Trip Of Wonders : Day 2 - Dari Jakarta Ke Bandung Menaiki Kereta Api Argo Parahyangan

Trip Of Wonders : Day 2 - Dari Jakarta Ke Bandung Menaiki Kereta Api Argo Parahyangan

Ruby
0

Selamat pagi! Trip Of Wonders : Day 2 – Dari Jakarta Ke Bandung Menaiki Kereta Api Argo Parahyangan. Awal 5.30 pagi waktu Jakarta sudah ada wake up call. Fuh Alhamdulillah segar badan dapat tidur lena! Ruby dapat bilik Triple Suite Superior. Selesa ya amat! Walaupun dapat tinggal semalaman aje. Tapi, ia pengalaman yang bagus. Ruby mandi dan siapkan luggage. Sebab luggage akan dihantar terus ke Bandung. Manakala ruby dan peserta lain akan ke Bandung menaiki Argo Parahyangan dari stesen Gambir ke stesen Bandung. Dari Hotel Mercure Sabang, Jakarta kami menaiki bas ke stesen Gambir. Tiket keretapi Argo Parahyangan untuk perjalanan sehala Gambir – Bandung adalah IDR 120,000. Bermula sekarang, ruby akan gunakan matawang Indonesia Rupiah dalam tiap blogpost berkenaan Trip Of Wonders ya! Hehehe.

cof

sdr

cof

bty

sdr

sdr

sdr

sdr

sdr

sdr

sdr

sdr

Cantik permandangan di dalam keretapi Agro Parahyangan ni. Ruby suka semasa keretapi berhenti di stesen Purwakarta Station. Ada susunan keretapi lama di situ. Tapi tidak boleh turun. Nanti ditinggalkan pula! Haha. Sepanjang perjalanan selama 3 jam 30 minit, kebanyakan masa kami berkenalan dan tidur. Ketila berkenalan ini lah semua peserta tahu betapa lucunya watak masing-masing. Hehehe. Kami yang tidak boleh lelap, buat photoshoot dan kacau-kacau peserta lain. Bloggers Gathering! Semuanya mesra!

Tiba aja di Stesen Bandung, kami menaiki bas ke NuArt Sculpture Park. Di sini mempunyai Galeri Sculpture / Patung di dalam bangunan dan juga di dalam taman. Sangat menarik! NuArt Sculpture Park menawarkan seni menggunakan Brass & Copper. Seni pertukangan yang sangat rumit! NuArt Sculpture dimiliki oleh En Nyoman Nuarta dan beliau jugalah artis yang mereka semua patung-patung tersebut. Menarikkan?

Jika anda ingin ke sini, yuran pendaftaran adalah PERCUMA! Anda boleh jalan-jalan sekitar taman dan galeri. Permandangan yang sangat cantik. Malah terdapat N Café di NuArt Sculpture Park. Ruby dihidangkan nasi berlauk. Ayam masak Betutu dan Itik Goreng. Tidak lupa pisang goreng caramel! Argghhh sedap!

Setelah selesai makan tengahari, melihat koleksi En Nyoman Nuarta. Kami bertolak ke Hotel Sheraton Bandung. Hotel yang sangat terkenal dengan servis tip top di seluruh dunia! Boleh mengidam nak katil Sheraton Bandung. Haha. Sebab tilam sweet sleeper bed sangat lembut. Jika dah baring-baring. Pasti mudah terlelap. Hahaha. Ruby dah beberapa hari plan untuk siapkan advertorial, nak charging smartphone. Tapi akhirnya terlelap dan semuanya tidak di cas! Hahaha.

Makan malam di Hotel Sheraton Bandung memang best. Sesuai dengsn citarasa Asian. Ada sushi, nasi berlauk, seafood, grill, manisan, kuih tradisional Indonesian, jus dan macam-macam lagi.

Okay ruby dah kenyang. Gudnite!

www.instagram.com/indtravel

www.twitter.com/indtravel

www.facebook.com/indonesiatravel

www.indonesia.travel/en

Tags

Catat Ulasan

0Ulasan

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

Catat Ulasan (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !