Honda Civic 2016 Penang Road Trip

Honda Civic 2016 Penang Road Trip

Ruby
1

Honda Civic 2016 Penang Road Trip | Assalammualaikum semua, sihat? Okay hari ini ruby nak kongsikan program Honda Civic 2016 Penang Road Trip yang ruby join sabtu dan ahad lalu. Program ini adalah untuk memberi peluang kepada ruby mencuba Honda Civic Generasi ke-10 ni. Ruby tiada pengalaman memandu Honda Civic, cuma ruby pernah memandu Honda CR-Z dan Honda CRV. Jadi, untuk tahu lebih lanjut berkenaan Honda Civic dan apa yang menarik tentang kenderaan ini. Silalah baca sampai habis. Hehehe.

Honda Civic 2016 Penang Road Trip

Honda Civic 2016 Penang Road Trip


Program Honda Civic 2016 Penang Road Trip berlangsung selama 2 hari 1 malam. Macam biasalah, kalau ada travel trip macam ni. Ruby susah tidur malam dan ruby akan manfaatkan waktu itu dengan kemas luggage. Hahaha. Bukan last minute packing tau! Dari golek-golek dekat atas katil dan tidak boleh tidur, lebih baik kemas luggage. Walaupun 2 hari 1 malam. Ruby tetap bawa luggage. Hahaha. Senang seret je. Dalam luggage tu ada pakaian, tripod, wayar dan kosmetik. Simple je.

Mengikut waze, jarak dari rumah ruby ke Citta Mall tempat kami berkumpul adalah sekitar 30 minit perjalanan. Jadi ruby keluar rumah jam 8 pagi. Hahahaha! Bila dah memandu dari Ampang, naik lebuhraya DUKE dan kemudian kena masuk NKVE, terus berdebar takut salah jalan. Kemudian keluar ke tol Subang. Astaghfirullahalazim jauh rupanya Citta Mall ni. 30 minit waze tu jadi 45 minit. Hahaha.

Setibanya di Citta Mall, kami sarapan pagi di Onde Onde. Ruby makan sarapan roti bakar dan kari ayam. Kemudian minuman teh tarik. Itu pun dah full. Boleh la untuk lapik perut sehingga waktu tengahari. Mana la tau kena jadi pemandu pertama Honda Civic ke kan. Ruby memilih Honda Civic 1.8L i-VTEC. Nak rasa apa beza memandu kenderaan ni. Ruby sedia maklum kalau memandu Honda Civic 1.5L VTEC Turbocharged Premium tu dah tentu-tentu laju, stabil dan kompak. Tambahan untuk ruby yang muda remaja kan. Kalau memandu tekan minyak je. Hahaha. Sebelum bertolak, pihak Honda memberi taklimat ringkas mengenai Honda Civic dan taklimat keselamatan.

 

Perjalanan kami ke Penang tidak berterusan begitu aje. Kami berhenti rehat di R&R Ladang Bikam untuk tukar pemandu. Pemandu pertama adalah Nizam dan sekarang giliran ruby pula. Dari Ladang Bikam ke Tg Tualang memang mencabar. Hahaha. Nasib baik la balik kampung sendiri kan. Jadi, dah tahu selok belok jalan kesana. Marshall dari Euroscale memang mahir jalan dari simpang Plaza Tol Tapah Outbound, Simpang Hospital Tapah, Temoh, Kampar, Jalan Changkat Jong, Air Hitam Labu, Tronoh Mines, Selekoh atas jambatan Kinta River, Changkat Tin, Kampung Timah dan lepas tu baru sampai Tanjung Tualang. Bayangkanlah berapa km ruby memandu. Layan selekoh tu best pula bila memandu Honda Civic 1.8L i-VTEC ni, steady je. Hahaha. Malah, kereta masih dalam keadaan baik. Waakakakakaa. Memang pihak Honda nak ruby rasa betapa seronoknya memandu Honda Civic. Kalau mak sedara dan pak sedara tahu ni, naya je. Kena piat telinga memandu laju-laju. Memandangkan ini adalah trip bekerja, ruby tidak maklumkan pak sedara, mak sedara, atok, opah. Shhhh..

Semasa perjalanan selepas tol tapah, trafik sesak dan ruby berkesempatan mencuba fungsi “Auto Brake Hold” ia adalah seperti fungsi gear “N – Neutral”. Tetapi versi Elektronik! Jadi, bila ruby tekan Auto Brake Hold, ruby boleh lepaskan kaki dari menekan Brake. Waktu trafik sesak tu lama sangat! Sampaikan boleh gelak ketawa layan karaoke lagu-lagu lama dalam kereta dengan rakan perjuangan iaitu Cipot dan Nizam. Hehehe.

Restoran Sri Tg Tualang

  

Udang Goreng Mentega

Ikan Siakap Tiga Rasa

Fried Tofu with Prawn Sauce

Pucuk Paku Goreng Belacan

Sotong Goreng Telur Masin

Ayam Mamit

 

Dah kenyang, kami bertolak ke Stadium Batu Kawan Penang. Kali ini, pemandu ketiga akan memandu Honda Civic. Hahaha. Cipot yang sentiasa sibuk membalas whatsapp dan kerja seangkatannya akan lupakan kesibukan kerja. Dia kena memandu dengan cermat, agar keselamatan ruby dan nizam terjamin. Hahaha. Waktu dia memandu, stesen radio syok betul putarkan lagu-lagu lama. Perjalanan yang jauh menjadi seronok! Di dalam Honda Civic mempunyai sistem Audio Player yang bagus. Siap ada “Apple CarPlay”! Tapi itu khas untuk pengguna iPhone! Kami semua pengguna Android. Hahaha. Sedih. Tapi untuk pengguna Android boleh bluetooth dengan Audio Player. Itu pun kami tidak sync sebab nak guna telefon pintar untuk rekod video, ambil gambar dan balas whatsapp kerja. Jadi, kami memilih untuk mendengar radio aje.

Setibanya kami di Stadium Batu Kawan, Encik Ivan Khong memberi taklimat keselamatan dan aktiviti bersama Honda Civic pun bermula. Kami mencuba VSA, Back Flick, melihat design kereta Honda Civic dengan lebih terperinci dan fungsi-fungsi yang disediakan. Ternyata mengagumkan!

VSA (Vehicle Stability Assist) & Back Flick

Remote Engine Start & Walk Away Auto Lock

Fungsi ini paling best sebab bijak betul kereta Honda Civic ni. Tetapi dengan syarat, remote sentiasa digenggaman anda. Remote Engine Start ni, ruby bagi contoh situasi “Anda sedang membeli belah barang dapur, kereta parking di kawasan terbuka yang panas terik. Dari jarak 55 meter / 60 yards anda boleh start engine dan penghawa dingin tanpa perlu buka pintu kereta. Bila anda dah sampai dekat pintu kereta, baru boleh buka pintu. Hanya pintu pemandu sahaja”. Jadi anda boleh masuk dalam kereta yang dah sedia sejuk. Al-maklumlah cuaca di Malaysia ni sentiasa panas kan. Lepas tu, Walk Away Auto Lock pula bila anda sudah keluar dari kereta dengan jarak 2 meter. Terus kereta lock, itu pun jika anda bawa remote bersama. Jika remote di dalam kereta, kereta tidak akan lock. Hehe.

Electric Parking Brake & Auto Brake Hold

Menggantikan fungsi Hand Break dan gear Neutral. Anda boleh gunakan fungsi ini dan lihat isyarat fungsi ini aktif di speedometer.

ISOFIX Child Car Seat & Electronic 8-Way Power Driver’s Seat

ISOFIX adalah standard antarabangsa yang selamat untuk pemasangan tempat duduk kereta supaya ia sesuai untuk pemasangan baby/child car seat. Bukannya diikat dengan tali pinggang keledar semata-mata. No no no. Penyambung ISOFIX pada kerusi kereta terdapat di dalam semua variasi Honda Civic dan ibu bapa pasti ingin fungsi keselamatan ini. Selain itu, kerusi pemandu boleh diselaraskan mengikut keselesaan dengan fungsi 8-Way Power Driver Seat. Ruby sering tidak selesa dengan kerusi kereta sedan. Sebab rendah dan keadaan duduk yang malas. Tetapi dengan adanya fungsi elektronik begini, ruby boleh tinggikan kerusi, bahagian sandar lebih kehadapan dan jarak dengan pedal lebih dekat. Baguskan?

Botanica Mansion

Perjalanan dari Stadium Batu Kawan ke Botanica Mansion tidak mengambil masa yang lama kerana trafik tidak sesak. Sampai je di Botanica Mansion terus ruby shoot sunset di tingkat 1. Lokasi bangunan ini sangat cantik. Rekaan bangunan lama dikelilingi dengan kawasan hijau. Menenangkan. Tidak lupa, makanan yang dihidangkan semuanya enak! Ada Laksa Balik Pulau, Char Kuew Teow, ABC, Cendol, Teh Tarik, Nasi Campur, Pasembor, Asam Pedas Ikan Tenggiri, Popia, Satay, Kuih Muih dan Buah-Buahan Segar. Yummy!

G Hotel Kelawai  

Setelah penat seharian, kami check in hotel G Hotel Kelawai Penang. Good night!

Hari Ke-2 di Penang, team ruby berpeluang untuk memandu Honda Civic 1.5 VTEC Turbocharged Premium pula. Yahooo. Dari G Hotel Kelawai kami ke Escape Adventure Play Theme Park. Ini adalah kunjungan ruby kali kedua. Sebelum ini ruby ke sini sempena kempen Visit Malaysia 2014. Kali ini ruby beriya-iya ingin mencuba Pak Atan Leap. Bila dah cuba, terus seram nak lakukan aktiviti lain. Hahahaha!

ESCAPE ADVENTURE Play Theme Park

Selesai lakukan aktiviti di Escape Adventure Play Theme Park, kami bersiap dan segera masuk kereta. Nak pergi makan! Lapar sebab dah penat lakukan aktiviti tadi. Hahaha. Walaupun hanya terjun 20 meter ketinggian. Goyang lutut ha. Hahaha.

Restoran Prawn Village Bukit Tambun

 

3 Dish Signature – Signature Tofu, Prawn Ball & Yu Tiao

Kerabu Mangga

Ikan Kerapu Stim – Teo Chew Style

Mix Vegetable

Bamboo Prawn

Kam Hiong Lala

Sweet & Sour Crab & Mantou

Makanan di Prawn Village memang tidak menghampakan. Ruby suka Mantou tu. Yummy! Setelah kenyang makan makanan enak, kami bertolak pulang ke Kuala Lumpur. Kali ini kereta ruby di pandu oleh En Zaihan. Kami dah tak larat nak memandu. Mengantuk dan keletihan.

Perbezaan Hond Civic 1.8L i-VTEC, 1.5L VTEC Turbocharged & 1.5L VTEC Turbocharged Premium

1.8L i-VTEC

Pengalaman memandu Honda Civic 1.8L i-VTEC adalah kereta ini tiada turbo, slow sebab 1.8L berat dan kami sering ketinggalan. Hahaha. Tapi bila nak memotong dan pecut memang sedap tekan minyak. Jika anda bawa 110/km, kami 130/km. Paling tinggi ruby pernah tekan 180/km. Tak bergegar, steady steering dan selesa. Kerusi jenis Fabrik sangat bagus agar kita memandu dengan selesa tanpa rasa licin pergerakan pakaian dengan kerusi. Maksudnya jika dengan kerusi leather, kita kerap betulkan kedudukan pinggul. Penghawa dingin pula Single Auto, pemandu sahaja boleh set penghawa dingin untuk semua bahagian dalam kereta. Lampu kereta jenis Halogen untuk Headlights dan Front Fog Lights. Tiada Auto Dim Rearview Mirror. Ini adalah low spec Honda Civic tetapi memberi keselesaan optima bagi mereka yang tidak mahu Turbo tetapi dalam saiz 1.8L. Bagi ruby, kenderaan ini sesuai untuk mereka yang suka memandu jauh dan mahu relax ketika pemanduan. Tidak tergesa-gesa tetapi hakikatnya sudah laju! Haha.

1.5L VTEC Turbocharged

Ruby tidak berkesempatan memandu 1.5L VTEC Turbocharged jenis ini, tetapi telah mengenalpasti beberapa perbezaannya. Kerusi jenis leather, lampu kereta jenis Halogen untuk Headlights dan Front Fog Lights dan pengahawa dingin Single Auto. Ada Auto Dim Rearview Mirror.

1.5L VTEC Turbocharged Premium

Ini adalah model Honda Civic yang paling disukai. Lebih kompak, laju, kawalan kereta lebih dekat diri kita dan ringan. Saiz badan kita juga mempengaruhi keselesaan pemanduan, jadi ruby lebih suka Honda Civic 1.5L VTEC Turbocharged Premium. Selekoh di sepanjang jalan di Balik Pulau mudah dikawal. Kemudian ia memiliki Dual Auto penjagaan penghawa dingin. Jika co-pilot berasa sejuk, mereka boleh turunkan suhu. Jika ingin sama dengan suhu pemandu, anda cuma perlu tekan button air cond tu dan ia automatik bertukar kepada suhu pemandu. Selepas itu, pemandu akan mengawal suhu di dalam kereta. Kerusi di dalam kereta ini jenis leather. Mungkin ini kekurangannya kerana ruby tidak minat leather. Lampu kereta jenis LED untuk Headlights dan Front Fog Lights. Memiliki Auto Dim Rearview Mirror dan dibahagian audio player juga memiliki sistem navigation.

Perbezaan ketiga-tiga variasi Honda Civic hanya kepada rekaan sahaja. Tetapi jangan risau kerana fungsi utama setiap kereta keluaran Honda masih ada! Jangan bersedih kerana sistem keselamatan terbaik 6 Beg Udara, Vehicle Stability Assist tetap ada! Ada Cruise Control di steering, ECON Button, Remote Engine Start, Smart Entry With Push Start Button, Walk Away Auto Lock, Full Color LCD Meter dan 8 unit speaker. Speaker tu paling penting kan? Hahaha. Enjin 1.5L VTEC Turbocharged dan enjin 1.8L i-VTEC mempunyai kotak gear “Continuously Variable Transmission” (CVT) untuk pengalaman pemanduan yang lancar dan menjimatkan bahan api. Kedua-dua varian Civic serba baharu ini diiktiraf sebagai “Kenderaan Cekap Tenaga” (EEV). Untuk mencapai kesenyapan kabin dan  meningkatkan lagi kualiti pemanduan, pakej ruang dalaman Civic serba baharu dilengkapi sistem kalis bunyi yang ringan. Ia merangkumi pelapik pada bahagian bawah kenderaan dan sistem pengasingan bunyi bising pada pintunya. Civic serba baharu menawarkan “Teknologi Maju Terhubung” (Advance Interface) menerusi Paparan Audio Terkini bersaiz 7” yang pasti menarik perhatian generasi muda. Antara ciri yang pertama kali ditawarkan pada Civic ialah:

  • Remote Engine Start
  • Walk Away Auto Lock
  • Electric Parking Brake
  • Auto Brake Hold

Aspek keselamatan yang tidak dapat dilihat tetapi amat penting juga tidak dilupakan oleh Honda. Semua varian Civic serba baharu dilengkapi ciri-ciri keselamatan terbaik dalam kelasnya seperti:

  • 6 Beg Udara (Dua Beg Udara Hadapan, Beg Udara jenis “Curtain” dan Beg Udara pada bahagian sisi)
  • Vehicle Stability Assist (VSA)
  • Anti-Lock Braking System (ABS)
  • Electronic Brake Distribution (EBD)
  • Brake Assist (BA)
  • Hill Start Assist (HSA)
  • Emergency Stop Signal (ESS)
  • ISOFIX

Civic serba baharu ditawarkan dalam lima warna iaitu Merah (Dark Ruby Red Pearl), Kelabu (Modern Steel Metallic) dan Hitam Mutiara (Crystal Black Pearl, disamping dua warna baharu iaitu Perak (Lunar Silver Metallic) dan Putih Mutiara (White Orchid Pearl). Dua warna baharu pada Civic ini akan digunakan pada model-model lain keluaran Honda Malaysia.

Varian Civic 1.5L VTEC Turbocharged serba baharu dilengkapi sistem pemantauan pintar. Ia memberikan ketenangan minda untuk mengekalkan kecekapan dan prestasi enjin. Ciri ini berfungsi bagi mengingatkan pelanggan masa untuk menukar minyak enjin melalui satu lampu pada speedometer mengenai status servis tersebut. Para pelanggan boleh menikmati jaminan selama lima tahun dengan jarak perbatuan tanpa had dan selang servis 10,000km di 88 buah pengedar Honda di seluruh negara.

Sasaran jualan Civic serba baharu ialah 1,200 unit sebulan. Harga 3 variannya adalah seperti berikut:

RM113,800 untuk 1.8L-iVTEC (Di atas jalan termasuk insurans)

RM127,800 untuk 1.5L Turbocharged (Di atas jalan termasuk insurans)

RM135,800 untuk 1.5L Turbocharged Premium (Di atas jalan termasuk insurans)

 

Maklumat lanjut mengenai Civic serba baharu, pelanggan boleh mengunjungi mana-mana pengedar Honda; hubungi nombor Tol Percuma Honda di talian 1-800-88-2020 atau layari laman web  www.honda.com.my atau www.ridethedream.my

Catat Ulasan

1Ulasan

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

Catat Ulasan

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !