Permainan Angry Birds Space di Samsung Galaxy Note

Permainan Angry Birds Space di Samsung Galaxy Note

Ruby
0

Permainan Angry Birds Space di Samsung Galaxy NotePermainan Angry Birds Space di Samsung Galaxy NoteAngry Birds sememangnya aplikasi permainan yang tidak asing bagi semua pengguna gadget. Kebanyakan Tab, Telefon Pintar dan permainan dalam talian menyediakan permainan Angry Birds. Kini Rovio telah mengeluarkan permainan Angry Birds Space. Sebelum kita meninjau berkenaan Angry Birds Space. Jom kita ketahui sejarah, platform dan ciri khusus permainan ini.

Permainan Angry Birds Space di Samsung Galaxy Note

Permainan aplikasi “Angry Birds” sememangnya menjadi virus serta fenomena dalam kehidupan masyarakat kerana mudahnya permainan itu. Seperti di zaman kecil-kecil dahulu yang dimana kanak-kanak diajar melastik. Tidak sangka ia menjadi permainan yang sangat canggih pada abad ini.

Aplikasi permainan ini cukup terkenal dengan kesan bunyi serta karakter-karakternya yang menarik, ia mampu menarik pemain dari disemua peringkat umur tidak kira bayi kecil sekali pun. Selain itu, reka grafik yang ceria lagi memudahkan pemahaman permainan.

Permainan Angry Birds Space di Samsung Galaxy Note

Rovio Mobile telah banyak mengeluarkan “series” permainan Angry Birds dan kesemuanya tidak menghampakan para pengguna untuk bermain. Diantaranya ialah Angry Birds, Angry Birds Season, Angry Birds Rio dan yang paling terkini adalah Angry Birds Space.

Permainan Angry Birds Space di Samsung Galaxy Note

Kini Angry Birds sudah ke angkasa lepas! Angry Birds Space bakal dilancarkan pada 22 March 2012 dan Samsung Galaxy Note memilikinya terlebih dahulu. Menggunakan pen stylus lagi mudah untuk anda melastik babi babi yang nakal berwarna hijau di angkasa lepas. :)

Angry Birds Space akan menggunakan platform di Samsung GALAXY Note, yang menyediakan satu pengalaman hiburan secara aktif walau dimana anda berada. Samsung GALAXY Note adalah satu peranti permainan sempurna yang memiliki ciri hebat iaitu 5.3 inci skrin HD Super AMOLED dan satu pemproses teras berkembar, yang memastikan permainan lancar, pantas dan selesa.

Di sambutan pelancaran kejayaan Samsung GALAXY Note di seluruh dunia baru-baru ini, satu kategori baru untuk semua pengguna-pengguna Samsung GALAXY bakal menerima tawaran istimewa Samsung dalam permainan Angry Birds Space tersebut.

Permainan Angry Birds Space di Samsung Galaxy Note

Untuk semua pengguna-pengguna Samsung GALAXY, Samsung GALAXY Note akan menyediakan satu “level” eksklusif di dalam permainan Angry Birds Space. Sebagai tambahan, “Danger Zone”, 30 level mencabar itu kebiasaannya perlu dibeli bagi pemain mendapatkan aplikasi Angry Birds Space dari Market tetapi dengan usahasama Samsung, Rovio dan Android, aplikasi ini diberi secara percuma bagi semua pengguna-pengguna Samsung GALAXY dari Samsung Apps dan Android Market (sesuai untuk Android 2.1 keatas) selama 3 bulan. Tawaran eksklusif ini boleh didapati dari 22hb Mac bermula pada hari pelancaran Angry Birds Space.

Permainan Angry Birds Space di Samsung Galaxy Note

Juga, semua pemain permainan Angry Birds Space akan merasakan keseronokan, kerana permainan aplikasi terbaru dengan watak-watak Angry Birds Space baru. Salah satu daripada burung-burung itu adalah “Lazer Bird” yang juga diperkenalkan oleh Samsung, dan dengan sempurna mencerminkan personaliti GALAXY Note Samsung. Sebagai contoh, penglihatan lazer bird adalah yang terbaik di skrin nipis dan hebat serta kuasa pantulan lazernya berprestasi tinggi. Watak-watak baru, termasuk Lazer Bird dalam Angry Birds Space mempunyai keunikan wira terkemuka yang memberi kuasa untuk membantu membawa telur-telur mereka balik dengan selamat dari ancaman babi babi angkasa..

Permainan Angry Birds Space di Samsung Galaxy Note

Penerangan di dalam bahasa melayu agak lucu, akan tetapi ia lebih difahami dan lebih jelas. Hehehe.

Bersiap sedia untuk muat turun aplikasi permainan terkini Angry Birds Space di Samsung Galaxy Note anda. Coretan ini ditaja oleh Samsung dan Rovio.

Catat Ulasan

0Ulasan

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

Catat Ulasan (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !