dengan hashtag #SeaYouInSabah. Diharap dengan perkongsian ini dapat membantu anda untuk merancang perjalanan ke Pulau Bohey Dulang.

Tags

Catat Ulasan

0Ulasan

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

Catat Ulasan (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !