Dutch Lady Mak Kata, Saya Anak Bijak

Dutch Lady Mak Kata, Saya Anak Bijak

Ruby
0

Dutch Lady Mak Kata, Saya Anak Bijak, yelah sebab anak sulong! Manja haaaa. Walaupun ada adik beradik lain lahir selepas beberapa tahun. Ruby masih bijak! Hehehe. Kalau dikenang balik, mak ruby memang suka cerita kenangan dia membesarkan ruby. Tapi dengan cara ibu bapa zaman dulu lah. Ruby masih rasa cara mak ruby besarkan ruby masih relevan untuk anak-anak ruby pula. Supaya kita lebih berdikari, hormat-menghormati, merendah diri dan berilmu. 

Masa ruby kecil dulu, ruby suka sangat buat perkara bersama-sama dengan mak. Memasak, buat kuih raya, basuh pakaian, mengemas rumah dan boleh dikatakan senang lah nak membela ruby ni. Hahaha. Sebab apa sahaja mak buat, mesti ruby juga buat. Mak makan nasi, ruby makan nasi. Sebab usia kecil memang susah nak makan nasi berlauk. Tapi ruby makan je apa yang ada. Hahaha. Mak juga masak sedap. Suka sangat masakan mak. Kalau mak masak yang mudah-mudah tu pun ruby berselera makan. Sampai hari ini mengidam nak makan masakan mak. Belajar memasak sampai dah benikah dan ada anak dua ni pun tidak khatam-khatam lagi tau. Hahahaha.

Rutin paling best sebelum tidur adalah minum susu. Tahu tak cara nak bagi anak tidur cepat adalah berikan susu suam kepada anak. Tapi pastikan dah masuk bilik untuk tidur lah. Lampu dah low light tu kan. Selesai minum susu tu, tepuk-tepuk punggung anak dan selawat. Confirmed Tidur! Hahaha. Sekarang ruby amalkan dekat Adam dan Alif. Pertama kena selesaikan Adam. Adam kena tidur, jika dia tidak tidur. Dia akan kacau adik Alif pula masa menyusu. Bila dah jadi ibu bapa, pandai ruby plan satu persatu agar kehidupan ruby tidak kelam kabut. Hehehe. 

Mak Kata, Saya Anak Bijak


Mak Kata, Saya Anak Bijak


Sekarang mak ruby dah tua, tiap kali balik ke rumah mak, mesti ada satu perasaan sebak. Tapi tak menitiskan air mata. Cuma teringat masa ruby dibesarkan. Ruby tidak pernah salahkan cara mak membesarkan ruby. Apa sahaja kekurangan, itulah yang mengajar ruby erti kehidupan. Manakala untuk terlebih manja semua tu memberi ruby rasa kasih sayang. Mak belikan buku latihan sekolah pun ruby dah gembira sangat. Sebab ruby taknak kawan-kawan dan guru nampak kekurangan dari akademik walaupun susah untuk mak sediakan semua tu. 

Mak ruby memang tidak pandai mengekspresikan kasih sayang dan perasaan kepada anak-anak. Bagi mak semua layanan kepada anak-anak adalah sama rata. Tapi tak lekang dari mulut mengatakan “bijaknya! pandainya!”. Kalau buat salah atau ada sesuatu perkara tidak bagus dilakukan, rotan di kaki adalah ubatnya. Sakit sangat!!!! Sekali kena je tau, dah beringat sampai bila-bila. 

Jadi ibu bapa memang sangat mencabar. Adam baru 2 tahun 8 bulan. Rasanya masa ruby usia begitu hanya tahu main aje. Tapi Adam lain. Dah pandai mengira, dah pandai susun perkataan, cakap pun dah petah, pandai tanya soalan “ibu nak pergi mana?, apa tu ibu?, nak buat apa tu ibu?, ini apa ini?”. Jadi ruby rujuk kepada mak ruby. Sama tak Along masa kecil-kecil dulu mak?. Mak cakap ” Dulu kamu tahu main sendiri-sendiri tak kacau mak buat kerja”. Panjat pokok la, main anak patung lah. Mungkin sebab kamu perempuan. Mak pun tak ada pengalaman jaga anak lelaki, semua anak-anak mak perempuan. Tapi takda pula petah macam Adam. Hahaha”

 

Tapi walaupun berbeza zaman dan jantina anak. Cara mak ruby membesarkan ruby, ruby sering aplikasikan kepada Adam.

  1. Jika makan, makan kena bersama. Suap anak tu. Pandang mata Adam. Supaya dia tahu ruby betul-betul ikhlas sayangkan dia dan kasih sayang tu secara automatik tercipta. 
  2. Aktiviti beriadah kena bersama, faham apa anak suka buat. Kemudian buat sama-sama. Contohnya main layang-layang. Setiap kali lalu di MRR2 Kepong, mesti Adam tengok luar tingkap kereta. “Ibu apa tu, bird ke tu bu? bird ke tu??”. Ruby jawab “Bukan bird tu Adam, itu layang-layang. Hujung minggu nanti kita pergi main ya.” Jadi kena tunaikan janji dengan anak apabila sudah berjanji! Tidak kira sesibuk mana. Sebab mereka ni akan ingat. Sebagai ibu, ruby akan plan aktiviti beriadah. Jika tiba-tiba Adam tanya masa ruby dan suami sedang berehat hujung minggu tonton filem hindustan, spoil la mood. Sebab anak mesti kacau-kacau. Hahaha.
  3. Waktu Solat buat sama-sama. Bijaknya Adam bila ruby solat dia akan ikut serta. Tapi bila ada ayah dia, dia akan sibuk nak memanjat. Jadi, ruby akan biar suami dan Adam solat bersama, jika Adam tak fokus dan mula buat kacau, Ruby akan perhatikan dia sambil pegang rotan di tangan. Acah-acah garang. Nak ajar anak fokus memang susah. Sebab masa ni usia mereka hanya nampak semua perkara menyeronokkan. Jadi bab solat kena tegas. Sebab ruby pun kena cubit manja dengan mak sebab main-main solat masa kecil. Hahahaha. Dah le kacau mak abah nak fokus.
  4. Pengurusan masa kena tepat, jika terbagun lewat. Maka kelam kabut lah ruby. Sebab ruby nak ajar Adam bangun awal pagi, mandi, solat subuh, sarapan pagi, pergi taska, balik dari taska, mandi, makan nasi, susu dan tidur. Ruby ikut cara mak ruby, siapkan anak-anak punya barang awal-awal dan bila anak celik mata je, dia nampak ruby relax. Kalau Adam nampak ruby tengah buat kerja mengemas, membasuh. Dia pun nak join. Basah la dapur. Sedangkan basuh botol susu dia je. Hahaha.

Melihat Adam membesar, rasa bangga sangat. Walaupun ruby tidak dapat sempurnakan apa sahaja keinginan dia. Tapi Ruby nak tengok dunia ni dari mata anak Ruby. Gembira sentiasa, tidak risaukan apa-apa. Tetapi bijak mengatur langkah. Adam bijak ambil gambar dengan menggunakan kamera. Adam bijak tiup belon air. Adam bijak pakai kasut sendiri. Adam bijak mengasingkan sesuatu perkara yang bukan milik dia. Seperti pergi ke kedai mainan. Dia tahu mainan apa yang patut beli dan tidak patut beli. Sebab permainan dia banyak di dalam bilik dia. Ruby rasa bangga sangat. Bila cakap “Ibu sayang Adam” dan Adam jawab “Adam sayang bubu”. Kemudian dia kiss. Adam memang anak yang bijak. Alhamdulillah. Next adalah adik Alif pula. Berdua lebih baik kan? Bijak kuasa dua. Hahahaha. I am ready!

Dutch Lady 4-Step Nutri Plan

Susu tepung yang dirumus untuk kanak-kanak Dutch Lady 4-Step Nutri Plan with 5X DHA * adalah program pemakanan disesuaikan untuk kanak-kanak dari usia 1 hingga 6+ tahun yang berterusan menyokong setiap kanak-kanak pintar pencapaian dan pembelajaran.

Itulah sebab Scha Alyahya memberi anak perempuannya Lara Alana, susu tepung Dutch Lady Nutri Plan with 5X DHA* kerana ia membantu menyokong setiap proses membimbing dan pembesaran Lara. Apabila ibu memberi keperluan pemakanan anak-anak dengan lebih baik. ibu-ibu boleh memberi tumpuan untuk membimbing mereka untuk mencapai kejayaan.

4 Tahap Nutri Plan™ merangkumi susu tepung rumusan untuk kanak-kanak Dutch Lady ® Curious, Explore, Create dan Learn.

Peraduan Dutch Lady ‘Mak Kata, Saya Anak Bijak’

Jom sertai peraduan Dutch Lady “Mak Kata, Saya Anak Bijak” sekarang! Tempoh peraduan bermula dari 1 August 2016 hingga 30th September 2016. Banyak hadiah menarik menanti anda. 

  • 9 pemenang bertuah dan ahli keluarga mereka akan berpeluang untuk menghabiskan waktu petang bersama selebriti Scha Alyahya dan anak perempuannya, Lara Alana. Anda juga akan menerima satu kamera instax mini.
  • 250 peserta bertuah akan menerima wang tunai RM 50 setiap minggu.

Untuk maklumat lanjut berkenaan peraduan ini, sila lawati laman sesawang www.smartmoments.com.my

Tags

Catat Ulasan

0Ulasan

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

Catat Ulasan (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !