Membeli-Belah Dari China Lebih Mudah Dengan SGshop

Membeli-Belah Dari China Lebih Mudah Dengan SGshop

Ruby
0

Siapa pernah membeli-belah secara dalam talian dari negara China? Ruby pernah! Tapi dengan SGshop adalah sesuatu yang baru! Membeli-belah dari China lebih mudah dengan SGshop tau. Pada mulanya ruby ingat website SGshop.com.my adalah laman web membeli-belah yang sama seperti syarikat online portal yang lain. Ternyata pengalaman kali ini sangat berbeza! Hehehe. Perkara utama untuk mula membeli-belah adalah daftar akaun. Sudah daftar akaun, isi maklumat peribadi dan penghantaran. Kemudian anda boleh mula shopping!

Membeli-Belah Dari China Lebih Mudah Dengan SGshop

Bab mula nak membeli-belah di SGshop adalah sama pening kepala dengan web taobao. Hahaha. Ruby tidak reti baca tulisan cina. Jadi, ruby banyak berpandukan kepada gambar yang disediakan oleh penjual. Kemudian ruby akan bezakan harga diantara kedai lain. Sambil-sambil tu ruby banyak tanya di live chat. Hahaha. Nasib baik mereka sentiasa ada. Ruby suka tanya-tanya pada hari isnin – jumaat sebelum jam 12pm. Kemudian dah buat pemilihan. Ruby terus buat pembayaran. Mudah kan?

Membeli-Belah Dari China Lebih Mudah Dengan SGshop

Konsep SGshop ni sangat mudah iaitu membantu kita sebagai pembeli mengumpul semua barang yang kita beli dari China. Dulu ruby shopping barang daripada negara China mesti satu-satu parcel sampai. Jika ruby ada di rumah, alhamdulillah boleh la terima parcel tiap hari. Bila ada kerja luar, parcel tiada siapa yang akan terima. Kadang-kadang tiada masa nak ke pusat pos laju, gdex, skynet, abx dan lain-lain. Lepas tu terlupa! Maka barang tu akan pulang ke China! Huwwwwaaa! Jadi, kehadiran SGshop sangat memudahkan ruby. Hehehe. Sebab ruby beli dari pelbagai jenis peniaga yang jual pelbagai jenis barang. Kemudian mereka akan hantar ke warehous SGshop di China. Pihak SGshop akan kemaskini setiap produk. Sukses diterima di warehouse ke tidak. SGshop ada polisi yang ditetapkan, jika peniaga lewat hantar. Terus pihak SGshop hantar email reminder kepada ruby. Sama ada ingin refund atau tunggu barang. Kemudian bila semua barang yang ruby order sudah sampai di warehouse SGshop, mereka akan ingatkan ruby untuk pembayaran sekali lagi untuk hantar kesemua barang ke Malaysia. Masa ni pihak SGshop akan bungkus barang kita dengan lebih rapi. Dalam satu parcel bag atau satu kotak besar. Jadi, ruby menerima kesemuanya dalam satu masa yang sama. Tidak perlu nak check tracking banyak-banyak produk macam dulu. Hehehe.

Pengalaman baru shopping dari China dan ia adalah pengalaman yang sangat bagus! Walaupun pada awalnya macam dah putus asa nak shopping lama-lama. Tapi ruby kuatkan dalam diri, bukan senang nak dapatkan props untuk flatlay di Malaysia. Maka, ruby teruskan berusaha sampai ke akhir button checkout. Hahaha!

Selamat Menonton Video Buka Hadiah! Hehe!

 

Jadi, selamat join membeli-belah di SGshop! Ruby dah shopping, anda bila lagi?

www.facebook.com/SGshopMalaysia

www.instagram.com/sgshop_malaysia

www.sgshop.com.my

Catat Ulasan

0Ulasan

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

Catat Ulasan (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !